Anda di halaman 1dari 4

000702-01-0714

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jenama Yakult diwujudkan selama 80 tahun sejak tahun 1930. Ia bermula apabila
seorang doktor Jepun yang bernama Minoru Shirota menemui bakteria yang bernama Shirota.
Dengan penemuan ini, Doktor Shirota menjumpai cara untuk menambahkan bilangan
bakteria baik di dalam usus manusia. Doktor Shirota menjadi orang pertama yang berjaya
dalam pengkulturan strain bakteria asid laktik yang bermanfaat kepada kesihatan manusia.
Pada masa itu, Jepun masih bukan negara yang berkembang dan kaya seperti hari ini dan ini
menyebabkan banyak kanak-kanak mengalami kehilangan nyawa yang disebabkan oleh
infeksi penyakit, keracunan makanan, disentri, kolera, tipus dan juga malnutrisi. Keadaan ini
amat membimbangkan dan Dr. Shirota telah ditentukan untuk menumpukan usaha beliau
mengenai perubatan pencegahan serta mengalihkan perhatian kepada kajian mikroorganisma.
Setelah berhasil dikulturkan, bakteri bermanfaat Lactobacillus casei Shirota strain ini
digunakan untuk meningkatkan kesehatan kita melalui produk Yakult. 

Pada tahun 1935, Yakult pertama kali diperkenalkan dan mula dijual di pasaran.
Nama Yakult berasal dari bahasa Esperanto dari kata “Jahurto” yang bererti yogurt. Yakult
dimulai dari Jepang Yakult dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia. Yakult mula
diproduksi dan dipasarkan di Taiwan pada tahun 1964. Selepas pengenalannya di Jepun dan
Taiwan, Yakult kemudian mula dijual di Brazil pada tahun 1966, berikutan jumlah pendatang
Jepun yang ramai di negara tersebut, sebelum ia dijual di negara-negara lain. Hari ini, Yakult
dijual di lebih 38 negara, walaupun kultur bakterianya dibekalkan daripada strain induk dari
Jepun tanpa mengira lokasi pengeluaran. (https://www.yakult.com.my/company/yakult-
worldwide/).

Yakult diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 dan mula mengeluarkan produk
Yakult pada tahun 2004. Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik penuh
Yakult Honsha, Jepun. Yakult telah melaburkan berjuta-juta ringgit untuk menubuhkan dan
mengendalikan kilang tempatan di Seremban, Negeri Sembilan sementara ibu pejabatnya di
Glenmarie, Shah Alam. Syarikat Yakult telah menggaji sebanyak 180 orang di Malaysia.
(https://www.yakult.com.my/company/yakult-malaysia/) Kilang Yakult di Malaysia yang
terletak di Seremban, Negeri Sembilan dan ia menghasilkan Yakult untuk seluruh Malaysia,
dan juga mengeksport minuman Yakult ke negara-negara jiran. Kilang Yakult telah dibina
khas dengan pelawat dalam fikiran. Di kilang Yakult, banyak perhatian dibayar kepada
000702-01-0714

komunikasi dua hala dengan pengguna. Orang yang berminat boleh mendapatkan maklumat
di kilang. Mereka boleh mengikuti proses pengeluaran keseluruhan dari lobi di tingkat
pertama. Dinding diperbuat daripada kaca, yang menjadikan setiap langkah proses
pengeluaran jelas kelihatan. Ini menunjukkan watak terbuka dan struktur yang jelas syarikat
itu.
Persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran tugas dan
persekitaran umum. Persekitaran perniagaan tugas sesebuah organisasi perniagaan terdiri
daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pesaing, pelabur, pekerja, pelanggan dan
pembekal. Persekitaran tugas yang mempengaruhi Syarikat Yakult ialah

Persekitaran perniagaan umum terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan


mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Elemen-elemen persekitaran
perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi,
persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan
persekitaran antarabangsa. Persekitaran umum yang mempengaruhi pengeluaran Yakult ialah
sistem ekonomiPermintaan produk bergantung kepada keadaan ekonomi iaitu inflasi atau
kemelesetan. . Apabila berlakunya inflasi, harga air minuman Yakult akan meningkat. Inflasi
menyebabkan peningkatkan kos pengeluaran menyebabkan permintaan berkurang. Jika
sumber pengeluaran tidak mencukupi dan kemudahan infrastruktur tidak lengkap, proses
pengeluaran Syarikat Yakult akan terjejas. Selain itu, apabila pendapatan per kapita
penduduk negara yang berurusniaga rendah, peluang perniagaan syarikat Yakult akan terjejas
kerana kuasa beli dan permintaan penduduk terhadap keluaran Yakult turut menurun.
Persekitaran umum yang lain ialah sosiobudaya. Faktor budaya setempat perlu diberi
perhatian utama dalam menjalankan pengeluaran produk minuman Yakult kerana ia menjurus
kepada tahap penerimaan penduduk terhadap produk minuman Yakult. Perbezaan seperti
adat, bahasa, citarasa individu berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain.

Air minuman Yakult mula diproses menggunakan tangki pelarutan. Tangki pelarutan
ini berfungsi untuk melarutkan komposisi-komposisi bahan pembuatan yakult yang terdiri
dari susu bubuk skim dan glukosa yang dicampur dengan air. Seterusnya, bakteri
Lactobacillus casei Shirota strain terlebih dulu disiapkan dan dikembangkan ke dalam tangki
pembibitan. Tahap berikutnya dilakukan proses Homogenizer dan diawasi secara ketat. Hasil
proses homogenizer tersebut dicampur dengan sirup dari tangki sirup dan disimpan dalam
000702-01-0714

tangki pencampur. Pengemas produk Yakult  berupa bekas gelas dengan leher sempit yang
disebut botol. Seterusnya, minuman Yakult yang telah siap diisi ke dalam botol. Botol yang
telah diisi dikemas dengan kemasan satu kemasan (packing) terdiri dari 5 botol Yakult.
(https://cahayawahyu.wordpress.com/life/back-to-nature/cara-pembuatan-yakult/)

Minuman Yakult membantu untuk mencegah flu pada orang dewasa dan untuk
mencegah jangkitan pernafasan pada kanak-kanak. Secara keseluruhan, Yakult membantu
menjaga kesihatan saluran pencernaan, sekaligus membangun dan menjaga daya tahan tubuh.
Minuman Yakult menggunakan jenama Yakult Ace dan Yakult Ace Light dalam
keluarannya. Yakult Ace merupakan produk pertama yang dikeluarkan di pasaran. Yakult
Ace mempunyai faedah tambahan kalsium dan vitamin. Yakult Ace Light pula dikeluarkan
selepas Yakult Ace di mana Yakult Ace Light lebih kurang gula dan lebih ringan, kurang
manis berbanding Yakult Ace.

Semua pengeluar perlu membentuk satu campuran pemasaran yang mantap untuk
menguasai pasaran. Campuran pemasaran terdiri daripada empat elemen iaitu produk,
promosi, pengedaran dan harga. Pemasaran Yakult melalui pengedaran yang terdiri daripada
2 jenis iaitu, Sistem Direct Sales dan Sistem Yakult Lady. Sistem ini digunakan untuk
mengagihkan Yakult ke kedai-kedai, pasar raya, koperasi, kantin dan lain-lain. Pengagihan
dilakukan menggunakan kereta berpendingin. Selain itu, Yakult juga memperkenalkan
Sistem Yakult Lady. Dengan menggunakan sistem ini, Yakult diagihkan oleh ibu-ibu rumah
tangga kepada masyarakat di lingkungan tempat tinggal mereka. Ketika melayani
masyarakat, Yakult Lady juga melakukan penyebaran yang berisi tentang penjelasan
mengenai faedah Yakult.

Iklan dijadikan media promosi minuman Yakult. Segmentasi ini mengelompokkan


pembeli berdasarkan pengetahuan, penggunaan atau reaksi terhadap suatu produk. Produk
Yakult ini dapat diagihkan dengan menjadikan pengguna produk kelas ringan (yang jarang
meminum), menengah (yang sering meminum), dan kelas berat (yang sering dan kerap
meminum) Cara penyampaian mesej dalam iklan Yakult sangat menarik dan mempunyai
persembahan dan tarian yang menyenangkan untuk ditonton sementara minum yakult, hal itu
agar membuat penonton atau pembeli berfikiran bahwa yakult ini membawa pengaruh positif
bagi kehidupan sehari-hari setiap orang yang meminumnya.
000702-01-0714

Kini, Yakult telah berkembang dan menjadi perniagaan antarabangsa di seluruh dunia.
Produk yang dikeluarkan amat digemari oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai