Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
LANGKAWI
KERTAS KERJA PERBELANJAAN PENYERTAAN KEJ BOLA TAMPAR U12 MSSD LANGKAWI 2020
1.0 Pendahuluan
Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini. Menyedari
hakikat ini, PPD Langkawi telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda
dengan menganjurkan pertandingan Bola Tampar bagi pelajar-pelajar daerah
Langkawi. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi
aspek Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial (JERIS).
2.0 Rasional
Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yang menjadi sebahagian
daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM. Sukan seharusnya
mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga
diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum
supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi kesejahteraan minda
dan jasmani. Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan
pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan
meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam
mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu
serta memupuk semangat cinta akan negara.
2.0 Objektif
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang
strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang
berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola tampar dapat menunjukkan bakatnya
dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Langkawi ke
peringkat Negeri Kedah.
KERTAS KERJA PERBELANJAAN PENYERTAAN KEJ BOLA TAMPAR U12 MSSD LANGKAWI 2020
NO SIJIL LAHIR
NAMA PEMAIN PASUKAN U12 LELAKI
JUMLAH
RM
KESELURUHAN
6.0 Penutup
...................................................... ...........................................