Anda di halaman 1dari 32

Nama: ______________________________

( )

Class: ______________________
Jadual Pelajaran karangan untuk Penggal 3 / 2009
Mingg Penilaia
Rancangan Pelajaran Catatan
u n
1. • Jangkaan Guru
• Pembahagian Nota
• Format peperiksaan/Jangka masa
peperiksaan
• Tanda-tanda dalam pemarkahan karangan
2. • Penerangan format penulisan dialog Latihan 1 Lampiran
• Mengenali bahagian-bahagian dialog D T3/1
• Membaca dialog contoh.
• Menulis dialog
3. • Mengimbas kembali format penulisan Latihan 2 Lampiran
dialog D T3/2
• Mengenali bahagian-bahagian dialog
• Menjana dan membincangkan isi-isi dalam
dialog
• Menulis dialog mengikut isi-isi yang sesuai
4. • mengkaji kesilapan-kesilapan umum Lampiran
• membuat pembetulan dialog D T3/3
• Menyemak contoh soalan-soalan dialog
kertas peperiksaan lalu / GCE ‘O’
5. • Apa itu karangan deskriptif? Latihan 3 Lampiran
• Latihan Karangan deskriptif KD T3/1
6. Pembetulan

7. Latihan 4 Lampiran
Latihan Karangan Naratif KN T3/1
8.
Pembetulan

9. Latihan 5 Lampiran
Latihan Surat Kiriman Rasmi SKR T3/1
10. Pembetulan

PANDUAN UMUM MENULIS KARANGAN


2
Sebelum memulakan proses penulisan, anda hendaklah memberi perhatian
kepada beberapa perkara penting, iaitu:

A. Memilih Tajuk
B. Merangka Karangan
C. Menulis Karangan
D. Menyemak Karangan

A. Memilih Tajuk

1. Baca dan fahami kesemua tajuk yang dikemukakan


2. Kemudian pilih tajuk yang benar-benar anda fahami atau tahu. Karangan yang
menyimpang daripada tajuk tidak akan diberi markah langsung bagi bahagian ISI (0
markah). Hanya markah bahagian BAHASA akan dipertimbangkan. Oleh itu, proses
pemilihan tajuk AMAT PENTING SEKALI.
3. Pastikan bahawa anda dapat mengumpulkan isi-isi yang banyak atau mencukupi
untuk tajuk yang dipilih. Perkara ini dilakukan supaya karangan yang akan
dihasilkan itu tepat, padat dan bernas.

B. Merangka Karangan

1. Rangka Karangan merupakan panduan yang dapat membantu anda semasa


menulis.
2. Ia mengandungi fakta-fakta ringkas yang berkaitan dengan tajuk pilihan anda.
3. Rangka karangan bolehlah dibahagikan kepada PENGENALAN, ISI dan PENUTUP.
4. Dengan membuat rangka karangan, anda dapat pastikan bahawa karangan anda
itu:
a. Tidak terkeluar daripada tajuknya
b. Isi-isinya mencukupi untuk menghasilkan sebuah karangan yang sempurna dan
bermutu
c. Isi-isi karangan disusun mengikut kepentingannya atau urutan yang betul

C. Menulis Karangan

3
1. Karangan yang ditulis hendaklah berpandukan rangka karangan yang telah dibuat.
2. Karangan anda mestilah dumulakan dengan pengenalan.
3. Pengenalan karangan mesti ditulis dalam satu perenggan.
4. Di dalam bahagian pengenalan, anda haruslah memperkenalkan tentang tajuk yang
dipilih.
5. Bahagian yang terpenting dalam sesebuah karangan ialah isi. Di sinilah jumlah
markah yang akan anda perolehi ditentukan.
6. Oleh itu, isi-isi yang dikemukakan mestilah tepat dan padat serta mempunyai
perkaitan dengan tajuk.
7. Isi-isi karangan mestilah diolah dengan cara yang mudah untuk difahami.
8. Susun isi-isi karangan anda dengan teratur atau mengikut urutan.
9. Satu isi penting patut ditulis dalam satu perenggan. Isi-isi penting dalam setiap
perenggan itu pula mesti dikembangkan.
10. Isi dalam setiap perenggan mestilah membunyai perkaitan di antara satu dengan
yang lain.
11. Jangan tamatkan karangan anda dengan tiba-tiba atau secara mengejut.
Sebaliknya, buatkan satu rumusan ringkas atau penutup untuk mengakhiri karangan
anda.
12. Penutup itu hendaklah dibuat berdasarkan hujah-hujah atau perkara-perkara yang
telah dikemukakan dalam bahagian isi.
13. Penutup karangan yang baik akan memberikan kepuasan kepada pemeriksa.

D. Menyemak Karangan

1. Gunakan 5 minit terakhir daripada masa penulisan karangan untuk menyemak


karangan yang telah disiapkan.
2. Semak dengan teliti kesilapan ejaan dan tatabahasa sepertimana yang telah
diajarkan oleh guru-guru.
3. Semak kesilapan ejaan dengan berpandukan Kamus Dewan.
4. Antara kesilapan ejaan yang umum adalah seperti berikut:
keesokkan berkerja
5. Antara kesilapan tatabahasa yang umum adalah pengimbuhan, pemilihan kata
dan pembinaan ayat.
6. Berbanggalah dengan hasil karangan anda untuk disemak oleh pemeriksa.
Karangan itu hendaklah ditulis dengan tulisan yang jelas tanpa sebarang contengan
dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Setiap karangan haruslah
lebih baik daripada karangan-karangan yang ditulis sebelumnya kerana semua
kesilapan-kesilapan dalam karangan-karangan terdahulu telah diperbaiki.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik


4
1. Karangan yang ditulis itu adalah berdasarkan format yang betul.
2. Ia mempunyai pengenalan yang menarik, ringkas tetapi padat
3. Isi-isi yang dikemukakan mempunyai perkaitan dengan tajuk
4. Karangan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Biasanya, satu perenggan
mengandungi satu isi dan diikuti dengan huraian dan contoh.
5. Tiap-tiap perenggan mestilah saling berkait di antara satu sama lain.
6. Karangan itu mestilah mempunyai susunan ayat yang ringkas tetapi mudah
difahami.
7. Ia mesti diolah dengan cara yang menarik dan tidak membosankan.
8. Ia menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar.
9. Ia mempunyai tanda baca yang betul.
10. Ia mempunyai penutup atau kesimpulan yang menarik, ringkas dan padat.
11. Tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Panduan menulis karangan yang bermutu

1. Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan bahasa Melayu yang standard seperti


novel-novel, cerpen-cerpen dan buku-buku cerita. Peruntukkan sebahagian masa
anda dalam sehari untuk membaca. Anda juga boleh mencuri masa untuk membaca
semasa menunggu bas, dalam bas/MRT, semasa siaran iklan di televisyen dan
sebagainya.
2. Pilih bahan-bahan bacaan yang bermutu daripada penerbit-penerbit buku seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti dan Pustaka Nasional.
3. Tumpukan perhatian anda pada bahan bacaan tersebut. Anda membaca dengan
matlamat secara sedar bahawa membaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa
Melayu anda.
4. Sentiasa jadikan Kamus Dewan sebagai rakan seiringan anda ketika membaca.
Anda akan gunakan Kamus Dewan tersebut secara aktif iaitu merujuk maksud
perkataan-perkataan sukar yang tidak difahami. Seandainya anda masih kabur akan
maksud yang terdapat dalam kamus tersebut, jangan segan-segan untuk
merujukkan perkara itu kepada guru anda.
5. Membaca, membaca dan teruslah membaca

5
Perkara-perkara Yang Diambil kira oleh
Pemeriksa
1. Perkara utama yang diambil kira oleh pemeriksa ialah karangan yang ditulis itu
mestilah memenuhi kehendak tajuk dan mengikut format yang betul.

2. Di samping itu, tiga perkara lagi yang diambil kira oleh pemeriksa, iaitu:
a. Isi Karangan
b. Gaya Persembahan/Pengolahan
c. Bahasa

3. Sebuah karangan yang baik perlu mempunyai isi-isi yang tepat dan boleh diterima
akal.

4. Isi-isi yang dikemukakan mestilah dihuraikan. Pemeriksa akan memberi markah


yang sedikit sekiranya anda menulis isi-isi itu tanpa memberi penerangan lanjut
tentang isi-isi tersebut.

5. Gaya persembahan atau cara anda mengolah karangan juga penting. Gaya
persembahan yang baik dapat meyakinkan pemeriksa bahawa anda tahu apa yang
ada kemukakan.

6. Anda juga perlu memberi perhatian terhadap aspek penggunaan bahasa.


Penggunaan bahasa di sini merangkumi penggunaan perkataan, frasa, ejaan, tanda
baca dan struktur ayat.

7. Pemeriksa akan memotong markah jika anda menggunakan perkataan, frasa, ejaan,
tanda baca dan struktur ayat yang salah.

8. Selain itu, tulisan anda juga diambil kira oleh pemeriksa. Jika sesuatu tulisan itu
buruk, pemeriksa terpaksa mengambil masa yang lama untuk memeriksa,
sedangkan terdapat banyak kertas lagi yang hendak diperiksa. Jadi, tidak hairanlah
kalau pemeriksa memotong markah jika tulisan anda buruk dan susah hendak
dibaca.

6
SKEMA PEMARKAHAN
Kertas I: Karangan (70 markah) Masa: 1 1/2 jam
Bahagian A: 20 markah
Bahagian B: 50 markah

Bahagian A
1. Penilaian bagi jawapan di bahagian ini dilakukan secara impresionistik dan analitik.
Pembahagian markahnya adalah seperti berikut:
Isi : 8 markah
Bahasa dan Format : 12 markah
Jumlah : 20 markah

2. Jenis Karangan yang akan diuji dalam bahagian A adalah Karangan Berformat iaitu
Soalan 1: Surat Kiriman
Soalan 2: Dialog
3. Bilangan perkataan adalah sekurang-kurangnya 100 patah perkataan
4. Pelajar dikehendaki memilih dan menulis satu daripada dua soalan karangan yang
diberikan dalam bahagian ini.

Bahagian B
1. Penilaian bagi jawapan di bahagian ini dilakukan secara impresionistik dan analitik.
Pembahagian markahnya adalah seperti berikut:
Isi : 25 markah
Bahasa dan Organisasi : 25 markah
Jumlah : 50 markah

2. Jenis Karangan yang akan diuji dalam bahagian A adalah Karangan Tidak
Berformat iaitu
Soalan 3: Karangan Jenis Deskriptif
Soalan 4: Karangan Jenis Ekspositori
Soalan 5: Karangan Jenis Naratif
3. Bilangan perkataan adalah sekurang-kurangnya 240 patah perkataan.

4. Pelajar dikehendaki memilih dan menulis satu daripada dua soalan karangan yang
diberikan dalam bahagian ini.

7
Tanda-tanda dalam penilaian karangan
Guru akan menilai karangan anda secara analitikal dengan menggunakan tanda-tanda
berikut bagi menunjukkan kesilapan pada karangan anda.

PERKARA DI RUANG KIRI DALAM KARANGAN

EJAAN E

TANDA BACA T

BAHASA B

ISI I

PEMERENGGANAN P

KETINGGALAN
KATA/FAKTA

Iktibar daripada tanda-tanda ini


Semua tanda ini memberikan anda satu isyarat bahawa sesuatu yang tidak betul itu
harus dibetulkan. Oleh itu, semua tanda ini harus diambil secara sedar bahawa anda
tidak harus mengulanginya lagi pada masa hadapan. Kesilapan ejaan tidak harus
berlaku kerana dalam peringkat penyemakan, ejaan perkataan yang diragukan
sudahpun disemak dalam Kamus Dewan. Begitu juga dengan kesilapan imbuhan,
tanda baca dan sebagainya. Karangan kedua harus lebih baik daripada karangan
pertama. Karangan ketiga harus lebih baik daripada karangan kedua. Begitulah
seterusnya. Iktibarnya ialah, kita semua belajar daripada kesilapan lalu. Itulah
hakikat perkara yang dinamakan kesilapan.

8
Panduan Merangka Karangan
Anda perlu merangka karangan anda sebelum menulis. Langkah ini termasuk dalam
aktiviti pra-menulis. Dengan cara ini, cerita anda akan lebih teratur. Berikut disertakan
rangka yang anda boleh gunakan semasa hendak menulis karangan naratif.

Tanyakan diri anda soalan-soalan penting semasa merencanakan plot dalam cerita
tersebut iaitu:

Apa? Siapa? Bila?


Di mana? Mengapa? Bagaimana?

Perenggan 1: Pengenalan
Lihat Panduan Mulakan Cerita

Perenggan 2: Perkembangan
Terangkan masalah, konflik atau situasi dalam cerita tersebut

Perenggan 3: Unsur drama/Suspen


Apa yang terjadi dalam cerita ini?
Apa pula yang terjadi pada watak-watak dalam cerita ini?
Bagaimana unsur ketegangan dan keseronokan/keghairahan
terbina?
Rekakan satu persekitaran supaya pembaca dapat merasakannya

Perenggan 4: Klimaks
Bahagian ini adalah bahagian yang paling menggegarkan.
Tindakan-tindakan watak utama terhadap suatu situasi ditonjolkan

Soalan-soalan untuk membina klimaks


• Apa yang terjadi dalam cerita ini?
• Apa pula yang terjadi pada watak-watak dalam cerita ini?
• Bagaimana unsur ketegangan dan keseronokan/keghairahan
terbina?
• Rekakan satu persekitaran supaya pembaca dapat
merasakannya

Sila lihat contoh:


Apakah yang terjadi pada Farhan?
Adakah dia ditangkap oleh ketua pengawas?
Apakah perasaannya semasa ditangkap?
Adakah dia cuba melarikan diri

9
Perenggan 5: Peleraian/Kesudahan/Penutup
Lihat Panduan Menamatkan Cerita

Setelah mencapai klimaks, cerita anda sudah sedia untuk diakhiri.


Untuk cerita yang menerangkan tentang pengalaman seseorang
yang tidak dapat dilupakan, berikan kesan cerita tersebut pada
watak itu. Adakah dia akan sentiasa teringatkan peristiwa itu
meskipun sudah bertahun-tahun berlalu? Atau adakah dia akan
tersenyum setiap kali menatap potret yang merakamkan peristiwa
itu?

Kadang-kadang, anda boleh menyelitkan kesudahan yang tidak


dijangkakan. Contohnya, watak pelajar nakal kembali ke sekolah
untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar lain.
Kesudahan yang tidak dijangkakan akan lebih mewarnai cerita
anda. Walaubagaimanapun, elakkan menciptakan suatu
kesudahan yang terlalu direka-reka hingga kesan logiknya sudah
hilang.

10
Panduan Mulakan Cerita
Dipetik dan diubah suai daripada keratan akhbar yang ditulis oleh Peter Augustine Goh
(disiarkan dalam Berita Harian 19 Dis 05 dan 2 Jan 06)

Bagaimana anak-anak hendak memulakan cerita?

Ramai orang begitu ghairah hendak menulis cerita. Tetapi keghairahan mereka menjadi
kendur kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Ini adalah satu
perkara yang benar kerana memulakan cerita adalah sukar. Tetapi jangan cepat putus
asa. Sebenarnya anda boleh memulakan cerita dengan berjaya.

Di bawah ini, saya berikan panduan bagaimana hendak memulakan cerita:

1. Permulaan dengan dialog

Sila lihat contoh di bawah ini:

“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.

“Pergi kataku!” kataku lagi.

“Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis
teresak-esak menahan kesakitan.

“Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam
kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.

Dialog di atas menggambarkan dua watak utama, Kassim dan Aminah, yang bertegang
urat. Ini boleh dijadikan sebagai permulaan cerita kerana ia mempunyai unsur tegang.
Suasananya hidup dan mendebarkan.

Ia juga memberikan gambaran satu konflik yang boleh mencetuskan konflik lain.
Pembaca tidak sabar menunggu untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dan sebab-
sebab mengapa Aminah dipukul dan dihalau keluar.

11
2. Permulaan dengan laporan

Anak-anak perbah baca akhbar, bukan? Berita itu adalah laporan.

Anda boleh memulakan cerita dengan cara ini.

Sila lihat contoh:

Pak Leman terbatuk-batuk. Terkokol panjang. Apabila batuknya reda, air


suam-suam dari botol itu dituntungnya ke mulut.

Diteguknya beberapa kali. Terasa lega sedikit. Kemudian orang tua itu
pun bangun berdiri dengan terketar-ketar menuju ke dapur yang belum
terpasang lampu walaupun sudah hampir senja.

Sekiranya anak-anak memulakan cerita dengan cara di atas, anak-anak bukan saja
menggambarkan latar, tetapi juga menampilkan aksi watak utama, Pak Leman dalam
cerita.

Anak-anak juga dapat melahirkan suasana cerita yang ingin ditimbulkan.

3. Permulaan dengan deskripsi

Cara begini memerlukan anda menggambarkan sesuatu latar. Lihat contoh:

Matahari petang tidak terik. Tetapi bahangnya amat panas. Ini diburukkan
oleh jerebu tebal yang bagaikan membungkusi udara sekeliling kawasan
perumahan itu. Juga oleh asap-asap yang tidak kurang tebal dari
kenderaan yang lalu-lalang di jalan yang sentiasa sibuk.

4. Permulaan dengan kata seru

Anda juga boleh memulakan cerpen dengan kata seru untuk menarik perhatian
pembaca/pemarkah. Cara begini dapat mengundang perhatian pada suatu tragedi yang
berlaku atau menyatakan perasaan yang sangat marah, hairan, kesakitan dan
sebagainya. Sila lihat contoh:

“Tolong! Tolong!” kata-kata yang sayup kedengaran memecahkan hening


malam.

“Amboi! Sejak lulus dari politeknik, kamu langsung tidak menghubungi kita
semua,” kata Herman secara sinis kepada sahabat lamanya, Zainal.

12
5. Permulaan dengan teknik imbas semula

Cara ini digunakan untuk memberikan kesan dramatik atau bahagian penting dalam
sesebuah cerita. Ia dilanjutkan dengan menceritakan atau mengimbas kembali suatu
kejadian yang pernah berlaku sebelum itu. Sila lihat contoh:

Sarimah menahan sakit ketika jururawat Cina itu menyapu ubat pada
luka-luka di lengannya. Rasa pedih dan ngilu terasa setiap kali kapas
yang berbubuh ubat itu menyentuh kulitnya. Luka-luka yang diakibatkan
oleh perbuatan ayah tirinya yang bengis itu tidak seberapa dibandingkan
dengan hirisan luka di hatinya yang terpendam sekian lama. Tiba-tiba, dia
teringatkan hari yang malang itu hingga dia mengalami luka-luka itu.

13
Panduan Menamatkan Cerita
Kini, saya akan sentuh soal menamatkan cerita. Sepertimana anda memulakan cerita
dengan baik, menamatkannya juga harus berkesan.

1. Penamat dengan dialog

“Aku hilang sesuatu. Adakah kau menjumpainya?” ujar Kassim.

“Hilang apa?” sahut Fatimah hairan.

“Kau harus tahu apa yang aku hilang.” Kassim bersungguh-sungguh mencari
sesuatu di belakangnya, iaitu benda yang dikatakan sebagai hilang itu.

“Kau hilang apa?”

“Senyumanmu,” jawab Kassim cepat kali ini. “Ha, begitulah!” ucapnya apabila
melihat Fatimah tersenyum manis akhirnya.

2. Penamat dengan tanda tanya

Ada pengarang tidak menghuraikan masalah yang terdapat dalam ceritanya di tahap
peleraian. Sebaliknya, dia meninggalkan konflik itu kepada pembaca untuk
memikirkannya.

Teknik ini mencabar pembaca berfikir dan memilih tindakan sendiri. Dengan kata lain,
pengarang sengaja menggantungkan ceritanya begitu sahaja. Sila lihat contoh:

Ke mana orang tua itu pergi? Masih merajukkah dia dengan anak tunggalnya,
Ghani? Dan apakah Ghani masih mendengar cakap isterinya?

3. Penamat dengan suasana gembira

Pengarang menamatkan dengan keadaan menyenangkan oleh watak atau watak-


wataknya.

4. Penamat dengan suasana sedih/tragedi

Pengarang mematikan watak dalam keadaan yang memilukan. Misalnya, mati dibunuh
atau menemui ajal dalam nahas kapal terbang atau kemalangan jalan raya.

5. Penamat dengan suasana tidak mendugakan

Cara menamatkan cerita begini mengejutkan pembaca kerana mereka tidak menduga
sejak awal cerita lagi.

14
Panduan Menyemak Karangan

1. Susunan
• Adakah pemerengganan telah dibuat dengan betul? Logik, tersusun
dan bertaut?
• Sudahkah anda memasukkan kesemua unsur penting dalam sesebuah
cerita? Permulaan, perkembangan, suspens, klimaks dan peleraian.

2. Keaslian
• Adakah karangan anda asli? Tidak mencedok idea orang lain?
Kalaupun anda mahu mencedok idea orang lain, lakukannya dengan
bijaksana iaitu memperbaikinya dari sudut pandangan anda sendiri
• Adakah ia mempunyai kesegaran idea? Tidak stereotaip?
• Adakah anda menggunakan pendekatan yang menarik terhadap
karangan itu?

3. Menarik dan Komunikasi


• Adakah plotnya menarik dan realistik?
• Adakah karangan itu kaya kosa katanya hingga dapat menonjolkan
watak dan latar?
• Sudahkah anda mengelakkan daripada memberi pandangan yang
kabur?
• Adakah latar tempatnya sesuai dan bertepatan?
• Adakah anda dapat meyakinkan pembaca atau pemarkah bahawa
cerita anda itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri?

4. Catatan Peribadi
• Adakah anda memasukkan unsur pengalaman peribadi anda sendiri?
Adakah ia perlu? Atau hanya menyemakkan karangan itu lagi?
• Adakah anda dapat mengungkapkan pemikiran dan perasaan watak-
watak dalam cerita tersebut?
• Sudahkah anda masukkan pendapat anda dalam cerita tersebut?

15
Cerpen
(dipetik dan diubah suai daripada Teman Pelajar Kesusasteraan
oleh Hashim Awang)

Sejarah cerpen

Cerpen, dengan ertinya yang sebenar, muncul dalam masyarakat kita pada zaman
sebelum Perang Dunia II, iaitu kira-kira dalam tahun 1920. Tetapi dalam zaman itu,
bentuknya belum lagi dinamakan cerpen. Penulis-penulis ketika itu menyebutnya
sebagai “cerita” atau “ceritera” ataupun “hikayat”. Bentuk-bentuk ini disiarkan dalam
hampir semua akhbar dan majalah yang terbit ketika itu.

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, perkataan “cerpen” mula


dibiasakan penggunaannya dalam abad kedua puluh. Ini ditimbulkan dalam tahun-
tahun lima puluhan, iaitu bersama-sama munculnya Angkatan Sasterawan 50 (Asas
50). Ketika itu, ia disebut cerita pendek. Namun, pada akhir tahun-tahun enam puluhan
ia diringkaskan menjadi “cerpen”. Nama baru itu kekal hingga sekarang.

