Anda di halaman 1dari 2

Stail pembelajaran terdorong ini dikelolakan oleh kumpulan Heng Mooi

Chin dan Chin Pei Kuan. Mereka menggunakan stail pembelajaran terdorong
untuk mengajar murid tahun 2 KSSR iaitu kemahiran imbangan. Kelas pada pagi
itu dimulakan dengan sedikit taklimat oleh Tai Yoong Tean. Sepanjang sesi
pengajaran, saya berasa gembira dan seronok kerana kemahiran yang
dijalankan oleh mereka bukan saja senang malahan menyeronokkan. Secara
tidak langsung, saya merasakan bahawa kemahiran yang mereka pilih iaitu
kemahiran imbangan sesuai untuk sasaran murid-muridnya.

Antara objektif stail ini adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan


pilihannya, memulakan pengalaman pengajaran pelbagai,memberi peluang
kepada murid berdikari serta untuk meningkatkan peluang kepada murid secara
individu dalam proses pembelajaran kognitif dan kemampuan fizikal.

Antara kandungan aktiviti kumpulan mereka ialah secara individu, kami


dikehendaki membuat kemahiran imbangan dengan teknik yang betul. Semasa
mula menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, Chin Pei Kuan dan
Heng Mooi Chin sebagai guru hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja,
sebagai contoh semasa murid melakukan aktiviti memanaskan badan, mereka
hanya memantau sahaja tanpa memberikan arahan atau pentunjuk. Selepas itu,
murid pun melantik seorang ketua murid untuk mendemonstrasi pergerakan
aktiviti imbangan kepada semua murid. Oleh yang demikian, murid dalam stail ini
memainkan peranan yang penting semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, stail ini juga seolah-olah memberikan murid autonomi
untuk mengambil alih tugasan guru untuk mengawal kelas, merancang program
dan aktiviti pembelajaran.

Kekuatan bagi stail ini adalah menggalakkan perkembangan aras kognitif.


Hal ini demikian kerana, stail ini memumpukan muridnya diri kendiri untuk
membuat keputusan, menyelesaikan masalah yang dihadapi dan sebagainya.
Secara tidak langsung, dapat membantu perkembangan insan yang seimbang.
Selain itu, dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan
yang tinggi dan amat bersesuaian diajar menggunakan stail pembelajaran ini.
Hal ini kerana stail ini meningkatkan tahap kognitif murid dengan lebih berkesan
dan murid-murid lebih seronok untuk belajar.

Kelemahan stail ini adalah mengambil masa yang panjang untuk


dikendalikan. Hal ini demikian kerana, adalah kekangan dari segi pengawalan
kelas dan murid-murid. Setiap murid mengambil masa yang lama untuk
memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi menjalankan sesuatu aktiviti.
Di samping itu, stail ini juga tidak sesuai dijalankan kepada semua murid. Selain
itu, melalui stail tersebut juga akan menimbulkan suasana bosan apabila murid
tidak dapat menguasai kemahiran atau tidak menyelesaikan masalah semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, stail ini adalah sesuai terhadap
keadaan yang tertentu sahaja.

Secara ringkas, dapatlah saya simpulkan bahawa stail ini terdapat


pelbagai manfaat dan kelemahan. Namun begitu, ianya bergantung kepada guru
tersebut untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan.
Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan
tahap kecerdasan murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai

  • Pengenalan Edu
    Pengenalan Edu
    Dokumen4 halaman
    Pengenalan Edu
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Hasilkan Video
    Hasilkan Video
    Dokumen5 halaman
    Hasilkan Video
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail I
    Stail I
    Dokumen3 halaman
    Stail I
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail D
    Stail D
    Dokumen2 halaman
    Stail D
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail F
    Stail F
    Dokumen2 halaman
    Stail F
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail F
    Stail F
    Dokumen2 halaman
    Stail F
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail B
    Stail B
    Dokumen2 halaman
    Stail B
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail E
    Stail E
    Dokumen2 halaman
    Stail E
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat
  • Stail B
    Stail B
    Dokumen2 halaman
    Stail B
    CHANG MING SENG Moe
    Belum ada peringkat