Anda di halaman 1dari 6

2.3.

4 Pinggir Pantai

a) Menyatakan konsep pinggir pantai dan pantai seimbang,


i) Konsep pinggir pantai.
Merujuk kepada kawasan di antara takat air pasang paling tinggi dengan takat aras surut paling
rendah.
ii) Konsep pantai seimbang.
Merujuk kepada keadaan di mana berlaku kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama di
kawasan pantai tersebut.
b) Menghuraikan cara hakisan pantai,
i) Tindakan hidraul.
Berlaku apabila ombak memasuki celah-celah rekahan batuan di pantai sehingga udara yang sedia
ada terperangkap di dalam rekahan termampat. Tetapi apabila ombak mengundur semula, udara yang
mampat akan mengembang dengan serta merta dan menghasilkan tekanan yang mampu
membesarkan rekahan pada batuan di pinggir pantai.
Tindakan di atas berlaku secara berulang-ulang, sehingga rekahan akan menjadi semakin besar dan
batuan akan terus pecah.

ii) lelasan (abrasion)


Ombak yang mengandungi puin-puin batuan yang berbagai saiz dan bentuk melelaskan tebing
cerun kawasan pinggir pantai dan menghakisnya secara berterusan.

iii) Geseran (friction)


Bahan muatan yang diangkut oleh ombak akan berlaga dan bergeser sesama sendiri hingga terpecah
menjadi lebih kecil.

iv) Larutan
Kawasan pantai yang terbentuk daripada batu kapur akan menyebabkan berlakunya tindak balas
kimia antara air laut dengan kalsium karbanit sehingga melarutkan batuan tersebut.

v) Lagaan
Ombak yang sentiasa bergerak akan membawa beban sentimen yang terdapat di pantai
bersama-samanya seperti batu tongkol dan batu kelikir. Batuan tersebut akan berlaga sesama
sendiri sehingga menjadi lebih halus dari saiz asalnya.

c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan pantai


i) Ombak
Ombak pembinasa akan menghakis kawasan pantai kerana mempunyai daya lurutan dan damparan
yang kuat.Manakala ombak pembina tidak menghakis.
ii) Pantai
Bergantung sama ada pantai terlindung atau tidak. Jika pantai dilindungi oleh teluk atau pulau kadar
hakisan akan kurang berbanding dengan pantai yang terdedah dengan tiupan ombak di mana kadar
hakisan akan tinggi.
iii) Arus
bergantung kepada penerimaan arus, jika terdapat arus pesisir pantai akan berlaku gangguan kepada
ombak yang menghakis pantai. Biasanya arus pesisir pantai akan bertemu dengan ombak yang
melanda pantai sehingga menghasilkan damparan ombak berbentuk zig-zig dan menggalakkan
berlakunya pemendapan serta mengurangkan kadar hakisan.
iv) Bahan mendak
Jika terdapat banyak bahan mendak seperti batu pasir dan batu kelikir kadar hakisan akan
meningkat di mana berlaku geselan terhadap batuan di pinggir pantai semasa ombak melanda
pantai.
v) Batuan
Bergantung kpd jenis batuan dan retakan pada batuan. Proses geselan atau tindakan hidraul akan
bertindak dengan berkesan kepada batuan yang lembut atau mempunyai retakan sehingga boleh
menghasilkan geo, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa di kawasan pinggir pantai yg
terbentuk daripada bt kapur
vi) cerun pantai.
Pantai yang curam akan lebih terhakis berbanding dengan pantai yang landai. Hal ini kerana pantai
yang landai menyebabkan ombak pecah apabila bergeser dengan pantai dan melemahkan tenaga
ombak untuk melakukan hakisan.
d) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan muka bumi pinggir pantai
:
i) Tebing tinggi
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di
tebingnya.Terutama apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.
Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.

ii) Batu bonjol.


Terbentuk apabila proses hakisan menghakis batuan di pinggir pantai sehingga mendedahkan batuan
besar dan keras di bahagian bawahnya. Maka terbentuklan batu bonjol di pinggir pantai yang tahan
dengan proses hakisan ombak.

iii) Tanjung
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang
berselang-seli. Tanjung akan terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak

iv) Teluk
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang
berselang-seli. Teluk akan terbentuk di bahagian batuan lembut yang mudah dihakisan ombak yang
melanda pantai.

Nota tambahan:
iiv) Geo dan Gloup
iiv) Gua, Gerbang Laut, Batu Tunggu dan Tunggul Sisa.
e) menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai,
i) hanyutan pesisir pantai.
Merupakan arus persisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara menyerong atau
hampir selari dengan pantai yang menghasilkan damparan ombak berbentuk zig- zag dan
mengalakkan berlakunya pemendapan beban muatan ke pantai

ii) Golekan.
Bahan kasar dan berat seperti batu tongkol akan digolek sedikit demi sedikit oleh tindakan ombak
kerena memerlukan saiznya lebih besar dan berat daripada kekuatan ombak yang melanda.

iii) Seretan
Bahan muatan seperti batu pasir dan kelikir akan diseret oleh ombak semasa melanda pantai.
Bergantung pasa saiz bahan jika lebih kecil, lebih mudah untuk diseret ombak di sepanjang
pinggir pantai.

f) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir


pantai
i) tenaga
tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan berbanding tenaga ombak yang
lemah akan melambatkan proses pengangkutan

ii) arus.
arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakan proses pengangkutan bahan berbanding dengan
arus pesisir yang lemah.

iii) pasang surut


pantai yang terdedah dengan pengaruh pasang surut akan menggalakkan proses pengangkutan
berbanding kawasan yang tiada arus pasang surut.

iv) cerun
cerun pantai yang landai lebih mudah untuk mengangkut bahan dan menghimpunkan bahan di
bahagian pantai.

vi) halangan

Pergerakkan ombak ke pantai dan ke laut akan memperlahankan pengangkutan ombak apabila
terdapat halangan seperti beting pasir di pinggir pantai.

vii) orientasi pantai

pantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak meningkat dan berupaya untuk menjalankan
proses pengangkutan berbanding dengan kawasan yang terlindung.

viii) saiz bahan


Jika bahan kecil dan ringan lebih mudah diangkut berbanding batuan lebih besar yang
memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.

ix) jenis bahan


bahan yang dibawa ombak terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan seperti kerikil dan batu
tongkol lebih sukar diangkut berbanding bahan seperti kelodak dan lumpur.

g) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan


i) tenaga ombak
Arus pasang surut membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai
kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai. Semakin lemah arus semakin banyak bahan
muatan yang dimendapkan.

ii) ombak.
Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutan yang lemah, lalu berlaku
pemendapan bahan yang banyak di pinggir pantai

iii) kecerunan.
Pantai landai akan mengalami pemendapan yang lebih tinggi berbanding pantai yang curam ,
berlaku apabila ombak akan mengalami geseran semasa melanda pantai yang landai dan
menjadi lemah sehingga boleh memendapkan beban sentimen yang dibawanya.

iv) angin
Angin yang bertiup dalam skala perlahan menyebabkan terbentuk ombak pembina sehingga
berlakunya proses pemendapan di pinggir pantai.

v) pasang surut
pantai yang tidak dipengaruhi oleh kejadian pasang surut lebih tinggi kadar pemendapannya kerana
kekurangan arus yang boleh mengerak dan membawa beban sentimen ke arah laut.

vi) tumbuhan
tumbuhan seperti hutan paya bakau boleh membantu proses pemendapan dengan bantuan akar
jangkang yang bertindak memerangkap beban sediman yang dibawa oleh ombak ke pantai.

vii) orientasi pantai


pantai yang terlindung akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana halaju angin yang
berkurangan bagi membentuk ombak pembinasa.

viii) jenis dan saiz bahan mendak


kawasan pinggir pantai yang banyak terdapat batuan enapan seperti batu pasir yang halus dan ringan
akibat daripada tindakan ombak pembina kadar pemendapan akan meningkat.

ix) tindakan manusia


tindakan manusia meneroka pantai dengan kegiatan pembinaan bangunan dan penebangan
hutan paya bakau menyebabkan pantai menjadi curam dqn terdedah kepada hakisan
menyebabkan proses pemendapan berkurangan

Bentuk muka bumi pemendapan ombak:


i. Beting pasir

mendapan pasir dan kelodak yang membentuk pulau di hadapan pantai. Semasa proses basuhan
balik, bahan muatan ombak akan dimendapkan di kawasan takat air surut. Ketibaan ombak
berikutnya akan menolak mendapan ke arah pantai daripada hanyut ke tengah laut. Keadaan
beting pasir berbentuk memanjang selari dengan garis pantai.

ii. Anak tanjung

mendapan pasir dan kelodak di pantai yang menganjur ke laut. Ombak membawa bahan muatan
masuk ke ruang teluk semasa proses damparan pantai. Proses basuhan balik akan membawa bahan
mendapan Kembali ke laut dan dimendapkan di pintu teluk atau di tebing muara sungai.

