Anda di halaman 1dari 3

NAMA : IRFAN IZZUDIN BIN MD JAIS

KUMPULAN: C9

TAJUK KAJIAN: PENGAPLIKASIAN GOOGLE EARTH DALAM MENULIS KARANGAN RANGSANGAN


TAHUN 5 DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU  

Latar Belakang Kajian

Mengarang merupakan kemahiran tertinggi dalam kemahiran berbahasa. Selain kebolehan


seseorang menyampaikan idea, pandangan dan perasaan, sesebuah karangan yang baik harus diolah
dengan menggunakan bahasa yang betul dan menarik. Untuk menghasilkan sebuah karangan yang
baik si penulis perlu menggabungkan beberapa kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan
kepengarangan. Daripada segi bahasa, penulis perlu menguasai aspek teknikal berbahasa seperti
ejaan, tatabahasa dan laras bahasa yang sesuai. Penulis juga perlu memiliki kosa kata yang luas serta
berupaya memanipulasi bahasa yang tepat dan menarik.

Daripada persembahan pula, penulis perlu peka dengan selera pembaca dan dapat menguasai
aspek-aspek khusus sesuatu jenis karangan yang ditulis. Karangan jenis cerita tentu sekali berbeza
dengan karangan jenis perbahasan. Begitulah juga dengan perbezaan karangan jenis pendedahan
dengan gambaran.

Untuk menguasai semua kemahiran dan teknik yang disebutkan di atas, murid memerlukan masa
dan bimbingan yang rapat daripada guru sebagai pemudah cara. Hal ini penting kerana proses
pembelajaran tidak belaku dalam waktu yang singkat. Murid perlu mengumpulkan sebanyak
mungkin pengalaman dan menguasai kemahiran tertentu.

Kelemahan murid dalam kemahiran menulis banyak bergantung kepada salah tanggap guru
terhadap konsep pengajaran karangan itu sendiri. Dalam amalan biasa, guru selalunya tiada cara
yang efektif untuk mengajarkan kemahiran menulis karangan terutama dalam menulis karangan
jenis rangsangan. Pada kebiasaannya guru hanya memberikan bahan visual sebagai bahan bantu
atau bahan rangsangan berdasarkan soalan karangan yang diberikan dan murid diarah menyiapkan
karangan di rumah dan dihantar pada keesokan harinya jika tidak sempat disiapkan pada waktu
tersebut. Ini bermakna hubungan antara guru sebagai pembimbing dengan murid sebagai orang
yang dibimbing terputus.

Senario ini berlarutan dan tidak pernah ditangani dengan wajar. Alasan yang diberi, masa selebihnya
telah diperuntukkan untuk mengajarkan rumusan, bacaan dan kefahaman, tatabahasa, Komsas dan
kemahiran lain yang diperlukan untuk peperiksaan. 
Pernyataan Masalah

Tim Berners-Lee, pencipta World Wide Web (WWW) yang digunakan oleh setiap pelusuk manusia
menyatakan ‘kamu dipengaruhi dengan dunia yang kamu jelajahi’. Renungi sejenak kata-kata
daripada seorang saintis British itu, terletak kepada gurulah untuk mendedahkan teknologi hari ini
kepada murid seperti Google Earth, Google Classroom, Microsoft Educator dan lain-lain. Malahan
terdapat kajian yang menunjukkan pengaplikasian literasi digital dapat membantu murid dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan. Kajian Thankachan dan Franklin (2013) Penggunaan Google
Earth telah ditunjukkan bahawa ia mampu menyokong pembelajaran murid, meningkatkan keaktifan
murid di dalam kelas dan pengalaman pembelajaran itu sendiri. Sehubungan itu pengkaji berminat
untuk menyelidik pengaplikasian Google Earth dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan carian pengkaji, masih kurang kajian yang dilaksanakan untuk
pengaplikasian Google Earth dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.

Brooks & Brooks (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang bersifat konstruktivis sentiasa
menyediakan masalah dalam pengajarannya untuk diselesaikan oleh muridnya. Beliau kemudiannya
memantau muridnya melakukan penerokaan, memberi panduan atau membimbing murid
melakukan inkuiri dan menggalakkan penciptaan pola baharu dalam pemikiran. Hal ini dengan
bersandarkan dengan teori konstrukvisme murid dapat membina pengalaman mereka sendiri
dengan bantuan guru sama ada membawa ke tempat itu atau melalui capaian pembelajaran digital.

Oleh itu, pendekatan konstruktivisme dirasakan sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran
karangan di sekolah. Dalam kajian ini, pengkaji mengambil model konstruktivisme sebagai teori
menyokong penggunaan Google Earth dalam penulisan karangan rangsangan.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan menyelidik pengaplikasian Google Earth dalam menulis karangan rangsangan
tahun 5 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.

Objektif Kajian

Menyelidik pengaplikasian Google Earth dalam menulis karangan rangsangan tahun 5 dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.

Soalan Kajian

Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian yang dikemukakan seperti yang berikut:

1. Bilakah aplikasi Google Earth diaplikasikan dalam menulis karangan rangsangan tahun 5
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?
2. Bagaimanakah aplikasi Google Earth diaplikasikan dalam menulis karangan rangsangan
tahun 5 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?

3. Di manakah Google Earth diaplikasikan dalam menulis karangan rangsangan tahun 5 dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?

4. Mengapakah Google Earth diaplikasikan dalam menulis karangan rangsangan tahun 5 dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?

Anda mungkin juga menyukai