Anda di halaman 1dari 3

SK TABUAN ULU KUCHING

JALAN FOOCHOW NO. 1, 93300 KUCHING

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PROGRAM TRANSISI


TAHUN 1 2021

PERKARA : MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH BIL.1/2021

TARIKH : 18 JANUARI 2021

MASA : 0900 PAGI

TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN MENERUSI APLIKASI WHATSAPP

AGENDA :

1. PENUBUHAN JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2021

2. PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

2.1 FASA PERSEDIAAN (11 HINGGA 19 JANUARI)

2.2 FASA PENYESUAIAN (MODUL ORIENTASI) (20 HINGGA 29 JANUARI)

2.3 FASA KESEDIAAN (MODUL PdP) (1 FEBRUARI HINGGA 25 MAC)


CATATAN PERBINCANGAN
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

TARIKH: 12 Januari 2021


MASA: 0900 pagi
TEMPAT: Secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp
PENGLIBATAN: Semua guru Tahun 1

TUJUAN:
1. Berbincang tentang penubuhan ahli jawatankuasa induk Program Transisi Tahun 1 Sesi 2021

2. Pelaksanaan Pelan Tindakan Program Transisi Tahun1

i. Fasa Persediaan (11 hingga 19 Januari)


a) Memastikan sekolah, ibu bapa dan murid bersedia sebelum sesi persekolahan bermula.
b) Persediaan di sekolah merangkumi persediaan pentadbir, persediaan guru dan fizikal.
c) Persediaan pentadbir dari aspek:
• pengetahuan dan pemahaman program, perbincangan dan penyelarasan program,
taklimat ibu bapa/penjaga, kerjasama dengan PIBG, pemantauan dan penilaian
d) Persediaan guru:
• pemahaman dan perancangan pelaksanaan program
• pengetahuan perkembangan kanak-kanak
• kemahiran mengurus dan berinteraksi dengan murid
e) Persekitaran fizikal:
• lokasi, keceriaan, keselamatan, susun atur dan ruang
f) Persediaan di rumah melibatkan ibu bapa/penjaga dan murid.
g) Ibu bapa/Penjaga:
• persediaan anak, persediaan kelengkapan pembelajaran, sokongan terhadap
pembelajaran anak, penglibatan dalam aktiviti dan perkembangan sekolah
h) Murid:
• berupaya mengurus diri, minat ke sekolah, berupaya menyesuaikan diri dengan
persekitaran baharu dan orang lain, sikap positif terhadap pembelajaran,
mempunyai kemahiran asas

ii. Fasa Penyesuaian (Modul Orientasi) (20 Januari hingga 29 Januari)


a) Murid diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran yang
baharu.
b) Berdasarkan Modul Orientasi yang telah disediakan murid dapat:
• menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran sekolah
• membina hubungan baik dengan rakan dan guru
• membina keyakinan diri untuk berkomunikasi
• melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
c) Pengisian Harian merangkumi:
• rutin kelas ( 30 minit )
• perbualan awal ( 30 minit )
• aktiviti fizikal ( 30 minit )
• aktiviti pembelajaran ( 60 minit )
• aktiviti suai kenal ( 120 minit )
• rehat ( 20 minit )

iii. Fasa Kesediaan (Modul PdP) (1 Februari hingga 25 Mac)


a) Guru akan menggunakan Modul PdP.
b) Menyediakan murid denganpengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.
c) Modul PdP dibangunkan berasaskan 5 aspek pembelajaran iaitu kognitif, nilai, kreativiti
dan estetika, kesejahteraan fizikal dan kesihatan, serta sosio emosi.
d) Modul ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan modular, bersepadu dan
bertema.
e) Pelaksanaan modul PdP ini memerlukan kerjasama pentadbir sekolah, guru, ibu bapa
dan sokongan persekitaran sekolah yang memberangsangkan.
f) Modul PdP ini mengandungi 4 tema dan setiap tema ada beberapa sub tema:
• Saya sihat saya selamat, Mari fikirkan, Detektif alam, Hidup bersama

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

HAMDIAH BINTI MOHAMAD PATA JANET ANAK JOHN SAMAI., PJK

(Penyelaras Program Transisi Tahun 1) (Guru Besar SK Tabuan Ulu)

Anda mungkin juga menyukai