Anda di halaman 1dari 13

UCAPAN YB AHLI PARLIMEN MARANG

PEMBENTANGAN USUL RANG UNDANG-UNDANG AKTA355

Mukadimah

Terima kasih Tan Sri Yang Di Pertua Dewan Rakyat,

Saya mohon untuk menyambung serta menghuraikan Usul yang telah saya bentangkan
mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 28,
Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di persidangan Dewan Rakyat
pada 24 November 2016 yang lalu di Dewan Yang Mulia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat Anggota Dewan
Rakyat :

1. Saya berdiri pada hari ini sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat,
dalam ruang lingkup tugas saya untuk membawa suatu Rang Undang-undang Ahli
Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016, yang dibenarkan oleh sistem demokrasi berparlimen
yang di amalkan dalam negara kita sebagaimana mengikut Peraturan Mesyuarat
49 (1).

2. Saya ingin mengajak anggota Dewan pada hari ini supaya mendengar dengan
deria yang terbuka, membaca dengan mata hati yang tulus, berfikir dengan penuh
kematangan dan tanpa prejudis terhadap pembentangan saya ini, kerana itulah
sifat yang sepatutnya kita miliki sebagai warga negara dan anggota Dewan yang
bertamadun. Sikap berfikir secara berlais-lapis sehingga menimbulkan prasangka
karut melampau-lampau adalah tidak bagus diamalkan terutamanya dalam Dewan
yang mulia ini.

3. Saya mengambil tanggungjawab ini adalah bertepatan dengan titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V, dalam Pembukaan Penggal Parlimen, di Mesyuarat Pertama,
Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas, pada Isnin 6 Mac 2017 dengan titah :

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip wasatiyyah, atau


kesederhanaan, Beta menyokong segala inisiatif yang dilaksanakan agar
sebarang unsur penghinaan terhadap agama Islam dan institusinya di
negara ini ditangani dengan kebijaksanaan dan ketegasan. Beta
berharap langkah-langkah yang dilaksanakan dalam menangani
penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media
massa dan laman web terus dipertingkatkan termasuklah meneruskan
pemerkasaan undang-undang pentadbiran agama Islam.”

1
4. Manakala titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14 dalam
Pembukaan Penggal Parlimen di Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat,
Parlimen Ketiga Belas pada 7 Mac 2016 pula mengandungi titah :

“Beta menyokong penuh segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam


sebagai agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama
lain boleh diamalkan dengan bebas dan damai dinegara ini.Beta
berharap langkah-langkah kearah memperkukuhkan institusi agama dan
kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam
melalui pemerkasaan mahkamah syariah dapat disegerakan”.

5. Saya terpanggil untuk menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan dalam


Perkara 3 (1) menyatakan: “Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
Bahagian Persekutuan”.

6. Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid


yang mentafsirkan perlembagaan yang membataskan Islam dalam hal-hal yang
tertentu dan tidak menjayakan Islam sebagai agama yang sempurna, lengkap dan
boleh menyelesaikan masalah. Mereka menafsirkan Islam daripada perkataan
“Religion” dalam bahasa Inggeris, tafsiran yang tidak berpijak dengan bahasa asal
Islam daripada perkataan al-Din yang memberi makna yang menyeluruh.

7. Kita mestilah mentafsirkan Islam yang bukan hanya kepercayaan dan upacara
agama atau urusan individu semata-mata, bahkan Islam adalah cara hidup yang
lengkap termasuk semua bidang amalan manusia, samada peribadi,
kemasyarakatan, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral,
kehakiman, tadbir - urus dan cara hidup serta akhlak berpandukan wahyu dari
Allah yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW.

8. Dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan:

Fasal 1; “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan


agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”, dan

Fasal 3;“Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak: (a) menguruskan hal


ehwal agamanya sendiri; (b) menubuh dan menyenggara institusi-institusi bagi
maksud-maksud agama atau khairat.”,

Fasal 4; “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan,


undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti
agama Islam.”

9. Dari peruntukan ini amatlah jelas bahawa orang-orang Islam berhak menganuti
dan mengamalkan agamanya. Di sini jelas menunjukkan bahawa wujudnya

2
keperluan untuk urusan agama Islam ditadbir oleh orang Islam dan tidak
mencampuri agama lain berdasarkan prinsip keadilan dan kemakmuran.
Manakala orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka tanpa
menggugat kedamaian negara, di masa yang sama tidak mengganggu-gugat
amalan agama bagi orang Islam dalam negara kita ini.

10. Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang bukan Islam bebas beragama
ketika Islam memerintah dan berkuasa pada zaman kegemilangannya.
Peperangan berlaku pada awal penaklukan kerana Islam ditentang hebat dengan
kekerasan bersenjata dan kebebasan dakwahnya diganggu-gugat oleh pihak
musuh.

11. Selepas musuh berjaya dikalahkan, negeri-negeri yang bukan Islam dibebaskan
daripada kerajaan yang zalim sebelumnya. Rakyatnya yang ada di dalam negara
tidak dipaksa menganut Islam, harta benda mereka tidak dirampas, rumah ibadat
tidak dirobohkan, cara hidup mereka tidak diganggu, bahkan mereka dilayan
dengan adil, lebih baik daripada pemerintah yang se bangsa dengan mereka.

12. Tidak ada sebarang paksaan walaupun pada masa itu kekuatan bala tentera boleh
digunakan untuk kekerasan dan paksaan. Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW
dan para sahabat yang memerintah pada masa itu sentiasa berpesan dalam
perkara ini. Lihatlah contoh-contoh yang ditunjukkan oleh penguasa yang adil dan
berpegang kepada ajaran Islam yang tulen, bukannya yang menjadikan Islam
sebagai tempelan semata-mata. Hakikat ini disedari oleh orang yang mengkaji
sejarahnya dengan jujur, penuh kesedaran, beretika dan berdisiplin.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Sejarah Akta 355

13. Saya mendengar ada kalangan di luar sana yang cuba berhujah bahawa pindaan
Akta 355 adalah tidak sah dari sudut perlembagaan kerana urusan agama Islam
adalah di bawah kuasa negeri. Memang benar dari satu sudut bahawa urusan
agama Islam adalah urusan negeri, terletak di bawah kuasa negeri, dengan Badan
Perundangan sebagai penggubal undang-undang berkaitan Islam dan Sultan atau
Raja sebagai Ketua Agama Islam.

14. Izinkanlah saya menjelaskan secara ringkas bahawa berikutan daripada


kedudukan Islam adalah sebahagian daripada urusan bagi negeri-negeri dan
tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan negeri, maka Perkara 74
Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tentang struktur pembahagian kuasa
perundangan antara Persekutuan dan negeri-negeri.

15. Seiringan dengan peruntukan Perkara 74, Perlembagaan Persekutuan telah


mengadakan Jadual Kesembilan yang dibahagikan kepada tiga senarai utama,
iaitu Senarai I (Senarai Persekutuan), Senarai II (Senarai Negeri) dan Senarai III
(Senarai Bersama).

3
16. Apabila kita merujuk Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, ianya
menerangkan bidang kuasa negeri-negeri berkaitan hal ehwal Islam adalah jelas
dan tidak dinafikan. Namun, negeri adalah terhad apabila tidak boleh menggubal
kesalahan dan hukuman mengenai perkara-perkara yang tersenarai di bawah
Senarai Persekutuan.

17. Oleh yang demikian, Parlimen diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk
menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan kesalahan dan hukuman
yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri untuk dilaksanakan di
Mahkamah Syariah.

18. Dengan kata lain, Parlimen boleh membuat akta untuk menentukan bidang kuasa
Dewan Perundangan Negeri berkaitan hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan
kepada Mahkmah Syariah sebagaimana dijelaskan dalam Butiran 1.

19. Secara telitinya, prinsip-prinsip yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri,
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah :

1) Terhad kepada umat Islam. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad


hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang bukan
Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik pihak tertentu yang cuba
menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

2) Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1; tidak termasuk


perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain
dalam Senarai Negeri.

3) Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang diberikan oleh undang-


undang persekutuan.

20. Justeru itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Akta 355 adalah sebuah
akta yang sah dengan mengambil punca kuasa daripada Butiran 1, Senarai
Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

21. Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) telah diluluskan
oleh Parlimen pada 3 Mac 1965 yang mulanya dikenali sebagai Muslim Courts
(Criminal Jurisdiction) Act atau Akta Mahkamah Orang-orang Islam (Bidang Kuasa
Jenayah) dan hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh
dihukum dengan denda tidak lebih RM 1000 dan penjara tidak lebih enam bulan
atau kedua-duanya.

22. Akta 355 ini merupakan suatu akta untuk memberi bidang kuasa kepada
mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang
Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.

4
23. Ketika Akta 355 dibentangkan pada tahun 1965, ahli parlimen yang membahaskan
semuanya ahli-ahli Parlimen Islam sahaja dan tiada bantahan pun dari Ahli
Parlimen bukan Islam walaupun ketika itu Lee Kuan Yew turut hadir sebagai Ahli
Parlimen sebelum pemisahan Singapura daripada Malaysia.

24. Dalam perbahasan tersebut juga telah dibangkitkan supaya hukuman yang
diletakkan adalah tidak mutlak dan boleh dipinda atau ditambah. Bidang kuasa
yang dihadkan hanyalah permulaan dan ia adalah proses ke arah kesempurnaan.

25. Bidang kuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada akta
itu dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh
dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM 5000
atau rotan tidak lebih enam sebatan atau gabungan hukuman itu.

26. Pada tahun 1988, Akta 1965 telah disemak semula dan diubah nama kepada Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

27. Akta ini telah diperluaskan pemakaiannya ke negeri Sabah dan Sarawak pada
tahun 1989 melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan
dan Perluasan). Ini adalah kerana pada ketika Akta itu digubal, Mahkamah-
mahkamah Syariah belum lagi dibentuk di kedua-dua negeri tersebut. Oleh sebab
itu, ahli-ahli Dewan Sabah dan Sarawak tidak perlu risau kerana akta ini sudah
terpakai di Sabah dan Sarawak sejak puluhan tahun dan ianya adalah jelas tidak
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan mahupun Perjanjian Malaysia
1963.

28. Satu lagi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1988 ialah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan
bagi menyelesaikan percanggahan antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah
Syariah.

29. Selain itu juga, Parlimen telah meminda Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan
dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh
Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal itu mengenai seorang Majistret
hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang
hakim Mahkamah Syariah.

30. Oleh kerana itu jika seorang ditangkap bagi kesalahan yang boleh dibicarakan
oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak dilepaskan, orang itu hendaklah dibawa ke
hadapan seorang hakim syariah dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab
yang berpatutan, walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak
termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan
selanjutnya dengan tiada kuasa hakim syariah itu. Sekurang-kurangnya pindaan
itu telah menyamakan kuasa hakim Mahkamah Syariah dalam perkara itu dengan
kuasa Majistret.

5
31. Setelah hampir 32 tahun Akta 355 tidak dipinda, maka pada 26 Mei 2016 yang
lalu, saya mengambil rasa tanggungjawab dan keberanian sebagai seorang ahli
Parlimen untuk mengemukakan “Usul untuk membuat Pindaan Akta 355”
mengikut Peraturan Mesyuarat 49 (1) demi menyahut seruan fastabiqul khairat
(berlumba-lumba melakukan kebaikan) dan mengisi kekosongan yang
ditinggalkan oleh parti-parti lain.

32. Saya telah memohon kepada Tan Sri Yang Di-Pertua untuk ditangguhkan
perbahasan pada hari tersebut sehingga ke hari ini bagi memberi ruang kepada
ahli-ahli Dewan, tokoh-tokoh akademik, NGO-NGO, orang bukan Islam dan
seluruh rakyat Malaysia untuk membuat kajian terperinci dan mengkaji berkenaan
pindaan ini. Inilah sikap keterbukaan yang kami mahu tunjukkan kepada ahli
dewan dan rakyat. Inilah satu-satunya cadangan pindaan akta yang dibahaskan
secara terbuka disemua peringkat, diadakan jelajah, dialog, forum, wacana dan
perbincangan diperingkat rakyat sebelum ianya dibentangkan dan dibahas dalam
dewan yang mulia pada hari ini. Sedangkan ratusan akta yang telah dipinda
melalui perbahasan dalam Dewan Rakyat tanpa melalui perbahasan awam malah
tidak pun disedari oleh masyarakat awam.

33. Ini menjelaskan bahawa apa yang dibentangkan oleh saya pada hari ini, adalah
tidak melalui pintu belakang, tidak mempunyai maksud tersembunyi. Ianya adalah
terang benderang, ibarat bulan purnama mengambang penuh yang terbuka dilihat
oleh semua manusia yang matang dan sejahtera.

Tujuan pindaan

34. Tujuan cadangan pindaan ini adalah untuk memperkasakan hukuman di


Mahkamah Syariah yang pada waktu ini adalah jauh lebih rendah dari hukuman
yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Sivil yang paling rendah dalam negara kita.
Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum
dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM 5000 atau rotan
tidak lebih enam sebatan atau gabungan hukuman itu. Bidang kuasa ini masih
rendah daripada bidang kuasa Majistret Kelas Pertama yang biasanya boleh
membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh
menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda RM10,000 atau sebat dua
belas kali atau gabungannya.

35. Secara bandingannya dan contoh untuk difahami oleh kita semua, perlindungan
untuk keutuhan sistem perkahwinan kepada umat Islam adalah lebih lemah
berbanding perlindungan untuk masyarakat bukan Islam. Misalnya dalam kes
penipuan pendaftran perkahwinan dan sindiket kahwin palsu, hukuman untuk
kesalahan ini dalam undang-undang untuk bukan Islam lebih tinggi iaiitu 10 tahun
penjara dan denda RM15,000 berdasarkan seksyen 40 Akta Pembaharuan
Undang-undang (Pernikahan dan Penceraian) 1976.

36. Selain itu, jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabie dengan
haiwan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman 3 tahun

6
penjara, RM5000 denda dan 6 sebatan untuk kesalahan terhadap manusia adalah
terlalu ringan.

37. Dan terdapat juga kesalahan yang hampir sama di bawah Kanun Keseksaan dan
di bawah Enakmen Jenayah Syariah seperti kesalahan sumbang mahram,
kesalahan liwat, dan keterlibatan dalam pelacuran. Kadar hukuman di bawah
Kanun Keseksaan jauh lebih tinggi misalnya bagi kesalahan sumbang mahram
(incest) hukumannya ialah penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30
tahun (Seksyen 376B Kanun Keseksaan).

38. Hakikatnya Akta 355 ini sudah lama tidak dipinda iaitu sejak 1984, hampir 32 tahun
yang lalu. Institusi Mahkamah Syariah perlu dan sewajarnya dimartabatkan sejajar
Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
mengiktiraf Islam adalah agama persekutuan. Kedudukan mahkamah syariah
sekarang merupakan suatu penghinaan kepada undang-undang dan institusi
syariah.

39. Ada pula di luar sana pihak-pihak yang meremehkan cadangan meningkatkan
hukuman sebagai salah satu cara untuk memerkasakan mahkamah syariah dalam
negara kita. Di sinilah kita sebagai Ahli Dewan perlu untuk memahami proses
perundangan melalui Dewan yang mulia ini, berbanding dengan kaedah
pemerkasaan yang boleh dilaksanakan tanpa melalui proses perundangan dari
Dewan ini.

40. Sememangnya ada berbagai langkah dan kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam negara kita ini. Semuanya
boleh dilakukan secara serentak dan boleh terus dilaksanakan sekarang oleh
pihak kerajaan secara eksekutif oleh pihak yang berkuasa melalui kuasa yang
diperuntukkan kepada agensi yang dipertanggungjawabkan.

41. Antara yang boleh dilaksanakan sekarang ini tanpa usul persendirian ialah: (1)
memperkemaskan prosedur siasatan – pendakwaan – pembelaan supaya lebih
efisien dan adil, (2) melengkapkan infrastruktur fizikal kompleks mahkamah dan
susun-aturnya di berbagai peringkat, (3) memberikan latihan perundangan yang
lebih terancang kepada semua lapisan Yang Arif Hakim dan kakitangan
mahkamah sesuai dengan perkembangan semasa yang pantas, (4)
menambahkan peruntukan kewangan dan tenaga manusia supaya kes-kes
perundangan boleh dikendalikan dengan cepat; dan sebagainya.

42. Saya tegaskan sekali lagi bahawa semua langkah – langkah di atas boleh terus
dilaksanakan oleh pihak eksekutif di agensi yang berkenaan sekiranya dipersetujui
oleh pihak Kerajaan dalam negara kita, tanpa perlu kepada satu cadangan rang
undang – undang baharu diperkenalkan.

7
Tan Sri Yang Di-Pertua,

43. Akta 355 yang berkuatkuasa sekarang adalah terhad kepada bidang kuasa
jenayah bagi membolehkan Mahkamah-mahkamah Syariah membicarakan
kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum tidak melebihi 3 tahun atau apa-apa
denda tidak melebihi RM5000 atau sebat tidak melebihi 6 kali atau apa-apa
cantumannya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Akta asal yang ada pada
masa ini adalah seperti berikut :

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.


Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana
undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-
orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara
yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual
Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang
kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama
Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan


berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama
tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan
melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

44. Pindaan yang saya cadangkan pula adalah terhadap provisio, di mana Akta 355
yang dicadangkan dipinda akan berbunyi seperti berikut :

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.


Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-
mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas
orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana
perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam
Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi
bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun
agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh
ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis :

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan


berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama
tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu
ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana di tadbir selaras dengan
tatacara jenayah Syariah atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

8
Implikasi pindaan

45. Cadangan pindaan ini tidak akan mengubah atau menambah kuasa Dewan
Perundangan Negeri berkaitan jenis-jenis kesalahan. Kuasa dan bidang kuasa
Dewan Perundangan Negeri berkaitan jenis kesalahan adalah kekal seumpama
sedia ada, yang mana Dewan Perundangan Negeri hanya boleh membuat
hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang berkaitan perintah agama Islam,
tetapi tidak boleh membuat hukuman atas kesalahan-kesalahan yang berkaitan
dengan perkara-perkara yang ada dalam Senarai Persekutuan. Akta 355 itu
sendiri pada asalnya bukan berkaitan kuasa Dewan Perudangan Negeri mengenai
jenis kesalahan.

46. Jika pindaan terhadap provisio dalam Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak
meningkatkan kadar hukuman secara automatic, sebaliknya Dewan Undangan
Negeri (DUN) bagi setiap negeri perlu meluluskan had hukuman bagi setiap
kesalahan di peringkat negeri-negeri terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas
mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN,
itupun sekiranya pihak berkuasa di Negeri ingin mempertimbangkan perubahan
kuantum hukuman kesalahan di bawah senarai negeri.

47. Dewan Perundangan Negeri dalam masa yang sama boleh meletakkan jenis
hukuman yang mendidik dan lebih ringan daripada pemenjaraan atau lebih rendah
daripada sebatan, seperti parol, amaran keras dan seumpamanya.

48. Akta ini juga tidak menimbulkan implikasi ketidaksamarataan sama sekali. Perkara
8 (1) Perlembagaan Persekutuan sememangnya menegaskan semua orang
adalah sama di sisi undang-undang. Kesamarataan tersebut hanya merujuk
kepada kategori atau “genre” yang sama, sebagai contoh, Islam dan bukan Islam
adalah bukan kategori atau genre yang sama tetapi kategori yang sama ialah
hukuman yang berlainan kepada 2 kumpulan orang Islam. Walaubagaimanapun,
Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas membenarkan
pengecualian kepada peruntukan kewujudan undang-undang lain dalam
Perlembagaan Persekutuan, ini termasuklah Akta 355.

49. Manakala untuk memahami rasional kuantum hukuman yang dicadangkan dalam
pindaan ini, ianya adalah berasaskan hasrat yang melibatkan pemerkasaan
bidangkuasa hukuman Mahkamah Syariah agar ia setanding dengan bidangkuasa
Mahkamah Sesyen (bagi Mahkamah Sivil).

50. Maka saya mencadangkan penjara maksimum sehingga 30 tahun, di mana


tempoh 30 tahun adalah bersamaan dengan hukuman Penjara Seumur Hidup
(Imprisonment For Life) bagi Mahkamah Sivil, iaitu sebagaimana yang ditafsirkan
oleh Seksyen 3 Criminal Justice Act, “Hukuman Penjara Seumur Hidup adalah
bersamaan dengan hukuman Penjara 30 tahun”. Bahkan di bawah Akta Senjata
Api “Imprisonment For Life” boleh membawa maksud Penjara Sampai Mati.
Hukuman “sumbang mahram” pula sebagaimana yang disebut dalam Akta 574
Kanun Keseksaan, perkara 376B boleh membawa hukuman penjara maksima 30
tahun jika sabit kesalahan.

9
51. Kuantum denda RM100,000 yang dicadangkan pula adalah mengambil kira
perubahan nilai matawang selepas 32 tahun akta ini tidak dipinda. Jumlah
RM5000k pada tahun 1985 (tahun pindaan nilai denda) adalah satu jumlah yang
subtantial pada masa itu, jika dinisbah kepada jenis-jenis kesalahan yang boleh
dihukum denda di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Justeru jumlah
maksimum RM100,000 yang dicadangkan kini adalah mengambil kira perubahan
nilai matawang dinisbahkan dengan jenis-jenis kesalahan di bawah bidangkuasa
Mahkamah Syariah, agar ia dapat menggabungkan elemen untuk memberi
pengajaran dan menggerunkan pesalah serta masyarakat awam. Tambahan pula,
jumlah maksimum RM100,000 ini adalah jauh lebih rendah daripada bidangkuasa
Mahkamah Sesyen Sivil yang diberi kuasa mengenakan denda tanpa had, bahkan
sehingga mencecah jutaan ringggit, tertakluk kepada peruntukan spesifik di bawah
Akta-Akta yang berkaitan.

Kekeliruan dan kebimbangan yang ditimbulkan

Kekeliruan pertama : Kononnya RUU Pindaan 355 adalah Hudud

52. Walaupun berkali-kali saya menjelaskan bahawa cadangan pindaan ini tiada
kaitan dengan Hudud, tetapi nampaknya ada lagi individu dan parti parti politik
tertentu dalam negara ini yang tidak cuba memahami, atau buat-buat tak faham,
atau sengaja tidak mahu faham. Saya ingin menegaskan lagi bahawa hukuman
potong tangan dan rejam tidak boleh dikenakan malah tidak termasuk dalam
kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman seperti ini, kerana ianya bukan
dalam kuasa dan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri.

53. Di masa yang sama, wujud pula kategori ekstrimis media atau pelampau media
yang menabur pembohongan dan sentiasa mengulang-ngulang tajuk pemberitaan
yang songsang dengan berita asal, dan mengubah apa yang diperkatakan
mengikut selera mereka. Semuanya ini dilakukan tanpa rasa bersalah, tanpa
tanggungjawab, seolah – olah mereka bebas berbohong sesuka hati, seolah tidak
tanggungjawab dosa-pahala dalam tindakan ganas mereka.

54. Kita sama – sama tahu bahawa semuanya dusta songsang ini dilakukan supaya
medianya sensasi dan laku di pasaran media. Kepada pengamal media dan media
sosial beragama Islam, termasuklah pelampau papan-kunci, suka saya
memperingatkan bahawa kita mempunyai perkiraan dosa-pahala dan pembalasan
di hari Akhirat yang tidak terperi hukumannya. Kecualilah ada di antara kita yang
merasa cerdik, hebat dan kuat untuk berdepan dengan kemurkaan Tuhan Rabbul
Jalil di Hari Pembalasan Nya nanti.

55. Bagi menjelaskan kepada kalangan yang benar-benar ingin memahami, suka
saya mengambil peluang ini untuk menjelaskan apakah sebenarnya hukum hudud
itu. Hukum Islam ada tiga kategori iaitu hukum hudud, qisas dan takzir.

10
56. Hudud merangkumi kesalahan yang dinyatakan dalam al- Quran dan as-Sunnah,
dan dijelaskan oleh para ilmuan Islam sepanjang zaman sebagai kesalahan
jenayah: (1) mencuri (2) merompak (3) berzina (4) menuduh zina (5) Minum arak
(6) murtad.

57. Pada masa sekarang ini, semua kesalahan hudud dalam kategori (1) mencuri (2)
merompakadalah berada dalam Kanun Keseksaan iaitu bidang kuasa Mahkamah
Sivil.

58. Manakala kesalahan (3) berzina (4) menuduh zina (5) Minum arak (6) murtad
sudah puluhan tahun diamalkan dibawah undang undang syariah di negeri masing
masing (Senarai Negeri Jadual Kesembilan) dan sememangnya hanya diguna
serta terpakai kepada orang Islam sahaja. Ini bukan perkara baru, kecuali akal
fikiran kita tidak mahu sedar dan insaf.

59. Apa yang dicadangkan untuk diperkasakan peranan Mahkamah Syariah melalui
pindaan ini adalah hanya terhadap kesalahan yang di bawah bidang kuasa negeri
sahaja, iaitu untuk kesalahan (3) berzina (4) menuduh zina (5) minum arak (6)
murtad.

60. Secara jelasnya, apa yang dicadangkan ialah untuk meningkatkan jumlah
hukuman supaya selari dengan syariat Islam supaya jumlah hukuman pada masa
ini yang hanya tertakluk kepada maksima 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6
kali sebatan; dapatlah dipertingkatkan kepada jumlah hukuman penjara yang lebih
tinggi (ditentukan dan dikanun di negeri masing masing nanti) dan denda yang
lebih munasabah, serta rotan mengikut syariat Islam dengan syarat dan jumlah
sebatan yang lebih menepati syariat Islam.

61. Rotan mengikut syariat Islam pula adalah sangat berbeza dengan “rotan hukuman
sivil”. Rotan mengikut syariat Islam adalah TIDAK BOLEH mencederakan,
TIDAK BOLEH dilakukan hingga kulit terkoyak atau berdarah, pukulan sebat
hendaklah di merata-rata anggota tubuh kecuali muka, kepala, dada dan
kemaluan. Pukulan sebat hendaklah dengan cara yang sederhana, di mana orang
yang menyebat tidak boleh mengangkat rotan hingga ke paras kepalanya.
Semuanya dilakukan dalam keadaan pesalah hendaklah berdiri bagi lelaki dan
duduk bagi perempuan, serta memakai pakaian nipis yang menutup auratnya
mengikut Hukum Syarak.

Kekeliruan kedua : Melibatkan orang bukan Islam

62. RUU Pindaan 355 adalah hak bagi penganut Islam sahaja. Maka saya menyeru
supaya umat Islam bersabar dengan agama mereka berpandukan al-Quran dan
As-Sunnah termasuklah dalam hubungan masyarakat majmuk di Malaysia.

63. Walaupun kewujudan masyarakat majmuk di negara kita adalah ciptaan penjajah
mengikut acuannya bagi menjayakan agenda pecah dan perintah, namun al-
Quran lebih mendahului petunjuk bermasyarakat majmuk dengan adil dan
bersaudara di atas konsep kemanusiaan sejagat. Firman Allah SWT:

11
ۡ َ َّ ٓ َ َ َ َ ٓ َ َ َ ٗ
ُۡ‫ك َر َمكم‬ ۡ َ َۡ َ َ َ َ َ َ َ ۡ َ َ َّ َ ُّ ََ
‫يَٰٓأيهاٱنلاسُُإِناُخلقنكمُمِنُذك ٖرُوأنَثُوجعلنكمُشعوباُوقبائِلُِلِ عارف ْۚواُإِنُأ‬
َٰ َٰ َٰ َّ
ٞ َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ َٰ َ ۡ َ َّ َ
ُ ُ١٣ُ‫ٱّللُعل ِيمُخبِري‬
ُ ُ‫ٱّلل ُِأتقىك ْۚمُإِن‬
ُ ُ‫عِند‬
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan Nya
(akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujurat: ayat 13)

64. Kita diwajibkan berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama. Dalam
masa yang sama, Islam memerintah penganutnya supaya berdialog dengan
dengan cara terbaik, khususnya bersama penganut yang mempunyai kitab suci.
Firman Allah SWT:

ُٓ‫ِي‬ َّ َّ َ َ ٓ َ ۡ ۡ َ َ َ َّ َّ َ ۡ َ َ َّ َّ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َٰ َ َ َ
ُ ‫ِين ُظلموا ُم ُِنهمُۖۡوقولوا ُءامناُُب ِٱَّل‬
ُ ‫ت ُ ِِه ُأحسن ُإَِل ُٱَّل‬
ُ ِ ‫ب ُإَِل ُُب ِٱل‬ َٰ
ُِ ‫۞وَل ُتجدِلوا ُأهل ُٱلكِت‬
َ َ َۡ َ ٞ َ ۡ َ َ َ َ َ ََۡ َ
ُ ُ٤٦ُ‫ُلۥُم ۡسل ِمون‬ُ ‫ُوَنن‬ ‫نزلُإ ِ َۡلك ۡمُِإَولَٰه َناُِإَولَٰهكمُوَٰحِد‬
ِ ‫نزلُإَِلناُوأ‬
ِ ‫أ‬
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang
lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan
katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan
kepada kami dan kepada (Kitab) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami,
juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah
diri.” (Surah Al-Ankabut: ayat 46)

65. Saya mengajak semua pihak agar melihat Islam secara langsung daripada sumber
kitab suci al-Quran secara budaya ilmu yang bijak dan sihat. Bukannya budaya
ISIS dan DAESH berhujahkan senjata tanpa ilmu seperti yang dipaparkan oleh
Barat dan pelampau medianya yang merancang terhadap Islam dan penganutnya
yang dizalimi.Jangan zalimi Islam dan penganutnya sehingga melangkah
sempadan.

66. Izinkanlah saya membuat kesimpulan dengan bahasa yang paling mudah dan
terbuka, bahawa:

(1) Cadangan ini bukanlah satu hukum hudud, dan bukan satu jalan belakang
untuk melaksanakan hukum hudud, dan bukan juga satu cubaan untuk
mengelirukan mana-mana pihak apatah lagi anggota Dewan yang mulia ini;

(2) Cadangan pindaan ini juga hanyalah terpakai kepada penganut Islam sahaja
dalam negara kita sebagaimana kewujudan dwi-sistem mahkamah syariah dan
mahkamah sivil sejak ratusan tahun lalu;

12
(3) Pindaan ini sekali-kali tidak menyebabkan berlaku perlanggaran kuasa –
kuasa mahkamah sivil oleh mahkamah syariah, sekaligus menjelaskan ianya
tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Sekian, terima kasih

13

Anda mungkin juga menyukai