Anda di halaman 1dari 6

Pengkaji

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi
meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba sedikit
maklumat berkaitan penulisan karangan rangsangan dalam kalangan murid Tahun 5.
Sebagai makluman cikgu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit
dan tidak akan digunakan selain daripada kajian ini.

Pengkaji

Bagaimana keadaan anda pada hari ini? Harap anda berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Peserta

Alhamdulillah sihat. Bagaimana pula dengan saudara?

Pengkaji

Anda telah dipilih untuk ditemu bual kerana anda memegang jawatan sebagai guru Bahasa
Melayu Tahun 5 di sekolah. Boleh anda ceritakan sedikit pengalaman sepanjang mengajar
Tahun 5 tersebut?

Peserta

Pada saya, mengajar murid Tahun 5 ini merupakan satu pengalaman yang seronok dan
penuh dengan cabaran. Hal ini kerana, mereka berada pada usia yang mendorong mereka
untuk berlagak matang tetapi sebenarnya masih keanak-anakkan. Keadaan ini saya sentuh
kerana sifat mereka inilah yang mempengaruhi cara mereka belajar dan cara mereka
berfikir. Mereka ingin dianggap seperti orang dewasa jadi mereka cepat bosan dengan cara
pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan bantu yang keanak-anakkan contoh lagu
dan gambar kartun kanak-kanak. Mereka inginkan sesuatu yang lebih dewasa atau realistik
dan terkini. Sesetengah dari mereka juga tidak suka bila diberi terlalu banyak bimbingan
kononnya mereka tidak perlulah bantuan dari guru tapi sebenarnya mereka tidak boleh buat
tanpa bantuan.

Pengkaji

Berapa tahun pengalaman anda mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
sepanjang berkhidmat sehingga sekarang?
Peserta

Hampir 13 tahun rasanya saya jadi cikgu ni…(ketawa) macam-macam perangai murid saya
jumpa ada yang suka menulis ada yang jenis suka menyalin saja, yang melukis pun ramai.
Jadi bagi saya masalah dalam menulis karangan tu ada tapi ia boleh diatasi dengan banyak
cara. Salah satu caranya menggunakna BBM seperti menggunakan imiginasi visual, lagu-
lagu dan banyak lagilah. Saya pun banyak belajar dengan cikgu baru-baru posting ni ikan
jadi banyak aplikasi mereka bagitahu kami cikgu-cikgu lama ni.

Pengkaji

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, adakah anda kerap mengajarkan kemahiran menulis
untuk murid Tahun 5?

Peserta

Semestinya, seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
kemahiran menulis merupakan kemahiran utama dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Pengkaji

Adakah anda menggunakan alat bantu mengajar semasa pengajaran kemahiran menulis
untuk murid Tahun 5?

Peserta

Ya, saya!

Pengkaji

Apakah perkara yang sukar dalam mengajarkan penulisan karangan berdasarkan


pengalaman anda?

Peserta

Ah… seperti yang saya sentuh tadi. Tidak kira dalam apapun pembelajaran kemahiran
menyediakan bahan bantu yang menepati keperluan murid merupakan satu cabaran yang
paling utama.

Pengkaji

Apakah penyelesaian anda terhadap permasalahan yang anda berikan sebentar tadi?
Peserta

Kebiasaannya, saya akan bersedia lebih awal dan menyediakan bahan bantu mengajar
yang pelbagai dan terkini.

Pengkaji

Adakah anda pernah dengar tentang aplikasi Google Earth?

Peserta

Ya, saya!

Pengkaji

Adakah anda pernah menggunakan aplikasi Google Earth dalam pengajaran dan
pemudahcaraan?

Peserta

Belum pernah lagi, saya hanya pernah menggunakan aplikasi Google Street View sebagai
bahan rangsangan untuk murid bercerita.

Pengkaji

Adakah aplikasi ini sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan
kemahiran menulis karangan rangsangan murid Tahun 5?

Peserta

Dari apa yang saya tahu, aplikasi Google Earth ini lebih kurang sama dengan Google Street
View tetapi lebih terkini. Oleh itu, berdasarkan pengalaman saya menggunakan Google
Street View aplikasi seperti ini sangat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi
memberi rangsangan realistik kepada murid. Khususnya bagi murid yang tidak pernah
melawat ke sesuatu tempat, itu berdasarkan pengalaman saya mengajar murid bercerita
mengenai pengalaman di tepi pantai. Ada sesetengah murid yang tidak pernah ke pantai
jadi mereka tiada langsung pengalaman untuk dikongsikan. Pendek kata tidak adil untuk
seorang guru itu memarahi muridnya apabila mereka tidak dapat bercerita sesuatu yang
mereka tidak pernah alami. Maka, melalui penggunaan aplikasi sedemikian dapat memberi
pengalaman baharu untuk murid. Sekurang-kurangnya mereka tahu betapa indahnya
pemandangan di sana dan apa yang ada di situ.
Pengkaji

Mengapakah aplikasi ini sesuai/ kurang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan
pemudahcaraan dalam menulis karangan rangsangan Tahun 5?

Peserta

Dalam penulisan karangan jenis rangsangan, idea merupakan kunci utama yang akan
memandu murid untuk menulis karangan yang baik. Oleh itu, sama seperti keadaan murid
saya yang saya cerita tadi, mereka memerlukan pengalaman walau hanya dengan melihat,
sekurang-kurangnya ada. Hal ini akan mendatangkan idea kepada mereka untuk bercerita,
bahkan menulis karangan tentang pengalaman tersebut.

Pengkaji

Bagaimanakah pengaplikasian Google Earth ini dapat digunakan dalam pengajaran dan
pemudahcaraan menulis karangan rangsangan Tahun 5?

Peserta

Aplikasi tersebut boleh dipaparkan di dalam bilik darjah dan murid bolehlah melihat tempat-
tempat yang mereka tidak pernah pergi. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga boleh digunakan
untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah dan berinfo seperti muzium dan sebagainya.
Mereka akan dapat melihat secara tiga dimensi seakan-akan mereka betul berada di tempat
itu. Maka pelbagai maklumat mereka boleh peroleh dan mereka juga boleh akses sendiri
apabila mereka berada di rumah.

Pengkaji

Adakah murid faham tujuan utama pengaplikasian Google Earth ini?

Peserta

Faham atau tidak itu… pada saya bergantung kepada guru sebagai pemudah cara.

Pengkaji

Apakah masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam menulis karangan rangsangan?

Peserta

Kebiasaannya, mereka ada masalah untuk mengeluarkan idea dan menyusun idea.
Pengkaji

Bagaimanakah penggunaan aplikasi Google Earth dapat membantu murid meningkatkan


tahap penguasaan dalam kemahiran menulis karangan rangsangan?

Peserta

Penggunaan aplikasi Google Earth seperti yang saya sentuh tadi merangsang idea kerana
murid dapat lihat secara realistik dan macam saya cakap sebelum ini juga murid Tahun 5 ni
mereka sudah kurang tertarik dengan kartun-kartun maka mereka lebih tertarik dan mudah
fokus dengan bahan bantu yang menyediakan pengalaman sebenar kepada mereka.

Pengkaji

Pada pendapat anda, adakah pengaplikasian Google Earth ini dapat merangsang minda
murid untuk menulis karangan rangsangan dengan lebih baik?

Peserta

Jika melihat dalam aspek kehebatan aplikasi ini semestinya boleh tetapi masih bergantung
dengan kreativiti guru yang merancang proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji

Adakah anda berpuas hati dengan suasana pembelajaran yang telah dijalankan yang
menggunakan Google Earth dalam penulisan karangan rangsangan? Jika ‘Ya’ mengapa?

Peserta

Kalau mengikut pengalaman saya menggunakan aplikasi yang serupa, saya sangat berpuas
hati kerana selain murid rasa seronok meneroka sesuatu yang baharu bagi mereka, mereka
juga dapat menambah idea, mereka belajar perkara baharu dan dapat mengurangkan masa
memberi penerangan untuk digunakan dalam memberi bimbingan untuk mereka menyusun
idea.

Pengkaji

Ada apa-apa lagi yang ingin anda kongsikan sepanjang penggunaan aplikasi ini dalam
PdPc?

Peserta

Saya rasa saya sudahpun menjelaskan dengan panjang lebar mengenai aplikasi ini maka
saya hanya ingin memberi galakkan kepada guru lain untuk cuba menggunakan aplikasi ini
dan pelbagai aplikasi lain yang terkini untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Pengkaji

Terima kasih kerana sudi luangkan masa pada hari ini.

Peserta

Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai