Anda di halaman 1dari 15

SK (FELDA) PALONG 7

73470, GEMAS, NEGERI SEMBILAN

BUKU PENGURUSAN
GURU
PROGRAM TRANSISI
TAHUN 2021
TARIKH:

20 JANUARI 2021 – 26 MAC 2021


1.0 PENGENALAN

Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu merupakan satu program yang
bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di
rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa
yang sama, program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari
latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Matlamat Program
Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu akan dapat :
1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran,
guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Objektif
Di akhir program, murid-murid dapat:
1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran
yang formal.
2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi
kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata
pelajaran.
3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di sekolah.
4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan.

2
2.0 TEMA PROGRAM

"MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA"

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara
aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta
penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan
Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap
umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses
komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat
memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama
dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat
mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa
menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga
mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya
pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

3.0 KUMPULAN SASARAN

 Murid Tahun 1
 Guru Tahun 1
 Pihak sekolah
 Pihak Prasekolah
 Ibu bapa
 PIBG

3.1 PERANAN KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran ini memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan menjayakan
Program Transisi ini iaitu :

3
4
4.0 PELAKSANAAN

Secara keseluruhannya, Program Transisi dan Guru Penyayang ini mengambil jangka masa
selama 10 minggu. Segala aktiviti perlu dirancang secara terperinci dan padat agar matlamat dan
objektif tercapai dengan jayanya.

Murid-murid akan menggunakan Kit Transisi BPK. Ia akan disesuaikan dengan iklim sekolah
dan tahap murid-murid. Persediaan dan perlaksanaan program ini dibahagikan kepada tiga fasa :

5
4.1 TAHAP 1- FASA PERSEDIAAN (11-19 JANUARI 2021)

Garis Panduan Persediaan.

a) Guru didedahkan tentang konsep dan objektif program. Pihak pentadbir mengadakan
taklimat,mesyuarat dan kursus dalaman kepada bakal guru tahun 1 sesi 2021.
b) Menubuhkan jawatankuasa induk program dan jawatankuasa pelaksanaan program.
c) Mengadakan taklimat kepada ibu bapa dan PIBG
d) Merangka aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk murid Tahun 1 berdasarkan Kit Transisi 2021.
e) Penyediaan Bahan Bantu Belajar dan persiapan-persiapan lain.
f) Menceriakan bilik darjah.

6
4.2. TAHAP 2- FASA PENYESUAIAN (20 JANUARI - 29 JANUARI 2021)
Modul Orientasi

Fasa ini proses awal untuk murid-murid dan guru. Ia melibatkan :


a) Rutin kelas
b) Perbualan awal
c) Aktiviti fizikal
d) Aktiviti suai kenal
e) Aktiviti pembelajaran
f) Rehat
g) Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya aktiviti pranombor, prabacaan, pratulisan,
prawarna, dinamika kumpulan, dan lain-lain.

7
4.3. TAHAP 3- FASA KESEDIAAN (1 FEBRUARI - 25 MAC 2021)
Modul PdP

Modul PdP yang disediakan oleh pihak BPK ini melibatkan Ibu bapa/penjaga,pentadbir,guru dan
persekitaran,
Modul ini bagi memastikan kesediaan murid tahun 1 selepas Program Transisi dari aspek :
- Kognitif
- Nilai
-Kreativiti dan Estetika
-Kesejahteraan Fizikal dan Kesihatan
-Sosio Emosi
-Kognitif

8
Modul ini dirangka mengikut tema dan subtema yang bersesuaian.

4.4 KIT PROGRAM TRANSISI 2021

Kit Program Transisi telah disediakan oleh pihak BPK sebagai panduan para guru tahun 1.

Sehubungan dengan itu, penyelaras telah merangka buku pengurusan guru bagi merancang
semua aktiviti berdasarkan tema yang diberikan. Untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti,
penyelaras transisi telah merangka modul murid yang mengandungi lembaran kerja yang akan
digunakan sepanjang PdP fasa 3 ini.

9
Kami murid baru

Kami murid baru


Kami ingin maju
Kami sayangkan diri sendiri
Ayuh kawan-kawan
Kita tunjuk bukti
Rajin datang sekolah tiap hari

Kami sayang ibu


Kami sayang ayah
Sayang guru dan kawan-kawan
Belajar ikut guru
Kami tidak malu
Kerjasama dalam kumpulan

10
FASA 2:
FASA PENYESUAIAN

11
RANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM TRANSISI & GURU
PENYAYANG TAHUN 1 SESI 2021

HARI PERTAMA (FASA2: PENYESUAIAN)


Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 PERBUALAN AWAL Guru mata
-  Topik: Diri Saya pelajaran:
10.30  Guru menggalakkan murid-murid bercerita matematik
tentang diri-sendiri dengan menghantar rakaman
cerita melalui whatsapp
REHAT
10.45 Aktiviti pembelajaran :
20.1.2021 -  Murid mendengar nyanyian lagu “kami murid
(Rabu) 12.15 baru” melalui pautan yang diberi.
(minus one)
https://www.youtube.com/watch?v=ULENn-dEDaQ Guru mata
(lirik dan vocal) pelajaran:
https://www.youtube.com/watch?v=lwD5V3xVQYU PSV

 Guru menggalakkan murid-murid melakukan


gerakan dan menghantar rakaman video @ gambar
melalui whatsapp
HARI KEDUA (FASA2: PENYESUAIAN)
Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 PERBUALAN AWAL Guru mata
-  Topik: Sekolah Saya pelajaran:
10.30  Guru menggalakkan murid-murid bercerita Bahasa Arab/
tentang sekolah harapan mereka dan melukis Bahasa Tamil
gambar sekolah SK Felda Palong 7.
21.1.2021
REHAT
(Khamis)
10.45 Aktiviti pembelajaran:
-  Murid menggunakan modul transisi yang Guru mata
12.15 disediakan untuk latihan literasi awal. pelajaran:
 Murid diingatkan supaya menyiapkan Pend.Islam/
tugasan dengan cantik dan kemas. Pend. Moral
HARI KETIGA (FASA2: PENYESUAIAN)
Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 Aktiviti pembelajaran 1:
-  Murid menyalin semula lirik lagu “kami murid Guru mata
22.1.2021 10.30 baru”. pelajaran:
(Jumaat)  Murid diingatkan supaya menyiapkan tugasan PJPK
dengan cantik dan kemas.

12
RANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM TRANSISI & GURU
PENYAYANG TAHUN 1 SESI 2021

HARI KEEMPAT (FASA2: PENYESUAIAN)


Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 PERBUALAN AWAL Guru mata
-  Topik: Jom Baca pelajaran:
10.30  Guru menggalakkan murid-murid memilih bahan Bahasa
bacaan dan menceritakan hasil pembacaan dengan Melayu
menghantar rakaman cerita melalui whatsapp
25.1.2021
REHAT
(Isnin)
10.45 Aktiviti pembelajaran:
-  Topik: Let’s read Guru mata
12.15  Guru menggalakkan murid-murid memilih bahan pelajaran:
bacaan dan menceritakan hasil pembacaan dengan Bahasa
menghantar rakaman cerita melalui whatsapp Inggeris

HARI KELIMA (FASA2: PENYESUAIAN)


Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 PERBUALAN AWAL
-  Topik: Sekolah Saya Guru mata
10.30  Perkenalkan lencana sekolah pelajaran:
Sains
 Murid melukis dan mewarnakan lencana sekolah

REHAT
26.1.2021 10.45 Aktiviti pembelajaran :
(Selasa) -  Murid mendengar nyanyian lagu “anak
12.15 cemerlang” melalui pautan yang diberi.
Guru mata
Anak cemerlang: shorturl.at/yJOVZ
pelajaran:
PMZ
 Guru menggalakkan murid-murid melakukan
gerakan dan menghantar rakaman video @
gambar melalui whatsapp
HARI KEENAM (FASA2: PENYESUAIAN)
Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 PERBUALAN AWAL Guru mata
-  Murid menggunakan modul transisi yang pelajaran:
27.1.2021 10.30 disediakan untuk latihan numerasi awal. matematik
(Rabu)  Murid diingatkan supaya menyiapkan tugasan
dengan cantik dan kemas.
REHAT

13
10.45 Aktiviti pembelajaran :
-  Murid melukis gambar “rumahku syurgaku”
Guru mata
12.15  Murid menerangkan tentang gambar yang dilukis
pelajaran:
dan divideokan.
PSV
 Murid menghantar gambar dan video kepada guru
melalui aplikasi whatsapp.
28 JANUARI 2021
KHAMIS
CUTI SEMPENA THAIPUSAM
HARI KETUJUH (FASA2: PENYESUAIAN)
Hari/
Masa Perkara / Aktiviti Catatan/
Tarikh
9.00 Aktiviti pembelajaran 1:
-  Peraturan Sekolah
Guru mata
29.1.2021 10.30  Budaya dan peraturan sekolah
pelajaran:
(Jumaat)  Adab sopan/kebenaran keluar kelas
PJPK
 Murid diingatkan supaya menyiapkan tugasan
dengan cantik dan kemas.

14
FASA 3:
FASA KESEDIAAN

Jadual fasa 3 akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat tentang pelaksanaan pdp secara
bersemuka atau pdpr

15

Anda mungkin juga menyukai