Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

________________________________________________________________

TARANNUM
(HBQE3103)
SEMESTER: SEPTEMBER 2013

NAMA PELAJAR : FARIZAN BINTI YAHAYA

NO. K/P : 770302-10-5774

E-MAIL : farizan_yahaya@yahoo.com

NO. TELEFON : 012-6982581

NO MATRIK : 770302105774-001
ISI KANDUNGAN

Pengenalan 2

Perbezaan pendapat ulama tentang

hukum tarannum dan dalilnya 3

Ikhtilaf ulama tentang melagukan

bacaan al Quran 4

Kesimpulan perbincangan antara dua kumpulan 8

Hukum melagukan bacaan secara bertarannum 9

Pandangan para ulama lain tentang hukum bertarannum 10

Ikhtilaf para ulama tentang wanita membaca al Quran 11

Ikhtilaf ulama bagi kumpulan pertama dan kedua tentang

suara wanita adalah aurat 12

Analisa hasil hujah ikhtilaf para ulama tentang wanita

membaca al Quran. 13

Kesimpulan 14

Rujukan 15

1
1.0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah
saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada
kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. Al-Quran
mempunyai kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai
ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab’ie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan
Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan
dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul s.a.w :

ْ َ ُ َ ‫حسنوا ال ُْقرَءان بأ‬


ُ ‫ن ي َزِي ْد‬ ‫س‬
َ َ ‫ح‬
َ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ت‬ ‫و‬‫ص‬
َ ْ ّ ‫ال‬ ‫ن‬
ّ ِ ‫أ‬ ‫ف‬ ‫م‬
ْ ‫ك‬ِ ‫ت‬ ‫وا‬ ‫ص‬
َ ْ ِ َ ْ ُ ّ َ

‫سًنا‬
َ ‫ح‬ َ ‫ال ُْقْرَءا‬
َ ‫ن‬
Maksudnya:

”Perelokkanlah bacaan Al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang
elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan Al-Quran itu”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Bacaan Al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara,
bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar. Menurut
Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan
lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya
bahkan Al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini
telah jelas diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :\

‫ وإياكم ولحون‬،‫اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها‬

‫ فإنه سيجئ بعدي قوم‬،‫أهل الكتابين وأهل الفسق‬

‫ل يجاوز‬. ‫يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح‬


2
‫حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم‬.

Maksudnya:

"Bacalah Al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-
kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian.
Demikian juga lagu-lagu ahli fasik atau penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka
sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca Al-
Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan
perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati
mereka yang mengkaguminya".

(Hadith Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi)

Kata Ibnu Kathir:

“Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan


suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan
hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”

2.0 PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA TENTANG HUKUM TARANNUM AL-


QURAN BERDASARKAN DALIL-DALILNYA.

Tarannum dari segi bahasa ialah lagu. Manakala dari segi istilah ialah mencantikkan
dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa
maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan Al-Quran secara berlagu.
Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca
terhadap keindahan kalimah-kalimah Allah S.W.T serta mampu menghayati setiap kalimah
yang dialunkan. Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum Al-
Quran sempena hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

3
“ Apa yang diizinkan Allah S.W.T atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya
yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan Al-Quran.”

2.1 IKHTILAF PARA ULAMA TENTANG MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN.

Pendapat ulama berhubung dengan melagukan (mengiramakan) bacaan Al-Quran


adalah berbeza, ianya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaitu kumpulan
yang pertama dan kumpulan yang kedua.

Kumpulan Pertama:

Dipelopori Mazhab Imam Maliki dan


Imam Hanbali

Ikhtilaf para ulama tentang


taranum Al-Quran

Kumpulan Kedua:

Dipelopori Mazhab Imam Shafei dan


Imam Hanafi

2.1.1 Kumpulan Pertama

Kumpulan yang pertama terdiri dari ulama-ulama Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali.
Mereka merujuk kepada pendapat-pendapat para sahabat dan para tabi’ yang berikut :

1. Anas bin Maliki


2. Syaid bin Al-Masib
3. Syaid bin Zabir
4. Al-Kasim bin Muhamad
5. Al-Hussin bin Al-Basri
6. Ibrahim bin Al-Nakhi

4
7. Ibnu Sirin dan lain-lain

Mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan Al-Quran itu adalah bida’ah dan haram.
Diantara hujah mereka adalah mengikut:

1. Hadith riwayat Al-Tabrani dan Al-Bayhaki, yang bermaksud :

“Bacalah Al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah arab
dan janganlah sekali-kali membaca dengan lagu dan suara yang berlahjah khaihudin
dan kansarani. Demikian juga lagu-lagu ahli pasak (baiduan dan baiduwanita).
Kerana sepeninggalan ku nanti, akan muncul satu golongon yang sengaja membca
Al-Quran dengan lagu-lagu yang diperlukan sebagai nyanyian penghibur, pendeta,
dan perintih tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah terfitnah apa lagi
hati mereka yang mengkaguminya.”

2. Hadith riwayat al-Tabrani, yang bermaksud :


“Mereka menjadikan Al-Quran itu sebagai seruling nyayian, dimana mereka
mengutamakan seseorang yang mampu melagukan Al-Quran, sekalipun ianya
seseorang yang cetek dalam pengetahuan agama.”
Hadith ini menunjukkan bahawa mengutamakan lagu dari Al-Quran adalah sebahagian dari
alamat kiamat.

3. Hadith riwayat Al-Daraktani, yang bermaksud :

“Sesungguhnya azan itu adalah senang tidak susah, maka tiadalah azan kamu itu
susah, dan jika sebaliknya maka tidak payah lagi kamu melakukan azan.”

Hadith ini rasulullah S.A.W menegur tukang azannya supaya jangan susah-
susahkan persembahan azan ini dengan berbagai-bagai lagu. Manakala berikut pula adalah
hujah mereka berdasarkan dalil aqli.

Pertama:

5
Mereka berpendapat bahawa melagukan (taranum) bacaan Al-Quran itu boleh mencacatkan
keaslian lafaz Al-Quran seperti huruf, memanjang, mengidghamkan yang izhar dan
sebagainya. Jika berlaku demikian tentunya haram.

Kedua:
Mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan Al-Quran itu boleh membawa kelekaan
memikir dan bertadbir dengan isi kandungan Al-Quran.

2.1.2 Kumpulan Kedua

Terdiri dari ulama-ulama Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafie. Mereka berdasarkan
kepada pendapat-pendapat para sahabat dan para tabi’ yang berikut :

1. Umar bin al-Khattab


2. Abdullah bin Abbas
3. Abdullah bin Mas’ud
4. Abdul Rahman bin Al-Su’ud
5. Abu Jaafar bin Al-Tabri
6. Abu bakar bin Al-Arbi dan lain-lain.

Mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan Al-Quran itu adalah diharuskan dan
disunatkan. Diantara hujah mereka adalah seperti berikut :

1. Hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Al-Darami yang bermaksud :

“Allah S.W.T sangat suka sesuatu sepertimana kesukaannya mendengar nabi


(Muhammad ) yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan Al-Quran
dalam bentuk bacaan yang nyaring.”

2. Hadith riwayat Imam Bukhari, Ahmad dan Abu Daud, yang bermaksud :

“Tiada termasuk didalam golongon kami sesiapa yang tiada mahu melagukan
(taranum) bacaan Al-Quran.”

6
3. Hadith riwayat Abu Daud dan Al-Nasa, yang bermaksud :

“Hendaklah kamu menhiasia bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan


memperbagaikan bunyi suara kamu).”

4. Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :

“Sesungguhnya bertuah engkau (Abu Musa Al-Ashri) kerana Allah S.W.T kurniakan
seruling dari jenis seruling keluarga Nabi Daud.”

Hadith ini Rasulullah S.A.W memuji Abu Musa melagukan bacaan Al-Quran.

5. Hadith Riwayat Imam Bukhari, yang bermaksud :

“Melagukanlah dengan bacaan Al-Quran itu, bukan dari kalangan kami orang yang
tidak mahu melagukan bacaan Al-Quran. Dan sebaik-baiknya menangislah, jika tidak
berjaya menangis maka hendaklah seakan-akan menangis.”

6. Hadith riwayat Imam Bukhari, yang bermaksud :

“Abdullah Bin Magfal berkata aku menyaksi Nabi Muhammah s.a.w membaca Al-
Quran, ketika baginda berkenderaan untanya, yang sedang maju berjalan. Baginda
membaca surah al-Fatihah sebagainya bacaan yang paling lembut dalam bentuk lagu
yang menarik ( tarzing ).”

Manakala berikut adalah hujah mereka berdasarkan dalil aqli:

Pertama:
Mereka berpendapat bahawa melagukan bacaan Al-Quran itu boleh menarik minat
masyarakat kepada mendengar memerharikan sebahagian dari keindahan mukjizat Al-Quran.

Kedua:

7
Bahawa lagu bacaan Al-Quran itu adalah salah satu daripada ciri-ciri alat penyampaian Al-
Quran dan pengajarannya kepada masyarakat.

Ketiga:
Bahawa lagu bacaan Al-Quran itu mempunyai seni daya tarikan kearah keinsafan, kesedaran
dan kekusyukkan terhadap Allah S.W.T.

Keempat:
Bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah meminta Ibnu Mas’ud membaca Al-Quran untuk
didengari. Tokoh Qari tersebut membaca surah An-Nisa dengan kemerduan suaranya
disamping taranum yang menarik. Tiba-tiba sahaja Rasulullah s.a.w menangis berlinangan air
matanya.

Kelima:
Bahawa keislaman Jabir bin Muth’am adalah kesan dari pendengaran bacaan Al-Quran surah
Al-Tur oleh Rasullulah s.a.w.

2.2 KESIMPULAN PERBINCANGAN ANTARA DUA KUMPULAN

Kumpulan yang pertama hanya berpegang kepada hadith-hadith yang kurang kuat (dhaif) dan
kurang menyakinkan disebabkan oleh perkara-perkara berikut :

1. Pada hadith yang pertama bagi hujah kumpulan yang pertama, hadith tersebut terdapat
sanadnya terdiri dari perawi yang tidak menyakinkan iaitu Abu Muhammad dan
Bakiyah yang mana kedua-dua masih mazhulkan halnya.

2. Pada hadith yang kedua pula juga terdapat unsur-unsur kedaifan kerana perawinya
yang bernama Usman bin Amir yang masih mazhulkan halnya.

8
3. Manakala hadith yang ketiga pula adalah hadith yang dikhususkan tentang lagu
azan bukannya untuk lagu bacaan Al-Quran. Hanya mereka berpegang kepada kaedah
kiyasi sahaja, dan hujah begini tidak kuat.

4. Hadith-hadith yang dipegang oleh kelompok ini hanya hadith-hadith riwayat Al-
Tabrani, riwayat Al-Bayahki dan riwayat Al-Darkhatni sahaja.

Manakala kumpulan yang kedua pula hujah mereka adalah lebih kuat dan lebih menyakinkan
atas perkara-perkara berikut :

1. Hadith-hadith yang menjadi pegangan mereka adalah lebih kuat kerana tediri dari
hadith sohih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud dan
Nasa’i.

2. Manakala isi kandungan hadithnya adalah tempat sasarannya mengenai lagu bacaan
Al-Quran, tidak payah dikias dan takwil lagi.

3. Kedua-dua kelompok tersebut pada dasarnya tidak bercanggah tentang harus atau
sunat melagukan (mengiramakan) bacaan Al-Quran. Hanya yang dipertikaikan ialah
masalah teknik dan sifat-sifat lagu sahaja.

4. Kedua-dua kelompok tersebut tidak pernah menepi atau menolak mana-mana hadith
yang menjadi hujah kepada kedua-dua pihak. Hanya tafsiran dan pendapat masing-
masing mempunyai sedikit perbezaan. Walau bagaimanapun sama-sama kearah ingin
menjaga identiti dan kualiti Al-Quran.

3.0 HUKUM MELAGUKAN BACAAN SECARA BERTARANUM

Setelah dikaji dan diteliti pendapat-pendapat ulama yang silam maka hukum
melagukan bacaan Al-Quran itu bolehlah dikategorikan kepada empat kategori bagaimana
berikut :

9
1. Sunat, jika ianya dapat menimbulkan syair islam, dapat menarik perhatian orang ramai
kepada Al-Quran, dapat menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-
Quran, dan dapat melahirkan ketinggian mukjizat Al-Quran.
2. Harus, jika ianya tidak mencacatkan Al-Quran, tidak menganggu ketenteraman awam,
tidak menghalang ketenangan beribadat, dan tidak menimbulkan fitnah.
3. Makruh, jika ianya mengganggu ketenteraman awam, menghalang ketenangan
beribadat, melahirkan fitnah, dan menghilangkan khusyuk atau tadbur.
4. Haram, jika ianya merosakkan keaslian Al-Quran, menjatuh atau menghina keutamaan
Al-Quran, menyeleweng matlamat, dan kearah yang dilarang syarak. Bagi pandangan
Hj.Nik Jaafar bin Nik Aziz yang juga merupakan penulis bagi buku (Qawaid At-
taranum), ianya terdapat satu lagi kategori, iaitu kategori Fardhu Kifayah, jika ianya
boleh mengurangkan kesalahan bacaan, boleh menambahkan keelokan Al-Quran, dan
boleh memantapkan kefahaman terhadap Al-Quran.

4.0 PANDANGAN PARA ULAMA YANG LAIN TENTANG HUKUM


BERTARANUM

• Daripada Barra bin Azib berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang yang
mahir membaca Al-Quran ditempatkan di syurga bersama malaikat dan hiasilah Al-
Quran dengan suaramu.

• Menurut Imam Mawardi, melagukan Al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada
hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.

• Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu samada
ketika menunggang unta, dihalaman rumah dan di mana sahaja. Apabila Al-Quran
diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum
Al-Quran. (Fath al-Bari 6/69).

• Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu
Musa Al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca Al-Quran di hadapannya.
Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu

10
untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal
9/342).

• Ijmak para ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan Al-
Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang
dikehendaki. Menurut Pensyarah Al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman Al-Hafiz Ibrahim berkata,
masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada
beberapa hadith sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.

Asas bertaranum, katanya, ialah hadith Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan Al-Quran.”


(Sahih Bukhari: 6/273)

Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah
lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar katanya.
Beliau berkata lagi, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca Al-Quran
dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadith
bermaksud:

“Hiasilah Al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan
Al-Quran.”
(Riwayat Hakim1/768)
Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah
s.a.w. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan
kemuliaan Al-Quran. Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan
suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh. Mereka sebenarnya tidak belajar
bertaranum yang betul untuk Al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan
kelas yang diadakan.

5.0 IKHTILAF PARA ULAMA TENTANG WANITA MEMBACA AL-QURAN

11
Oleh kerana terdapat ikhtilaf para ulama tentang hukum wanita membaca al Quran
telah menyebabkan terdapat beberapa negara yang tidak menghantar peserta qariah setiap kali
pertandingan tilawah al Quran dijalankan. Antaranya ialah Negara Iran. Allah S.W.T
menjadikan kaum wanita itu penuh dengan berbagai bentuk dan gaya tarikan yang perlu
dicemburui, diawasi dan dijagai. Sama ada rupa parasnya, tingkah lakunya, atau suaranya.
Sehingga suara bacaan Al-Qurannya. Ulama telah mengkategorikan bacaan Al-Quran
itu kepada beberapa kategori.

1. Wanita yang membaca Al-Quran dengan suara yang perlahan untuk didengarinya
sendiri, bacaan begini tidak dipertikaikan oleh mana-mana ulama.
2. Wanita yang membaca Al-Quran dengan suara yang agak nyaring, tetapi tidak ada
lelaki ajnabi yang mendegarnya. Bacaan begini juga tidak dipertikaikan oleh mana-
mana ulama.
3. Wanita yang membaca Al-Quran dengan suara yang nyaring yang mana mereka
sendiri tidak mengetahui bahawa bacaannya didengari oleh lelaki ajnabi, hal ini juga
tidak dipertikaikan.
4. Wanita sahaja membaca Al-Quran, untuk diperdengarkan kepada lelaki yang ajnabi,
maka bacaan begini adalah dipertikaikan oleh ulama. Apakah ianya diharuskan atau
diharamkan. Bagi kumpulan yang pertama suara wanita ini adalah aurat dan tidak
boleh dipedengarkan oleh mana-mana lelaki yang ajnabi. Manakala kumpulan yang
kedua mengatakan suara wanita bukan aurat sekiranya ianya menurut etika dalam
membaca Al-Quran secara berlagu (taranum).

5.1 IKHTILAF PARA ULAMA BAGI KUMPULAN PERTAMA DAN


KUMPULAN KEDUA TENTANG SUARA WANITA ADALAH AURAT

Kumpulan Pertama:
Kelompok ini terdiri dari ulama Mazhab Hanafi dan para pengikutnya. Diantara hujah mereka
mengenai suara wanita adalah aurat iaitu mengikut firman Allah S.W.T maksudnya :

“Wanita dilarang menghentak-hentakkan kaki mereka, supaya bunti perhiasan (gelang kaki)
yang tertutup itu diketahui oleh orang lain”.
(Surah An-Nur: 31)

12
Dalam hadith ini menjelaskan bahawa, larangan memakai perhiasan sebegitu, kerana ianya
boleh membawa fitnah, dan membangkitkan seksual kaum lelaki ajnabi. Apatah lagi jika
suara wanita sendiri dibunyikan. Selain dari itu juga, sabda Rasulullah s.a.w yang membawa
maksud:

“Membaca tasbih itu untuk lelaki, manakala menepuk tangan pula untuk wanita”.
(Hadith riwayat Ibnu Majah )

Kiasan mereka ialah, jika kaum wanita tidak dibenarkan bersuara ketika memberitahu
kesalahan imam dalam sembahyang, maka tentunya suara wanita itu adalah aurat.

Kumpulan Kedua:
Kelompok ini pula terdiri dari ulama Mazhab Syafie dan para pengikutnya. Diantara hujah-
hujah mereka adalah, imam Al-Mukminat isteri-isteri Rasulullah S.A.W sendiri adalah
sebagai perawi hadith, tentunya mereka berkomunikasi dengan sesiapa sahaja, jika suara
mereka dikira aurat. Maka sudah tentu mereka tidak berani bersuara sebagai perawi hadith.
Selain itu juga, imam Al-mukminat, Saaban Hari pernah berbicara, berkomunikasi dengan
para sahabat Rasulullah S.A.W dan seterusnya dengan kaum lelaki ajnabi. Jika suara wanita
itu sebahagian dari aurat tentunya Rasulullah S.A.W melarang mereka berbuat demikian.
Disamping itu, agama Islam membolehkan kaum wanita berkomunikasi dan bermuamalat
dengan sesiapa sahaja sama ada dengan kaum lelaki atau kaum wanita. Agama Islam juga
menerima kaum wanita menjadi saksi dalam perbicaraan pendakwaan dan sebagainya. Jika
suara wanita itu dikira sebahagian dari aurat. Maka tentunya agama Islam tidak boleh
menerima mereka berbuat demikian.

5.2 ANALISA HASIL DARIPADA HUJAH IKHTILAF PARA ULAMA


TENTANG WANITA MEMBACA AL-QURAN

Kesimpulannya, setelah diteliti hujah kedua-dua pihak, maka didapati bahawa


pegangan mazhab Hanafi yang berdalilkan ayat dan hadith di atas adalah kurang jelas dan
tidak tepat. Ini kerana ayat di atas sebenarnya hanyalah ditujukan khusus perhiasan pakaian
wanita sahaja. Begitu juga dengan sumber hadith yang disandarkan adalah khusus

13
dalam perbahasan bagaimana seorang makmum wanita hendak menegur kesalahan imam
dalam solat.

Manakala hujah yang dipegang oleh mazhab Shafi`i pula adalah lebih praktikal dan
meyakinkan. Ini menunjukkan bahawa suara wanita bukanlah dikira sebagai aurat. Namun
jika kita teliti dengan lebih mendalam berhubung dengan kedua-dua pendapat diatas, didapati
bahawa kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu menjaga kehormatan kaum Hawa
yang mana Islam telah mengangkat kedudukan mereka dan diberikan hak-hak, kasih sayang
dan kedudukan yang digambarkan melalui dua sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan Al-
Sunnah. Cuma teknik dan pendekatannya sahaja yang menjadi pertikaian dan perbahasan di
kalangan para ulama.

6.0 KESIMPULAN

Melihat kepada pendalilan dan hujahan yang diberikan oleh para ulama, sekalipun
masih mewujudkan pro dan kontra, maka beberapa kesimpulan boleh ambil iaitu hukum
tarannum Al-Quran adalah harus bahkan sunat sekiranya bertujuan memperelokkan tilawah
Al-Quran serta menurut hukum-hakam tajwid yang tepat. Ini adalah berdasarkan hadith-
hadith yang sahih. Ghuluw atau melampau di dalam tarannum sehingga merosakkan tajwid,
menyembunyikan makhraj, memendekkan madd dan seumpamanya adalah disepakati
pengharamannya. Kedua-dua kumpulan ulama yang membahaskan tentang taranum Al-Quran
sebenarnya adalah bertujuan yang sama iaitu menjaga, memulia serta meninggikan Al-Quran
sebagai wahyu Allah.

14
7.0 RUJUKAN

1. ‘Asqalani, Ahmad Bin ‘Ali Bin Hajar,al, (1414h), Fath al-Bari syarh Sahih al-
Bukhari, Beirut: Dar al-Fikr

2. Ghazali, Abiy Hamid Muhammad bin Muhammad, al, (1997m), Ihya’ ‘Ulum

al-Din, Qahirah: Maktabah Misr

3. Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail (1998m), Qawa‘id al-Tarannum, Kuala Lumpur:
Darul Fikr

4.Ayni, Badr al-Din Bin Mahmud, al, (1421h) Umdah al-Qari. Beirut: Dar Al-Kutub
al‛Ilmiyyah

15

Anda mungkin juga menyukai