Keindahan cerpen

Cerpen hanyalah suatu bentuk cereka. Maksudnya, apa yang dilihat dan dibaca di atas
kertas yang kita namakan cerpen itu hanyalah bentuknya sahaja. Bentuk cerpen terjadi
oleh adanya gabungan antara isi atau fikiran dengan teknik pengolahannya. Keindahan
cerpen dapat diperlihatkan dengan adanya penggunaan teknik-teknik penulisan cerpen
yang tertentu.

Di samping itu juga, cerpen dapat menghidupkan emosi atau perasaan. Cerpen yang
tinggi nilai seninya dapat menimbulkan ketegangan dan mengheret pembaca untuk
merasakan pengalaman yang terlukis sehingga menangis, ketawa atau senyum. Kesan
sesebuah cerpen selalunya diukur daripada reaksi emosi pembaca yang dikuasai oleh
peraturan-peraturan tertentu.

Ciri-ciri cerpen yang utama

Ciri-ciri utama cerpen dapat dibahagikan seperti berikut:


1. cerpen itu adalah sebuah kisah atau cerita berbentuk prosa
2. cerpen mesti menonjolkan hanya satu kesan
3. cerpen mengisahkan dengan agak terperinci suatu peristiwa atau suasana; dan
4. cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik

16
PLOT
Apa itu plot?
Plot amat penting bagi sesebuah karya cereka. Tanpa plot yang baik, karya itu menjadi
pincang dan mendatar. Plot dapat diertikan sebagai susunan peristiwa-peristiwa dalam
cerita. Itulah sebabnya ketika seseorang mendengar cerita, dia akan sering
mengeluarkan pertanyaan, “Lepas itu, apa yang berlaku?”. Soalan ini memperlihatkan
adanya hubungan atau susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita. Dengan demikian,
plot sebenarnya ialah satu siri atau rentetan peristiwa-peristiwa yang bergerak melalui
masa.

Struktur Plot
Sesebuah cerita selalunya terdiri daripada tiga bahagian, iaitu permulaan, pertengahan
dan pengakhiran. Bahagian permulaan itu dikenali sebagai eksposisi atau bahagian
pengenalan. Dalam bahagian inilah biasanya pengarang memperkenalkan tempat,
masa dan watak-watak cerita. Berikutnya, dikemukakan pula konflik. Di sini watak-
watak menghadapi masalah sehingga keadaan menjadi rumit. Keadaan ini
kemudiannya tiba pada klimaks atau puncak di mana satu-satu penyelesaian perlu
diambil. Di sinilah pembaca turut mengetahui bentuk penyelesaian terakhir yang akan
dicapai. Peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas puncak adalah merupakan peleraian.
Di bahagian ini, segala masalah sudah dapat diselesaikan. Keadaan menjadi tenang
semula, tiada sebarang kerumitan lagi.

Dalam bentuk rajah, plot dapat dilukiskan seperti berikut:

Klimaks/Puncak

Eksposisi Peleraian

Latihan karangan untuk Penggal 3


Dialog
17
Lampiran D T3/1

FORMAT DIALOG
1. Masa : _______________
Tempat : _______________
Pelaku 1 : _______________
Pelaku 2 : _______________

2. Pengenalan
• Bayangkan yang kamu adalah seorang pencerita
• Ingin menerangkan dengan ringkas latar cerita kamu
lepada penonton/audiens/pendengar
• Harus beri penjelasan yang tidak mengelirukan

3. Dialog antara pelaku 1 & 2

4. Penutup
• Akhiri dialog dengan sempurna
• Jangan biarkan dialog tergantung

5. Perkara yang TIDAK dibenarkan dalam penulisan dialog


• Kata singkatan
– Nak (hendak)
– Tak (tidak)
– Kan (bukan)
• Bahasa lisan/perbualan/bahasa pasar
– Adik tengah mandi.
– Dia kat dalam bilik.
• Tanda baca pembuka dan penutup kata (“…….”)

6. Perkara yang dibolehkan dalam penulisan dialog


• Kata seru
• Menerangkan aksi/tindakan pelaku (dalam kurungan)
• Penggunaan kata ganti nama “aku, kau/engkau”

Contoh Dialog:

Tempat : Di taman sekolah


18
Masa : 2.00 petang
Pelaku 1 : Aliza
Pelaku 2 : Asilah

Aliza telah berjanji dengan Asilah untuk bertemu di taman sekolah pada jam dua
petang. Mereka akan membincangkan fokus projek mereka yang bertajuk
‘Penggunaan Bahasa Baku’.

Asilah : Assalamualaikum, Aliza. Sudah lamakah awak menunggu


saya?

Aliza : Waalaikumsalam. Tidaklah, baru sahaja. Silalah duduk.

Asilah : Terima kasih. Saya telah memikirkan beberapa perkara yang

boleh kita sentuh dalam projek kita.

Aliza : Yakah? Saya belum sempat lagi memikirkan perkara itu.


Banyak sekali kerja rumah yang mesti diselesaikan semalam.
Bolehkah awak berkongsi pengetahuan awak itu?

Asila : Boleh. Begini, Aliza. Kita akan membuat projek tentang


‘Penggunaan Bahasa Baku di Singapura’. Oleh itu, bolehlah
kita berikan tumpuan kepada definisi bahasa baku, sebab-
sebab perlunya bahasa baku di Singapura, pelaksanaannya dan
penerimaannya di kalangan masyarakat Singapura.

Aliza : Bagus saranan awak itu, Asilah. Kita juga boleh mewawancara
seorang tokoh bahasa untuk mendapatkan maklumat.
Selain
itu, kita boleh memberikan tumpuan kepada masalah yang
dihadapi dalam pelaksanaan bahasa baku ini.

Setelah lama berbincang tentang projek mereka, Asilah dan Aliza pulang ke
rumah dengan hati gembira. Mereka berjanji akan ke perpustakaan untuk mencari
bahan. Mereka juga akan bertanya kepada guru mereka cara mewawancara seorang
tokoh bahasa.

Latihan 1 :

Dua orang sahabat sedang membincangkan trend restoran-restoran makanan


segera menggunakan mainan popular untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Perbincangan itu menunjukkan perbezaan pendapat antara kedua-dua sahabat
tersebut.Tuliskan dialog mereka itu.

19
Latihan karangan untuk Penggal 3
Dialog
Lampiran D T3/2

 Definisi

Dialog ialah perbualan atau percakapan langsung yang berlaku di antara dua orang
atau lebih. Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ia dikenali sebagai cakap asal.

 Panduan Asas

1. Baca dan fahami soalan yang diberi dengan teliti.


2. Kenal pasti kehendak soalan dengan menggariskan fakta-fakta penting dalam
soalan.
3. Lakarkan isi menggunakan alat-alat pilihan seperti peta minda.
4. Isi bahagian-bahagian tertentu mengikut informasi yang diberi dalam soalan

 Format

Format dialog adalah seperti berikut;

1. Pelaku / Pelakon :

2. Waktu :

3. Tempat :

4. …….. Pembukaan ………..

5. …….. Perbualan …………

6. …….. Penutup ………….

> Pelaku atau pelakon merujuk kepada watak-watak yang terlibat dalam
sesebuah dialog. Sesebuah dialog harus mempunyai dua atau lebih watak..
Misalnya,
Pelakon 1 : Ali
Pelakon 2 : Ahmad

> Waktu merujuk pada masa perbualan atau dialog itu berlaku. Misalnya,
Waktu : 2.30 petang

> Tempat sesebuah dialog berlaku diisikan di bahagian tempat. Misalnya,


Tempat : Di stesen bas

20
> Bahagian pembukaan memberi sedikit penerangan tentang perkara yang terjadi
sebelum sesebuah dialog berlaku. Ia juga boleh diisi dengan insiden yang
menyebabkan dialog itu berlaku. Misalnya,

Ahmad dan Ali baru sahaja menghadiri sebuah forum tentang masalah remaja
yang dianjurkan oleh Perpustakaan Nasional. Ternyata, mereka berdua mempunyai
pendapat yang berbeza tentang siapa yang patutnya dipersalahkan dalam perkara ini.

> Setiap kata yang dituturkan oleh pelakon-pelakon yang terbabit akan ditulis
di bahagian perbualan. Sekiranya ada penerangan lanjut yang perlu disampaikan
semasa dialog berlaku, ia boleh diterangkan di dalam kurungan. Misalnya,

Ali : Aku rasa ibu bapalah yang harus dipersalahkan di atas


permasalahan yang menimpa para remaja.(Ali bersuara dengan
tiba-tiba)
Ahmad : Eh, kenapa engkau berkata begitu ?
Ali : Aku rasa sekiranya remaja menerima kasih sayang yang
secukupnya, mereka tidak akan memberi masalah kepada sesiapa.

> Bahagian penutup akan menceritakan apa yang berlaku selepas dialog
berlaku ataupun perkara yang menyebabkan perbualan itu dihentikan. Misalnya,

Ahmad : Tetapi tidak semua masalah remaja disebabkan oleh ibu bapa. Ada
kalanya remaja itu sendiri yang mencari masalah.
(Suara Ahmad agak tinggi seakan marah)
Ali : Wah, bukan main marah lagi ! Sudahlah, kita sambung sahaja
perbualan kita esok di sekolah. Bas pun sudah tiba. Ayuh, nanti
terlepas pula bas.
Ahmad : Baiklah.

Ahmad dan Ali pun menahan bas yang akan membawa mereka pulang ke rumah
mereka.

 Peringatan

> Dialog haruslah tertumpu kepada tajuk yang diberikan. Jangan terlalu
meleret hinggakan dialog dipenuhi dengan perbualan remeh. Apabila ini berlaku,
isi utamanya boleh dilupakan terus dan ini akan menyebabkan kehilangan
markah walaupun penguasaan bahasanya baik.. Misalnya,

Ahmad : Ali, kau rasa nanti sampai di rumah, emak engkau sudah siapkan
masakan untuk makan malam.
Ali : Aku tidak tahu. Kenapa engkau bertanya ?
Ahmad : Aku dengar, masakan emak engkau sedap. Lebih-lebih lagi
masakan ketam bercili.
Ali : Bagaimana engkau tahu ?.

21
> Bahasa yang digunakan haruslah yang berbentuk formal walaupun dialog
sebenarnya, dari aspek tatabahasa, adalah cakap asal. Jangan gunakan bahasa
pasar, bahasa harian ataupun bahasa pinjaman (Contohnya, bahasa Inggeris). Ini
akan menjejas markah di dalam bahagian bahasa. Misalnya,

Ahmad : Ali, lu accept tak dengan orang tu cakap.


Ali : Gua tak accept. Dia cakap macam real aje.
Ahmad : Dia nak stab baik. Orang macam kita dia kata trouble
maker.

> Gunakanlah gaya-gaya bahasa tertentu atau peribahasa yang sesuai untuk
mengindahkan lagi bahasa dan mengukuhkan lagi isi dialog. Misalnya,

Ahmad : Sebagai remaja, kita harulah mengamalkan nilai-nilai murni supaya


menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Saya tahu
bukannya mudah untuk mengamalkannya. Tetapi tidakkah alah
bisa, tegal biasa ?

Akhir sekali,

> Baca dan semak semula dialog yang dihasilkan. Pastikan keseluruhan
dialog mempunyai logik atau dapat diterima oleh akal. Pastikan isi dialog dapat
difahami dengan mudah kerana kalau penulis sendiri tidak memahaminya,
bagaimana pula dengan guru yang menyemak ?

Latihan 2 :

2. Dua sahabat sedang berbincang tentang kebaikan dan keburukan bersembang


di alam maya.Tulis dialog antara dua sahabat itu. Tekankan perbezaan
pendapat antara mereka berdua dalam dialog tersebut.

22
Latihan karangan untuk Penggal 3
Dialog
Lampiran D T3/3
Contoh soalan-soalan jenis Dialog:

Dua orang kawan baik telah diperkenalkan kepada permainan tradisional


S1 Melayu melalui satu aktiviti yang dijalankan di sekolah. Seorang daripada
mereka begitu berminat dan ingin mengenali lebih banyak permainan
tradisional. Seorang lagi pula menganggap permainan tradisional tidak
menarik dan hanya membuang masa. Tuliskan satu dialog yang sesuai di
antara kedua-dua kawan ini yang membincangkan tentang kebaikan dan
keburukan mengenali dan memainkan permainan tradisional Melayu.

Dua orang rakan sedang berbincang mengenai kebaikan dan keburukan


S2 membawa telefon bimbit ke sekolah. Seorang berpendapat bahawa telefon
bimbit patut dibenarkan dibawa ke sekolah sementara seorang lagi
berpendapat sebaliknya. Tuliskan dialog yang menunjukkan perbezaan
pendapat itu.

Dua orang sahabat sedang berbual-bual tentang banyaknya keluarga di


S3 Singapura yang mempunyai pembantu rumah. .Seorang daripada mereka
berpendapat bahawa mempunyai pembantu rumah mendatangkan banyak
keburukan daripada kebaikan. Sahabatnya tidak sependapat dengannya.
Tuliskan sebuah dialog antara mereka berdua. Tekankan perbezaan pendapat
antara mereka dalam dialog tersebut

Dua orang pelajar sedang berbual-bual mengenai buruk baiknya membawa


S4 alat permainan elektronik ke sekolah. Tulis perbezaan pendapat mereka
berdua selengkapnya.

Dua orang sahabat sedang berbual tentang kerja kemasyarakatan. Salah


S5 seorang daripada mereka berpendapat bahawa kerja kemasyarakatan
sekadar membuang waktu dan tidak mendatangkan kebaikan. Namun,
sahabatnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Tulis perbualan antara
mereka berdua.

Dua orang pelajar sedang berbual-bual tentang Program Bahasa Melayu


S6 Pertuturan yang sedang dijalankan di sekolah kamu. Ramai pelajar bukan
Melayu berpendapat bahawa program ini sangat baik dan berfaedah kepada
diri mereka. Tuliskan sebuah dialog antara kedua pelajar tersebut.

Para pelajar baru sahaja menyaksikan kejadian beberapa orang pelajar nakal
S7 disebat di tempat perhimpunan. Tuliskan perbualan antara dua orang pelajar
yang sedang memberikan pandangan yang berbeza mengenai perkara yang
baru berlaku.

Dua orang pelajar baru selesai menghadiri pameran teknologi maklumat (IT)
S8 di Suntec City. Mereka mula berbincang tentang baik buruknya penggunaan
teknologi makumat dalam kehidupan seharian. Tekankan perbezaan
pendapat mereka.

23
Dua orang rakan baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan. Mereka
S9 dapati ada mata pelajaran yang mereka tidak lulus. Mereka berbincang
bagaimana mereka boleh berusaha supaya lulus dalam mata pelajaran
berkenaan dalam peperiksaan akhir tahun kelak. Tuliskan perbualan antara
mereka berdua.

Cuti sekolah harus digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga.


S1 Ramai pelajar diwajibkan menghadiri kelas tambahan semasa cuti sekolah.
0 Seorang suri rumah tangga berpendapat bahawa pihak sekolah tidak harus
menambahkan tekanan kepada pelajar-pelajara dengan berbuat demikian.
Namun jirannya yang bekerja kurang bersetuju dengan pendapatnya atas
alasan-alasan yang tertentu. Tulis sebuah dialog yang menunjukkan
perbezaan pendapat antara mereka.

Latihan karangan untuk Penggal 3


Karangan Deskriptif
Lampiran KD T3/1

Latihan 3 :

Semasa dalam perjalanan ke sekolah, kereta api pengangkutan gerak cepat (MRT)
yang kamu naiki tiba-tiba terhenti di dalam terowong. Tidak lama kemudian, lampu dan
alat hawa dinginnya terpadam. Gambarkan suasana yang mencemaskan itu.

Contoh Karangan Deskriptif 1 :

Sebuah Persembahan Budaya Yang Pernah Saya Saksikan


Mohd Tariq Qamari Bin Hamdan (5S1)

Lawatan Sekolah ke Taman Warisan yang telah aku sertai minggu lalu
merupakan lawatan pertamaku ke sebuah tempat bersejarah di Singapura. Seramai
lima puluh orang murid Melayu dan dua orang guru telah mengikuti lawatan
tersebut. Tepat pada jam sebelas pagi, kami berhimpun di dewan sekolah
sementara menunggu bas yang akan kami naiki. Setelah bas tiba, kami semua
menuju ke kawasan tempat meletak kereta dengan membawa sebuah buku nota
kecil dan beg masing-masing.

24
Perjalanan ke destinasi kami mengambil masa setengah jam. Semasa
perjalanan ke situ, suasana di dalam bas sungguh ceria sekali dengan tawa mesra
murid-murid perempuan yang asyik berbual-bual. Ada di antara mereka yang
menyanyikan lagu idola mereka iaitu Taufik Batisah.

Apabila tiba di sana, aku terpesona melihat sebuah kawasan yang


bangunannya sungguh indah seperti rumah-rumah kampung yang aku selalu
nampak di desa. Seterusnya, kami disambut oleh seorang wanita yang bertugas di
situ. Kami semua menuju ke sebuah dewan besar untuk menyaksikan persembahan
yang akan dipersembahkan oleh Persatuan Budaya Melayu Singapura(PBMS).
Selepas itu, kami duduk di kerusi yang telah dikhaskan untuk rombongan Sekolah
Menengah Marsiling. Selain kami, ramai pelajar sekolah lain yang turut hadir
bersama.

Tiba-tiba, bunyi kompang dan gong yang bertalu-talu dimainkan. Suasana di


dalam dewan itu menjadi senyap dan semua orang melemparkan pandangan
mereka ke arah pentas yang di hadapan. Beberapa minit kemudian, dua belas
orang penari yang berpakaian baju tradisi Melayu muncul di atas pentas. Dua minit
kemudian, mereka mula mempersembahkan tarian Melayu dengan iringan lagu Siti
Nurhaliza yang berjudul ‘Tarian Melayu’. Sungguh anggun sekali penari-penari itu
mempamerkan gerak-geri mereka yang lemah-lembut. Aku terpesona melihat
tarian itu kerana tidak pernah melihat tarian yang sehebat itu. Semua penonton
memberi tepukan yang gemuruh sekali setelah tamat persembahan tersebut.

Selepas itu, pengacara yang mengendalikan acara itu memperkenalkan


dirinya dan memberitahu kami serba sedikit tentang sejarah Taman Warisan
Melayu. Pengacara itu kurang menguasai penggunaan bahasa Melayu dan dia
sering mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sewenang-
wenangnya. Walaupun begitu, dia masih mencuba untuk menjalankan tugasnya
dengan baik.

Seterusnya sebuah persembahan dikir barat diadakan. Kumpulan itu terdiri


daripada dua puluh orang remaja yang berbangsa Melayu, lima orang berbangsa
Cina, dan dua orang berbangsa India. Sungguh kuat sekali suara mereka walaupun
alat pembesar suara tidak digunakan. Persembahan mereka diiringi dengan alat

25
muzik seperti rebana dan kompang. Aku berasa sungguh bangga sekali kerana
orang-orang yang berlainan bangsa juga turut mempelajari dan meminati seni
budaya Melayu. Tepat pada jam dua tengah hari, persembahan mereka tamat.
Rakan-rakan di sekelilingku sangat terhibur dan mereka berasa ghairah untuk
menyaksikan persembahan yang seterusnya.

Bagi penutup acara, sebuah persembahan istimewa tarian Cina diadakan.


Para penari tersebut menari dengan pantas dan penuh bertenaga. Sambil menari,
mereka menggerakkan patung yang berbentuk seekor naga. Aksi mereka penuh
dengan loncatan dan ianya membuat para penonton kagum dengan aksi serta
ketangkasan mereka menari.

Sebelum pulang, rombongan sekolah kami semua dijemput menghadiri


jamuan ringan yang telah disediakan. Saya berasa sungguh seronok kerana telah
berkesempatan menyaksikan persembahan sehebat itu. Aku berharap, inisiatif
seperti ini akan terus diadakan supaya adat dan budaya Melayu tidak hilang ditelan
zaman.

- Selesai -

Contoh Karangan Deskriptif 2 :

Soalan:
Pada suatu hari selepas waktu sekolah, kamu ternampak seorang lelaki
yang tidak dikenali keluar dari bilik makmal sains sekolah. Tiba-tiba kamu
terdengar bunyi letupan lalu bergegas ke bilik itu untuk menyiasat.
Ceritakan apa yang kamu nampak dan lakukan selepas itu.

Aku duduk terjelopok di atas kerusiku. Nafasku yang pada mulanya


tercungap-cungap mula beransur pulih. Hari ini merupakan hari pertama aku
menjadi seorang guru sambilan untuk menggantikan tempat Cikgu Mazlin yang cuti
sakit. Walaupun begitu, aku pernah juga mengajar di sini, tetapi tugasan itu
sebahagian daripada syarat untuk menjadi seorang guru.

“Hmm...Barulah dapat aku rasakan betapa penatnya menanggung


tanggungjawab ini dan juga menghadapi tekanannya. Kesian betul Cikgu Linah.
Dulu, aku selalu buat hal tapi tidak pernah dia merungut,” bebelku sendirian apabila

26
terkenangkan masa silamku di Sekolah Menengah New Town. Tanpa disedari
sebuah senyuman terukir di bibirku.

“Hoi! Termenung jauh sampai ke planet Jupiter ke? Pacar mana saja kau
menungkan?” sergah Akmal dengan tiba-tiba. Dagu yang ditopang tangan kiriku
segera dilepaskan. Kerusiku pula ditarik agar posisi dudukku lebih selesa. Terus aku
merenung tajam ke arah Akmal. Akmal pula, hanya membalas tenungan aku
sahaja. Aku kalah dengan tenungannya. Dengan geram, aku pun meninggalkan
mejaku dan keluar dari bilik guru untuk ke tandas.

Dalam perjalananku ke sana, fikiranku hanya berlegar mengenangkan


kelakuan Akmal tadi. Sedang aku mengelamun, aku terperasan akan kehadiran
seorang lelaki yang tidak aku kenali di dalam makmal sains hayat. Aku kehairanan
dengan tindak lakunya. Setahu aku, kelas sudah lama berakhir. Mengapa dia di
dalam? Menggodeh-godeh dengan periuk air yang ada di dalam bilik itu pula!
Agaknya dia operator makmal itu. Barangkali teknisyen baru. Segala fikiran negatif
yang semakin bercambah di dalam otakku, lenyap serta- merta. Aku mula
menganggap hal-hal positif bahawa kelakuan lelaki itu biasa sahaja.

Pergerakan aku yang sedang berada di luar makmal menarik perhatian lelaki
tersebut. Serta-merta, lelaki itu bangkit dan bergerak keluar dari bilik makmal
tersebut di dalam keadaan tergesa-gesa tanpa langsung menoleh ke belakang. Dia
menuju ke arah seseorang yang baru keluar dari pejabat sekolah.

Eh! Cikgu Krishna rupanya! Kelihatan lelaki tersebut berbicara dengan Cikgu
Krishna. Betullah tekaanku. Lelaki itu memanglah operator makmal sains hayat.
Mungkin hanya pekerja sambilan. Niatku untuk ke tandas semakin tertangguh
apabila sesuatu kejadian berlaku tanpa diduga.

Apabila Cikgu Krishna baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam bilik


makmal, terdengar satu letupan yang begitu dahsyat berlaku.

“Kabooooom!!!....”

Asap mula berkepul-kepul di dalam bilik makmal itu. Beberapa tingkap


berdekatan pintu masuk bilik tersebut didapati sama ada retak ataupun hancur
berkecai. Api yang membakar akibat letupan itu mula merebak dengan cepatnya.
Disambarnya tabir tingkap dan kini, api mula memakan rak-rak di mana botol-botol
kimia dan asid disimpan.

Aku yang pada mulanya tergamam dan kaget, tidak dapat melakukan apa-
apa sehingga aku terpandang pada sesusuk tubuh yang terkulai di muka pintu bilik
makmal tersebut. Aku tekad ingin menyelamatkan nyawa Cikgu Krishna biar
apapun yang akan terjadi. Segera aku berlari ke arahnya dan memapahnya keluar
dari kawasan yang merbahaya itu dengan menggunakan segala tenaga yang
mampu aku curahkan. Sejurus kemudian, beberapa lagi letupan yang lebih kecil
menyusul.

Aku sedar bahawa aku harus melakukan sesuatu untuk mengawal kebakaran
yang telah berlaku walaupun nyawa aku mungkin dalam keadaan terancam. Maka,
tanpa berfikir panjang, segera aku memecahkan penggera kebakaran untuk
memberitahu pihak sekolah akan kecemasan yang sedang aku hadapi. Tanpa

27
berlengah, aku menutup mukaku dengan lengan bajuku dan terus memasuki bilik
yang kini sudah dipenuhi asap yang tebal lagi menyesakkan pernafasanku.

Aku mencapai sebuah alat pemadam api yang terletak di satu ceruk billik
makmal itu lalu penutupnya aku buka. Berkat pengalamanku ketika mengikuti
kursus cara-cara menangani kecemasan dan menghadapi kebakaran anjuran Unit
Pertahanan Awam, Balai Bomba Bukit Batok, aku berjaya memadamkan api yang
mula menjilat segala perkakas di makmal sains itu. Namun, api pada sebahagian
botol-botol kimia masih gagal dipadamkan, malah, makin bertambah marak.
Terpaksa aku menggunakan alternatif lain iaitu menggunakan pasir yang telah
disediakan di situ. Ternyata usahaku menggunakan pasir itu mendatangkan hasil.
Api yang marak berjaya dipadam.

Aku melepaskan satu nafas tanda kelegaan, namun hatiku sayu serta dadaku
sebak apabila aku memandang sisa-sisa akibat kebakaran tadi. Tabir tingkap hanya
tinggal rangka, manakala, kerusi-kerusi, meja-meja dan segala peralatan makmal
hangus terbakar atau kotor diselaputi abu. Nasib baik, bahan-bahan kimia tidak
sempat dijilat api, kalau tidak, entah apa musibah yang lebih dahsyat akan terjadi.
Aku tidak dapat bayangkan.

Namun, apabila aku terpandang periuk air di mana lelaki yang tidak aku
kenali itu tadi seperti sedang hendak memperbetulkannya, terdapat beberapa
bangkai tikus bersepahan di sekililingnya. Periuk air itu pula, hancur sama sekali.
Aku pasti, periuk air itulah punca letupan yang berlaku sebentar tadi.

Tiba-tiba aku terasa seperti ada seekor binatang berbulu lebat yang merayap
di atas kakiku. Apabila aku melihat ke bawah, serta-merta aku menjerit. Tikus!! Eeii!
Aku pantang melihat tikus seperti itu! Lagi-lagi yang merayap di atas kakiku!
Segera aku berpaling ke belakang dan terus berlanggar dengan seseorang. Aku
amati wajah yang asa di hadapanku. Barulah aku sedar bahawa wajah itu
kepunyaan lelaki yang tidak aku kenali itu. Disebabkan aku masih berada di dalam
keadaan terperanjat, tidak ada sepatah perkataan pun yang dapat aku ucapkan.
Melihat gelagat aku yang agak ganjil, lelaki itu dengan lembut, memimpinku keluar
dari bilik makmal itu.

Aku disuruh duduk di atas sebuah bangku yang terletak di luar bilik makmal
itu dan diberikan secawan air panas untuk menenangkan diriku. Sejurus kemudian,
sepasukan ahli bomba dan polis tiba. Beberapa orang ahli bomba memasuki bilik
makmal dan mula menjalankan siasatan sementara aku diminta untuk membuat
kenyataan mengenai apa yang terjadi kepada seorang pegawai polis yang
berpakaian segak. Selepas itu, aku pula diperiksa oleh para paramedik sebelum
disahkan sihat untuk pulang. Cikgu Krishna juga terpaksa melalui proses yang sama
setelah dia berjaya disedarkan.

Sebelum aku pulang, sempat juga aku bertanya akan punca kebakaran yang
telah berlaku. Apa yang ku diberitahu, tikus makmal yang disimpan di dalam
sebuah sangkar bersebelahan periuk air itu yang telah menyebabkan letupan
tersebut. Rupa-rupanya, apabila lelaki yang tidak aku kenali itu bergegas keluar
dari bilik makmal tersebut, secara tidak sengaja, telah membuka pintu sangkar
tersebut. Tikus-tikus itu pun mengambil peluang untuk melarikan diri dan beberapa
ekor daripadanya telah mengunyah wayar periuk air tersebut. Inilah yang telah
menyebabkan letupan berlaku kerana periuk air itu masih dihidupkan. Tikus-tikus
itu ada pula yang mati akibat kejutan elektrik ataupun hangus terbakar. Namun,

28
ada juga yang dapat menyelamatkan diri mereka. Salah seekor daripadanyalah
yang telah merayap di atas kaki ku.

Bulu roma ku masih meremang apabila aku terfikir akan kejadian yang telah
berlaku tadi. Tidak aku sangka, aku berjaya menyelamatkan seorang rakan kerja,
memadamkan satu kebakaran besar dan diserang seekor tikus dalam sehari. Kini,
barulah aku dapat memberikan nama buat lelaki yang tidak aku kenali itu. Dia
merupakan seorang pekerja baru di sini dan namanya ialah Rafie. Itulah yang
dikatakannya apabila aku berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih
kepadanya.
Ditulis oleh: Diana Syahidayu Bte Muhamad D
4L1 (2006)
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

Latihan karangan untuk Penggal 3


Karangan Naratif
Lampiran KN T3/1

Latihan 4 : (Pilih 1 soalan sahaja)

A) Tuliskan sebuah kisah mengenai sifat keangkuhan seseorang yang


akhirnya mendatangkan
kesusahan pada dirinya sendiri.

B) Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan suatu keinsafan.


Contoh Karangan Naratif 1:

Nilai sebuah persahabatan

Hujan yang turun dengan lebat pada petang ini mengingatkanku pada satu
peristiwa yang pahit melanda hidupku setahun yang lalu. "Perlukan pertolongan?"
aku menawarkan payungku kepadanya. Dia mengucap terima kasih padaku lalu
pergi.

Keesokkan harinya dia memulangkan payungku. Farah, begitulah namanya.


"Indahnya nama itu", kataku. Dia ketawa apabila aku mengatakan begitu. Sejak dari
saat itu persahabatan aku dan Farah bertambah erat. Kebetulan dia tinggal tidak
jauh dari rumah aku. Katanya dia sudah tiga tahun tinggal di sini. Aku dan Farah
selalu berjumpa. Kami selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama di
perpustakaan.

Setahun berlalu tanpa kusedari. Tiba-tiba sahaja persahabatan kami menjadi


goyah. Dia sering mengelakkan diri daripada bertemu denganku. Dia tidak seperti
dulu, seorang yang selalu ceria dan gembira. "Tidak ada apa-apa berlaku pada
Farah, percayalah," begitulah jawapannya setiap kali aku cuba mencungkil rahsia
tentang perubahan dirinya itu. "Farah, Afiq amat menghormati Farah. Afiq dah
anggap Farah sebagai adik kandung Afiq sendiri. Afiq rasa tidak adil Farah
merahsiakan sesuatu daripada Afiq," bicaraku lembut pada suatu petang.

