Anda di halaman 1dari 4

Tajuk:

Masaalah koordinasi tubuh badan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas


lokomotor dan manipulasi alatan

1.0 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran yang lalu


Selepas saya mengajar tajuk koordinasi untuk murid tahun 1 selama 2 bulan,
saya mendapati 15 orang murid tidak dapat melakukan pergerakan yang
melibatkan koordinasi tubuh badan. Saya telah bercadang untuk melakukan satu
kajian untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani yang bertajuk koordinasi
dikalangan murid tahun 1 semasa melakukan pergerakan lokomotor dan
manipulasi alatan dengan menggunakan muzik. Semasa saya mengajar
Pendidikan Jasmani murid tahun 1 Tekun saya terpaksa menghabiskan masa
selama 1 bulan untuk tajuk kecergasan, komponennya ialah koordinasi. Ini
kerana ramai murid yang tidak dapat melakukan aktiviti yang telah saya rancang,
saya mendapati masaalah ini merupakan satu masaalah yang perlu diberi
perhatian kerana P&P saya terganggu disebabkan ramai murid yang tidak dapat
menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan aktiviti, contoh
pergerakan yang saya lakukan ialah seperti melambung pundi kacang dimana
aktiviti ini memerlukan koordinasi antara tangan dan mata.

2.0 Fokus kajian


Kajian ini difokuskan kepada murid tahun 1, Isu yang diberi perhatian untuk kajian ini ialah murid
tahun 1 tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan dengan baik semasa melakukan pergerakan
asas lokomotor . Ramai murid tahun 1 tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi.
Koordinasi tubuh badan merupakan satu platform untuk seseorang murid itu menguasai kemahiran
yang lebih kompleks contohnya seperti congklang, skip, melambung pundi kacang, menangkap bola
dan sebagainya.

3.0 Objektif kajian


3.1 Objektif umum
i.Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap matapelajaran
Pendidikan Jasmani.
ii. Memperkenalkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.
3.2 Objektif khusus
i. Membantu murid tahun 1 memahami konsep koordinasi.
ii. Membantu murid menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan aktivti.
iii.Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah untuk
menyelaraskan anggota tubuh badan.
iv. Membantu murid menguasai pergerakkan yang melibatkan koordinasi tubuh badan dengan lebih
baik.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan murid tahun 1 Tekun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa yang terdiri
daripada 15 orang murid, 6 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki.

5.0 Perlaksanaan Kajian tindakan


5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan dilakukan ke atas murid-murid tahun 1 Tekun untuk mendapatkan persepsi awal tahap
koordinasi tubuh badan murid. Pada peringkat awal, pengkaji telah menjalankan ujian bagi
mendapatkan klasifikasi murid yang tidak dapat melakukan pergerakan yang melibatkan koordinasi
tubuh badan.
5.2 Aktiviti 1
Teknik pengumpulan data dijalankan secara dua fasa yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif
dan kualitatif. Menerusi fasa pertama iaitu pungutan data kuantitatif, jumlah murid yang tidak dapat
menguasai atau melakukan aktiviti yang dijalankan. Dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisis
bagi mendapatkan jumalh murid yang tidak dapat melakukan aktiviti. Fasa kedua melibatkan
pungutan data secara kualitatif di mana pengkaji menjalankan kajian ke atas lima belas orang murid
yang dipilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah temubual dan pemerhatian pengkaji
untuk mengumpul data. Dalam konteks penyelidikan, pengkaji telah menjalankan penerokaan secara
mendalam bagi mengetahui rutin harian murid terutamanya untuk aktiviti permainan yang pernah
dimainkan sewaktu berada di rumah yang melibatkan koordinasi. Pengkaji memperuntukkan masa
selama 30 minit dalam seminggu selama dua bulan bagi tujuan penyelidikan. Pengumpulan data
secara kualitatif yang dijalankan dalam fasa kedua kajian ini dapat membantu dalam membuat
interpretasi ke atas keseluruhan kajian.
Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas murid yang mengalami masalah melakukan
aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Murid dikehendaki menjalankan aktiviti fizikal
diiringi muzik secara berterusan sekurang- kurangnya 15 minit setiap hari atau 30 minit dua kali
seminggu sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani dan semasa berada di rumah pada waktu petang.
Aktiviti 2
Bagi penyelidikan yang dijalankan dalam fasa pertama iaitu pengumpulan data secara
Kuantitatif ,ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan dijalankan ke atas murid tahun 1 Tekun
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa. Fasa kedua menghendaki pengkaji menjalankan kajian
secara mendalam ke atas 10 orang murid atau responden yang dipilih secara purposive dengan
menggabungkan kaedah temubual separa berstruktur serta ujian pergerakan asas dan manipulasi
alatan.
Perbincangan dalam hal ini ditumpukan kepada penganalisisan data kajian untuk menjawab objektif
kajian berikut:
i. Mendeskripsi sejauh manakah tahap koordinasi tubuh badan murid tahun 1 Tekun Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Pei Hwa.
ii. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah menyelaraskan
anggota tubuh badan atau koordinasi.
Aktiviti 3
Data yang dikumpul dalam fasa yang pertama dianalisis serta diklasifikasikan mengikut tahap
koordinasi tubuh badan murid. Manakala data dari fasa kualitatif pula dianalisis berdasarkan struktur
yang dibentuk bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat kajian.

6.0 Jadual perancangan


Bil. Perancangan Tarikh
1. Perancangan, menyediakan kertas cadangan 2 Jun - 28 Jun 2014
2. Pelaksanaan kajian 1 Julai - 30 Ogos 2014
3. Pengumpulan data 1 Sept - 15 Sept 2014
4. Analisis data, refleksi dan menulis laporan 16 Sept - 30 Sept 2014

7.0 Anggaran perbelanjaan


Bil. Bahan Kos
1. Cakera padat (untuk menyimpan muzik) Rm 2
2. Bahan untuk menyediakan laporan Rm 5

Anda mungkin juga menyukai