Anda di halaman 1dari 2

Saya bersyukur kepada tuhan dapatlah saya dan rakan sekelas saya

dapat menjalankan sesi amali kumpulan yang menggunakan stail D sebagai


kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sebelum itu, kumpulan ini telah
membentangkan slaid dengan begitu berinformatif. Stail D adalah “Stail Semak
Kendiri”. Stail Semak Kendiri bermaksud sebagai sesuatu pelaku atau subjek
dihendaki menilai hasil perlakuan atau kemahiran yang telah dipelajari secara
individu berdasarkan kriteria senarai semak yang telah disediakan oleh guru.

Kumpulan yang membentangkan stail ini adalah kumpulan Lee Jia Er dan
Khan Li Wai. Mereka menggunakan stail semak kendiri untuk mengajar
kemahiran daya tahan otot kepada kami. Kelas mereka dimulai dengan aktiviti
memanaskan badan yang dilakukan oleh Jia Er dan terusnya beliau pun
menerangkan emapat jenis latihan daya otot kepada kami seperti “push-up”,
”seat-up”, “lompat sebelah kaki” dan “burpee”. Selepas kami mempelajari
keempat-empat kemahiran tersebut, bahawa kami pun menjalankan aktiviti
station untuk menyemak keupayaan dan kemampuan kendiri dan aktiviti tersebut
dijalankan oleh Li Wai.

Sejujurnya pada pemerhatian saya, bahawa aktiviti tersebut agar sesuai


dengan keupayan murid tahap dua. Hal ini demikian kerana aktivti-aktiviti yang
dijalankan oleh murid-murid agar sesuai kepada keupayaan mereka. Walau
bagaimanapun, aktiviti-aktiviti yang mereka reka cipta mempunyai ciri-ciri stail D
tersebut seperti guru bertindak memastikan semua pelajaran, kriteria dan
keputusan logistik dan murid belajar secara sendiri dan memeriksa hasilan kerja
mereka sendiri berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru. Berdasarkan
kepada kemahiran yang telah dipelajari, pelajar akan melakukan penilaian
kendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara kekuatan terhadap stail D adalah stail tersebut merupakan satu


stail yang guru boleh menilai kemampuan dan perkembangan pelajar dalam
melakukan aktiviti melalui senarai semak kendiri kerana penilaian itu dilakukan
oleh pelajar itu sendiri. Guru juga mempercayai pelajar bersikap jujur sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran serta dalam aktiviti penilaian kendiri kerana
penilaian tersebut mesti berdasarkan kemampuan atau kemahiran mereka
seterusnya merka dapat menilai tahap kemampuan sesuatu kemahiran yang
telah dipelajari. Sebetulnya pelajar perlu memberi maklum balas kendiri secara
jujur dan ikhlas semasa mengisi ruangan catatan di lembaran kriteria senarai
semak kendiri. Selain itu, pelajar juga boleh mengenalpasti had keupayaan diri
mereka sendiri. Mereka dapat mengenalpasti keupayaan, kejayaan atau
kegagalan diri mereka sendiri.

Walau bagaimanapun juga terdapat kelemahan yang disebalik stail ini.


Antara kelemahan stail ini adalah jangka masa yang pendek menghalang pelajar
dari mempelajari tentang keupayaan atau kemampuan sendiri, selain itu Stail D
kurang berkesan sekiranya saiz kelas terlalu besar kerana akan mengalami
masalah untuk mengawal kelas. Rekod atau catatan mungkin kurang tepat
berdasarkan sifat kejujuran murid. Manakala murid yang tidak tahu membaca
akan mengalami masalah untuk melengkapkan kad senarai semak kendiri.

Rumusnya dapat disimpulkan, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat


dan kelemahan yang dapat dilihat dalam stail pembelajaran stail semak kendiri
ini. Walau bagaimanapun, kami telah sehabis baik dan semampu kami untuk
memastikan bahawa pengajaran mikro itu dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai