Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,

SEK.KEB MENDUM,
71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL/FAX : 06-7583706

Ruj. Kami : Bil.( )dlm SKM(PIBG)01/01/009


Tarikh : 30 September 2009

En.Arifin bin Darus


Ketua Kampung Mendum,
71750 Lenggeng.

Tuan,

Jemputan Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah Kebangsaan Mendum

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Mendum dengan kerjasama


PIBG akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 3 Oktober 2009


Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sek.Keb Mendum

3. Pihak kami dengan penuh takzim ingin menjemput Tuan ke Majlis Sambutan Hari
Raya Peringkat Sek.Keb Mendum. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya Tuan dapat
meluangkan masa untuk hadir di majlis tersebut. Segala jasa baik Tuan amat kami hargai dan
didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………….
( KAMARUZAMAN BIN HUSSIN )
Guru Besar,
Sek.Keb Mendum.

Anda mungkin juga menyukai