iii. Tombolo

beting pasir yang menyambungkan pulau dengan daratan pantai. Pergerakan ombak menuju pantai
akan memendapkan bahan muatan di sepanjang ruang antara pantai dengan pulau. Semasa basuhan
balik, sekali lagi bahan muatan ombak dari pantai di bawa balik dan dimendapkan di ruang tersebut.

iv. Pantai

kawasan pinggir pantai yang terletak antara tikas air surut yang terendah dengan tikas air pasang
yang tertinggi. Terdapat pelbagai bahan yang membentuk pantai yang terdiri daripada bahan regolit
luluhawa dan bahan hakisan serta bahan di bawa oleh angin seperti debu dan pasir, batu lad, kulit
kerang yang diangkut serta dimendapkan oleh ombak
v. Lagun

kawasan air laut yang terkepung oleh mendapan di pinggir pantai yang berbentuk seperti tasik.
Lagun terbentuk apabila mendapan pasir dan kelodak membentuk beting dan tombolo yang
mengepung air di dalam telukan kecil.

h) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap
aktiviti manusia.

i) Aktiviti pelancongan.

Hal ini disebabkan pantai berpasir amat menarik bagi peloncongan yang mementingkan alam
semula jadi. Ini ditambahkan lagi dengan kewujudan bentuk muka bumi yang unik dan menarik
di kawasan tersebut.Pantai yang berpasir dan lagun yang memiliki air yang jernih dapat menarik
kedatangan pelancong ke tempat tersebut.

ii) Aktiviti perikanan.


Hal ini disebabkan aktiviti perikanan dapat meningkatkan pendapatan golongan nelayan, terutama
ternakan ikan dalam sangkar dijalankan di kawasan pinggir pantai. Kawasan lagun amat sesuai
dijadikan kawasan ternakan ikan dan hidupan laut yang lain. Ini disebabkan kawasan tersebut
bebas daripada tindakan ombak yang boleh membinasakan lokasi ternakan ikan.

iii) Aktiviti perlombongan pasir.


Hal ini disebabkan perlombongan pasir begitu penting untuk kemajuan dan kepesatan pembangunan
sesuatu kawasan. Pantai berpasir merupakan bentuk muak bumi yang sering dikaitkan dengan
aktiviti perlombongan.Pasir merupakan salah satu komposisi dalam membuat konkrit bagi bahan
binaan bangunan.Oleh itu, dengan adanya pasir dilombong akan mendatangkan pulangan yang
lumayan kepada industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia

iv) Aktiviti PKS/ IKS.


Hal ini disebabkan laut dan lautan kaya dengan hasil ikan dan hidupan yang lain. Ikan yang
ditangkap oleh kaum nelayan boleh dijadikan ikan masin. Untuk menjadikan ikan masin
memerlukan proses penjemuran cahaya matahari. Pantai berpasir yang luas dan rata amat sesuai
dijadikan kawasan menjemur ikan masin.

Soalan Pengukuhan

1. a) Takrifkan zon pinggir pantai. [3]

b) Huraikan tiga bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses pemendapan di kawasan pinggir
pantai. [9]

c) Nyatakan kepentingan setiap bentuk muka bumi pemendapan terhadap aktiviti manusia di
pinggir pantai. [3]

Soalan Sebenar STPM


2015 (Soalan 3 (b) )

b) (i) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pemendapan di pinggir pantai. [12]

b1 Cerun pantai yang landai + huraian

b2 Jenis ombak ( ombak pembina) + huraian

b3 Orientasi pantai (lurus dan berteluk) + huraian

b4 halangan semulajadi + huraian

b5 bahan muatan yang banyak + huraian

b6 Saiz bahan + huraian

b7 tumbuhan + huraian

b8 arus pesisir + huraian

(ii) Nilaikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan terhadap aktiviti manusia di pinggir
pantai. [13]

B1 pantai – aktiviti pelancongan

- perlombongan pasir

- industri kecil dan sederhana (IKS)

b2 beting pasir – aktiviti pelancongan

- rekreasi

- perlombongan pasir

b3 anak tanjung – aktiviti rekreasi

b4 tombolo – perhubungan dan pelancongan

b5 delta – aktiviti pertanian

- petempatan

b6 permatang – petempatan

- pengangkutan

b7 lagun – aktiviti pelancongan

Anda mungkin juga menyukai