Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE – 60

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT BATU

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM DAN PANITIA SEJARAH


1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / Kajian Tempatan akan mengadakan


aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SK LKTP Bukit Batu bagi tahun
2017. Justeru, pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena
sambutan Hari Kemerdekaan ke – 60 bertemakan “sehatisejiwa”. Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari
Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-
murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan
kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK
LKTP Bukit Batu.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekan adalah bagi


memupuk semangat patriotism dalam kalangan murid-murid dan guru-guru SK LKTP
Bukit Batu serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan
sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK LKTP Bukit Batu secara
menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik SK LKTP Bukit Batu diperingkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
Negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia Negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan Negara
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam sausana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Menwujudkan semangat perpaduan dan kesetiaan dan mengharagi jasa
pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima
kasih atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.
4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran kokurikulum dan panitia Pendidikan Sivik dan Kenegaraan Kajian
Tempatan bersama-sama guru-guru SK LKTP Bukit Batu.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 15 ogos 2017 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 17 September 2017.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru SK LKTP Bukit Batu (Termasuk guru dan murid Pendidikan
Khas dan Pra Sekolah

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru.
8.0 Sasaran
Semua murid SK LKTP Bukit Batu

Bil Tindakan Panitia Sasaran Masa Aktiviti


 Pelancaran Program
Kemerdekaan
 Kuiz sejarah Tahap
1(Kertas)
 Kuiz Sejarah VLE
Sejarah dan Unit Tahap 1 15 Ogos 2017 Tahap 2
1. Koko Tahap 2 7.30 Pagi -7.50 Pagi  Program penutup
 Mendeklamasi Sajak
Kemerdekaan
 Pilih 3 peserta terbaik
Sebelum dan pada untuk pertandingan
1 Bahasa Malaysia Tahap 2 17/9/2017 akhir pd 17/9
 Merdeka Idol
 Pilih 5 orang peserta
Sebelum dan pada untuk ke peringkat kahir
2 Muzik Tahap 1 dan 2 17/9/2017 pada 17/9
 Kuiz sejarah Tahap
Sepanjang bulan 1(Kertas)
kemerdekaan  Kuiz Sejarah VLE
Sebelum 17 September Tahap 2
3 Sejarah Tahap 2 2017  Program penutup
 Mewarna (Tahap 1)dan
Sebelum 17 September  Rekacipta (Tahap 2)
4 PSV Tahap 1 dan 2 2017
 Pakaian beragam
5 Bahasa Inggeris Tahap 1 dan 2 17 September 2017 Tahap 1
Penglibatan  Bacaan tahlil /Yassin
semua guru dan sempena kemerdekaan
6 Agama murid Khamis setiap minggu
Sains dan Ikut kreativiti  Kecerian Kelas dan
7 Pemulihan guru Sebelum 17 September kelas Khas
 Pertadingan futsal 3
8 matematik Semua murid Sebelum 17 September sebelah (Tahap 2)
9 RBT dan TMK Tahap 2 Sebelum 17 September  Tayangan filem
kemerdekaan
 Perarakan (22 Ogos
2017) Masa 1M1s
 Laluan ditetapkan oleh
Panitia
 Menyediakan pelan
Semua murid laluan
10 PJK dan guru 22 Ogos 2017
 Menyediakan kain
rentang kelab dan
persatuan sempena
Kemerdekaan . Di
11 Unit Koko Semua murid Pada waktu Koku letakan di pagar sekolah

12.0 PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan SK LKTP Bukit Batu ini
memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian
murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini di
harapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan
murid sekolah ini.

Di sediakan Oleh :

____________________________

(EN AMRI BIN ARIP)


Penyelaras Sambutan Kemerdekaan
Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Batu
Di semak Oleh :

______________________________

(EN ZAINAL BIN MOHD DIAH)


Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Batu

Di sahkan Oleh :

______________________________

(EN NOR AZMAN BIN ABD RAHMAN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Batu

Anda mungkin juga menyukai