SK MENDUM, 71750 LENGGENG,NEGERI SEMBILAN. TEL/FAX : 06-7583706
Ruj. Kami :Bil.( 35 )dlm SKM(PIBG)01/01/009
Tarikh : 22 . 02 . 2012
Semua Ibu Bapa/Penjaga murid
Semua Guru SK Mendum
Tuan / Puan,
Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35 Sesi 2012/2013 SK Mendum
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK
Mendum akan mengadakan mesyuarat seperti berikut :
Tarikh : 3 Mac 2012
Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sek.Keb Mendum Perasmian oleh : En. Mohd Sah bin Zainal Abidin Pegawai Pelajaran Daerah Seremban Negeri Sembilan.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Ucapan YDP
3.2 Ucapan Guru Besar selaku Ex-Officio 3.3 Ucapan Perasmi 3.4 Mesyuarat Agung bermula 3.5 Ucapan alu-aluan 3.6 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. 3.7 Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir 31/12/2011 3.8 Memilih Jawatankuasa 3.9 Memilih 2 orang Juruaudit 3.10 Membahaskan usul-usul 3.11 Ucapan penangguhan 3.12 Cabutan bertuah
4. Sebarang usul yang ingin dibawa ke mesyuarat agung hendaklah dihantar
kepada setiausaha selewat-lewatnya pada 29/ 2 / 2012 hari Rabu.Sila gunakan Borang Penyataan Usul yang dikepilkan bersama ini. 5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
………………………. ( EN ZAHARUDDIN B. KIDAM ) Guru Besar, Sek.Keb Mendum.