Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 22-26 Feb 2021

Tajuk Jurnal : Respon ibu bapa

1. Isu yang difokuskan:

Pada minggu kedua praktikum, pdpr berlansung dan kanak-kanak diberikan tugasan dari
rumah. Saya dapati respon daripada ibu bapa adalah sangat kurang pada minggu tersebut.
Saya tidak mendapat respons tugasan yang disiapkan oleh ibu bapa pada peringkat awal.

2. Analisis isu yang difokuskan (punca dan kesan isu) :

Setelah dikaji, punca kurangnya respon ibu bapa adalah kerana ibu bapa teramat sibuk pada
minggu tersebut dan telah ada beberapa ibu bapa yang telah mula bekerja di pejabat secara
penuh. Hal ini menyebabkan, ibu bapa tidak sempat untuk menyiapkan tugasan pdpr kanak-
kanak.

3. Kajian lampau (literature review) terhadap isu (pengalaman atau kajian lepas) :

Menurut Paezah dan Faridah (2017) penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak
sama ada di rumah mahupun di sekolah sedikit sebanyak dapat menggalakkan penyediaan
bahan pembelajaran untuk anak-anak. Sokongan ibu bapa dan penyediaan bahan
pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan kemampuan belajar sendiri dalam kalangan
kanak-kanak.Malah ibu bapa juga merupakan individu yang paling hampir dengan kanak-
kanak di rumah.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu tersebut, terdapat
beberapa alternatif yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan daripada isu tersebut berlaku
sekali lagi iaitu dengan sentiasa menggalakkan ibu bapa untuk menghantar tugasan yang
telah diberikan. Antaranya dengan membuat peringatan di dalam kumpulan bual (whatsapp)
dan membuat carta ganjaran bagi tugasan yang telah disiapkan.

5. Tempoh masa penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan susulan :

Saya akan berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan ibu bapa kanak-kanak untuk
menggalakkan mereka memberikan respons terhadap tugasan dan pembelajaran secara atas
talian yang telah saya berikan. Saya juga akan sentiasa menggalakkan ibu bapa dan kanak-
kanak untuk melaksanakan tugasan dengan memberikan pujian dan ganjaran kepada yang
menyiapkan tugasan.
7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan :

2.3.2021

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :

Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang amat positif, ini dapat dilihat dengan peningkatan
komunikasi dengan ibu bapa tersebut melalalui perbualan maya (whatsapp).

9. Kesimpulan / refleksi (kesan Tindakan (perlu) dan halangan (jika ada) :

Saya berasa lega setelah respons daripada ibu bapa semakin baik dan memudahkan urusan
saya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran atas talian dengan baik dan
menjalankan pentaksiran ke atas kanak-kanak melalui hasil tugasan.

Rujukan

Paezah Abd. Halim & Faridah Yunus. (2017). Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa dalam
Aktiviti Pembelajaran Kanak-kanak di Prasekolah. Diperoleh daripada laman web
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/14-PAEZAH-
ABD-HALIM.pdf pada 2 Mac 2021.

Anda mungkin juga menyukai