Anda di halaman 1dari 1

F5 KKL

3 MAR 2021

Penguasaan Tatabahasa SPM 2021 [ Tingkatan 5 ]


Praktis 1: Penggunaan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatanahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Stesen televisyen itu telah menerima kritikan kerana mempamerkan rancangan yang
bertentangan daripada nilai hidup rakyat negara ini.
2.Setiap umat Islam dilarang keras mengumpat dan menguji orang lain sama ada saudara
seagamanya dan yang sebaliknya.
3.Para doktor mengesahkan yang tingkat kolesterol yang tinggi dalam darah menjadi punca
beliau diserang penyakit jantung.
4.Abu tidak segan menghadiri majlis itu walaupun seluar yang dia pakai padat seperti
sarung nangka.
5.Dia bertindak sebagai orang kanan dalam usaha mendamaikan persengketaan di anatara
dua orang jirannya dan memastikan bahawa perkara itu tidak berpanjangan.
6.Dalam kehidupan bermasyarakat, kita mestilah ringan tangan dan tidak mementingkan
diri agar supaya kita tidak dipantau orang.
7.Jika sekiranya penduduk di kawasan pedalaman sanggup bekerja keras, pastinya mereka
akan terurai daripada belenggu kemiskinan.
8.Dalam pendapat saya, peperangan saudara di negara itu akan bersambungan kerana
golongan yang bersengketa enggan bersemuka di meja perundingan.
9.Manusia yang berfikiran kecil sukar untuk memajukan diri sendiri, malah untuk
memajukan bangsanya.
10.Walaupun kerja yang diutuskan kepadanya agak rumit bahkan dia melaksanakan
tanggungjawab itu dengan senang dan tabah.
11.Sayembara mengarang cerpen yang diadakan di sekolah itu bertujuan untuk
mengembangkan pretasi berbahasa secara kreatif di kalangan murid.
12.Pengembaraannya itu tidak ubah seperti maksud peribahasa Melayu; sejauh-jauh
terbang bangau akhirnya singgah ke belakang kerbau juga.
13.Majikan tempat abang saya bekerja telah membendung kenaikan gaji tahunannya tanpa
memberikannya tanpa memberikan sebab yang munasabah dilakukannya tindakan itu.
14.Ummu Khalidah menyedarkan kakaknya agar hadir di dekolah esok kerana perjumpaan
antara waris murud dan guru-guru akan diadakan pada pukul 10:00 pagi.
15.Penceramah itu mengemukakan pendapat tokoh-tokoh bahasa daripada Barat dan
Nusantara untuk memperketat hujah yang dikemukakannya tentang kepentingan bahasa
Melayu di rantau ini.

Anda mungkin juga menyukai