Anda di halaman 1dari 5

Tugas-tugas PK HEM

1. Pengurusan organisasi
2. Melaksanakan pdp
3. Pengurusan disiplin murid
4. Pengurusan Pengawas
5. Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
6. Kesihatan murid

i. Kerjasama KKM

ii. Murid sakit

iii. Kawalan wabak termasuk denggi


7. Kebajikan murid

i. Takaful

ii. Bantuan

iii. Biasiswa

iv. Perabot

v. Tandas
8. Keceriaan sekolah
9. Pengurusan buku teks (SPBT)
10. Keselamatan

i. Pergi dan balik sekolah

ii. Berada di sekolah

iii. Sepanjang aktiviti

iv. Perpaduan
11. Kebersihan
12. Kantin
13. Program Pencegahan Dadah (PPDa)
14. Pengurusan asrama
15. Data murid
1
i. APDM

ii. Kehadiran

iii. Penetapan kelas

iv. Pendaftaran murid

v. Murid pindah

vi. Murid cicir

vii. Permohonan bersekolah

viii. Sijil Berhenti Sekolah


16. Kokurikulum

i. Kelab Pencegahan Jenayah

ii. Kelab Rukun Negara


17. Aktiviti

i. Gotong royong

ii. Program hapus denggi

iii. Guru Penyayang

iv. Program peningkatan sahsiah murid

v. PPDa (Sudut, lorong, bilik)

vi. Program Bina Insan

vii. Jejak murid

viii. Suai kenal

ix. Ziarah Cakna

x. Latihan Kecemasan

xi. PRS

2
Bidang dan Senarai Tugas PK HEM
1. Bidang Tugas

 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong


Kanan.
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan
kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan
sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas
2.1 Pembangunan Diri Murid
2.1.1 Disiplin

 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.


 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan
tatatertib dan salahlaku.
 Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling

 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama


dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
 Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan
yang diperlukan.
 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.1.3 Program Pelindungan Murid

 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program


lain di peringkat sekolah.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
dilaksanakan.

2.1.4 Kesihatan

3
 Mengurus kemudahan rawatan murid.
 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
 Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
 Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
 Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks

 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.


 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

2.1.6 Biasiswa dan Bantuan

 Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan.


 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

2.1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah

 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan
keindahan sekolah.

3. Pengurusan

 Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid.


 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
 Menguruskan pertukaran murid.
 Menyemak buku kedatangan harian murid.
 Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah.
 Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.
 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
 Membantu merancang Takwim Sekolah.

4. Pembangunan Organisasi

 Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.


 Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

5. Pembangunan Kendiri

 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.


 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
 Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan.
 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.

4
 Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

6. Tugas-tugas lain

 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari


semasa ke semasa.
 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai