Apakah Sistem Kapitalis
Apakah Sistem Kapitalis
Kajian Marx terhadap sistem kapitalis muda pada abad ke-19 menunjukkan
bagaimana tenaga pekerja telah menjadi sebuah komoditi, yang dapat dijual-
beli pada pasaran. Pihak kapitalis dan para pekerja mungkin bebas dari satu
sama lain dari mana-mana segi rasmi, tetapi dalam realiti mereka berkait
rapat. Pengeluaran barangan tidak lagi berlaku di rumah atau bengkel-
bengkel kecil (seperti dalam sistem feudal), tetapi kini berlaku di kilang-
kilang baru di mana mekanisasi tenaga pekerja telah mengubah hubungan-
hubungan manusia. Dalam karyanya yang terpenting, iaitu Kapital, Marx
membandingkan usaha tukang-tukang kraf di bawah sistem feudal dengan
pekerja kilang di bawah sistem kapitalis:
Sejak abad ke-19, sistem kapitalis ini telah menyebar ke setiap penjuru
dunia, dan mungkin tidak terdapatnya negara yang bebas daripada
cengkamannya. Inilah sebab utama mengapa kajian Marx sangatlah relevan
dan penting pada hari ini. Cara-cara pengeluaran masih dikuasai oleh
golongan minoriti, biarpun di sebuah negara membangun seperti Malaysia
atau sebuah negara maju seperti Amerika Syarikat. Walaupun bentuk
persaingan kapitalis mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain,
hasilnya sentiasa sama: “Akumulasi! Akumulasi! Itulah nabi-nabi baginya.”
Dan para pekerjalah yang menjadi mangsa.
Maka, apa yang dapat dilakukan? Kajian Marx juga telah mengenalpasti
kelas pekerja sebagai unsur yang dapat menumbangkan sistem kapitalis dan
mengubah masyarakat. Walaupun pihak borjuasi atau kelas pemerintah
dapat menggunakan penguasaan mereka ke etas ekonomi untuk menguasai
kanca politik melalui kerajaan, tentera dan polis, kejayaan sistem mereka
juga mewujudkan sebuah kelas yang mempunyai kuasa untuk membebaskan
seluruh umat manusia – iaitu kelas pekerja. Kelas pekerja ini tidak
mengenali warna kulit, jantina, orientasi seksual, mahupun sempadan
negara. Hanya kelas pekerja sendiri yang dapat membina sebuah masyarakat
tanpa keperluan dan tanpa diktator kerana kelas pekerja sememangnya
berbeza daripada kelas-kelas yang lain. Kini terdapatnya beratus-ratus juta
pekerja dan jumlah mereka semakin meningkat setiap hari. Kerana
kapitalisme merupakan sistem antarabangsa, ia terus mengembang dan
mengerjakan mereka yang suatu hari nanti akan memusnahkan sistem
kapitalis itu.