Anda di halaman 1dari 2

Saya bersyukur kepada tuhan dapatlah saya dan rakan sekelas saya

dapat menjalankan sesi amali kumpulan yang menggunakan stail F sebagai


kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sebelum itu, kumpulan ini telah
membentangkan slaid dengan begitu berinformatif. Stail F adalah “Stail
Penemuan Terbimbing”.

Stail penemuan terbimbing merupakan satu gaya pembelajaran di mana


corak soalan yang teratur dan logik akan menjadi panduan kepada seorang
murid untuk menemui objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
penemuan terbimbing ini merupakan stail pengajaran yang melibatkan pelajar
dalam proses penemuan. Oleh yang demikian, guru akan membimbing pelajar
untuk memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada
masalah, guru akan mengemukakan idea-idea yang membantu pelajar ke arah
mendapatkan jawapan yang betul.

Kumpulan yang membentangkan stail ini adalah kumpulan Loke Lai Kuan
dan Yong Xin Yi. Mereka menggunakan stail penemuan terbimbing untuk
mengajar kemahiran asas menghantar dan menerima bola kepada kami.
Selepas melakukan pemanas badan, bahawa Lai kuan mula menjalankan aktiviti
persoalan untuk meningkat semangat murid-murid sikap ingin tahu. Sebagai
contohnya peroalan adalah apakah hantaran yang sesuai jika pemain berdiri
jauh daripada anda? Sepanjang sesi pengajaran, saya berasa gembira dan
menikmati aktiviti permainan tersebut seperti aktiviti pertandingan “Aku hantar,
awak sambut” dan aktiviti tersebut diterangkan oleh Xin Yi.

Sejujur pada pemerhatian saya, bahawa aktiviti tersebut amat sesuai


dengan murid-murid tahun enam. Hal ini demikian kerana, bahawa soalan-
soalan yang ditanya agar sesuai kepada keupayaan murid-murid yang tahap
tinggi untuk menjawab. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktivit yang mereka reka
cipta mempunyai ciri-ciri stail F tersebut seperti berpusatkan guru dan murid,
melibatkan komunikasi dua hala pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh
guru dan lain-lain.
Antara kekuatan menerusi stail ini adalah pelajar dapat mempelajari
tindak balas fizikal yang dirancang oleh guru, pelajar juga dapat memahami
dengan lebih mendalam hubungan antara langkah yang telah dipelajari. Di sini
guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan pelajar mengikuti
setiap pelajaran yang sedang diajar. Di samping itu, adalah dapat membina idea
sendiri berdasarkan aktiviti yang dirancang oleh guru dan pelajar dapat
menerokai sesuatu yang baru dan semangat ingin tahu akan meningkat. Hal ini
membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis serta tidak terpesong
daripada apa yang dipelajari itu.

Kelemahan yang terdapat dalam stail ini hanya sesuai untuk pelajar yang
matang sahaja. Hal ini demikian kerana, proses stail ini memerlukan penilaian
dan tahap pemikiran yang tinggi. Oleh itu, pelajar yang lemah berkemungkinan
tidak dapat memahami aktiviti yang dijalankan berdasarkan stail penemuan
terbimbing ini. Rumusan dan hasil dapatan daripada aktiviti ini juga
berkemungkinan terpesong dan kurang tepat. Hal ini demikian kerana mungkin
guru terlepas pandang beberapa orang pelajar dan maklumat yang disampaikan
tidak dapat diterima oleh pelajar itu dengan baik.

Secara kesimpulannya, murid perlu mengambil perhatian sepenuhnya


terhadap pengajaran guru dan memberikan jawapan kepada guru soalan yang
dikemukakan oelh guru dalam proses untuk mencapai pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan hubungan guru dan
murid. Selain itu, guru juga perlu menyediakan persekitaran pembelajaran dan
pengajaran yang kondustif agar murid berasa selesa dan yakin dalam
memberikan jawapan.

Anda mungkin juga menyukai