Anda di halaman 1dari 2

Stail laithan ini telah dikelolakan oleh kumpulan Colin Ngu Leong Chao,

Tang Ling Chi dan Low Xin Yi. Mereka menggunakan stail latihan untuk
mengajar murid tahun 2 KSSR iaitu kemahiran membaling dan menangkap bola.
Kelas pada pagi itu dimulakan dengan sedikit taklimat oleh Colin dan aktiviti
memanaskan badan dijalankan oleh Xin Yi. Sepanjang sesi pengajaran, saya
berasa gembira dan seronok kerana kemahiran yang diajarkan oleh mereka
bukan saja senang malahan menyeronokkan. Secara tidak langsung, saya
merasakan bahawa kemahiran yang mereka pilih amat sesuai untuk sasaran
murid-muridnya.

Stail latihan merupakan satu kaedah pengajaran di mana guru


memberikan tugasan kepada pelajar dan pelajar melakukan tugasan tersebut
untuk satu tempoh masa tertentu. Guru akan sentiasa memerhati murid dan
memberikan maklum balas, tunjuk ajar kepada murid, memberikan penerangan
dan menunjukkan demonstrasi. Antaranya kandungan aktiviti kumpulan mereka
ialah secara berkumpulan dan berpasangan, kami dikehendaki membaling dan
menangkap bola dengan teknik yang betul. Pada mulanya kelas kedengaran
bising kerana kawalan kelas yang kurang memuaskan sementelah cuaca juga
nampaknya hujan menyebabkan murid-murid tidak selesa serta kurang
memberikan kerjasama namun apabila aktiviti secara berpasangan dilakukan,
kawalan kelas kembali tenang.

Kekuatan bagi stail latihan ialah isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan
tidak berubah serta mudah untuk dipelajari oleh murid. Contohnya kemahiran
membaling dan menangkap bola seperti yang ditunjukkan oleh Colin amat
senang diikuti oleh kami dan saya berpendapat bahawa pengajaran tersebut
amat sesuai kepada murid-murid tahun 2. Selain itu, guru bertindak sebagai
fasilitator yang dapat menegur dan menunjukkan cara jika ada kesilapan yang
dilakukan murid. Stail pengajaran ini juga membolehkan komunikasi secara dua
hala berlaku iaitu antara guru dengan murid, murid dengan murid yang secara
tidak langsung semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan stai ini ialah pelajar cepat menyelesaikan masalah sebelum
sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat. Hal ini terbukti apabila
sebelum guru sempat memberikan maklum balas dan menunjukkan cara yang
betul, murid sudah siap melakukan kemahiran tersebut. Di samping itu, pelajar
juga akan merasa terkongkong. Hal ini demikian kerana, terikat dengan aktiviti
yang dijalankan sedangkan pelajar sudah menguasai kemahiran yang diajarkan
dan aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklum balas guru menjadi sedikit
banyak mengundang kebosanan kepada pelajar.

Secara ringkas, dapatlah saya simpulkan bahawa stail latihan ini dapat
memberikan peluang kepada pelajar membuat aktiviti dengan bebas dan
menentukan keputusan mereka sendiri. Selain itu, guru hanya bertindak sebagai
fasilitator.

Anda mungkin juga menyukai