29
"Fiq, maafkan Farah. Bukan Farah tak nak beritahu tapi...," bicaranya tersekat. Air
matanya mula membasahi pipinya. Namun Afiq ingin mengetahui masalah disebalik
air mata itu. "Tapi apa Farah?" tanya Afiq gelisah. "Farah disahkan menghidap
penyakit barah otak, Fiq. Kata doktor penyakit Farah tidak boleh diubati lagi." Aku
terdiam. Air mataku mula mengalir deras.

Beberapa hari selepas itu Farah dimasukkan ke hospital. Setiap hari aku pasti
melawatinya. Aku sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Farah. Namun
jauh di sudut hatiku, aku tahu harapannya untuk hidup amat tipis. Aku amat terharu
melihat keadaan Farah ketika itu.

"Fiq... selalulah ingatkan Farah." Itulah kata-kata akhirnya sebelum dia


menghembuskan nafaz terakhirnya. "Afiq mari makan!" Aku tersentak daripada
lamunan. Hujan sudah reda. Matahari mula bersinar seolah-olah memberikan
harapan. "Baiklah mak," balasku sambil melangkah perlahan ke dapur.

Afiq 1S1

Contoh Karangan Naratif 2:


Tema: Kekeluargaan ( Perdana Putra, 5/2 (2006) Sekolah Menengah Chestnut
Drive)
Qamar memandang ke atas langit. Pagi sungguh gelita dek mendung yang
menyelimuti seluruh langit. Keremangan pagi seolah-olah menemani hati Qamar
yang berdebaran. Sudah empat hari Qamar nekad melarikan diri dari rumah. Tanpa
wang sedikit pun, Qamar berterusan mengembara dari satu bandar ke satu bandar
lainnya. Jalanan yang lecak-becak pun tidak dihiraukannya. Qamar berazam untuk
mencari kerja untuk menyokong dirinya sendiri. Dia yakin dia boleh hidup tanpa
bantuan ayah dan ibu angkatnya itu.

Memang sudah dari kecil lagi Qamar dititipkan di rumah anak-anak yatim
oleh ibu kandungnya sendiri. Ayah kandung Qamar sudah meninggal dunia
beberapa tahun setelah Qamar dilahirkan. Sejak itulah Qamar tidak pernah lagi
mengecap kebahagiaan dan kasih sayang. Baru setelah Encik Abidin
menjadikannya anak angkat barulah Qamar mula pulih luka di hatinya. Malangnya,
isteri Encik Abidin kurang suka dengan Qamar. Dia kelihatan selekeh dengan kulit
sawo matangnya, apalagi waktu itu Qamar tiada henti mengesat hingusnya.
Lumrah sahaja, tiada sesiapa yang mengajar Qamar tatasusila sehingga dia berbuat
demikian.

Namun begitu, itu dulu. Setelah enam tahun Qamar menjadi anak angkat
Encik Abidin, dia menjadi lebih sopan. Segala keperluan lahiriahnya dipenuhi
padahal Encik Abidin memiliki ramai anak lagi. Ibu angkat Qamar pun sudah mula
menyayanginya seperti anak sendiri. Akan tetapi, Qamar seorang anak yang malas
belajar, tidak seperti anak-anak Encik Abidin yang lain. Qamar juga merokok dan
sering ponteng sekolah. Pada suatu hari, pengetua sekolah memberikan amaran
yang Qamar akan dibuang sekolah jika grednya tidak menunjukkan sebarang
kemajuan. Sejak saat itu, Encik Abidin menjadi lebih tegas terhadap Qamar. Qamar
mula membenci kongkongan ayah angkatnya itu.

30
Kemuncak masalah Qamar dengan Encik Abidin ialah ketika Qamar tidak
diizinkan mengikuti latihan bola sepak di sekolahnya. Encik Abidin mahu Qamar
menggunakan masanya untuk mengulang kaji pelajaran, bukan bermain bola,
Qamar berasa Encik Abidin pilih kasih kerana anak-anaknya yang lain boleh
mengikuti apa sahaja kursus atau latihan yang mereka mahukan. Mengapa dirinya
tidak boleh? Qamar berfikir Encik Abidin bertindak sesuai dengan peribahasa, "Daun
dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga." Oleh kerana itu, pada suatu malam,
Qamar memutuskan untuk melarikan diri sahaja dari rumah itu.

Sekarang, Qamar sedikit menyesal kerana telah lari dari rumah. Tubuhnya
kesejukan. Perutnya sudah lama meronta-ronta minta diberi makan. Gumpalan
awan hitam yang menutupi dada langit lama-kelamaan menjatuhkan butir-butir
hujan lebat. Ah, ke mana harus kuberteduh? Bisik hati kecilnya. Sekarang, jangan
kata mencari kerja, mencari seteguk air minum untuk membasahkan tekaknya
sahaja Qamar tidak sanggup. Di saat itulah fikiran rasionalnya mula bersuara. Dia
terlalu dibutakan emosi dan egonya sendiri. Hanya kerana suatu perkara kecil, dia
telah lari dari rumah. Dia tidak mahu dikatakan mirip seperti ibu kandungnya yang
lari daripada kenyataan setelah satu masalah berlaku. Qamar berpatah balik. Dia
mengambil langkah seribu ke rumahnya sambil menangis teresak-esak. Air hujan
yang membasahi wajahnya jatuh seiringan dengan air matanya. Dia harus kembali
ke rumah itu. Rumah miliknya. Rumah di mana sebuah keluarga sedang cemas
menunggu kepulangannya.

Hujan sudah reda dan langit kembali cerah. Mentari yang tidak kunjung
muncul pun akhirnya menampakkan parasnya juga. Qamar lemas lutu kerana
kepenatan. Jantungnya berdebar keras ketika tidak dilihatnya sesosok manusia juga
di rumahnya. Padahal selalunya rumah itu selalu hangat dan bising. Kelopak mata
Qamar baru hampir dipenuhi air mata tatkala suara seseorang memanggilnya,
"Qamar, itukah anakku?" Qamar berpaling dan langsung dipeluknya sosok itu. Itu
ayahnya beserta ibu dan adik-beradiknya yang baru sahaja pulang dari pejabat
polis untuk mencari dirinya. Akhirnya, aku berada di rumah, bisik Qamar.

Kejadian hari tiu memberikan suatu pengajaran kepada Qamar. Keluarga


merupakan tempat untuk kita berteduh dan saling menyayangi. Kadangkala, ahli
keluarga kita memiliki cara yang berbeza untuk mengungkapkan perasaan kasih
mereka terhadap kita. Namun begitu, kita harus yakin yang mereka mengasihi kita
dan kita seharusnya percaya akan hal itu. Qamar pasti yang dia tidak akan
melawan kehendak ayah dan ibunya lagi. Dia harus rajin belajar seperti apa yang
diharapkan oleh keluarganya. Keluarga dan sahabat sukar didapati. Qamar bertuah.
Dia sangat bersyukur kerana mengenali Encik Abidin beserta isteri dan anak-
anaknya telah memberikannya kehangatan sesebuah keluarga yang
didambakannya.
Latihan karangan untuk Penggal 3
Surat Kiriman Rasmi
Lampiran SKR T3/1
Latihan 5 :

1. Tulis sepucuk surat kepada sebuah syarikat bas untuk membuat aduan
tentang khidmat dan keadaan bas yang kurang memuaskan.

31
Di dalam surat kamu jelaskan aduan yang dikemukakan serta beri beberapa saranan
kepada syarikat bas itu untuk memperbaiki kelemahan-kelemahannya.

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:

Sazali bin Samad atau Sazliah binti Samad


Blok 470 Admiralty Link
# 07 - 407
Singapura 750 470

Alamatkan surat kamu kepada :

Pengurus
Syarikat Bas StarBuzz
11 Woodlands Street 83
Singapura ( 738 489 )

32