Anda di halaman 1dari 1

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Blok E2, Tingkat 3/4, Parcel E
Pusat Pentadbiran
62604 Putrajaya
________________________________________________________________________

Zainanita Binti Mohamad


No. 3, Jalan Cemperai 13B/2
Taman Rasa Utama
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan 17 Februari 2010

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENUKAR PENEMPATAN GURU SANDARAN


TERLATIH SISWAZAH (SEKOLAH RENDAH)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, saya Zainanita binti Mohamad, nombor kad pengenalan
840903-09-5074 kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Pilah, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan bermula pada 4 Januari 2010 dan mengajar kanak-kanak Prasekolah. Saya juga
telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru berusia 3 bulan.

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon untuk ditukarkan tempat bertugas dengan
sebab-sebab seperti berikut:

i. Baru melahirkan anak sulung pada 10 November 2009 (anak baru berusia
3 bulan)
ii. Tinggal bersendirian dan ini menyukarkan saya untuk menguruskan
kehidupan seharian.
iii. Jauh daripada tempat pasangan bekerja.
iv. Kos sara hidup meningkat kerana pada setiap minggu saya perlu berulang
alik dari Kuala Pilah ke Hulu Selangor atau sebaliknya bagi pihak suami.

4. Perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan berhubung permohonan saya ini
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,

(ZAINANITA BINTI MOHAMAD)


Guru Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Seri Pilah, Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai