Anda di halaman 1dari 24

5.

3 Kemahiran Lisan, Membaca dan Menulis Dalam Pengajaran Pemulihan


5.3.1 Kemahiran Lisan

Konsep kemahiran mendengar

Proses melibatkan dua peringkat


i. Peringkat menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama
Contohnya, menyebut bahasa Melayu dengan bahasa tempatan.

ii. Peringkat memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa
dan ayat dalam bahasa tempatan dan bahasa Melayu.

Peringkat Pertama

 Pelajar dapat menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama
bunyinya. Contoh:
Murid-murid kerap menyebut huruf z sebagai j dalam (Zainal – Jainal), u sebagai o
dalam pulau – pulou), c sebagai s dalam kacang – kasang) dan masalah penyukuan
seperti : karabau untuk suku kata kerbau.

Peringkat Kedua
 Pemahaman bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya
masyarakat setempat.
 Untuk memahami bunyi bahasa setempat , perlu memiliki unsur-unsur kefahaman
berikut:
o Pengetahuan yang ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa
setempat yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan
o Pengetahuan tentang bahasa tempatan berlakunya pertuturan yang didengar
dan pengetahuan tentang sistem bahasa.

5.3.1.1 Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar dan bertutur dibahagikan kepada beberapa kaedah, iaitu;

Kaedah Dengar dan Sebut Kaedah Askar / Tentera

Kaedah Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kaedah Oral / Aural (dengar -tutur)

Kaedah Audio-lingual

Kaedah Terus
a. Kaedah Audio-lingual

Pengenalan:
 Kaedah ini berdasarkan kaedah terus dengan pembaharuan dari segi teknik,
bahan dan teknologi.
 Alat-alat mengajar moden seperti alat rakaman digunakan.
 Lebih mementingkan penggunaan bahasa daripada huraian bahasa.

Prinsip-prinsip :
 Bahasa adalah pertuturan bukan penulisan.
 Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman.
 Pelajar diajar untuk menggunakan bahasa dan bukan diajar tentang
pengetahuan bahasa.
 Bahasa ialah apa yang dipertuturkan oleh penutur natif.
 Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Objektif:
 Membolehkan murid-murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran
bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis tetapi keutamaan lebih
kepada kemahiran mendengar dan bertutur.
 Membolehkan murid-murid memahami kebudayaan asing melalui amalan
bahasa.

Cara Pelaksanaan di sekolah :


 Kaedah ini dimulakan dengan aktiviti mendengar dialog dalam bahasa Melayu
yang disampaikan oleh penutur natif.
 Dialog yang diperdengarkan itu perlu dipelajari oleh murid-murid melalui proses
meniru dan menghafal.
 Setelah menguasai sebutan, murid-murid dilatih tubi untuk berdialog. Aktiviti latih
tubi pola-pola ayat dijalankan selepas aktiviti berdialog.

Kelebihan:
 Kaedah ini berjaya menghasilkan murid-murid yang mahir dalam kemahiran lisan
bahasa Melayu.
 Sesuai untuk murid-murid pedalaman kerana pada dasarnya mereka suka
meniru dan menghafal bahasa.

b. Kaedah Dengar dan Sebut

Pengenalan:
 Dicipta berdasarkan teori bahasa yang berpendekatan empirisis yang diutarakan
oleh Leonard Bloomfield.
 Pada tahun 1964 Wilga M. Rivers telah menjadikan kaedah tersebut lebih konkrit
dan memasukkan teori Skinner (khususnya dalam aspek pelaziman dan latihan)
untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul.
Pelaksanaan:
 Pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan.
 Guru bahasa harus peka tentang aspek-aspek gangguan daripada bahasa
ibunda dan dialek tempatan murid-murid pedalaman.
 Bagi mengatasi gangguan tersebut, guru perlu mengadakan latihan tubi fonologi
dan pola-pola ayat.
 Mengadakan aktiviti bahasa yang sebenar-benarnya sama ada bahasa harian di
sekolah, dan di rumah .
 Murid diajar dan digalakkan menggunakan bahasa dengan betul melalui model
atau contoh yang baik.

Prosedur Pengajaran seperti dalam langkah-langkah berikut:


 Murid-murid belajar bertutur dengan betul menurut contoh yang diperdengarkan.
 Murid-murid kemudian membaca dan menulis tentang perkara yang didengar
dan dibaca.

Pada tahap pertama kaedah ini adalah untuk melatih kefahaman mendengar dan
bertutur dalam bahasa sasaran, manakala pada tahap kedua adalah untuk latihan
membaca dan menulis dan hanya dilakukan apabila murid sudah menguasai bahasa
lisan.

Kaedah Askar / Tentera

Pengenalan
 Dalam kaedah ini, kemahiran lisan adalah menjadi tumpuan utama. Pelajaran
hendaklah mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan pengguna-
pengguna dan penutur jati bahasa itu, baik dalam sebutan mahupun dalam
bidang memahami bahasa itu. Tulisan tidak dipentingkan.
 Kaedah yang digunakan adalah sama dengan kaedah terus di mana latih tubi
dipergunakan dengan sehabis-habisnya melalui instruktor yang terdiri dari
penutur jati.
 Kaedah ini menggunakan teori behavioris atau tanggapan bagaimana kanak-
kanak mempelajari bahasa mereka dengan cara semula jadi.

Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman:


 Latih tubi, mimik dan hafazan.
 Menyediakan kumpulan 10 orang, mendengar pembacaan, menggunakan
soalan-soalan mudah, menggunakan skrip.
 Senarai yang disediakan diulang beberapa kali secara beramai-ramai.
 Kelas dibahagikan kepada dua dan masing-masing menyoal di antara satu sama
lain.
 Pelajar berpasang-pasangan, menyoal antara satu sama lain.
 Penyelia latih tubi berjalan ke tiap-tiap kumpulan dan membetulkan atau
membaiki bunyi setiap sebutan.

Kebaikan
 Kaedah ini adalah kaedah ‘semula jadi’ atau ‘natural method’.
 Ia menekankan ‘oral skill’ dan baik pada permulaan pelajaran.
 Kaedah ini menjadikan pelajar-pelajar patuh mengikut atau meniru guru.
 Kaedah ini amat sesuai untuk mengenalkan nahu dan perbendaharaan kata.

c. Kaedah Oral – Aural (dengar – tutur)

Pengenalan
 Kaedah ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti ‘mimicry’
(ajukan).Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.
 Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara realistik dengan perhatian terhadap
intonasinya yang betul.
 Objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu.
 Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya
bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Tujuan
 Untuk membolehkan pelajar-pelajar memperkembangkan keempat-empat
kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
 Kaedah ini juga membolehkan pelajar-pelajar untuk memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Cara Pelaksanaan :
 Pelajaran dimulakan dengan dialog tertentu.
 Guru mendengar sebutan penutur jati atau sebutannya sendiri melalui pita
rakaman, kemudian murid-murid diminta menyebut rangkai kata selepas model
sehingga sebutan mereka menjadi lancar.
 Di peringkat awal mereka berlatih bersama-sama, kemudian dipecahkan kepada
beberapa kumpulan kecil.
 Kalau terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid-murid akan
diperbetulkan dan mereka diminta mengulang sebutan yang betul itu.
 Bila murid-murid telah mencapai kebolehan untuk menghasilkan sesuatu
struktur, baharulah mereka diberi teks yang merupakan kesimpulan am daripada
pola-pola struktur yang telah diubah.

d. Kaedah Terus

Pengenalan
 Kaedah yang mengutamakan prinsip-prinsip psikologi kanak-kanak.
 Membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran berbahasa itu
secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang
dipelajari itu di dalam masyarakat berkenaan.

Asas Kaedah Terus


 Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat
dengan fikiran atau di sebaliknya.
 Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia
ada.
 Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang
telah dirancang.
 Pengajaran berpandukan kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa
kandung mereka iaitu :
o Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar harus mendahului
kemahiran bertutur.
o Murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar.
o Tidak mempelajari sebarang undang-undang tentang bahasa yang hendak
dipelajari.
o Sebutan yang betul diutamakan dan oleh kerana itu kaedah ini memerlukan
pengetahuan ilmu fonetik.
o Ulangan dan Pengukuhan harus diperbanyakkan.
o Harus mempelajari sesuatu secara keseluruhan.
o Harus mempelajari sesuatu yang mudah terlebih dahulu dan kemudian
bergerak kepada yang lebih rumit.

Kebaikan
 Kaedah ini sangat sesuai untuk mempelajari bahasa kerana sifatnya sama
dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa kandung mereka.
 Pengajaran secara terus memudahkan pencapaian tingkatan serta merta dan
murid-murid dapat menggunakan bahasa itu secara aktif dan seterusnya
membolehkan mereka cepat dapat bertutur dengan lancar dan fasih.

Cara Pelaksanaan di Sekolah


 Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan murid-murid terus
kepada bahasa Melayu.
 Segala makna perkataan yang tidak difahami oleh murid-murid dijelaskan oleh
guru dengan cara berikut :
o Mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar.
o Mengaitkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat dengan gambar, rajah-
rajah, lukisan atau sebagainya.
o Menggunakan perkataan seerti atau berlawan.
o Dengan menggunakan aksi atau lakonan.
o Memberi huraian atau cerita.
o Dengan menjelaskannya dalam ayat-ayat.

e. Peringkat mendengar

i. Mendengar Secara Intensif


 Dilakukan melalui latihan dan aktiviti formal dengan pengawasan guru.
 Dibahagikan kepada dua jenis;
a. Berpusatkan kefahaman makna secara terperinci
b. Menekankan latihan mendengar bahasa Melayu yang dituturkan

Latihan berpusatkan kefahaman


 Mendengar arahan
 Menjawab soalan kefahaman
 Mendengar mendapatkan maklumat
 Membuat ringkas
 Menyelesaikan masalah
ii. Mendengar Secara Ekstensif
 Bertujuan meluaskan penguasaan keseluruhan bahasa Melayu.
 Dilakukan melalui aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
 Mampu melatih murid memberi pandangan dan pendapat.

iii. Mendengar Secara Aktif


 Mendengar dengan melakukan tindak balas dan bersifat dua hala.
 Murid-murid dapat menguasai sistem bahasa yang didengarnya.
 Tindak balas berlaku mengikut bentuk dan jenis ujaran yang didengar.

iv. Mendengar dengan beremosi


 Murid mahir dalam bahasa yang dituturkan
 Mereka boleh mendengar, memahami dan bertindak balas
 Berlaku kerana ujaran itu membawa makna

v. Mendengar secara berhati-hati


 Mendengar dengan teliti dan bersungguh-sungguh
 Perlu menumpukan kepada kata, rangkai kata dan ayat dalam
pertuturan
 Bertujuan agar setiap butiran kata difahami dengan tepat dan betul
 Dapat dicapai dengan banyak latihan mendengar.

vi. Mendengar secara kritikal


 Kemahiran mendengar tahap tinggi
 Berupaya memilih dan menentukan perkara yang benar dan palsu
 Dapat menentukan kesahihan fakta dan menyedari kelemahan bahasa
 Perlukan berfikir secara kritis dengan memberi latihan secara intensif

vii. Mendengar dengan pengamatan


 Berlaku kepada murid-murid yang mencapai tahap berfikir secara kritikal
 Mendengar dengan berasaskan pengalaman
 Ujaran perlu ada kaitan dengan pengalaman pendengar

f. Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar

1. Fizikal
2. Jantina
3. Status Sosioekonomi
4. Gangguan Bunyi
5. Mental

g. Prinsip-prinsip pengajaran kemahiran mendengar

1. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama kemahiran yang lain,


murid tidak diminta mendengar sahaja tanpa memberitahu apa yang
didengar. Kemahiran ini dikaitkan dengan kemahiran yang lain seperti
bertutur, membaca dan menulis. Peruntukan masa yang lebih diberikan
kepada aspek lisan.
2. Kemahiran mendengar adalah latihan adalah kemahiran yang dianggap
dinamik dan aktif. Latihan yang dirancang berteraskan sesuatu tugasan
yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti tertentu. Aktiviti mendengar
diikuti oleh aktiviti lain seperti melakukan sesuatu, menunjukkan aksi,
membuat sesuatu dan sebagainya.

3. Murid-murid mempunyai kebolehan memahami lebih tinggi berbanding


kemahiran bertutur atau menulis. Sesetengah murid mungkin memahami
sesuatu petikan tetapi sukar menjawab soalan yang dikemukakan dalam
ayat yang gramatis. Sebahagian pula, memahami apa yang didengar tetapi
tidak mengaitkan isi penting yang ada dalam petikan. Guru perlu berfikir
bagaimana cara membolehkan murid bertindak balas seperti aksi, iaitu
kemahiran lain yang lebih berkesan.

4. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan berperingkat-peringkat dan


dirancang dengan baik. Pada awal pengajaran, kemahiran mendengar
haruslah dijalankan dengan memberi latihan mendengar secara
keseluruhan dahulu. Setelah muri-murid dapat mendengar dan
menanggapi apa yang didengar baru mereka dibawa mendengar bahagian-
bahagian tertentu lebih kursus dan terperinci.

5. Guru perlu ingat supaya jangan terlalu ghairah untuk menjalankan aktiviti
mendengar sehingga boleh membebankan murid. Pilih aktiviti yang
menarik, sesuai serta memberi kesan yang lebih baik.

6. Motivasi adalah penting untuk meningkat minat mendengar dalam kalangan


murid. Pelbagai tugasan yang mencabar perlu disediakan. contohnya
tugasan itu biar berupa beberapa masalah dan murid diminta mendengar
dan menyelesaikannya. Tugasan yang berbentuk latihan kefahaman
memerlukan murid menjawab soalan daripada petikan tidak begitu
digalakkan.

7. Guru hendaklah mengelakkan diri daripada menyoal murid setelah mereka


mendengar rakaman. Berikan murid soalan terlebih dahulu sebelum
mereka mendengar rakaman tersebut. Arahan dan soalan diberi sebelum
murid mendengar supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada
apa yang diperlukan.

8. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak-


sebanyaknya untuk mewujudkan keyakinan.

9. Bahan yang digunakan oleh guru untuk mengukuhkan kemahiran


mendengar murid-murid hendaklah daripada bahan sedia ada. Bahan
seperti ini boleh dijadikan bahan penggalak. Murid berasa puas jika dapat
menggunakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

5.3.1.2 Kemahiran Bertutur

a. Konsep bertutur
Sebagai seorang guru haruslah melatih murid-murid di sekolah untuk berkomunikasi
dengan baik. Ini sebagai persediaan murid–murid menghadapi masyarakat luar dan
berurusan rasmi. Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan
melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan
bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang
dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada
peringkat produksi.

Beberapa konsep pertuturan;


 Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
 Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
 Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.
 Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
 Kemahiran menyebut atau mengajuk bunyi dan suara.
 Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral.
 Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman dan perasaan individu.
 Berita dan laporan iaitu kemahiran melahirkan semula pengalaman dan
pengamatan
secara lisan dalam struktur ayat dan frasa yang baik.
 Perbincangan dan perbahasan iaitu kemahiran mengeluarkan pendapat di
samping
 mempertikaikan pendapat orang lain secara serentak.
 Aspek-aspek penting dalam kemahiran bertutur;
(a) Sebutan
(b) Tekanan
(c) Mora (panjang-pendek)
(d) Jeda (persendian)
(e) Intonasi
(f) Nada
(g) Tatabahasa
(h) Kelancaran
(i) Kefasihan
(j) Laras bahasa

b. Tujuan bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan


buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa.

Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid-murid


boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta
menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.
Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid;
 Menyebut dengan jelas perkataan bahasa Melayu standard.
 Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi berdasarkan perkara atau
peristiwa di sekitar mereka.
 Menunjukkan arah tempat-tempat menarik di sekeliling mereka dengan mudah.
 Bertemu ramah dengan penduduk kampung.
 Membina soalan untuk mencari maklumat berkaitan sekeliling mereka.
 Bertutur secara bertatasusila dengan rakan dan orang di sekeliling mereka.
 Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi.

c. Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur


Aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat awal ialah:
 Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
 Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
 Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
 Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
 Memberi arahan.
 Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
 Membuat ayat-ayat daripada gambar sekitar sekolah atau kampung.

Aktiviti bagi peringkat pertengahan:


 Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
 Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
 Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
 Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
 Memberi ucapan pendek dan mudah.
 Memberi komen secara mudah.
 Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang
 bersekolah, persekitaran, di rumah.

Soalan Tugasan

Murid-murid pemulihan didapati menghadapi masalah dalam kemahiran Lisan


bahasa Melayu.
1. Bagaimana mengesan daerah-daerah kelemahan lisan murid-murid?
2. Nyatakan cara-cara memperbaikinya.
3. Nyatakan bahan bantu Mengajar (BBM) yang sesuai digunakan dalam
pengajaran lisan (mendengar dan bertutur).
4. Nyatakan teknik-teknik yang sesuai dan bahan bantu yang digunakan dalam satu
sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.3.2 Kaedah Membaca Kelas Pemulihan

Sesunggguhnya bukan semua kanak-kanak pemulihan dapat menguasai kemahiran


membaca dengan mudah. Terdapat juga ramai kanak-kanak yang tidak boleh
membaca, yang susah membaca, tidak mahir membaca dan tidak suka membaca.
Situasi inilah akan menyulitkan pengajaran guru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh
digunakan untuk mengajar kanak-kanak pedalaman membaca antaranya ialah; kaedah
pandang dan sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik.
a. Kaedah Abjad
 Kaedah abjad merupakan satu kaedah yang telah lama diamalkan oleh
kebanyakkan guru bahasa di sekola. Kaedah ini disebut juga sebagai kaedah
huruf dan kaedah mengeja.
 Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf yang ada di
dalam sistem ejaan bahasa Melayu, iaitu huruf-huruf kecil a hingga f ,g hingga
k,l hingga p, dan r hingga z.
 Menganal dan menghafal huruf kecil dan besar serta menghafal nama-namanya.
 Setelah murid diperkenalkan huruf vokal asas a,i dan u dan daripadanya
dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan menggabungkan
huruf-huruf konsonan, misalnya:

ba bi bu

ca ci cu

da di du

ha hi hu

ja ji ju

 Daripada suku kata itu dibentuk perkataan mudah seperti baca, babu, cucu,
dada, dahi, budi dan sebagainya.
 Perkataan-perkataan dieja mengikut nama hurufnya dan kemudian disebut
perkataannya.
 Mengeja perkataan-perkataan itu, iaitu secara huruf satu demi satu, misalnya
disebut;

b,a, t, u = batu,

b, a, b, u = babu,

b, u, d, i = budi

atau secara suku kata, iaitu

cu, ci = cuci

ba, ca = baca

sa, ya = saya

 Kebaikannya ialah, kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid diasaskan


pada pengenalan huruf dan suku kata. Oleh kerana sistem ejaan bahasa Melayu
bersifat fonemik, iaitu setiap huruf atau lambang mewakili satu bunyi yang
tertentu dan keadaannya pula tetap, maka apabila murid-murid bertemu dengan
apa jua suku kata (gabungan beberapa bunyi/ huruf), mereka akan dapat
menyebutnya dengan sebutan yang betul.
 Dengan demikian mereka akan boleh membaca apa sahaja perkataan atau ayat-
ayat yang dihadapkan kepada mereka walaupun mereka tidak memahami
makna perkataan-perkataan.
 Apabila mereka sudah menguasai kemahiran ini dengan baik, masalah
membaca tidak lagi.

b. Kaedah Fonik
 Murid-murid diperkenalkan dengan bunyi huruf bukan nama huruf.
 Menggabungkannya bunyi huruf-huruf yang lain untuk membentuk suku kata dan
perkataan.
 Sebagai contoh, lambang “S” diperkenalkan dengan bunyinya “sss”, lambang “a”
dengan bunyi “aaaa”, lambang “t” dengan bunyi “teeh”, lambang “b” dengan
bunyi “beh” dan seterusnya.
 Lambang-lambang itu tidak diperkenalkan bunyinya sahaja.
 Bunyi-bunyi itu kemudiannya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan,
misalnya “satu” (gabungan bunyi “sa” dan “tu”) “batu”, “susu” dan sebagainya.
 Gambar-gambar disediakan juga bagi kaedah ini dengan padanan huruf.
 Murid pada mulanya diajarkan dengan bunyi-bunyi yang tidak bermakna tetapi ia
boleh menanamkan asas yang kukuh kepada kanak-kanak untuk mengenali
bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf dalam sistem ejaan.
 Kanak-kanak membunyikan sukukata yang diwakili oleh dua lambang bunyi
seperti “ng”, “ny”, “kh”, “gh” dan “sy”.
 Begitu juga dengan bunyi [ә] dan [e] yang di dalam tulisan, hanya dilambangkan
oleh huruf “e”.
 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,
misalnya ba, tang, = batang.
 Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan
akhirnya perkataan. Misalnya,

b (beh), a (ah) = ba

t (teh), u (uh) = tu

ba + tu = batu

Kebaikannya
 Membaca dengan kaedah ini sesuai dengan bahasa Malaysia kerana suku-suku
kata yang hampir tetap bunyinya.
 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun
perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

c. Kaedah Pandang Sebut


 Dikenali sebagai kaedah “seluruh perkataan”.
 Perkataan ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna dari pecahan tiap-tiap
hurufnya.
 Menjadi asas untuk mengajar murid-murid mula membaca.
 Perkataan seiring dengan gambar.

Cara menggunakan Teknik Pandang dan sebut.


 Murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk membaca.
 Mengenal beberapa puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-
ayat.
 Murid-murid diajar mengeja tiap-tiap perkataan.
 Murid diajar mengenal huruf-huruf.

Cara pelaksanaan
 Menyebut perkataan.
 Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata.
 Membaca ayat.
 Murid-murid disuruh menyebut perkataan-perkataan itu dengan mengenali
gambarnya sekali.
 Murid cuba mengenali lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu
lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan dan untuk boleh
membaca sebuah ayat pendek,
 Hanya setelah mereka boleh menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat,
barulah mereka mengenali satu demi satu akan abjad-abjad yang membentuk
perkataan-perkataan itu.
 Kaedah ini timbul sebagai reaksi kepada kelemahan kaedah abjad, yang
dianggap tidak bermakna kerana menekankan penghafalan huruf-huruf dan suku
kata pada peringkat awal pembelajaran.
 Kaedah ini dikatakan lebih bermakna kerana perkataan yang diperkenalkan itu
secara tersendiri memang bermakna. Dengan kata lain, murid-murid memahami
apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka daripada merasa
bosan.
 Walau bagaimanapun, kaedah ini ada juga kelemahannya.
 Kemahiran mengenal lambang-lambang yang membentuk perkataan tidak
muncul dengan cepat. Kanak-kanak membaca bukan berdasarkan lambang-
lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. Jadi, mereka
sebenarnya menyebut nama gambar (kerana mereka mengenali benda dalam
gambar) bukan membaca apa yang tertulis mengenai gambar itu.

Kaedah ini mementingkan dua perkara:


 Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui
gambar.
 Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Prosesnya
 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya dan
terus menyebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan
yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
 Seterusnya kanak-kanak diminta mengecam ayat-ayat yang pendek dan mudah
dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya.
Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca.
 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Kelebihannya
 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari
sesuatu secara keseluruhan kepada bahagian kecil dan menarik minat murid-
murid.
 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak dari mula
mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama
ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

d. Kaedah Campuran
 Kaedah campuran yang memberatkan cerakinan.
 Kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal.
 Melibatkan pendengaran dan penglihatan.
 Selepas kanak-kanak menguasai kecekapan asas ini, kanak-kanak akan
didedahkan pada bahan bacaan, iaitu menguasai kecekapan yang mudah
kepada mereka.
 Selepas itu barulah bacaan mekanis.
 Kaedah suku kata dan kaedah bunyi juga diperlukan sebagai sokongan bagi
menguatkan pengecaman bunyi-bunyi huruf dan suku kata, serta bentuk-
bentuknya.
 Waktu membunyikan suku kata hanya bunyi huruf konsonan awal sahaja yang
ditekankan dan seterusnya digabungkan dengan bunyi vokal yang mengikutinya,
seterusnya hingga menjadi perkataan.
 Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu, dan
pengenalan kepada nama huruf dibuat secara tidak langsung, dan digalakkan
selepas bunyinya dikuasai.
 Tatacara pendekatan ini bolehlah dirajahkan seperti berikut:

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


(ayat/perkataan)

KAEDAH SUKU KATA

Kaedah Sokongan

KAEDAH HURUF/ BUNYI


(bunyi huruf)

Ciri-ciri

 Bahan yang akan dibaca harus difahami dan sebutannya dibetulkan.


 Seluruh perkataan didahulukan untuk mengaitkan lambang dan konsep.
 Pengecaman simbol huruf-huruf diberatkan melalui penggunaan kaedah suku
kata dan kaedah huruf/ bunyi untuk pengecaman yang lebih teliti.
 Bahan bacaan diperingkatkan mengikut senang susah.
 Pemilihan perkataan dan benda-benda di sekeliling yang diketahui oleh murid.
 Aktiviti pengukuhan yang mirip kepada bahan yang dibaca untuk setiap murid
dijalankan.

Bahan
 Daripada segi bahan bacaan, perlu mengikut prinsip daripada senang kepada
susah.
 Peraturan berikut adalah sesuai bagi menentukan prinsip pemilihan bahan
bacaan itu.

1.1. Dua suku kata terbuka bermula dengan vokal: i + bu


1.2. Dua suku kata terbuka: ba + ju
1.3. Dua suku kata
1.3.1. Terbuka + tertutup: bu + lan
1.3.2. Tertutup + terbuka: lam + pu
1.4. Dua suku kata tertutup: sam + pah
1.5. Tiga suku kata terbuka: ke + ru + si
1.6. Dua suku kata:
1.6.1. Terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh: nya + nyi
1.6.2. Terbuka + tertutup: kha + mis
1.7. Dua suku kata bermula dengan vokal:
1.7.1. in + tan
1.7.2. em + pat
1.7.3. un + tung
1.8. Suku kata campuran:
1.8.1. ber + la + ri
1.8.2. me + lu + kis
1.8.3. mem + ba + ca
1.8.4. me + nga + nga
1.8.5. pe + rem + pu + an
1.9. Dua vokal berganding termasuk diftong:
1.9.1. Main, kain
1.9.2. Laut, taat
1.9.3. Buih, amboi

Pengelolaan
 Tunjukkan gambar (baju) dan minta murid menamakan, kemudian berbual
mengenainya dengan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran
alam dan manusia.
 Tunjukkan kad perkataan baju dan minta murid sebut perkataan itu.
 Gandingkan kad perkataan baju pada gambar tadi, dan minta murid sebut
perkataan tersebut.
 Ketepikan kad gambar, minta murid menyebut (membaca) kad perkataan itu.
Begitulah seterusnya dengan perkataan-perkataan lain.
 Tanpa menggunakan gambar, guru tunjukkan kad-kad perkataan dan minta
murid membacanya.
 Tunjukkan kad-kad suku kata satu persatu bagi perkataan tadi.
 Gandingkan suku kata ba + ju pada kad perkataan baju dan minta murid
menyebutnya dengan meneliti persamaan perkataan itu.
 Cantumkan dengan segera dan minta murid-murid membacanya. Tunjukkan
semula kad perkataan baju dan minta murid-murid membacanya.
 Pecahkan suku kata tadi pada huruf-huruf dengan menggunakan kad lain dan
minta kelas membunyikan huruf-huruf itu –
a(a), b(beh), u(u), j(jeh) = ba(ba), ju(ju) sebut ( baju)

e. Jenis-Jenis bacaan

i. Bacaan Mekanis

Tujuan Bacaan Mekanis


Membolehkan membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi
yang betul serta jelas. Selain itu, membolehkan murid membaca dengan irama
bacaan yang betul. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca
serta tahu berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul. Seterusnya
membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca
mekanis/bersuara.

Cara Melaksanakan Bacaan Mekanis


 Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai
dengan kebolehan dan umur murid.
 Bersoal jawap dan membantu murid-murid dengan perkataan dan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
 Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid pula menyemak bacaan
guru.
 Guru membaca dan murid-murid mengikut.
 Guru berbincang dan bersoal jawap dengan murid-murid tentang isi bacaan
untuk menguji kefahaman mambaca mereka (dilakukan secara lisan dan
bertulis).
 Guru membaca sebagai contoh dan murid mengikut.
 Guru memandu murid membaca secara individu bergilir-gilir.
 Bersoal jawab dan membantu murid- murid dengan perkataan rangkai kata
yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
 Guru memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan dgn
kebolehan dan umur murid.

ii. Bacaan Mentalis


Tujuan Bacaan Senyap adalah untuk melatih murid- murid supaya boleh
membaca dengan sendiri . Selain itu untuk melatih murid- murid supaya boleh
membaca dan memahami apa yang dibacanya dan melatih murid- murid
membaca senyap dan pantas untuk mendapatkan pengetahuan.

Cara Melaksanakan Bacaan Senyap

 Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman


 Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-
bahan yang sedikit dan senang kepada bahan- bahan yang banyak dan
susah
 Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran diadakan
guru membantu dan membimbing murid- murid yang lemah.
 Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang
susah.
Soalan Tugasan

1. Nyatakan aktiviti-aktiviti pembelajaran membaca yang sesuai dengan kaedah-


kaedah pengajaran membaca berikut:
a. Kaedah Abjad
b. Kaedah fonik
c. Kaedah Pandang Sebut
d. Kaedah Campuran

2. Bilakah masanya guru boleh menggunakan Kaedah bacaan mekanis dan bacaan
Mentalis dalam pengajaran kemahiran membaca?
3. Senaraikan tujuan-tujuan dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan?

5.3.3 Kemahiran Menulis

Selain kemahiran membaca, murid-murid pemulihan juga tidak terkecuali daripada


menghadapi masalah kemahiran menulis. Sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab dan berdedikasi harus melatih muird-murid supaya mahir menulis
dengan cantik , kemas dan teratur.

Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung
dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

Menurut Kamaruddin Hj Husin, (1988:178):

Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika


tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang
berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

Menurut Walshe, R.D. (1981) menyebut:

Proses memilih, menyatukan, menyusun dan mengembangkan idea ke


dalam ayat dan perenggan yang efektif.

Menurut Don Bryne, (1979:1):

Kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan


huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-
lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

a. Matlamat penulisan
 Menulis dan megarang merupakan satu kemahiran. Oleh itu matlamat utama
dalam penulisan adalah :
 Untuk mengenal pasti sub-sub kemahiran tersebut.
 Murid-murid diajar oleh guru mengenai sub-subkemahiran tersebut.
 Untuk melatih dan meningkatkan kemahiran murid menulis dan
mengarang.
 Untuk menguji kemahiran menulis dan mengarang murid bagi mengenal
pasti masalah supaya kelemahan mereka dapat diperbaiki.

b. Peringkat-peringkat penulisan

Terdapat 3 peringkat dalam proses menulis atau mengarang,

1. Peringkat pertama : Prapenulisan

Mengikut Wilma dan David Ebbitt (1978:5):

Prewriting is discovering what you think and feel about your subject,
it’s finding the perspective from which you’ll write about it. It includes
whatever goes on before you make the purposeful effort to produce
a first draft.

 Berdasarkan daripada pernyataan tersebut, antara kegiatan prapenulisan


yang boleh dijalankan di dalam kelas ialah;
i. ‘Brainstorming’ atau sumbang saran berdasarkan isi sesuatu tajuk.
ii. Perbincangan di dalam kelas.
iii. Membuat rangka kasar mengenai topik yang hendak ditulis.
iv. Mencari pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan isi / idea.

2. Peringkat kedua : Menulis

 Pada peringkat ini, kerja menulis dengan terperinci berdasarkan


perancangan / rangka isi yang telah dibuat.
 Murid hendaklah menulis apa sahaja isi atau idea yanhg telah dirancang atau
dirangkakan tadi.
 Secara ringkasnya, kerja penulisan dalam peringkat ini melibatkan perkara-
perkara berikut ;
i. Membina / mengembangkan isi / idea yang telah dirancang.
ii. Memberi bukti / alasan yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang
dibuat.
iii. Membentuk ayat yang jelas untuk mengambarkan isi / idea.
iv. Memberi tanda baca yang bersesuaian bagi memperjelaskan maksud.
c. Latihan awal penulisan bagi murid-murid pemulihan

• Latihan awal menulis di peringkat rendah perlu menekankan beberapa aktiviti,


seperti :
i. Peringkat menyediakan murid.
ii. Peringkat mendirikan asas.
iii. Peringkat latihan menulis.

i. Peringkat menyediakan murid


Peringkat ini memerlukan persediaan seperti:
 Melakukan aktiviti pergerakan tangan.
 Menguasai gerak tangan yang besar agar boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
 Melakukan latihan pergerakan mata.
 Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata.

Aktiviti latihan menulis boleh dilakukan dalam beberapa cara, seperti:


 Latihan membentuk corak.
 Latihan mewarna bentuk.
 Latihan bentuk menyerong dan menegak.
 Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya.
 Latihan membentuk atau melukis bentuk yang berkaitan dengan bulatan.

Aktiviti tersebut dapat dibentuk dalam pelbagai jenis sama ada dengan cara
membesarkan atau mengecilkan saiz, dimensi dan susunan melalui aktiviti seperti:
 Menekap.
 Menyalin kembali huruf / bentuk.
 Membentuk huruf / bentuk dengan menggunakan tanah liat, adunan tepung dan
sebagainya untuk melatih kordinasi tangan dan mata.
 Menggunting / membentuk huruf atau corak.

ii. Peringkat mendirikan asas


 Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.
 Murid diperkenalkan dengan lambang huruf yang bersesuai dengan gambar,
seterusnya menulis ayat pendek.
 Semasa menulis, murid digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan itu.
 Buku tulisan pada peringkat ini sebaiknya tidak mempunyai garisan.
 Apabila tulisan murid beransur baik, mereka boleh menulis dalam buku latihan
bergaris.

iii. Peringkat latihan menulis


 Pada peringkat ini, murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru.
 Bahasa tulisan haruslah sama dengan bacaan yang diajarkan kepada murid.
 Latihan ini bertujuan membolehkan murid menulis dengan jarak yang sesuai
dengan perkataan dalam ayat, menulis dengan kemas, serta dengan kepantasan
yang sesuai.
 Cara ini mempunyai kelebihannya, iaitu;
Ia lebih cepat ditulis.
Keindividuan dalam tulisan mudah dilihat.
Tulisan ini biasanya digunakan dalam surat menyurat.

d. Tujuan Mengajar Menulis Murid-murid Pemulihan

1. Tujuan Semerta
 Untuk mendirikan asas yang kukuh seperti kanak-kanak boleh menulis
dengan baik, cekap, dan pantas.
 Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas
dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
 Kanak-kanak boleh mengulangi pelajarannya menerusi membaca tulisan-
tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi
bacaannya.
 Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk tulisan.
 Membina minat suka menulis atau mengarang.
 Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
 Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

2. Tujuan Lanjut
 Untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat
menerusi penulisan.
 Dapat memberikan kepuasaan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan
perasaan.
 Menyediakan kanak-kanak dengan pengetahuan ini supaya dapat
memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi
kepentingan diri sendiri dan orang lain

e. Jenis-jenis penulisan karangan

1. Karangan terkawal
 Merupakan karangan peringkat asas / pertama yang harus dilalui oleh setiap
murid.
 Karangan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru.
 Susunannya dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpim ke arah karangan
bebas.
 Karangan jenis ini menitikberatkan kelancaran dalam penggunaan bahasa
dan mengeluarkan fikiran dengan tidak diganggu oleh soal bahasa.
 Antara tujuan karangan terkawal, ialah;
i. Mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid.
ii. Menjadi asas kepada karangan bebas. Murid dipimpin sedikit demi
sedikit ke arah karangan bebas yang menitikberatkan soal isi dan
bahasa.
iii. Membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lancar dan
mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh masalah-masalah
berbahasa.

2. Karangan separa terkawal


 Pada peringkat ini, murid masih diberikan kawalan walaupun tidak
sepenuhnya.
 Muird diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka
untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru.

Contohnya, guru membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis


di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa
perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataan lain yang
disediakan.

i. Karangan berpandu
 Pada peringkat ini, murid-murid menerima sedikit kawalan sahaja
dimana seolah-olah mereka dipandu dalam membuat karangan
tersebut.
 Pada peringkat ini juga, kemungkinan murid-murid akan melakukan
kesalahan-kesalahan yang lebih besar.Tetapi ada kekecualian bagi
mereka yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat
memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat terkawal dan
separa terkawal.
Contohnya, guru membaca sebuah karangan yang sudah
disediakan.Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula
perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau
arahan yang diberi guru.
 Pada peringkat ini, guru masih memberikan bimbingan kepada
murid-murid.

ii. Karangan bebas


 Karangan bebas hanya akan dapat dijalankan setelah murid-murid
sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.
 Di peringkat ini, murid-murid diberi tajuk umum dan mereka diminta
untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis
dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
 Jenis karangan ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk dan
bentuk ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu karangan bentuk
naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif.
 Bentuk karangan bebas ini dapat diperlihatkan dalam rajah di bawah;

f. Kecekapan Berbahasa Untuk Latihan Menulis

 Pelajar dapat melahirkan secara bertulis fikirannya, perasaan dan pengalaman


dengan jelas, tersusun, logik, dan menggunakan tatabahasa yang betul.

 Mengembangkan daya cipta untuk menulis sesuatu yang kreatif atau kritis
seperti cerpen, cerita imaginasi, pandangan, perbincangan, perbahasan, dan
syarahan.

 Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke dalam bahasa Malaysia Baku


dengan memelihara makna asalnya.
 Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahan prosa.

 Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau


rakan sebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan.

 Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan


kemahiran menulis di kalangan pelajar:

 Latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat
atau perenggan yang dipilih.

 Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang


paling sesuai dan tepat.

 Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang


betul tatabahasanya.

 Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang
tersusun dan logik.

 Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau


satu gambar bersiri.

 Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat.

 Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk
pelbagai tujuan.

 Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya.

 Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan


kata, ejaan, tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan.

 Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.

 Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan


sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi.

 Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.

 Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik


termasuk teknik membuat pendahuluan, penyampaian, dan kesimpulan.

 Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa.

 Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa


menjejaskan makna asalnya.
g. Prinsip-prinsip Penulisan

 Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis
yang berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan
tepat sesuatu yang telah dibaca oleh guru.

 Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat


ayat-ayat yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan tertentu.

 Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri
daripada urutan ayat yang teratur dan logik.

 Penulisan karangan pada peringkat awal (menengah rendah) mestilah bersifat


terpimpin atau terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi
perbendaharaan kata dan/atau kandungan.

 Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar


termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.

 Untuk membolehkan pelajar mengenal hasil penulisan yang bermutu tinggi, guru
patutlah mendedahkan mereka kepada karya penulisan yang baik daripada
pelbagai sumber termasuk bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.
Soalan Tugasan

1. Huraikan matlamat, peringkat-peringkat, dan latihan awal menulis yang perlu


diketahui oleh seseorang guru dalam pengajaran bahasa Melayu?

2. Kemahiran dalam penulisan mekanis dimulakan apabila murid-murid telah melalui


latihan intensif dalam kemahiran pratulisan. Nyatakan beberapa aktiviti penulisan
mekanis kepada murid-murid yang telah bersedia untuk menulis.

3. Terdapat beberapa cara menulis karangan seperti karangan terkawal, separa


terkawal, berpandu, dan bebas. Bilakah masanya guru mengajar jenis-jenis
karangan tersebut kepada murid-murid?

5.3.4 Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu

Pendidikan pemulihan perlu diambil perhatian serius oleh guru-guru di sekolah.


Keadaan ini adalah untuk mengelakkan bertambahnya bilangan murid-murid yang buta
huruf apabila tamat persekolahan peringkat rendah. Keadaan ini akan membebankan
guru-guru di sekolah menengah. Pendidikan pemulihan ialah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu murid-murid sekolah yang menghadapi masalah
pembelajaran. Pemulihan peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa iaitu selepas
kelemahan menguasai satu kemahiran berbahasa (focus utama/sampingan) dikesan
melalui aktiviti penilaian. Sekiranya murid itu masih gagal dalam pemulihan yang
dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan ditempatkan dalam bilik pemulihan khas
dan akan menjalankan aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan khas.

a. Rasional pendidikan pemulihan di sekolah.


 Murid mempunyai pelbagai perbezaan
 Guru mengajar menggunakan kaedah keseluruhan kelas
 Murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran asas
 Masalah pembelajaran diharap tidak berhimpun sehingga akhir persekolahan
 Murid lemah memerlukan perhatian dan bimbingan
 Program pemulihan harus disediakan bagi membantu menghadapi masalah
pembelajaran

b. Tujuan pemulihan
 Membantu murid menghadapi masalah pembelajaran
 Membantu murid menguasai kemahiran mengikut aktiviti
 Layanan yang sesuai dengan kebolehan dan kognitif
 Mengembangkan potensi dan minat murid
 Peluang pendidikan yang sama dan aktiviti sosial yang baik
 Menanam sikap positif serta keyakinan diri, berdikari
 Meneruskan pembelajaran dalam persekolahan biasa.

c. Pendidikan Pemulihan dalam KBSR


 Dalam Buku Panduan Asas KBSR, guru disarankan merancang aktiviti P&P
berdasarkan kebolehan dan perbezaan murid.
 Murid-murid dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan lemah.
 Semasa kumpulan cerdas dan sederhana menjalankan pengayaan kumpulan
lambat menjalankan aktiviti pemulihan dan akan dinilai semula
 Murid yang berjaya dipulihkan akan diberi aktiviti/pelajaran seterusnya
 Murid yang masih belum menguasai kemahiran itu akan ditempatkan dalam
kelas pemulihan khas
 Dalam rancangan KBSR, semua program pemulihan tertumpu kepada
kemahiran asas iaitu lisan, membaca, menulis dan mengira.

Sumber Rujukan:

Juriah Long dan rakan-rakan,(1990),Perkaedahan Pengajaran bahasa Malaysia, Fajar Bakti


Sdn Bhd Petaling Jaya , Selangor.

Kamaruddin Hj Husin, (1986), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa,


Selangor: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997), Penguasaan Kemahiran
Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pengajian Melayu 2, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd, 1996.

Mok Song Sang,(1994), Asas Pedagogi 1 dalam Pengajaran Pembelajaran,Kumpulan Budiman


Sdn Bhd, Selangor.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, (1987), Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar
Bakti Sdn Bhd , Selangor.

http://www.djz.edu.my/kecheng/malay/drafsukatan.htm

Anda mungkin juga menyukai