Anda di halaman 1dari 112

TEMA 1

MEREALISASIKAN IMPIAN
TEMA 1 Merealisasikan impian
TAJUK Kitalah juara

FOKUS Standard 3.1 Menulis untuk menerangkan makna kata


UTAMA Kandungan dan istilah, rangkai kata, ungkapan dan
ayat.
Standard 3.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan
Pembelajaran mengenal pasti perbezaan sebutan
perkataan, rangkai kata, istilah dan
ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan
betul dan jelas.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Menjelaskan makna kata, istilah, maksud rangkai kata
dan ungkapan dengan betul mengikut konteks formal.
2. Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan ejaan.
3. Membina ayat sendiri menggunakan kata, istilah, rangkai
kata dan ungkapan yang diberikan.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Alam sekitar
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - keberanian /rasional
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Kosa kata
MEDIA Buku rujukan/buku teks
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi Kecerdasan Lembaran kerja 1
pelbagai
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada - interpersonal
murid.(untuk
mengetahui
pengetahuan sedia
ada murid)
2. Guru membuat
perkaitan dengan tajuk
yang akan dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur https://youtu.be/IRl5DU68FMQ


1.Murid dan guru - menonton
menonton klip video. video
https://youtu.be/diB51y8mPg0
Kecerdasan
( guru boleh memilih salah satu link
pelbagai
diatas )
- interpersonal

Langkah 2 KBAT
1.Murid membuat - mencipta
catatan nota setelah
menonton video.

Langkah 3 KBAT Lembaran kerja 2


1.Murid mengenal - menganalisis
pasti dan membetulkan
kesalahan kata, istilah
dan tatabahasa.

Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 3


1.Murid menganalisis -menganalisis
maklumat dalam
bahan yang diberikan.
2.Murid membina ayat
bagi kata,istilah,
rangkai kata, dan
ungkapan yang
diberikan.
3.Guru menyemak
jawapan dan membuat
perbincangan bersama
murid.
Pemulihan KBAT Lembaran kerja 4
1.Murid menulis ejaan - menganalisis
yang betul dalam
jadual yang diberikan.
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 5
1.Murid mengenal -menganalisis
pasti dan membetulkan
kesalahan kata, istilah
dan tatabahasa.
Lembaran kerja 1

Tandakan (/) untuk perkataan yang dieja dengan betul.

1. Jenjang pelamin Jinjang pelamin

2. Keriting Kerinting

3. Mentua Mertua

4. Motosikal Motorsikal

5. Pensel Pensil

6. Bufet Buffet

7. Komisen Komisyen

8. Kuorum Kurom

9. Losen Losyen

10. Mi Mee
Lembaran kerja 2
LATIHAN TATABAHASA

KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

PRAKTIS 1
(i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang
sukar dilupakan olehku.
(ii) Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu
antarabangsa di masa ini.
(iii) Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.

PRAKTIS 2
(i) "Masyarakat berfikir" adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju
pada zaman ke-21.
(ii) Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam
mesyuarat bulanan.
(iii) Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi
oleh anak mukimnya pada minggu depan.

PRAKTIS 3
(i) Tidak kira sama ada di kota atau desa, semua manusia adalah sama di samping Tuhan.
(ii) Kejayaan pelakon itu yang dimasyhurkan sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut
gembira daripada peminatnya.
(iii) Persembahan teater yang mengisahkan tentang kehidupan Tun Dr. Mahathir telah berjaya
menarik penggiat-penggiat teater seluruh Malaysia menontonnya.

PRAKTIS 4
(i) Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Habib di pasar tani untuk menambahkan pendapatan
bagi membiayai keluarganya.
(ii) Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak berharga kerana memberikan manfaat yang
banyak kepada berjuta penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.
(iii) Tanah lungsur yang berlaku di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah
rumah apabila penghuninya bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.

PRAKTIS 5
Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk
menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa
telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi
sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa
berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan
membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

PRAKTIS 6
(i) Semua pelajar-pelajar digalakkan supaya menonton laman Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mendapatkan maklumat kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA).
(ii Walaupun kita terpaksa bersaing-saing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu,
persahabatan perlulah dipulihara.
(iii) Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam
pelajaran.
PRAKTIS 7
(i) Setengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.
(ii) Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar memperbanyak aktiviti yang menguntungkan
kepada para remaja.
(iii) Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami
tidak bersikap bongkak.

PRAKTIS 8
(i) Semua murid-murid hendaklah menceburi aktiviti kokurikulum, di samping menumpukan aspek
akademik bagi mencapai kecemerlangan secara holistik.
(ii) Nasi Arab Restoran yang baru dibuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam
kalangan peminat.
(iii) Perabot-perabot yang diimport itu mendapat permintaan
yang menggembirakan oleh penduduk di kawasan kejiranan itu.

PRAKTIS 9
(i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi yang
tidak menentu.
(ii) Murid diminta berdiri untuk mendendangkan lagu patriotik bagi menghormati kepada negara.
(iii) Pengetua sekolah-pengetua sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan Hari
Guru Malaysia pada tahun ini.

PRAKTIS 10
Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam
sesuatu permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk mempamerkan skil
permainan atlet dalam bidang masing-masing, malahan menjadi medan yang dapat
meningkatkan mutu permainan sesuatu pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut
keuntungan yang lumayan dalam penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.
Lembaran kerja 3

Pelibatan sayadalam sukan basikal lasak ini bermula sejak usia saya enam tahun.
Ayah saya yang memperkenalkan sukan ini kepada saya. Beliau melihat cara saya
menunggang basikal dan merasakan bahawa saya mempunyai potensi untuk digilap.
Oleh itu, beliau mengupah seorang jurulatih peribadi untuk saya. Saya berlatih
dengan giatnya dan sering menyertai pertandingan basikal lasak BMX. Namun begitu,
nasib belum menyebelahi saya untuk memenangi pingat emas yang diidam-idamkan.
Berbekalkan azam yang kuat serta berpegang teguh pada peribahasa Melayu, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya menguatkan tekad untuk berusaha
dengan lebih gigihnya lagi untuk menggapai impian saya itu. Akhirnya, impian saya
menjadi kenyataan apabila buat julung-julung kalinya, saya Berjaya menjulang pingat
emas. Saya berasa sangat gembira akan kejayaan ini.
Atlet basikal lasak Malaysia

1. Memberikan keizinan – anaknya – menceburi – sukan basikal lasak

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

2. Mendaftarkan anaknya – kelas renang – melihat potensi – dalam diri

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

3. Mengupah – jurulatih peribadi – melatih anak

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

4. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

5. julung-julung kalinya

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
Lembaran kerja 4
MODUL 11: KESILAPAN EJAAN (KATA)

Betulkan kesalahan ejaan di bawah:

auto matif geraf


audien geharu
agreget hajjah
arithmetik hurmat
agen (wakil) ide
ampangan idap
aked iktizam
akitek impot
analisa injin
atlit inspekter
atnik insuran
anggrik Insyaallah / Insya
baucer Allah
bistari istihar
bowling istirehat
buffet isya
bumiputra justru
buroh jeket
calun kampong
cocok (tusuk) kapitalisma
cucuk (sesuai) katun
catit kefeteria
cendiawan komidi
cop komisyen
dasyhat kondaktor
dialog konsotium
definasi kontrek
deligasi korum
deraf kaptain
durhaka karenah (ragam)
efisyen kelender
ekur keredhaan
ehsan kerinting
engzos kianat
ekslusif ko-kurikulum
ekspot kolestrol
ekspress komersil
emel komplek
engkar kontingen
fadhilat lagenda
fax lakun
faksimili lapuran
Febuari lebel
gembeling / gembeleng lencungan
leukimia
Lembaran kerja 5
PRAKTIS 1
(i) Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kemudahan oleh orang
lain.
(ii) Kos perbelanjaan untuk membina taman permainan kanak-kanak itu dibayar oleh pihak swasta.
(iii) Program Rakan Muda dilaksanakan mengikut gaya hidup tertentu kerana setengah kementerian
mempunyai kecekapan dalam bidang tersebut untuk membangunkan belia.

PRAKTIS 2
(i) Bantuan Rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan rendah.
(ii) Beberapa buah rumah-rumah rosak teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda
kawasan itu.
(iii) Lima hakim telah mengadili Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat
Negeri.

PRAKTIS 3
(i) Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak
terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
(ii) Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua
gerabaknya terbalik.
(iii) Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor
kerajaan.

PRAKTIS 4
(i) Wanita itu amat rindukan anaknya sehingga tanpa segan malu meraung apabila
dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya masih belum dijumpai.
(ii) Adalah dimaklumkan bahawa hari esok diumumkan sebagai cuti awam.
(iii) Ibu sedang memotong ikan di dapur, sementara ayah memperbaiki keretanya yang rosak.

PRAKTIS 5
(i) Pengajian yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian akan berjaya menghasilkan
baka pokok yang bermutu tinggi.
(ii) Untuk memastikan yang produktiviti syarikat mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji
memberikan bonus sebagai intensif kepada para pekerjanya.
(iii) Lukisan-lukisan yang bergayut di dinding itu menarik perhatian para pengunjung.

PRAKTIS 6
(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan
sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang
berbahaya.
(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti
demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
(iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan
penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.

PRAKTIS 7
(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video
klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah
mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara
ini.
(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada
masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.
PRAKTIS 8
(i) Puan Fatimah tercegat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal dunia di
dalam kemalangan jalan raya.
(ii) Perjanjian Pelanggan merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan awam.
(iii) Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbagai-bagai mestilah bersatu padu sama
ada pada waktu senang dengan susah.

PRAKTIS 9
Ahmad telah menduduki temu duga untuk jawatan guru sandaran. Antara dokumen-
dokumen yang perlu dibawa ialah sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lain-lain lagi. Dia
berasa agak takut bila berhadapan dengan penemu duga. Melalui sesi soal jawab baharu dia
tahu bahawa kelulusan akademik sahaja bukan menjamin kejayaan dalam kerjaya.

PRAKTIS 10
(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik
kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh
kami setahun yang lalu.
(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan
lalu merempuh lampu isyarat merah kerana terlewat menghadiri temu janji.
Lampiran jawapan

Lembaran kerja 1

Tandakan (/) untuk perkataan yang dieja dengan betul.

1. Jenjang pelamin / Jinjang pelamin

2. Keriting / Kerinting

3. Mentua / Mertua

4. Motosikal / Motorsikal

5. Pensel / Pensil

6. Bufet / Buffet

7. Komisen / Komisyen

8. Kuorum / Kurom

9. Losen / Losyen

10. Mi / Mee

Lembaran kerja 2
Praktis 1

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


ingatan - kenangan dilupakan olehku - aku lupakan
prihatin - perhatian di - pada
mencantas - menebas tiap - setiap

Praktis 2

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. zaman - abad adalah - ialah
ii. ditatap - disemak dengan - pada
iii. anak- penduduk membincangkan tentang - membincangkan
Praktis 3

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. di samping - di sisi desa - di desa
ii. dimasyhurkan - dinobatkan daripada - oleh
iii. penggiat-penggiat - peminat-peminat mengisahkan tentang - mengisahkan

Praktis 4

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. membiayai - menyara Pelbagai sayur-mayur - Pelbagai sayur
ii. berharga - ternilai berjuta - berjuta-juta
iii. lungsur - runtuh apabila - tetapi

Praktis 5

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. komuniti - komunikasi berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
ii. pelebar - penyebar Ini kerana - Hal ini dikatakan demikian kerana
iii. perasaan - minda di dalam - dalam

Praktis 6

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. menonton - melayari Semua pelajar-pelajar - Semua pelajar
ii. dipulihara - dipelihara bersaing-saing - bersaing
iii. merempuh - menempuh agar supaya - agar / supaya

Praktis 7

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. ditindih - ditimpa Setengah - Sesetengah
ii. diusulkan - disaran menguntungkan kepada - menguntungkan
iii. rasmi - resmi menasihati agar kami - menasihati kami agar

Praktis 8

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. menceburi - menyertai Semua murid-murid - Semua murid
ii. peminat - pengunjung Nasi Arab Restoran - Restoran Nasi Arab
iii. menggembirakan - menggalakkan oleh - daripada

Praktis 9

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. kemiskinan - kemelesetan saling bantu-membantu - saling membantu
ii. mendendangkan - menyanyikan menghormati kepada - menghormati
iii. darjat - pangkat Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah -
Pengetua-pengetua sekolah
Praktis 10

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. lapangan - bidang tidak - bukan
ii. kecerdasan - kecergasan tiap - tiap-tiap / setiap
iii. bidang - sukan dalam - melalui

Lembaran kerja 3
1. Encik Kumar memberikan keizinan kepada anaknya untuk menceburi bidang sukan
basikal lasak.
2. Encik Herman mendaftarkan anaknya dalam kelas renang setelah melihat potensi
yang ada dalam diri anaknya itu.
3. Puan Wong mengupah jurulatih peribadi untuk melatih anaknya dalam sukan tinju.
4. Zafar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi atlet negara dan
mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa kerana baginya di mana ada
kemahuan di situ ada jalan.
5. Atlet larian Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul buat julung-julung kalinya
memenangi pertandingan marathon peringkat kebangsaan.

Lembaran kerja 4

SALAH BETUL SALAH BETUL


auto matif automotif geraf graf
audien audiens geharu gaharu
agreget agregat hajjah hajah
arithmetik aritmetik hurmat hormat
agen (wakil) ejen (wakil) ide idea
ampangan empangan idap hidap
aked arked iktizam iltizam
akitek arkitek impot import
analisa analisis injin enjin
atlit atlet inspekter inspektor
atnik etnik insuran insurans
anggrik anggerik Insyaallah / Insya insya- Allah
baucer baucar Allah isytihar
bistari bestari istihar istirahat
bowling boling istirehat isyak
buffet bufet isya justeru
bumiputra bumiputera justru jaket
buroh buruh jeket kampung
calun calon kampong kapitalisme
cocok (tusuk) cucuk (tusuk) kapitalisma kartun
cucuk (sesuai) cocok (sesuai) katun kafeteria
catit catat kefeteria komedi
cendiawan cendekiawan komidi komisen
cop cap (cetak) komisyen konduktor
dasyhat dahsyat kondaktor konsortium
dialog dialog konsotium kontrak
definasi definisi kontrek kuorum
deligasi delegasi korum kapten
deraf draf kaptain kerenah
durhaka derhaka karenah (ragam) kalendar
efisyen efisien kelender keredaan
ekur ekor keredhaan keriting
ehsan ihsan kerinting khianat
engzos ekzos kianat kokurikulum
ekslusif eksklusif ko-kurikulum kolesterol
ekspot eksport kolestrol komersial
ekspress ekspres komersil kompleks
emel e-mel komplek kontinjen
engkar ingkar kontingen legenda
fadhilat fadilat lagenda lakon
fax faks lakun laporan
faksimili faksimile lapuran label
Febuari Februari lebel lencongan
gembeling / gembleng lencungan leukemia
gembeleng leukimia

Lembaran kerja 5
Praktis 1

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. kemudahan - kesempatan berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
ii. dibayar - dibiayai Kos perbelanjaan - kos / perbelanjaan
iii. kecekapan - kemahiran setengah - sesetengah

Praktis 2

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. berkemampuan- berpendapatan ialah - adalah
ii. rebah - tumbang rumah-rumah - rumah
iii. mengadili - menghakimi Lima hakim - Lima orang hakim

Praktis 3

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. melayangkan - mengibarkan kepada - pada
ii. terbabas - tergelincir dua gerabaknya - dua buah gerabaknya
iii. tepat - muktamad sektor kerajaan - di sektor kerajaan

Praktis 4

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. segan malu - segan silu rindukan - rindu akan
ii. awam - umum Adalah dimaklumkan - Dengan ini dimaklumkan
iii. memotong - menyiang memperbaiki- membaiki / membaikkan
Praktis 5

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. Pengajian - Penyelidikan akan - telah
ii. intensif - insentif memastikan yang produktiviti - memastikan
produktiviti
iii. bergayut - tergantung di - pada

Praktis 6

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. perawatan - pemeriksaan pelbagai penyakit-penyakit - pelbagai penyakit
ii. meninggikan - meningkatkan di - pada
iii. satu - pertama di dalam - dalam

Praktis 7

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. dokumentasi - dokumentari video klip - klip video
ii. Yang Berhormat - Yang Amat ke - kepada
Berhormat
iii. Hadiah - Pingat dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan

Praktis 8

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. tercegat - terkejut di dalam - dalam
ii. Perjanjian - Piagam antara usaha-usaha - antara usaha
iii. berbagai-bagai - majmuk dengan susah - mahupun pada waktu susah

Praktis 9

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. menduduki - menghadiri Antara dokumen-dokumen - Antara dokumen
ii. takut - gementar bila - apabila
iii. baharu - baru bukan - tidak

Praktis 10

Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa


i. melorek - mencanting / melukis dari - daripada
ii. digigit - digerit ditinggalkan oleh kami - kami tinggalkan
iii. merempuh - melanggar lampu isyarat merah - isyarat lampu merah
TEMA 2
INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
TEMA 2 Insan terdidik negara sejahtera
TAJUK Kaduk, Ayam dan Raja

FOKUS Standard 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.


UTAMA Kandungan
Standard 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden
Pembelajaran dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. Menyatakan tema cerpen.
ii. Menerangkan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen
iii. Menjawab tiga soalan pemahaman.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Pendidikan kewangan
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - keberanian/ ketaatan /rasional
keusahawanan
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Kata,istilah,rangkai kata,ungkapan/peribahasa
MEDIA Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul / lembaran kerja
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi Lampiran 1

1. Murid ditunjukkan Nilai : rasional


dengan gambar
Kecerdasan
beberapa jenis ayam.
pelbagai -
2. Murid diminta interpersonal
menyebut jenis ayam
yang dilihat.
3. Guru membuat
perkaitan dengan tajuk
yang akan dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur https://youtu.be/x9n5ZvV1g_k


1. Murid dan guru - menonton
sama-sama video
melihat paparan
Kecerdasan
video cerpen
pelbagai
Kaduk,Ayam dan
Raja. - interpersonal
2. Murid bersoal
jawab dengan
guru tentang
video yang
ditonton.
Langkah 2 KBAT – kemahiran Lampiran 2
berfikir kreatif dan
1. Guru mengedarkan
kritis
nota kepada murid.
2. Murid membaca dan
meneliti nota yang
diedarkan oleh guru.
Langkah 3 KBAT Lembaran kerja 1
1. Murid - kemahiran berfikir
dikehendaki secara kritis
melengkapkan
PETA I-tHINK
peta buih dengan
persoalan - Peta buih
cerpen.
Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 2
1. Murid menjawab -menganalisis
soalan
pemahaman.
2. Guru menyemak
jawapan dan
membuat
perbincangan
bersama murid.
Pemulihan KBAT Lembaran kerja 3
1. Murid memilih - menganalisis
peristiwa yang
sesuai dengan
persoalan.
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 4
1. Murid menjawab -menganalisis
empat soalan
pemahaman
berdasarkan
petikan cerpen
yang disediakan.
Lampiran 1
Lampiran 2

TEMA & PERSOALAN CERPEN KADUK , AYAM


& RAJA

Tema

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang
keusahawanan. Sebagai contoh, Hakim berusaha bersungguh
sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh
pelbagai cabaran.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan keberanian menuntut hak

Contoh: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di ma
hkamah melalui sahabatnya, Azam.

ii. Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan

Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang pe


nternakan ayam yang dirancangnya.

iii. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah

Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ay
am raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

iv.Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang


lemah
Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga
dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban
hutang.
Lembaran kerja 1

Persoalan
Pentaksiran
Lembaran kerja 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan system penyaman udara dan
peralatan memberi makanan semiautomatic melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian.
Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman
sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kaduk
yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup
campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan
itu terbinalah sebuah reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.
Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani
moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang
kea rah penambahan pengeluaran makanan negara.
“Tahniah! Aku doakan kau berjaya. Setahun lagi insya-Allah aku akan pulang. Kita
jumpa di reban ini untuk merayakan ulang tahun kau menjadi penternak.” Kata Azam sambal
menggenggam tangannya erat-erat tanda memberi semangat. Mereka akan berpisah buat
sementara kerana Azam akan mengikuti kursus selama sepuluh bulan di luar negara.
(Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, 2014)

(i) Nyatakan halangan yang dihadapi oleh Hakim sebelum berjaya menjadi seorang
petani moden.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah )
(ii) Banyak orang gagal dalam dunia keusahawanan kerana tidak memiliki ciri-ciri
yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang tersebut..
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang sebelum
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan? (KBAT)

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(3 markah)
(iii) Jelaskan satu persoalan yang diperoleh daripada petikan dan satu persoalan
daripada keseluruhan cerpen “ Kaduk, Ayam dan Raja”.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 4 markah )
Pemulihan
Lembaran kerja 3
Pilih contoh peristiwa yang sesuai dengan peristiwa yang diberikan.

(i) Persoalan keberanian menuntut hak


_____________________________________________________

(ii) Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan


________________________________________________

(iii) Persoalan ketaatan terhadap pemerintah


_____________________________________________________

(iv) Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap


golongan yang lemah
______________________________________________________

Peristiwa A
Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga ded
ak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hut
ang.

Peristiwa B

Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ay
am raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

Peristiwa C

Contoh: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di ma
hkamah melalui sahabatnya, Azam.

Peristiwa D
Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang pe
nternakan ayam yang dirancangnya.
Pengayaan
Lembaran kerja 4
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat sendiri.

Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku
berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat Raja. Mereka menghantar anak-anak
ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong
daripada hasil jualanku. Kau tengok ni ( Hakim menunjukkan salah satu penyata yang
dikeluarkan oleh syarikat RAJA ). Nilai jualan dari rebanku ialah RM85 000.00. Tetapi akhirnya
hanya RM13 000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM72 000.00 adalah untuk RAJA kerana
membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM13 000.00 itulah aku
membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan air
yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.”
Azam terus memerhati penyata dari syarikat RAJA, dari halaman ke halaman. Hakim
berjalan mundar-mandir. Lama juga mereka tenggelam dalam pemikiran masing-masing. Hanya
angina petang yang sesekali datang menyapa.
Hakim meneruskan perbualan, “ Nampaknya aku tersalah perkiraan. Aku memilih
ternakan kontrak ini kerana aku fikir penternak dan syarikat payung berada pada situasi menang-
menang. Kalau aku untung, pihak RAJA juga akan untung. Rupa-rupanya tidak. Syarikat besar
seperti RAJA itu akan untung berlipat ganda biarpun aku rugi.”
(Dipetik daripada cerpen Kaduk, Ayam dan Raja,karya Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 51)

(i) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk Hakim mengatasi masalah
kewangan yang membelenggu dirinya?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
( 3 markah )
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Hakim menyatakan bahawa membela ayam
merupakan satu risiko?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
(3 markah)

(iv) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh kerajaan lakukan bagi
membantu syarikat-syarikat penternakan kecil agar tidak terperangkap dalam
jerat syarikat penternakan besar?

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(3 markah)
Lampiran jawapan
Lembaran kerja 1
- Murid-murid boleh memilih persoalan yang dinyatakan dalam nota.

Lembaran kerja 2
Soalan 1
…..kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup, system penyaman udara, dan peralatan
memberi makanan semiautomatik yang mencecah melebihi dua ratus ribu ringgit
….kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank
….tidak ada harta untuk dicagarkan selain tanah Pak Kaduk yang baru ditebus

Soalan 2
….perlu berani mengambil risiko
….perlu memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan tentang sesuatu bidang yang ingin
diceburi terlebih dahulu
….perlu mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam sesuatu bidang
keusahawanan yang ingin diceburi.

Soalan 3
….persoalan halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. Contohnya, Hakim
terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga
barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.
….persoalan kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian. Contohnya,
Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas
hati penduduk kampung, dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang
pertanian.

Lembaran kerja 3
i. Peristiwa C
ii. Peristiwa D
iii. Peristiwa B
iv. Peristiwa A

Lembaran kerja 4
Soalan 1
Hutang bertimbun dengan syarikat RAJA – kos penyelenggaraan tinggi
Soalan 2
i. Berbincang kembali dengan syarikat RAJA
ii. Mendapatkan khidmat nasihat daripada badan pengurusan bertauliah

Soalan 3
- Hakim terpaksa menanggung risiko dicaci dan dihina
- Terpaksa berhadapan sikap orang tengah yang menindas
- Keadaan pasaran yang tidak menentu

Soalan 4
- Memberikan bantuan kewangan secara berterusan kepada pemilik syarikat penternakan kecil
- Memberikan peluang untuk syarikat berskala kecil memasarkan hasil ternakan mereka tanpa
melibatkan orang tengah
- Memberikan subsidi untuk bekalan makanan dan ubat-ubatan haiwan ternakan kepada para
penternak
TEMA 3
MEMETIK BINTANG
TEMA 3 Memetik Bintang
TAJUK Kata ganda dan akronim

FOKUS Standard 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata


UTAMA Kandungan yang sesuai dalam pelbagai bidang.
Standard 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata
Pembelajaran ganda dan akronim dengan betul mengikut
konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Menyatakan dan menggunakan pelbagai bentuk kata ganda
dan akronim dengan betul mengikut keadaan yang
menyeluruh dan sesuai.
2. Membina ayat menggunakan kata ganda.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Sains
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - keberanian /rasional
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak
MEDIA Buku rujukan
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi Didik hibur - lagu https://youtu.be/pAG9C5FY1n0

1. Murid mendengar Kecerdasan


lagu kata ganda. pelbagai
2. Murid menyenaraikan - muzikal
kata ganda yang
terdapat dalam lagu.
3. Guru membuat
perkaitan dengan tajuk
yang akan dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur


1. Murid menonton - menonton https://youtu.be/fxN5q2OpDfo
video. video
Kecerdasan
pelbagai
- interpersonal

Langkah 2 KBAT – kemahiran Lampiran 2


berfikir kreatif dan
1. Guru
kritis
mengedarkan
nota kepada
murid.
2. Murid membaca
dan meneliti nota
yang diedarkan
oleh guru.

Langkah 3 KBAT Lembaran kerja 1


1. Murid - kemahiran berfikir
melengkapkan secara kritis
tempat kosong
dengan kata
ganda yang
sesuai.
Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 2
1. Murid membina -menganalisis
ayat.
2. Guru menyemak
jawapan dan
membuat
perbincangan
bersama murid.

Pemulihan KBAT Lembaran kerja 3


1. Murid gariskan - menganalisis
kata ganda
separa tunggal
yang sesuai.
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 4
2. Murid -menganalisis
melengkapkan
tempat kosong
dengan jawapan
yang sesuai.
Lampiran 1
KATA GANDA
• Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-
bahagian yang tertentu.
• Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata
Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar
tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.
• Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :
o Kata ganda seluruh
▪ Kata ganda separa
▪ Kata ganda berentak/berima
▪ Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH


• Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau
digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
• Contoh kata ganda seluruh iaitu:
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

• Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang
bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL


Api-api Banyaknya api Sejenis serangga
Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga
Anak-anak Banyaknya anak mainan

KATA GANDA SEPARA


• Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata
pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah
menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e .Contoh :

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA


SEPARA
Layang Layang-layang Lelayang
Kuda Kuda-kuda Kekuda
Tupai Tupai-tupai Tetupai
Siku Siku-siku Sesiku
Bola Bola-bola Bebola
Jari Jari-jari Jejari
Langit Langit-langit Lelangit

• Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini
seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK


• Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini
terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT


Persamaan bunyi di Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas
hujung meja
Persamaan bunyi di Batu-batan, bukit- Aktiviti gotong-royong akan
pangkal bukau diadakan esok
Persesuaian bunyi Kusut-masai, Rambutnya kusut-masai kerana
keseluruhan simpang-siur ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN


• Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada
awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh :

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN


Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

AKRONIM
Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal –ialah percantuman bahagian-
bahagian daripada serangkaian perkataan.
(i) kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.
- LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
- IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.
(ii) kata akronim cantuman huruf awal perkataan.
- Perilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
- Mara – Majlis Amanah Rakyat.
- Halaju – hala laju

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.


- tadika – taman didikan kanak- kanak
- pawagam – panggung wayang gambar
- kugiran – kumpulan gitar rancak
- cerpen – cerita pendek.

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain
dalam perkataan yang mengikuti.
- asbut – asap kabut
- jentolak – jentera tolak
- debunga – debu bunga
- purata – pukul rata
- jalurah – jalan lurah
Lembaran kerja 1

Pilih kata ganda yang betul :


bantu-membantu kering-kontang orang-orang lintang-pukang
gelap-gelita anai-anai lauk-pauk huru-hara
rama-rama basah-kuyup

1.) Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi____________________________.

2.) Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik

terputus.

3.) Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.

4.) Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.

5.) Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ .

6.) Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk

menakutkan burung-burung.

7.) Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang

datang dari New Zealand.

8.) Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru

tidak ada di dalam kelas.

9.) Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang

garang.

10.) Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat. Apa dayanya,

dia tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya _______________________ .


Pentaksiran
Lembaran kerja 2
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

agak – agak – agak


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

bukan – bukan – bukan


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

entah – entah – entah


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Pemulihan
Lembaran kerja 3
Gariskan kata ganda separa tunggal yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.

1( Bebola, Lelabu, Gegelang ) sayong yang dijual di ekspo kraf tangan itu laris semuanya.

2 Abang sedang menolong ayah memasang ( jeriji, jejari, sesiku ) pada tingkap dapur.

3 Kakak mengisi air mawar dan minyak wangi ke dalam ( bebuli, bebola, bebulu ) yang cantik itu.

4 Semalam kami menolong nenek mengisi ( dedaun, bebenang, kekabu ) ke dalam bantal.

5 Ibu melarang adik menyentuh sarang ( lelabah, tetupai, rerama ) pada ranting pokok itu.

6 Abang ketawa apabila melihat saya gagal menaikkan ( tetikus, lelayang, pepatung ) itu.
Pengayaan
Lembaran kerja 4
Nyatakan nama penuh bagi setiap akronim yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

Contoh : Jabatan PERHILITAN bertanggungjawab melindungi hidupan liar di Semenanjung


Malaysia.
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

1Datuk Kamal semakin sibuk sejak beliau terpilih sebagai ADUN dalam pilihan raya yang lalu.
___________________________________________________________________

2 Secara purata, kumpulan Bestari mendapat 86.60 mata bagi kelima-lima acara tersebut.
___________________________________________________________________

3 Ahmad Zaidi berjaya menyambung pelajarannya dalam bidang Pendidikan khas di UKM.
___________________________________________________________________

4 Persembahan gimrama oleh murid-murid sekolah itu memikat hati para penonton.
___________________________________________________________________
5 Puan Husna dan suaminya membawa anak-anak mereka menonton filem di pawagam.
___________________________________________________________________

6 Setiap pagi, Encik Kamal menghantar anaknya ke tadika sebelum dia pergi ke pejabat.
___________________________________________________________________
Lampiran jawapan
Lembaran kerja 1
1.kering-kontang
2.gelap-gelita
3.rama-rama
4.anai-anai
5.bantu membantu
6.orang-orang
7.lauk pauk
8.huru-hara
9.lintang pukang
10.basah kuyup

Lembaran kerja 2
Guru memeriksa berdasarkan ayat yang ditulis oleh murid.

Lembaran kerja 3
1.lelabu
2.jeriji
3.bebuli
4.kekabu
5.lelabah
6.lelayang

Lembaran kerja 4
1.ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
2.purata – pukul rata
3.UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
4.gimrama – Gimnastik berirama
5.pawagam – panggung wayang gambar
6.tadika – Taman Didikan Kanak-kanak
TEMA 4
MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
TEMA 4 Menjulang Harapan Di Bumi Bertuah
TAJUK Realisasikan Impian

FOKUS Standard 2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan


UTAMA Kandungan prosa dan puisi.
Memahami dan menggunakan bentuk kata
5.1
yang sesuai dalam pelbagai bidang.
Standard 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang
Pembelajaran betul dan nada yang sesuai.
Mengenal pasti dan menggunakan golongan
5.2.1
kata nama dengan betul mengikut konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


iv. Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai.
v. Mengenal pasti golongan kata nama dan bina ayat.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Pendidikan kesihatan
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - keberanian/ ketaatan /rasional
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Kata nama,kata nama terbitan
BAHASA
MEDIA Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul / lembaran kerja
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM

Set Induksi Lampiran 1

1. Murid diberi sehelai kertas Nilai : rasional


yang mengandungi emoji
Kecerdasan
marah, sedih, gembira dan
pelbagai
terkejut.
- interpersonal
2. Murid diminta melafazkan
dialog berdasarkan emoji yang
terdapat dalam gambar.
3. Guru membuat perkaitan
dengan tajuk yang akan
dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur https://youtu.be/SdEMWVV-


7ZI
1. Murid menonton klip - menonton
video drama video
“Berkhidmat untuk
Kecerdasan
Negara”.
pelbagai
2. Murid diminta
memerhatikan dan - interperso
mendengar nada dan nal
intonasi setiap pelakon
dalam drama yang KBAT
ditonton. - memerhati

Langkah 2 KBAT Lampiran 2


3. Murid membaca dialog -mengaplikasi
drama.

Langkah 3 Lampiran 3
1.Guru mengedarkan nota
kepada murid.
2.Murid membaca dan meneliti
nota yang diedarkan oleh guru.
Pentaksiran KBAT Pentaksiran telah pun
berjalan dalam set induksi
3. Murid membaca petikan -menganalisis
dan langkah 2.
drama dengan intonasi
yang betul dan nada
yang sesuai.
Lembaran kerja 1
4. Murid menyenaraikan
kata nama yang
terdapat dalam drama
yang dibaca,

Pemulihan KBAT Lembaran kerja 2


2. Murid mencantumkan - mencipta https://lamanbahasa.files.wordpress
suku kata membentuk .com/2011/04/delapan-kekata.pdf
perkataan.
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 3
1. Murid mengenal pasti - menganalisis
dan membetulkan
- mencipta
kesalahan ejaan dalam
ayat.
2. Murid membina ayat.
Lampiran 1
Lampiran 2

Zarina: Mizan, kamu sedang membaca apa itu?

Mizan: Saya sedang membaca risalah tentang bidang penternakan. Bidang ini
memberikan keuntungan yang lumayan kepada kita jika kita berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.

Zarina: Benarkah begitu?

Mizan: Benar, Zarina. Namun begitu, kita harus mendalami ilmu penternakan
terlebih dahulu dengan mengikuti kursus-kursus penternakan yang
dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Dengan demikian, kita
dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul dengan mudahnya.

Zarina: Oh, begitu! Adakah kamu mempunyai mana-mana anggota keluarga yang
mengusahakan bidang ini?

Mizan: Ada, Zarina.Bapa saudara saya menjalankan penternakan kambing


Jamnapari dan Boer di Perak. Sudah 10 tahun beliau menjalankan
penternakan itu dan hasilnya amat memberangsangkan. Kami sering
berkunjung ke sana setiap kali cuti sekolah. Saya membantu beliau
membersihkan kendang kambing, memberi kambing makan, dan
memerah susu kambing.

Zarina: Wah, pandainya kamu memerah susu kambing!

Mizan: ( Sambil tersenyum dan tergelak kecil ) Pada mulanya, saya pun takut-
takut juga hendak memerah susu kambing. Lama-kelamaan, perasaan
takut itu hilang apabila saya sudah biasa melakukannya. Bak kata
peribahasa, alah bias tegal biasa.

Zarina: Tampaknya, kamu sudah sedikit banyak menimba ilmu penternakan


daripada bapa saudara kamu. Saya percaya bahawa pada suatu hari nanti
kamu akan Berjaya dalam bidang ini juga.

Mizan: Mudah-mudahan begitu, Zarina.


Lampiran 3

GOLONGAN KATA NAMA

1.1 KATA NAMA


- Kata nama ialah kata yang menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat.
- Terbahagi kepada 4 jenis iaitu
i. Kata Nama Am
ii. Kata Nama Khas
iii. Kata Nama Terbitan
iv. Kata Ganti Nama

i. Kata Nama Am
Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan, manusia dan tempat
secara umum.

Contoh :

Kata Nama Am Contoh Contoh Penggunaan dalam Ayat


Benda almari, buku, cawan, kereta Siti suka menonton televisyen
Haiwan burung, kucing, harimau Adik suka bermain dengan kucing
Manusia askar, guru, pelajar, doktor Pelajar itu sedang bersenam
Tempat Bandar, klinik, surau, taman Mereka bersiar-siar di taman bunga.

PERINGATAN : Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

ii. Kata Nama Khas

Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama benda, haiwan, manusia dan tempat
yang tertentu. Huruf pertama kata nama khas mesti dieja dengan huruf besar.

Contoh :

Kata Nama Contoh Contoh Penggunaan


Khas dalam Ayat
benda Casio, Parker, Proton Waja Ayah membeli sebuah
kereta Proton Waja
haiwan Pak Belang, Si Comel, Sang Kucing Siti itu bernama Si Comel
Kancil, Sang Rangkak
manusia Nabilah, Nazihah, Naufal, Nabilah bekerja sebagai doktor
Hee Lan, Selvi
tempat Pasir Mas, Machang, Keluarganya berasal dari Kelantan
Kelantan, Johor Bahru
iii. Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan terbentuk daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama
dan kata hubung, dengan diberi imbuhan peN-, -an, ke-..-an, peN-..-an, peR-..-an dan
bagainya.
Daripada Kata Dasar Kata Nama Terbitan
kata nama berita, dasar, menteri, pasar pemberita, daratan, kementerian
kata kerja baca, soal, tulis, bangun, pembaca, soalan, pembangunan
kata adjektif bulat, manis, jujur, kaya bulatan, pemanis, kekayaan
kata sendi oleh, untuk perolehan, peruntukan
nama
kata hubung kecuali, serta kekecualian, penyertan

iv. Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata nama. Kata ganti nama
terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu :-
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama Tanya
Kata Ganti Nama Tempat
Kata Ganti Nama Tak Tentu

Kata Ganti Nama Diri


Digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata ganti nama ini
digunakan khas untuk manusia.
Ada 3 jenis kata ganti nama diri :-

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama


2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama


- Digunakan untuk diri orang yang bercakap, Kata Ganti nama diri ini terbahagi kepada 2 iaitu
:-
• Bentuk tunggal
• Bentuk jamak

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama


Tunggal saya, aku, beta, hamba, patik
Jamak kami, kita

2. Kata Ganti Nama Diri Kedua


- Digunakan untuk diri orang yang dilayan atau diajak bercakap.

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua


Tunggal anda, awak, engkau, kamu
Jamak Anda sekalian, awak semua, kamu berdua,

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga


- Digunakan untuk diri orang yang dicakapkan halnya.

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua


Tunggal dia, ia, beliau, baginda
Jamak mereka
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

KGN Diri Pertama Penggunaan


Saya - berhadapan dengan orang yang baru dikenali / orang asing
- dengan teman-teman
- suasana rasmi
Aku - hubungan rapat, mesra, dan sedarjat serta doa kepada tuhan.
- Tidak boleh digunakan untuk orang – orang tua, majlis rasmi
serta surat menyurat rasmi.
Beta - Digunakan oleh raja dan sultan
Patik - Orang biasa ketika bertutur dengan raja dan sultan.
Kami - Merujuk orang yang bertutur tetapi tidak termasuk orang yang
menjadi teman berbicara.
Kita - Merujuk orang yang betutur dan menjadi teman bertutur.

KGN Diri Kedua Penggunaan


anda - Tidak ada hubungan langsung atau pertemuan bersemuka
seperti iklan, surat pekeliling.
awak - teman sebaya, atau kawan rapat
engkau - Dua pihak yang rapat dan untuk tuhan.
- Tidak boleh diguanakan untuk orang yang lebih tua umurnya
atau lebih tinggi tarafnya.
kamu - Digunakan oleh orang dewasa spt ibu bapa, guru kepada kanak-
kanak.

KGN Diri Ketiga Penggunaan


dia / ia - Untuk orang biasa kepada umum.
- Tidak sesuai untuk orang yang berpangkat tinggi
beliau - orang yang terhormat, mulia, dan berjasa spt ibu bapa, guru,
menteri, pahlawan.
- Tidak boleh digunakan untuk pencuri, penjenayah, kanak-kanak.
baginda - Digunakan untuk raja atau sultan
mereka - Diri orang ketida dan bilangannya lebih daripada seorang.

BENTUK KATA GANTI NAMA DIRI

Ada dua bentuk ata ganti nama diri dalam bahasa Melayu iaitu :-

1. Bentuk penuh 2. Bentuk singkat

Bentuk Penuh Bentuk Singkat


aku ku
engkau kau
kamu mu
dia / ia nya
Catatan
• Kata ganti nama diri singkat mesti ditulis serangkai dengan kata dasar
• Kata ganti nama diri penuh mesti ditulis terpisah sebagai kata yang berasingan
Kata ganti nama diri singkat ku- dan mu- sebagai awalan pembentuk kata kerja pasif ditulis
Contoh Kesalahan Pembetulan
• Ku pergi sekarang juga. • Aku pergi sekarang juga.
• Ku menerima sepucuk surat • Aku menerima sepucuk surat
pagi tadi. pagi tadi.
• Kau harus membeli buku itu. • Engkau harus membeli buku itu.
serangkai dengan kata dasar atau kerja tanpa awalan.

ku- kau- ku- kau-


kubaca kauambil Kupeluk kaukatakan
kudengar kaubawa kurenung kaunantikan
kuletakkan kauhadapi kuterima kuserahkan

Kata ganti nama dri singkat –ku, -mu, dan –nya sebagai objek atau pemilik ditulis serangkai
dengan kata yang mendahuluinya.

-ku -mu -nya


gambarku ayahmu anaknya
htiku bukumu fikirannya
mataku datukmu gelengannya
pandanganku emakmu kecacatannya
tanganku kepadamu kepadanya
wajahku suratmu sekolahnya

Catatan

Kata ganti nama diri singkat –mud an –nya bagi nama Tuhan mengunakan huruf besar
sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-)

• Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.


• Mereka memohon rahmat-Nya dan petunjuk-Nya.

Peringatan

Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan sebagai subjek. Hanya kata ganti nama
diri penuh boleh bertugas sebagai subjek.

Kata Ganti Nama Tunjuk


Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia, dan
tempat.
i. ini Menunjukkan sesuatu yang dekat
ii. itu Menunjukkan sesuatu yang jauh

Sebagai subjek ayat Sebagai Penentu


* Ini buku * Buku ini kepunyaan saya
* Itu guru tingkatan saya * Orang itu guru tingkatan saya.
Kata Ganti Nama Tanya
Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan. manusia, masa, tempat dan jumlah atau
bilangan.
Peringatan

Jika kata ganti nama tanya digunakan di hadapan ayat, kata penegas –kah mesti digunakan
dalam bahasa tulisan yan baku

KGN TANYA Penggunaan Contoh Ayat


apa untuk benda dan haiwan Bungkusan itu apa?
Apakah binatang yang bertanduk itu?
siapa untuk manusia Guru bahasa Melayu kamu siapa?
Siapakah guru bahasa Melayu kamu?
bila untuk masa Hari jadi kamu bila?
Bilakah hari jadi kamu?
mana untuk tempat dan benda Tempat tinggal kamu mana?
Manakah yang lebih bernilai, emas atau
intan?
berapa menanyakan jumlah Harga baju ini berapa?
Berapakah halaman buku itu?

Kata Ganti Nama Tempat


Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu tempat

Kata Ganti Nama Penggunaan Contoh Ayat


Tempat
sini Tempat yang dekat Kami sudah bosan tinggal di sini.
sana Tempat yang jauh Mereka selalu pergi ke sana.
atau agak jauh
situ Tempat yang tidak Kawasan di situ sungguh bising.
begitu jauh

Kata Ganti Nama Tak Tentu (Ganti Nama Umum)


Digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau hal yang tidak khusus.
Kata ganti nama tak tentu terbentuk dengan pengulangan kata ganti nama tanya iaitu :-

Kata Ganti Kata Ganti Nama Penggunaan Contoh Ayat


Nama Tanya Tak Tentu
apa apa - apa Menggantikan Kami menyokong apa-apa
benda / hal sahaja yang baik
yang tidak Tidak ada apa-apa di dalam beg
khusus itu.
siapa siapa-siapa / Menggantikan Sesiapa yang melakukan
sesiapa manusia yang kesalahan akan didenda.
tidak khusus
bila bila-bila Menggantikan Kamu boleh mengambilnya bila-
masa yang bila masa sahaja.
tidak khusus
mana mana-mana Mengantikan Mana-mana yang baik,
tempat / hal jadikanlah teladan.
yang tidak
khusus
Pentaksiran
Lembaran kerja 1
Borang catatan kemahiran membaca menggunakan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
( Menggunakan skala 1 – 5 )
NAMA MURID SKALA

Golongan kata Contoh

Kata nama am

Kata nama khas

Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama tunjuk


Pengayaan
Lembaran kerja 3
a.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan-kesalahan itu
dan anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kamilah menaiki Komuter untuk pergi ke Kuala Lumpur dari Tanjung Malim.

__________________________________________________________

2. Abang saya sangat menggemari kuetiaw goreng yang dimasak oleh ibu.

__________________________________________________________

3. Sebuah mesjid baharu akan dibina di kawasan perumahan itu.

__________________________________________________________

4. Sidek dan keluarganya menyewa di sebuah apartment di Shah Alam.

___________________________________________________________

5. Abang saya bekerja sebagai pembantu perubatan di hospital Batu Gajah.

___________________________________________________________

6. Ayah membawa adik yang demam ke ke/linik untuk mendapatkan rawatan.

____________________________________________________________
b.Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. Ternak

______________________________________________________________

______________________________________________________________

2. Penternakan

______________________________________________________________

______________________________________________________________

3. Untung

______________________________________________________________

______________________________________________________________

4. Keuntungan

______________________________________________________________

______________________________________________________________

5. Bersih

______________________________________________________________

______________________________________________________________

6. Membersihkan

______________________________________________________________

______________________________________________________________
Lampiran jawapan
Lembaran kerja 1
Golongan kata Contoh
Risalah, penternakan,keuntungan,keluarga, kendang,
susu, kambing
Kata nama am

Mizan, Zarina, Jabatan Perkhidmatan Haiwan,


Jamnapari, Boer, Perak
Kata nama khas

Kamu, saya, kita, beliau, kami


Kata ganti nama diri orang

Apa, apa-apa, mana-mana


Kata ganti nama diri tanya

Itu, ini, sana


Kata ganti nama tunjuk

Lembarab kerja 3
1.Komuter – komuter
2.kuetiaw – kuetiau
3.mesjid – masjid
4.apartment- pangsapuri
5.hospital Batu Gajah – Hospital Batu Gajah
6.kelinik - klinik
TEMA 5
MEMACU PRODUKTIVITI
TEMA 5 Memacu Produktiviti
TAJUK Peribahasa

FOKUS Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa


UTAMA Kandungan dalam lisan dan penulisan
Standard 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung
Pembelajaran kait maksudnya dengan betul mengikut
konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


3. Memahami maksud peribahasa.
4. Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
mengikut konteks dalam penulisan.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Alam sekitar
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - keberanian /rasional
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Kosa kata
MEDIA Buku rujukan/buku teks
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi KBAT
1. Murid mendengar - mengingat 1. Bagai cincin dengan permata
guru menyebut 2. Bagai aur dengan tebing
beberapa contoh 3. Bagai telur di hujung tanduk
4. Genggam bara api biar sampai
peribahasa dan
menjadi arang
murid memberitahu
5. Alah bias tegal biasa
maksudnya.( untuk
mengetahui
pengetahuan sedia
ada murid)
2. Guru membuat
perkaitan dengan
tajuk yang akan
dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur


2. Murid dan - menonton https://youtu.be/0zOKUjxkzmM
guru video
menonton Kecerdasan
video pelbagai
peribahasa.
- interpersonal
Langkah 2 KBAT Lampiran 1
3. Guru - menganalisis
mengedarkan
nota kepada
murid.
4. Murid
membaca dan
meneliti nota
yang
diedarkan
oleh guru.
Langkah 3 KBAT Lembaran kerja 1
2. Murid - menganalisis Susun huruf peribahasa
membuka link
- mencipta https://wordwall.net/resource/2876957
yang diberikan
oleh guru.
3. Murid
mnyusun
huruf-huruf
untuk
membentuk
peribahasa.
Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 2
3. Murid -menganalisis Kuiz simpulan bahasa
membuka link
https://youtu.be/-tc7AYA602g
yang
diberikan.
4. Murid
menjawab
kuiz simpulan
bahasa.
5. Guru
menyemak
jawapan dan
membuat
perbincangan
bersama
murid.
Pemulihan KBAT Lembaran kerja 3
3. Murid - menganalisis Peribahasa bergambar
membuka link
https://youtu.be/Jq0dpf82G9w
dan mengenal
pasti
peribahasa
berdasarkan
gambar.
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 4
1. Murid -menganalisis
memberi
maksud
peribahasa
berdasarkan
soalan.
Lampiran 1

SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh ayat : Setiap ahli mesyuarat kampung bersetuju dengan cadangan ketua
kampung untuk membina surau di kampung itu bak kata pepatah, "bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Contoh ayat : Walaupun Amin pernah bergelar banduan, namun ibu bapanya masih
menerimanya kerana Amin tetap darah daging mereka.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Contoh ayat : Komuniti madani kini perlu menerapkan nilai-nilai murni seperti bantu-
membantu dalam hidup bermasyarakat bak kata peribahasa Melayu, “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing”.

4. Meninggi diri
Maksud : Sombong
Contoh ayat : Kedudukan keluarganya yang berada menyebabkan Aleen suka
meninggi diri sehingga dia disisihkan oleh kawan-kawan di sekolahnya.

5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
Contoh ayat: Oleh sebab dia sering bermuka dua, kini tidak ada sesiapa lagi yang
mepercayai kata-katanya walaupun dia bercakap benar.

6. Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh ayat : Pak Su memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik hati dan
pemurah kerana sering menolong penduduk kampung yang ditimpa musibah.

7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Contoh ayat : Ketiadaan tulang belakang pasukan bola sepak negara iaitu Safee Sali
sedikit sebanyak merencatkan corak serangan skuad Harimau Malaya ketika
menentang pasukan Singapura malam tadi.

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang


Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
Contoh ayat : Ibu sering berpesan agar saya tidak berputus asa dalam mengerjakan
sesuatu tugas walaupun berat seperti kata peribahasa, “bara yang digenggam biar
sampai jadi arang”.

9. Bagai kaca terhempas ke batu


Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Contoh ayat : Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya
menyebabkan hatinya bagai kaca terhempas ke batu.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Contoh ayat : Sikap menabung perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka
kecil bak kata orang tua-tua, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.
Contoh ayat : Pencapaian cemerlang Malaysia dalam pelbagai bidang telah
melonjakkan nama Malaysia sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara maju yang lain.

12. Seperti lembu dicucuk hidung


Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
Ayat contoh : Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering
dibuli oleh rakan-rakannya.

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing


Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Contoh ayat : Dalam merealisasikan hasrat negara menjelang Wawasan 2020,
setiap pihak perlu bahu-mebahu agar yang berat sama dipikul,yang ringan sama
dijinjing.
14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Ayat contoh : Rohayu berasa sangat gembira apabila impiannya untuk bergelar
seorang guru sudah terlaksana ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

15. Terang hati


Maksud : Lekas pandai.
Ayat contoh : Amat mudah untuk mendidik pelajar yang terang hati kerana
penerangan yang dibuat oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-
kali.

16. Rendah hati


Maksud : Tidak sombong
Ayat contoh : Perwatakan Salim yang rendah hati dan mudah mesra menyebabkan
dia terkenal dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.

17. Murah hati


Maksud : Pemurah.
Ayat contoh : Sifat murah hati tidak akan menyebabkan sesorang itu menjadi miskin
malah rezeki yang diperoleh akan bertambah dengan kehendak Allah.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Ayat contoh : Peribahasa Melayu memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
dan sering menjadi wahana pemangkin bangsa.

19. Tangan kosong


Maksud : Hampa.
ayat contoh : Ramai peminat bola sepak terpaksa pulang dengan tangan kosong
apabila tiket habis dijual.
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Lembaran kerja 4

Berikan maksud peribahasa yang berikut.

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________________________________

2. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________________________________

3. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________________________________

4. Seperti lembu dicucuk hidung

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

6. Bagai kaca terhempas ke batu

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
Lampiran jawapan

Lembaran kerja 1 ( SUSUN HURUF )

1. Usaha tangga kejayaan


2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
4. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
5. Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
6. Berakit – rakit ke hulu berenang – renang ke tepian, bersakit – sakit dahulu
bersenang – senang kenudian
7. Masa itu emas
8. Alang – alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
9. Ilmu pelita hidup
10. Muafakat membawa berkat
11. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat
12. Bagai aur dengan tebing
13. Bagai anjing dengan kucing
14. Bagai pungguk rindukan bulan
15. Bagai bulan dipagari bintang
16. Bagai cincin dengan permata
17. Bagai pinang di belah dua
18. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
19. Biar putih tulang jangan putih mata
20. Ibarat sambil

Lembaran kerja 2 ( KUIZ SIMPULAN BAHASA )

1. Kaki bangku
2. Kera sumbang
3. Raja sehari
4. Ikat perut
5. Hidung tinggi
6. Ayam tambatan
7. Ulat buku
8. Mata duitan
Lembaran kerja 3 ( PERIBAHASA BERGAMBAR )

1. Bagai anjing dengan kucing


2. Sediakan payung sebelum hujan
3. Kura – kura di dalam perahu pura – pura tidak tahu
4. Bagai katak bawah tempurung
5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. Buah hati
7. Hidung tinggi
8. Kaki bangku
9. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
10. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepian pantai

Lembaran kerja 4 ( MAKSUD PERIBAHASA )

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang.


Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.

3. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

4. Seperti lembu dicucuk hidung


Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

6. Bagai kaca terhempas ke batu


Sangat sedih atau kecewa
TEMA 6
DUNIA PELANCONGAN
TEMA 6 Dunia Pelancongan
TAJUK Warisan Dunia

FOKUS Standard 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks


UTAMA Kandungan
Standard 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan
Pembelajaran kejituan idea dalam pelbagai teks

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam
ayat.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Alam sekitar
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - patriotisme /rasional
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Hukum DM, kata bilangan, kata jamak
MEDIA Buku rujukan/buku teks
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi KBAT
1.Murid mendengar - mengingat 1. dia menaiki mini bas.
2. makan di Aisyah Restoran.
guru membacakan
3. makan Maggie mee.
beberapa potong 4. naik Mara Ekspress
ayat.( untuk 5. bercicahkan cili sos.
mengetahui 6. membeli goreng pisang.
pengetahuan sedia 7. di Ah Kong kedai basikal.
8. berbincang lain hal.
ada murid)
2.Murid diminta
mengenal pasti
kesalahan yang
terdapat dalam ayat.
3. Guru membuat
perkaitan dengan
tajuk yang akan
dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur


1.Murid dan guru - menonton https://youtu.be/xIa5j-Rsz6k
sama-sama menonton video
tayangan klip video
Kecerdasan
berkenaan tajuk
pelbagai
kesalahan tatabahasa
dan penggunaan kata - interpersonal
atau istilah.

Langkah 2 KBAT Lampiran 1


1.Guru mengedarkan - menganalisis ( PENGAJARAN DAN
nota kepada murid. PEMBELAJARAN BERDASARKAN
KESEDIAAN DAN KEMAMPUAN
2.Murid membaca dan MURID DAN GURU – GURU BOLEH
meneliti nota yang FOKUS KEPADA SATU TOPIK
diedarkan oleh guru. SAHAJA )

Langkah 3 KBAT
1.Murid membuka link - menganalisis https://youtu.be/KwCzsBSk7ew
yang diberikan.
Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 1
1. Murid menjawab -menganalisis
soalan latihan.
2. Guru menyemak
jawapan dan
membuat
perbincangan
bersama murid.
Pemulihan KBAT Lembaran kerja 2
1.Murid menjawab - menganalisis
soalan latihan.

Pengayaan KBAT Lembaran kerja 3


1.Murid memberi -menganalisis
maksud peribahasa
berdasarkan soalan.
Lampiran 1

KESALAHAN UMUM TATABAHASA


1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan binatang. Contoh:
• Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
• Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
• Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
• Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
• Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
• Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4. Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak
disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan
kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
• “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.(salah
• “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul
• “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
• “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
• Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
• Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
• Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
• Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6. Kata mereka tidak boleh diulang.
• Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
• Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
• Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
• Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
• Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
• Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:
• Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
• Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-
setengah, dan sebagainya.
• Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
• Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
• Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan
sebagainya.
• Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan
kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai

betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
• Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
• Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh
didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk
penghitungan.
• dua setengah meter ( salah )
• dua suku jam ( salah )
• tiga setengah ringgit ( salah )
• dua meter setengah ( betul )
• dua jam suku ( betul )
• tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH BETUL
setiap orang murid setiap murid
semua orang pekerja semua pekerja
seluruh buah kampung seluruh kampung
segala ekor binatang segala binatang
sekalian orang peserta sekalian peserta
para orang guru para guru
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama
abstrak.
SALAH BETUL
beberapa buah usul beberapa usul
kedua-dua bentuk sifat kedua-dua sifat
setiap buah sumbangan setiap sumbangan
semua buah pendapat semua pendapat
segala butir cadangan segala cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan tiap-tiap kenangan
pelbagai bentuk teguran pelbagai teguran

Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah
ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan
untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.

SALAH BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau. Devi datang dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul Saya menunggu Yatie dari pukul
dua. dua.
Ely terima surat dari Elyas Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang Saya mendapat pengetahuan yang
banyak dari buku yang saya baca. banyak daripada buku yang saya
Baju yang dipakai oleh Nadia baca.
dibuat dari sutera. Baju yang dipakai oleh Nadia
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor dibuat daripada sutera.
yang hidup Daripada 5 ekor anak ayam, hanya
seekor yang hidup.

3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa,
orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak
bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
• kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
• kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
• kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
• kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya,
memperoleh)
• kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan,
mempergunakan).
• Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon)
mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai
maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.

Contoh:
SALAH BETUL
Hafizuddin memberikan Seha Hafizuddin memberi Seha sekuntum
sekuntum bunga. bunga.
Hanim mengambilkan segelas air Hanim mengambilkan Ishak segelas
untuk Ishak. air.
Baginda mengurniakan beliau bintang Baginda mengurniai beliau bintang
kebesaran. kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu Hakim menjatuhi pencuri sebulan
sebulan penjara. penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Sampah sarap mengotori Taman
Tasik Taiping. Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin Yatie menasihati saya agar rajin
belajar. belajar.

5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:


• Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
• Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
• Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
• Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
• Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
• Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh
ditiadakan awalannya. Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )

Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
• Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
• Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
• Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan
saja….tetapi juga dan sebaginya.
2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara
menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang
yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu
merupakan kata tanya.
Contoh:
• Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
• Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
• Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
• Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
• Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat


1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat
jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,
benda dan perbuatan.

SALAH BETUL
Apakah benar kata-katamu itu? Adakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis? Adakah dia menangis?
Apakah aku bersalah? Adakah aku bersalah?

2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan
keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau
kemampuan.
SALAH BETUL
Syimir sudah boleh menunggang Syimir sudah dapat menunggang
kuda. kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana Mazni tidak dapat pergi kerana
demam. demam.
Kami tidak boleh datang kerana Kami tidak dapat datang kerana
hujan. hujan.
3. bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.

SALAH BETUL
Cincin ini bukan cantik. Cincin ini tidak cantik.
Kami bukan membaca buku. Kami tidak membaca buku.
Basikal ini bukan mahal. Basikal ini tidak mahal.
Saya bukan duduk di situ. Saya tidak duduk di situ.

4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh.


Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.

SALAH BETUL
Kawasan pendalaman itu akan Kawasan pedalaman itu akan
dimajukan. dimajukan.
Beberapa Beberapa
kawasan pendalaman Sarawak kawasan pedalaman Sarawak sukar
sukar dihubungi. dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam Pendalam Sungai Air Hitam akan
akan dijalankan. dijalankan.

Kesalahan Dari Segi Frasa


Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
• pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
• Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan
sebagainya.
• Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
• Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang
menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
• dua biji telur
• semua murid
• para pendidik
• pelbagai acara
• segala haiwan
• sekalian penduduk
• seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka
kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
• Lukisan itu cantik-cantik belaka.
• Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
• Ayam di situ gemuk-gemuk.
• Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
• Gadis di sini cantik-cantik.
• Kuih itu sedap-sedap rasanya.
• Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
• Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk
membentuk frasa nama dalam ayat:
• D beerti unsur yang diterangkan
• M beerti unsur yang menerangkan

Contoh:
SALAH BETUL
lain-lain hal hal-hal lain
Nani Kedai Roti Kedai Roti Nani
goreng cempedak cempedak goring
Maggi mi mi Maggi
tomato sos sos tomato
mini bas bas mini
mini taman taman mini

5. Frasa Adjektif
• Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai
kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas
sebagai predikat dalam ayat.
• Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata
penguat seperti amat, sangat, dan paling.
• Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi
tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:
SALAH BETUL
Bangunan itu tertinggi. Bangunan itu paling tinggi.
Nani terpandai. Nani paling pandai.
Orang itu terkuat. Orang itu paling kuat
• Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata
penguat tidak diperlukan.
Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
• Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif
sekali gus. Contoh:
SALAH BETUL
Buah langsat ini sangat manis Buah langsat ini manis sekali.
sekali. Budak itulah yang paling nakal.
Budak itulah yang paling nakal Sungguh indah pemandangan di situ.
sekali.
Sungguh indah
nian pemandangan di situ.
• Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu
diperluas.Contoh:
SALAH BETUL
Budak itu tidak suka durian. Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut anjing. Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar filem Nani sangat gemar akan filem
Hindustan. Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan Mereka tidak perlu akan
kami. pertolongankami.
Saya benci sikapnya itu. Saya benci akan sikapnya itu.
6. Frasa Kerja Intransitif
• Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas
sebagai predikat tanpa objek.
• Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang
mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
• Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa
nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH BETUL
berlandaskan pada undang- berlandaskan undang-undang
undang berbantalkan lengan
berbantalkan dengan lengan berpandukan kamus
berpandukan pada kamus beratapkan langit
beratapkan dengan langit bertilamkan rumput
bertilamkan dengan rumput
• Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja
intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur sini. Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang kampung ini. Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu. Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di Kami ternampak akan Cikgu Nora di
perhentian bas Pudu Raya. perhentian bas Pudu Raya.
Frasa Kerja Transitif
• Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja
transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
• Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-
kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH BETUL
Beliau turut menyentuh tentang Beliau turut menyentuh perkara itu.
perkata itu. Nora tidak mengetahui hal itu.
Nora tidak mengetahui akan hal Kami membincangkan masalah itu.
itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Kami membincangkan tentang Nani menceritakan
masalah itu. pengalamannyasemasa menuntut di
Mereka melebarkan lagi jalan itu. luar negara.
Nani menceritakan tentang Cerpen ini mengisahkan
pengalamannya semasa menuntut perjuanganmenentang penjajah.
di luar negara.
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas
sebagai predikat dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
• frasa kerja pasif diri pertama
• frasa kerja pasif diri kedua
• frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami,
kita, saya dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak,
kamu dan sebagainya.
5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ).
Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH BETUL
diambil olehku kuambil
dibuang oleh kami kami buang
disimpan oleh kita kita simpan
dihantar oleh saya saya hantar
dilaksanakan oleh patik patik laksanakan
diburu oleh hamba hamba buru
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH BETUL
ditanya oleh anda anda Tanya
diberikan oleh engkau engkau berikan
dibeli oleh kamu kamu beli
dikirim oleh awak awak kirim
diperintahkan oleh tuanku tuanku perintahkan
dibersihkan oleh kalian kalian bersihkan
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk
frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.
SALAH BETUL
beliau tulis ditulis oleh beliau
dia kumpulkan dikumpulkan olehnya
mereka kutip dikutip oleh mereka
baginda rasmikan dirasmikan oleh baginda
ia bersihkan dibersihkan olehnya
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri
kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH BETUL
kami akan atasi akan kami atasi
kita perlu tolong perlu kita tolong
saya sudah kirim sudah saya kirim
hamba akan khabarkan akan hamba khabarkan
patik belum laksanakan belum patik laksanakan
anda mesti edarkan mesti anda edarkan
engkau telah baca telah engkau baca
kamu akan baiki akan kamu baiki
awak mesti siapkan mesti awak siapkan
kalian harus bereskan harus kalian bereskan
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
• Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang
dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
• Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat
tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan
betul. Contoh:
SALAH BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau Pulau Langkawi? Tioman atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani Saya tidak pasti sama ada Nani
tinggal di Relang atau Jelai. tinggal di Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang Baik yang kaya atau yang
ke rumahnya. miskin datang
Hadiah ini untuk Izzat bukan ke rumahnya.
Hazwan. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk
Jangankan membeli kereta, Hazwan.
motosikal pun saya tak mampu. Jangankan membeli kereta, membeli
motosikal pun saya tak mampu.
2. Ayat Pancangan
• Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang
salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
• Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila
unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Bangunan yang tinggi itu Menara
Maybank. Maybank.
• Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak
ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan
klausa utama. Contoh:
SALAH BETUL
Kami berdoa kamu berjaya. Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Semua orang tahu bahawa dia
Hamid. anak Pak Hamid.
3. Ayat tergantung
• Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
• Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan
letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
• Dalam susunan ayat songsang,
letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
• Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai
“ ayat tergantung “
• Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi,
kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan
sebagainya.
SALAH BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir. Seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan. Hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan Kehadiran tuan akan menyerikan
majlis ini. majlis ini.
Banyak pelajar lulus dengan baik. Banyak pelajar yang lulus dengan
Ada pihak membangkang cadangan itu. baik.
Dia yang datang kelmarin Ada pihak yang membangkang
Mengetahui hal itu saya membatalkan cadangan itu.
rancangan Dia datang kelmarin.
Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran Setelah mengetahui hal itu saya
meningkat. membatalkan rancangan.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Sebagai kesan kemelesetan
Besar. ekonomi, pengangguran meningkat.
Apakah perlu kita lakukan sekarang? Yang turut menghadiri majlis itu
Siapa kata saya berbohong? ialah Menteri Besar.
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. Apakah yang perlu kita lakukan
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan sekarang?
bahawa dia bersalah. Siapakah yang mengatakan bahawa
Mengikut beliau menyatakan bahawa saya berbohong?
perompak senjata api sudah itu tumpas. Peserta-pesert ayng lulus saja yang
Yang manakah betul? akan dipilih.
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan
bahawa dia bersalah.
Beliau mengatakan bahawa
perompak senjata api itu sudah
tumpas.
Yang manakah yang betul?
4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
• Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam
bentuk ayat.
• Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi
salah atau tidak baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Lembaran kerja 1
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripasa satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Antara aktiviti yang ditawarkan di pusat pelancongan itu ialah pakej memancing
ikan, merentas hutan dan memanjat hutan yang berpandukan kepada petunjuk
arah.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Sambil membincangkan tentang aktiviti yang bakal kami lakukan di Kuala Tahan,
kami menyalin barang-barang ke dalam bot Panjang.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3. Sebagai pelancong, tanggungjawab memulihara kebersihan dan kelestarian alam


sekitar perlu dijalankan oleh kita dengan mengurangkan penghasilan sampah.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Tugas sebagai seorang sukarelawan amat murni kerana mereka cintakan


keamanan dan bersifat keprihatinan. Mereka menghulurkan bantuan kepada
mangsa bencana alam seperti banjir, tsunami, rebut taufan dan gempa bumi
agar bebanan mangsa menjadi lebih kecil. Di samping itu, sukarelawan juga
perlu sihat fizikal dan cergas mental serta emosi, tabah dan tidak kaku untuk
menyesuaikan diri dalam keadaan yang paling sukar sekali. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka akan berhadapan dengan situasi yang getir seperti
menyelamatkan mangsa yang sangat kusut-masai akibat perang.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Lembaran kerja 2
Soalan 3 (d)
Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata , istilah dan kesalahan tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

1. Para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga di barangan yang dijual untuk
mengelakkan unsur penipuan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mengibarkan - meletakkan √


Kesalahan Tatabahasa: di - pada √

2. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-
lain faktor yang mengakibatkan kemusnahan Empayar Uthmaniyah.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

3. Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari semasa ke semasa dengan
kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

4. Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah berjaya
mengeluarkan baka pokok yang bermutu.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

5. Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-
pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

6. Nabilah melihat pakaian-pakaian yang bergayut di ampaian rumah neneknya meliuk-liuk


apabila angin petang tiup.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :
7. Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat
dikagumi oleh saya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

8. Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih apa barangan
elektirk seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

9. Saintis masih menyiasat sampel pelbagai spesies-spesies hidupan marin yang ditemui
mati untuk mengenal pasti puncanya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

10. Kurikulum di institut pengajian tinggi awam bakal disetarakan dengan kehendak
majikan supaya mengelakkan masalah pengangguran.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :
Lembaran kerja 3

Soalan 3 (d)
Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata , istilah dan kesalahan tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

1.Puan Rahimah sedang bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di
sekolah.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa:

2. Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk


melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:


Kesalahan Tatabahasa:

3. Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga
itu.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:


Kesalahan Tatabahasa:

4. Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:


Kesalahan Tatabahasa:

5. Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam


melaksanakan tugas dan tanggugjawab.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:


Kesalahan Tatabahasa:

6.Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah butik eksekutif
berhampiran dengan pusat bandar.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:


Kesalahan Tatabahasa:

7. Pandemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita


menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
mengawal penyambungan wabak tersebut.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

8. Album yang baru diterbitkan itu mengandungi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan
diminati ramai.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

9.Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru
mereka tetapkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :

10. Istana terpaling indah itu ialah tempat Sultan Muzzafar Shah tinggal.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:


Kesalahan Tatabahasa :
Lampiran jawapan

Lembaran kerja 1

Kesalahan penggunaan kata atau istilah Kesalahan tatabahasa


1. Memanjat - mendaki Berpandukan kepada
petunjuk –
berpandukan
petunjuk/berpandu
kepada petunjuk
2. Menyalin – Membincangkan
memunggah/mengangkat/memindahkan tentang aktiviti –
membincangkan
aktiviti/berbincang
tentang aktiviti
3. Memulihara – memelihara/menjaga Dijalankan oleh kita –
kita jalankan
4.kecil – ringan Cintakan – cinta akan
Cergas – cerdas Paling sukar sekali –
Kaku – kekok/canggung paling sukar/sukar
sekali
Sangat kusut – masai –
sangat kusut/kusut -
masai

Lembaran kerja 2

1. Para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga di barangan yang dijual untuk
mengelakkan unsur penipuan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mempamerkan


Kesalahan Tatabahasa: pada

2. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-
lain faktor yang mengakibatkan kemusnahan Empayar Uthmaniyah.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: keruntuhan


Kesalahan Tatabahasa :faktor-faktor lain

3. Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari semasa ke


semasa dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: Taraf


Kesalahan Tatabahasa : kerana

4. Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah


berjaya mengeluarkan baka pokok yang bermutu.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan


Pertanian jalankan
Kesalahan Tatabahasa : menghasilkan

5. Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-
pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: insentif


Kesalahan Tatabahasa : semua pekerjanya/pekerja-pekerjanya

6. Nabilah melihat pakaian-pakaian yang bergayut di ampaian rumah neneknya meliuk-liuk


apabila angin petang tiup.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bergayut - bersidai


Kesalahan Tatabahasa : angin petang tiup. - ditiup angin petang

7. Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat
dikagumi oleh saya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: profesional


Kesalahan Tatabahasa : amat saya kagumi

8. Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk mimilih apa barangan
elektirk seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: menjuarai - memenangi


Kesalahan Tatabahasa : apa - apa-apa

9. Saintis masih menyiasat sampel pelbagai spesies-spesies hidupan marin yang ditemui
mati untuk mengenal pasti puncanya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: menyiasat - mengkaji


Kesalahan Tatabahasa :pelbagai spesies-spesies - pelbagai spesies/spesises-spesies

10. Kurikulum di institut pengajian tinggi awam bakal disetarakan dengan kehendak
majikan supaya mengelakkan masalah pengangguran.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: disetarakan - diselaraskan


Kesalahan Tatabahasa : supaya - untuk/bagi

Lembaran kerja 3

1. Puan Rahimah sedang bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di
sekolah.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bertutur - berucap
Kesalahan Tatabahasa: bila - apabila

2. Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk


melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah: peluang - tawaran


Kesalahan Tatabahasa: Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar - ketiga-tiga orang pelajar
3. Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah
mangga itu.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah: mencolok - menjolok


Kesalahan Tatabahasa: oleh kerana - kerana

4. Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: pusingan - selekoh


Kesalahan Tatabahasa: Hairul pandu - dipandu oleh Hairul

5. Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di


dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: mengingatkan - menitahkan


Kesalahan Tatabahasa: di dalam - dalam

6. Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah
butik eksekutif berhampiran dengan pusat bandar.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah: eksekutif - ekslusif


Kesalahan Tatabahasa: Kedua orang - kedua-dua orang

7. Pandemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita


menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
mengawal penyambungan wabak tersebut.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: penyambungan - penularan


Kesalahan Tatabahasa : sungguh amat - sungguh/amat

8. Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama


yang berkuantiti dan diminati ramai.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: mengandungi - berkuantiti - berkualiti


Kesalahan Tatabahasa : koleksi lagu-lagu lama - koleksi lagu lama

9. Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru
mereka tetapkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: khusus - kursus


Kesalahan Tatabahasa : telah guru mereka tetapkan. - telah ditetapkan oleh
guru mereka

10. Istana terpaling indah itu ialah tempat Sultan Muzzafar Shah tinggal.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: tinggal - bersemayam

Kesalahan Tatabahasa : terpaling indah - paling indah


TEMA 7
DEMI KEDAMAIAN
TEMA 7 Demi Kedamaian
TAJUK Kata adjektif

FOKUS Standard 5.2 Memahami dan menggunakan golongan


UTAMA Kandungan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.
Standard 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan
Pembelajaran golongan kata adjektif dengan betul
mengikut konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Mengenal pasti kata adjektif.
2. Menggunakan kata adjektif dengan betul.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Alam sekitar
KURIKULUM
EMK : Nilai murni - patriotisme /rasional
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Kata adjektif
MEDIA Buku rujukan/buku teks
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi Didik hibur
1.Murid menonton klip – tayangan video https://youtu.be/c5IVzJl1NMU
video.
KBAT
2.Murid memberi
- mengingat
pendapat tentang
video yang ditonton.
3. Guru membuat
perkaitan dengan
tajuk yang akan
dipelajari.

Langkah 1 Didik hibur


1.Murid dan guru - menonton https://youtu.be/ihzzXL9YcoM
sama-sama menonton video
tayangan klip video
Kecerdasan
berkenaan tajuk kata
pelbagai
adjektif.
- interpersonal
Langkah 2 KBAT
1.Murid dan guru - menganalisis https://youtu.be/UsOgGTGSKG8
sekali lagi menonton
klip video bertajuk
‘Pembentukan Kata
adjektif’.
2.Murid membuat
catatan nota
menggunakan peta i-
think.
Langkah 3 KBAT Lampiran 1
1.Murid membuat - mencipta Peta buih
catatan nota
PAK 21 – peta i-
menggunakan peta i-
think
think.
Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 1
1. Murid menjawab -menganalisis
soalan latihan.
2. Guru menyemak
jawapan dan
membuat
perbincangan
bersama murid.
Pemulihan KBAT Lembaran kerja 2
1.Murid bulatkan kata - menilai
adjektif yang terdapat
dalam puzzle..
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 3
1.Murid mengenal -menganalisis
pasti dan
membetulkan
kesalahan kata
adjektif dalam ayat.
Lampiran 1
Tuliskan jenis-jenis kata adjektif dalam peta buih di bawah
Lembaran kerja 1
Kenal pasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan di bawah ini. Kemudian, bina ayat
anda sendiri dengan kata adjektif tersebut.
Kes penipuan di alam siber sering berlaku dan banyak laporan telah dibuat oleh
mangsa. Mangsa yang menjadi jerat di alam siber ini tidak mengira usia. Ada yang muda,
dan warga emas. Kebanyakan daripada mereka bukan sahaja kehilangan wang
berjumlah ribuan ringgit malahan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Namun
begitu, kegiatan jenayah ini seakan tiada berkesudahan. Penjenayah semakin berani
dan menggunakan pelbagai modus operandi untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Terkini, ada penjenayah yang menyamar sebagai pegawai polis dan menghubungi
mangsa untuk menyalurkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan. Bagi mangsa yang
waswas akan permintaan pelik tersebut akan segera menamatkan panggilan. Walau
bagaimanapun, mangsa yang naif dan lurus pula tidak akan berfikir panjang lalu
melakukan tindakan seperti yang disuruh oleh si penjenayah. Akibatnya, wang di dalam
bank lesap dan tidak akan dapat dikembalikan.

1. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

2. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

3. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

4. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

5. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

6. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

7. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________

8. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
Lembaran kerja 2
Lembaran kerja 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan Bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat semula.
1. Kanak-kanak itu amat takut betul kepada bapa tirinya.
____________________________________________________

2. Selat Melaka ialah selat yang terpanjang sekali di dunia.


____________________________________________________

3. Ibu risaukan adik yang masih belum pulang dari sekolah sejak tengah hari
tadi.
_____________________________________________________

4. Karya terbaru beliau dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya pada


bulan depan.
______________________________________________________

5. Pulau Sipadan di Sabah dianggap sebagai pulau yang tercantik sekali di


negara kita.
_____________________________________________________

6. “Saya begitu bosan sungguh akan sikap Susan yang mengada-ngada itu,”
kata Melisa kepada Sarah.
__________________________________________________
7. Kami sungguh kagum sekali akan kepetahan Rasyid sewaktu berhujah
dalam pertandingan debat itu.

__________________________________________________
8. Kami tidak hormatkan pengurus itu kerana dia tidak mengambil berat
akan kebajikan orang-orang bawahannya.

_______________________________________________________
9. “Mereka dijangka tiba di kampung lewat petang kerana baharu sahaja
bertolak,” kata Mak Long kepada nenek.
________________________________________________________

10. “Saya rindukan gurau senda dan gelak tawa adik-adik saya di rumah,”
kata Kumar kepada teman sebiliknya di asrama.

________________________________________________________
Lampiran jawapan
Lembaran kerja 1
Kata adjektif
1. Sering
2. Muda
3. Tua
4. Berani
5. Waswas
6. Pelik
7. Segera
8. Lurus

Lembaran kerja 3
1. Amat takut betul – amat takut/takut betul
2. Terpanjang sekali – terpanjang
3. Risaukan – risau akan
4. Terbaru – terbaharu
5. Tercantik sekali – tercantik
6. Begitu bosan sungguh – begitu bosan/bosan sungguh
7. Sungguh kagum sekali – sungguh kagum/kagum sekali
8. Hormatkan – hormat akan/kepada
9. Baharu - baru
10. Rindukan – rindu akan
TEMA 8
DALAM LIPATAN KENANGAN
TEMA 8 Dalam Lipatan Kenangan
TAJUK Sejarah Mendewasakan Kita

FOKUS Standard 5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang


UTAMA Kandungan sesuai dalam pelbagai bidang.
Standard 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa
Pembelajaran nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama dengan betul mengikut
konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Mengenal pasti jenis-jenis frasa dalam ayat.
2. Menyatakan pola-pola ayat.
(Satu atau dua shj – bersesuaian dgn murid SDH)
PENGISIAN Ilmu : Pendidikan sivik
KURIKULUM
EMK : Nilai murni – keamanan sejagat/setia
KBAT : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
TMK : you tube
#rujuk DSKP / buku teks
SISTEM Tatabahasa :
BAHASA
Frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif
MEDIA Buku rujukan/buku teks
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Set Induksi
1.Murid diminta KBAT 1.FN + FN
menerangkan maksud 2.FN + FK
- mengingat
formula yang ditulis
3.FN + FA
oleh guru.
4.FN = FSN
2. Guru membuat
perkaitan dengan
tajuk yang akan
dipelajari.
Langkah 1 Didik hibur
1.Murid dan guru - menonton https://youtu.be/KyDEj8n2b-o
sama-sama menonton video
tayangan klip video
Kecerdasan
berkenaan tajuk frasa
pelbagai
dan pola ayat.
- interpersonal

Langkah 2 KBAT
1.Murid membuat - mencipta
catatan setelah
menonton tayangan
video.
Langkah 3 KBAT Lampiran 1
1.Murid membaca dan - menganalisis
meneliti nota yang
diedarkan.
Pentaksiran KBAT Lembaran kerja 1
1. Murid menjawab -menganalisis
soalan latihan.
2. Guru menyemak
jawapan dan
membuat
perbincangan
bersama murid.
Pemulihan KBAT Lembaran kerja 2
1.Murid padankan - menganalisis
ayat dengan pola
ayat.
Pengayaan KBAT Lembaran kerja 3
1.Murid mengenal -menganalisis
pasti pola ayat.
Lampiran 1

Sintaksis SPM - Pola Ayat/ Frasa

• Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan
beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada
sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.
• Frasa tiada subjek dan predikat.
• Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu
ayat.

Frasa Nama + Frasa Nama


Farah | seorang peguam yang disegani ramai kerana kebijaksanaanya menangkis hujah
lawan.
Zaifatul Afida | seorang guru Bahasa Melayu.

Frasa Nama + Frasa Kerja


Ayah | hendak memancing bersama dengan kawannya.
Pasukan bola jaring | akan menjalani latihan sekiranya cuaca baik.

Frasa Nama + Frasa Adjektif


Bunga mawar itu sungguh cantik.
Suara penyanyi itu merdu bak buluh perindu.

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama


Mereka | ke Pahang Jumaat lepas.
Laili | dari sekolah ketika ayah sedang membaca senaskhah akhbar.
Contoh pola ayat
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama
+ Frasa Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).

1. Baju Melayu teluk belanga ini | untuk abang. FN + FSN


2. Kuda Hazrul | berlari pantas. FN + FK
3. Universiti Putra Malaysia | sangat cantik landskapnya. FN + FA
4. Tunku Abdul Rahman | Bapa Kemerdekaan Malaysia. FN + FN
5. Penduduk kampung | akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. FN + FK
6. Puan Harlida | guru mata pelajaran Sains di SMK King Edward. FN + FN
7. Hadiah itu | untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru. FN + FN
8. Tuan Haji Ahmad | pengetua sekolah sejak sepuluh tahun lalu. FN + FN
9. Kerajaan | tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib
rakyat. FN + FK
10. Blok asrama baharu | untuk murid-murid lelaki masih dalam proses
pengubahsuaian. FN + FSN
11. Peragawati itu | sangat anggun dan bergaya ketika perasmian butik Datin Ain. FN
+ FSN
12. Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya | telah menyediakan laporan
aktiviti sempena Bulan Bahasa. FN + FK
13. Pemain bola | sedang berlatih di padang. FN + FK
14. Beg tangan | Puan Jamilah dari luar negeri. FN + FSN
15. Kereta mainan adik Shamil | di bawah meja. FN + FSN
16. Bunga itu | sungguh cantik dan berbau harum. FN + FA
17. Jam tangan itu | untuk emak sempena hari lahirnya. FN + FSN
18. Murid Tingkatan 5 Hambali | sedang mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi
peperiksaan. FN + FK
19. Kucing peliharaan Uzail | bernama Si Comel. FN + FN
20. Adik saya | sangat comel dan manja. FN + FA
21. Kami sekeluarga | akan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. FN + FSN
22. Encik Adam | seorang guru sekolah berasrama penuh. FN + FN
23. Bunga raya itu | berwarna merah. FN + FA
24. Lelaki separuh abad itu | mengerjakan kebun sayur-sayuran seorang diri. FN +
FK
25. Mata pelajaran Bahasa Melayu | diajarkan di kelas peralihan itu. FN + FK
Lembaran kerja 1

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.


POLA AYAT: …………….

2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.


POLA AYAT: …………….

3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.


POLA AYAT: …………….

4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (…………….

5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.


POLA AYAT: …………….

6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (…………….

7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (…………….

8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.


POLA AYAT: (…………….

9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.


POLA AYAT: (…………….

10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.


POLA AYAT: (…………….

11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.


POLA AYAT: (…………….

12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.


POLA AYAT: (…………….

13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (…………….

14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: …………….

15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: …………….

16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN…………….

17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (…………….
18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (…………….

19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (…………….

20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: …………….
21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (…………….

22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.


POLA AYAT: (…………….

23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (…………….

24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (…………….

25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (…………….

26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: …………….

27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (…………….

28. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (F…………….

29. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (F…………….

30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang
David.
POLA AYAT: …………….

31. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.


POLA AYAT: …………….

32. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.


POLA AYAT: (…………….

33. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (…………….

34. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manafyang berkaki lima.
POLA AYAT: (…………….

35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (…………….
Lembaran kerja 2

1. Buah manggis amat baik dimakan kerana banyak khasiatnya. FN + FN

FN + FSN
2. Jutawan itu mengelilingi dunia pada bulan Disember setiap
tahun.
FN + FA
3. Sungai Rajang di negeri Sarawak sangat luas dan Panjang.
FN + FK

4. Model itu ialah Ratu Cantik Asia pada tahun 2010. FN + FA

FN + FSN
5. Cuaca sangat cerah dan berangin pada petang ini.
FN + FK

6. Kanak-kanak itu perlu dikuarantin kerana menghidap difteria. FN + FN

FN + FK
7. Rumah baharu kami sangat besar dan cantik FN + FA

8. Nurul Huda berlakon filem seram sebagai hantu.

9. Kasut ayah di bawah tangga rumah nenek.

10. Rajagopal ketua jurutera syarikat perkapalan.


Lembaran kerja 3

1.Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.


POLA AYAT: …………….

2. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.


POLA AYAT: …………….

3. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: …………….

4. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
POLA AYAT: …………….
)
5.Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
POLA AYAT: (…………….

6. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari
seberang.
POLA AYAT: …………….

7. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.


POLA AYAT: (…………….

8. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.


POLA AYAT: (…………….

9.Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
POLA AYAT: (…………….

10. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
POLA AYAT: (…………….

11. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan
keselamatan serantau.
POLA AYAT: …………….

12. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: …………….

13. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (…………….

14. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: …………….

15. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah
pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: …………….

16. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.


POLA AYAT: …………….

17. Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.


POLA AYAT: …………….
18. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: …………….

19. Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
POLA AYAT: …………….

20. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: …………….

21. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.
POLA AYAT: …………….

22. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
POLA AYAT: (…………….

23. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti
tersebut.
POLA AYAT…………….

24. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.


POLA AYAT: …………….

25.Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: …………….

26. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.


POLA AYAT: (…………….

27. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: …………….

28. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.


POLA AYAT: …………….

29. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.


POLA AYAT: …………….

30. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: …………….

31. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.


POLA AYAT: …………….

32. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.


POLA AYAT: …………….

33.. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.


POLA AYAT: (…………….

34. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.


POLA AYAT: (…………….

35. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (…………….
Lampiran jawapan

Lembaran kerja 1

No soalan Jawapan No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan

1. FN + FN 11 FN + FS 21 FN + FA 31 FN + FS

2. FN + FA 12 FN + FS 22 FN + FK 32 FN + FA

3. FN + FK 13 FN + FS 23 FN + FS 33 FN + FK

4 FN + FN 14 FN + FA 24 FN + FN 34 FN + FS

5 FN + FS 15 FN + FN 25 FN + FA 35 FN + FA

6 FN + FA 16 FN + FA 26 FN + FK

7 FN + FK 17 FN + FN 27 FN + FN

8 FN + FS 18 FN + FK 28 FN + FS

9 FN + FK 19 FN + FA 29 FN + FK

10 FN + FN 20 FN + FS 30 FN + FN

Lembaran kerja 2

No Soalan Jawapan

1 FN + FA

2 FN + FK

3 FN + FS

4 FN + FN

5 FN + FA

6 FN + FK

7 FN + FA

8 FN + FK

9 FN + FS

10 FN + FN
Lembaran kerja 3

No soalan Jawapan No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan

1. FN + FK 11 FN + FK 21 FN + FK 31 FN + FA

2. FN + FA 12 FN + FS 22 FN + FN 32 FN + FS

3. FN + FN 13 FN + FK 23 FN + FA 33 FN + FK

4 FN + FA 14 FN + FA 24 FN + FA 34 FN + FN

5 FN + FK 15 FN + FN 25 FN + FK 35 FN + FA

6 FN + FN 16 FN + FN 26 FN + FN

7 FN + FS 17 FN + FA 27 FN + FS

8 FN + FS 18 FN + FS 28 FN + FN

9 FN + FN 19 FN + FK 29 FN + FS

10 FN + FA 20 FN + FS 30 FN + FK

Anda mungkin juga menyukai