Anda di halaman 1dari 2

TOPIK 4 : LATIHAN 3

Guru yang kompeten dan berkualiti dapat memberi impak kepada masa
hadapan generasi muda dan pembangunan negara.

Pada pendapat anda, sejauh manakah inisiatif-inisiatif yang diambil oleh


Kementerian Malaysia berjaya meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia?

Pada pendapat saya, inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Kementerian Malaysia


telah berjaya meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia. Misi Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yangberkualiti dan bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya danmemenuhi aspirasi negara
adalah petunjuk jelas bahawa guru sebagai pelaksana misi tersebutperlulah kompeten.

Bagi memastikan guru-guru yang dilahirkan berkualiti maka input atau


pengambilan guru-guru pelatih perlulah cermat dan teliti. Jika berdasarkan statistik
semasa, profesion perguruan nampaknya mempunyai ruang dan peluang yang cukup
baik untuk mendapatkancalon yang benar-benar berkelayakan. Manakala, Kementerian
Pelajaran Malaysia menerima kira-kira 85000 permohonan daripada lulusan SPM bagi
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) berbanding hanya 1500
tempat yang disediakan. Beliau memberi jaminan akan memastikan calon-calon yang
terpilih adalah mereka yang betul-betul layak berdasarkan syarat-syarat yang
ditetapkan. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) akan
mengambil calon guru daripada 30% pelajar-pelajar yang cemerlang di peringkat
SijilPelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Ini adalah bagi
memastikan calon guru yang diambil adalah berkualiti.

Latihan dalam organisasi dan kursus secara berterusan adalah antara strategi
untuk memastikan guru Malaysia sentiasa mendapat pendedahan yang terkini dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap agar prestasi kerja mereka dipertingkatkan.
Latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan
berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi
keperluan dan tuntutan semasadalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk
pembelajaran seperti kursus, latihansemasa bekerja dan program mentoring/coaching
atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu
dan kecemerlangan organisasi. Menurut Pengarah BPG, Datuk Abdullah Abdul Kadir,
sebanyak RM 260 jutasetahun telah diperuntukkan kepada Kursus Dalam
Perkhidmatan. Antara kursus tersebutialah Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan
matematik. Pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris,
Bimbingan Pengurusan Pendidikan danKemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi
(TMK). Nyata bahawa latihan, latihan semula dan juga kursus berterusan akan dapat
meningkatkan kompetensi Guru Malaysia dan seterusnya secara langsung memberi
manfaatyang maksimum kepada pelajar.

Pembangunan diri merujuk kepada peningkatan kemahiran, kebolehan dan


kerjaya yang dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada
idea dan pengalaman serta melalui latihan dan sistem mentor. Ia juga merupakan satu
usaha menyediakan individu supaya dapat bertugas dengan berkesan dan efisien untuk
jangka masa yang panjang. Guru-guru digalakkan supaya melakukan kajian-kajian
tindakan dalam bidang pendidikan terutama dalam P&P di dalam bilik darjah.
Keputusan-keputusan penyelidikan seharusnya disebar luas agar dapat dikongsi
bersama. Dalam masa yang sama, guru-guru digalakkan untuk menulis buku-buku
berbentuk ilmiah memandangkan mereka berpengalaman dan pengalaman ini boleh
dikongsi bersama. Dengan kata lain, Guru Malaysia digalakkan melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan tujuan
peningkatan akademik mereka.

Anda mungkin juga menyukai