Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah ciri-ciri kreativiti dan inovasi yang terdapat dalam lagu rakyat ini?

Antara ciri kreativiti yang terdapat dalam lagu rakyat ini ialah penggunaan muzik yang
sangat menarik dan mengikut dengan peredaran rentak lagu terkini. Hal ini dapat menarik
minat pendengar terutamanya dalam kalangan anak muda untuk menyanyikan lagu ini
kerana rentaknya yang mudah diikuti dan sesuai dengan telinga pendengar zaman kini.
Rogayah A. Hamid (2006) menyatakan penyampaian yang menggunakan pelbagai nada
dan muzik, lagu mampu menyentuh jiwa, meresap dan membentuk perwatakan
pendengarnya. Lagu ini mampu memberi pengajaran atau pendidikan kepada
pendengarnya. Lagu ini juga dapat dijadikan sebagai alat pembentuk minda masyarakat
masa sekarang dan menjadi alat kawalan sosial yang berkesan. Disebabkan ia mudah
difahami, maka menyebabkan ia diminati oleh semua orang.

Selain itu, inovasi yang terdapat dalam lagu ini penggunaan elemen budaya Jepun
menarik yang diterapkan dalam lagu membolehkan masyarakat luar memahami dengan
lebih lanjut mengenai budaya unik yang diamalkan oleh masyrakat Jepun. Menurut Zainal
Kling (1999), muzik dan lagu menjadi bahagian daripada budaya dan sistem sosial
masyarakat. Sama ada penghasilan mahupun persembahannya, muzik tetap merupakan
sebahagian daripada perlakuan anggota masyarakat. Beliau menegaskan bahawa, pelbagai
bentuk muzik harus diteliti pada dua aspek utama iaitu sebagai perlakuan manusia dalam
budayanya serta sebagai bentuk budaya atau seni tersendiri. Jelas dalam lagu tersebut,
terdapat unsur budaya Jepun yang diterapkan dalam lagu supaya orang luar dapat
mengenali budaya Jepun.

Akhir sekali, dalam penciptaan lirik lagu ini, terdapat dua jenis bahasa yang berbeza
iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Inovasi yang dilakukan terhadap lagu ini
membolehkan masyarakat luar dapat memahami isi dan lirik lagu ini. Hal ini dapat dilihat
dengan penerapan perkataan jepun yang sering digunakan pelancong luar yang berkunjung
ke Jepun ketika bertanya digunakan dalam lagu ini. Melalui lagu ini, pelancong luar dapat
menggunakan beberapa perkataan yang dinyayikan dalam lagu ini ketika melancong ke
Jepun. Oleh itu, penggunaan kedua bahasa ini di dalam lagu dapat membuka minda
masyarakat luar tentang bahasa dan perkataan Jepun.

2. Terangkan perkaitannya lirik lagu ini dengan bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.
Lagu rakyat yang dipaparkan dalam video menggunakan dua jenis bahasa sebagai
lirik utama iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Menurut saya, maksud tersirat yang
ingin disampaikan dalam lagu ini dengan menggunakan kedua bahasa ini untuk
memudahkan pendengar dapat memahami lirik lagu yang dinyanyikan. Penggunaan bahasa
Jepun sebagai bahasa utama membolehkan masyarakat luar belajar perkataan Jepun yang
baharu manakala penggunaan perkataan dalam bahasa Inggeris yang diselitkan dalam lirik
lagu dan sari kata membolehkan orang luar dapat memahami isi dan maksud perkataan
Jepun yang dinyanyikan. Hal ini dapat menarik minat massyarakat luar mempelajari bahasa
dan perkataan Jepun berdasarkan lagu tersebut.

Selain itu, penggunaan kedua bahasa ini dalam penulisan lirik lagu membolehkan
masyarakat terutamanya para pelancong untuk bertanya jalan ataupun tempat yang ingin
dituju. Hal ini kerana masyarakat Jepun tidak sepenuhnya menguasai bahasa Inggeris. Jadi,
penulis lirik menggunakan dan menyelitkan perkataan Jepun yang selalu digunakan oleh
pelancong luar supaya dapat memudahkan mereka bertanya kepada masyarakat setempat.
Hal ini membuktikan bahawa bahasa asing sangat mudah dikuasai menggunakan platform
yang tepat seperti lagu ini.

Anda mungkin juga menyukai