Anda di halaman 1dari 2

TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULLILAHI RABBIL ALAMIN WASSOLATU


WASSOLAMU ALA ASHRAFIL ANBIYAR IWAR MURSOLIN WAALA ALIHI WASIBIHI
AJ’MAIN.

YANG BERUSAHA …………………………………………, PENGETUA SMK MERAPOH,


YANG DIHORMATI …………………………………GPK KANAN -KURIKULUM,
…………………………... GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM,

YANG DIHORMATI GURU-GURU, BARISAN PENGAWAS SEKOLAH, SERTA MURID-


MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.

HADIRIN SEKALIAN YANG DIRAHMATI ALLAH,

TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KEHADRAT


ALLAH SUBHANALLAH TAALA KERANA DENGAN IZIN DAN INAYAHNYA DAPAT KITA
BERSAMA-SAMA PADA HARI INI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BARISAN
PENGAWAS BAGI TAHUN 2011. SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA …………………………………………………………….KERANA SUDI
HADIR PADA MAJLIS PERASMIAN INI

GURU-GURU DAN MURID-MURID SMKM YANG DIKASIHI SEKALIAN,

DISINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-


TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS SEKOLAH DIATAS PERLANTIKAN
MEREKA PADA HARI INI. SAYA YAKIN PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK
PADA HARI INI TELAH MELALUI SATU PROSES PEMILIHAN YANG RAPI AGAR
MEREKA YANG TERPILIH MEMILIKI CIRI-CIRI KEPIMPINAN UNTUK MEMBIMBING
RAKAN-RAKAN MEREKA DI SEKOLAH SERTA DAPAT MEMBANTU GURU-GURU
MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA MEMBERI PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI. HANYA DENGAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SAHAJA
DAPAT MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG EFISEN DAN MENJADI MODAL INSAN
NEGARA YANG PRODUKTIF. SESUNGGUHNYA PENGAWAS-PENGAWAS YANG
DILANTIK HARUS BERASA BERTUAH DENGAN PERLANTIKAN INI. SAYA MEMOHON
KEPADA MEREKA AGAR BERASA SYUKUR KEPADA ALLAH DAN SENTIASA
MENGINGATINYA SEMASA MEMIKUL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU NANTI.
SEHUBUNGAN ITU, PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEREKA PATUT
DIRAIKAN.UNTUK PENGETAHUAN TUAN PERASMI, JUMLAH PENGAWAS PADA
TAHUN INI IALAH SERAMAI …………….ORANG YANG TERDIRI DARI
………………..PEREMPUAN DAN ………………….LELAKI.

APAKAH PERANAN PENGAWAS? PEGAWAS ADALAH PEMIMPIN KECIL YANG DIPILIH


UNTUK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMBANTU GURU DAN
PENTADBIR SEKOLAH AGAR DAPAT MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN SEKOLAH
YANG KEMAS DAN TERATUR. PERSEKITARAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH
MENENTUKAN SUASANA YANG DAMAI, SITUASI YANG TERKAWAL DAN
MENUMPUKAN KEPADA FUNGSI UTAMA SEBUAH SEKOLAH - MELAHIRKAN MURID-
MURID YANG BERPOTENSI MENJADI PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN DAN
TUNGGAK PEMBANGUNAN NEGARA DALAM APA JUA BIDANG YANG MEREKA
MINATI. SAYA BERHARAP PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK PADA HARI INI
DAPAT MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN PENUH
AMANAH, JUJUR, IKHLAS DAN BERTANGGUNGJAWAB. PADA MASA YANG SAMA,
SAYA BERHARAP MEREKA TIDAK MENGABAIKAN PELAJARAN AKADEMIK MEREKA
SENDIRI DI DALAM DARJAH.

MUNGKIN KITA TERTANYA-TANYA APAKAH EKSPEKTASI GURU-GURU DAN MURID-


MURID TERHADAP SEORANG PENGAWAS? PENGAWAS SEPATUTNYA MENJADI
CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK KEPADA SEMUA MURID YANG LAIN.
KEPERIPADIAN SEORANG PENGAWAS HARUS MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI
SEORANG KHALIFAH KECIL – BERSIFAT MULIA, KETRAMPILAN YANG KEMAS DAN
BIJAK MENGURUS MASA UNTUK DIRI SENDIRI DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH.
SAYA JUGA MAHUKAN PENGAWAS SENTIASA BERSIFAT INSAF DAN
BERMUHASABAH DIRI SEMASA MELAKSANAKAN TUGAS SEORANG PENGAWAS.
JADILAH SEORANG PENGAWAS YANG DISEGANI.

BAGI MURID-MURID LAIN PULA, SAYA INGIN BERPESAN AGAR SENTIASA MESTI
MEMBERI KERJASAMA KEPADA SEMUA PENGAWAS YANG DILANTIK. SAYA INGIN
MENASIHATI MURID-MURID AGAR MEMATUHI DAN MENGHAYATI PERATURAN
SEKOLAH SUPAYA GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH DAPAT MENUMPUKAN
KEPADA USAHA DALAM MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITAS
SEKOLAH SERTA PEMBANGUNAN AKADEMIK BAGI MENENTUKAN
KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN SEKOLAH DAPAT DIPERTINGKATKAN.
MURID-MURID PERLU MENGHORMATI PENGAWAS. JAUHI SIKAP-SIKAP NEGATIF
SEPERTI PERBUATAN MEROSAKKAN FASILITAS SEKOLAH, PERBUATAN MEMBULI
DAN BERGADUH SERTA TIDAK MENGHORMATI GURU-GURU DAN KAWAN-KAWAN
SEKOLAH.

AKHIRKATA, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA AGAR SKBB SENTIASA


CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM AKTIVITI AKADEMIK DAN KO-
KURIKULUM DAN MENJADI SEKOLAH CONTOH DI DAERAH LIPIS INI. SAYA JUGA
BERDOA AGAR MURID-MURID SEKELIAN MENDAPAT KEJAYAAN DALAM
MENGHADAPI URUSAN PERSEKOLAHAN.

SEKIAN. TERIMA KASIH