1
berkomunikasi baik dengan murid. Mereka juga sentiasa meningkatkan kualiti
hasil pengajaran mereka. Guru bukan sahaja sentiasa mengesan dan menilai
kekuatan dan kelemahan murid malahan dapat membaiki kelemahan-kelemahan
tersebut. Sebagai seorang guru juga harus sentiasa prihatin terhadap
perkembangan sekolah dan memberi cadangan terhadap perkembangan
kebaikan sekolah.
Dalam sesi temu bual ini, beliau telah memberi dua isu yang berkaitan
dengan profesion seorang pendidik iaitu dari segi kepelbagaian budaya dalam
persekitaran sekolah dan stress sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru
Melayu dalam sekolah kebangsaan Cina, beliau telah menghadapi masalah
berkaitan komunikasi dan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya yang
berlainan. Bagi menyelesaikan masalah ini, beliau telah mengambil kesempatan
untuk belajar Bahasa Cina supaya dapat mendampingi murid-murid. Janelle Cox
(2016) mengemukakan enam ciri utama seseorang guru yang profesional pada
abad ke-21, antaranya adalah guru yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana
persekitaran. Puan Saliha telah menunjukkan kesesuaian diri dalam persekitaran
yang berbeza budaya dan berusaha untuk menguasai kemahiran bertutur.
Stress bagi seseorang guru bukan sahaja merupakan isu yang berlaku
pada masa kini. Antara stress yang dikatakan membelenggu guru hari ini adalah
beban tugas pentadbiran, terpaksa menjalankan tugas “ibu bapa” selain
tanggungjawab hakiki sebagai pendidik, malah terpaksa menghadapi dengan ibu
bapa murid. Cadangan penyelesaian yang telah diberi oleh beliau adalah guru
harus sentiasa membezakan kedudukan mereka semasa di dalam sekolah dan
di luar sekolah. Beliau berpendapat bahawa seseorang guru harus tinggalkan
masalah di sebelah pagar sekolah sebelum memasuki dalam sekolah supaya
tidak membawa emosi ke dalam tugasnya. Guru juga perlu merancang masa
dengan lebih cekap supaya dapat meluangkan masa yang lebih untuk
melaksanakan perkara yang dapat meningkatkan profesionalisme seseorang
pendidik. Bagi beliau, seseorang manusia perlu mengagihkan masa mereka
kepada tiga perkara iaitu kerjaya, sendiri, keluarga ataupun masyarakat.
2
Selain itu, beliau berpendapat bahawa cabaran semasa yang dihadapi
oleh guru pada masa kini adalah kemahiran pedagogi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Teknik PdPc yang lama perlu diketepikan dan
penguasaan PdPc PAK-21 perlu dimartabatkan. Kebanyakan guru tidak dapat
melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi yang mempunyai unsur PAK-
21. Pendapat ini selari dengan kajian oleh Masyuniza (2018) yang menunjukkan
bahawa kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc yang kurang diterapkan oleh
guru menyebabkan murid-murid kurang mendapat pendedahan tentang
kemahiran-kemahiran abad ke-21. Kebanyakan guru juga belum bersedia untuk
menerima transformasi dalam pendidikan negara kita, contohnya Revolusi
Industri 4.0. Ini disokong oleh kajian Sharita et. al., (2018), yang menunjukkan
pengetahuan dan kesediaan guru terhadap Revolusi Industri 4.0 adalah berada
tahap sederhana. Pada halnya pendidikan pada masa kini perlu mengadaptasi
kepada kaedah baharu pengajaran selari dengan perkembangan pantas
teknologi.
3
pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang
lebih tinggi.