Anda di halaman 1dari 14

Tauhid sebagai suatu pengetahuan kesaksian, keimanan dan keyakinan terhadap keesaan Allah SWT

dengan segala kesempurnaan-Nya. Justeru, ilmu tauhid merupakan ilmu yang paling mulia
kedudukannya kerana ia merangkumi persoalan mengisbatkan keesaan zat Allah SWT dan sifat-sifat
kesempurnaan-Nya a. Oleh itu, konsep tauhid ini perlu diketahui dan difahami dengan pengetahuan
yang betul dan pasti kerana ia merupakan sebahagian daripada akidah yang menjadi dasar utama dalam
Islam

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAUHID

Konsep/Definisi

Tauhid berasal dari Bahasa Arab, masdar dari kata ‫وحّ د – يوحّد‬. Secara Etimologis, tauhid berarti
Keesaan. Maksudnya, ittikad atau keyakinan bahwa Allah SWT adalah Esa, Tunggal; Satu.
Pengertian ini sejalan dengan pengertian Tauhid yang digunakan dalam Bahasa Indonesia, yakni “
Keesaan Allah “ ; Mentauhidkan berarti mengakui keesaan Allah ; Mengesakan Allah.

Tegasnya sejak permulaan manusia mendiami bumi ini, sejak itu telah diketahui dan diyakini adanya dan
Esanya Allah pencipta alam. Hal ini (adanya tauhid sejak zaman Nabi Adam) seperti firman Allah dalam
surat Al Anbiya’ ayat 25 yang berbunyi:

‫وما ا ر سلنك من قبلك من رسول اال نوحي اليه انه ال اله االانا فعبدو‬

Artinya: “Dan tidaklah kami mengutus sebelum engkau seseorang rosul pun melainkan kami wahyukan
kepadanya: bahwasanya tiada tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Aku, maka sembahlah
Daku.”

Semua nabi mulai nabi Adam sampai nabi Muhammad, mengajar dan memimpin umat, untuk
meyakinkan bahwa yang menjadikan alam atau pencipta alam semesta ini adalah Tunggal, Esa, yaitu
Allah SWT.

Ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan akidah agama dengan mempergunakan dalil-
dalil yang meyakinkan.

Ibnu Khaldun: ilmu yang berisi alasan-alasan mempertahankan kepercayaan iman dengan menggunakan
dalil fikiran dan berisi bantahan terhadap orang-orang yang menyeleweng.

Perjuangan para Nabi dan Rasul dalam menegakkan syari’at Islam melalui ilmu tauhid ini tidaklah
mudah. Penyebaran agama Islam ini mulanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi kemudian terang-
terangan dan perpaduan antara keduanya. Dari sinilah kemudian kita dapat mengetahui keutamaan
dakwah dalam Islam.

ُ ْ‫ت لَ ُه ْم َوأَسْ َرر‬


ُ ‫ َفقُ ْل‬.‫ت لَ ُه ْم إِسْ َرارً ا‬
َ ‫ت اسْ َت ْغفِرُوا َر َّب ُك ْم إِ َّن ُه َك‬
‫ان غَ َّفارً ا‬ ُ ‫ث َّم إِ ِّني أَعْ لَ ْن‬.‫ا‬
ُ ً‫ُث َّم إِ ِّني دَ َع ْو ُت ُه ْم ِج َهار‬
“Kemudian sesungguhnya Aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan.
Kemudian sesungguhnya Aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam.
Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha
Pengampun.” (QS. Nuh : 8-10)

Perkembangan ilmu tauhid ini tertuang dalam Al Qur’an yang turun secara berangsur-angsur. Beberapa
tahapan dalam sejarah ilmu tauhid terangkum dalam beberapa masa, yakni masa Rasulullah shalallahu
‘alaihi wassalam, masa Khulafaurrasyidin, masa Bani Umaiyah, masa Bani Abasiyah dan masa pasca
masa Bani Abasiyah.

ZAMAN RASULULLAH

pembinaan aqidah dan peraturan peraturan dengan prinsip kesatuan umat dan kedaulatan Islam

Segala masalah yang kabur dikembalikan langsung kepada Rasulullah saw sehingga beliau berhasil
menghilangkan perpecahan antara umatnya.

Rasulullah mengajak kaum muslimin untuk mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya serta menghindari dari
perpecahan yang menyebabkan timbulnya kelemahan dalam segala bidang sehingga menimbulkan
kekacauan. Allah swt berfirman dalam Al-Quran surat al-Anfal ayat 46,

‫واطيعوا هللا ورسوله وال تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا ان هللا مع الصابرين‬

Artinya: “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang
menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang sabar”. [v]

Bila terjadi perdebatan haruslah dihadapi dengan nasihat dan peringatan. Berdebat dengan cara baik
dan dapat menghasilkan tujuan dari perdebatan, sehingga terhindar dari pertengkaran. Allah swt
berfirman dalam Al-Quran surat An-Nahl ayat 125,

‫ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي احسن‬
‫ان ربك هو اعلم بمن ضل عن سبيله وهو اعلم بالمهتدين‬

artinya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk”.[vi]
Dengan demikian Tauhid di zaman Rasulullah saw tidak sampai kepada perdebatan dan polemik yang
berkepanjangan, karena Rasul sendiri menjadi penengahnya.

KHULAFA AR RASYIDIN

masa kholifah pertama dan kedua, umat islam tidak sempat membahas dasar-dasar akidah karena
mereka sibuk menghadapi musuh dan berusaha memprtahankan kesatuan dan kesatuan umat. Tidak
pernah terjadi perbedan dalam bidang akidah. Mereka membaca dan memahamkan al qur’an tanpa
mencari ta’wil dari ayat yang mereka baca. Mereka mengikuti perintah alqur’an dan mereka menjauhi
larangannya. mereka mensifatkan allah swt dengan apa yang allah swt sifatkan sendiri. Dan mereka
mensucikan allah swt dari sifat-sifat yang tidak layak bagi keagungan allah swt. Apabila mereka
menghadapi ayat-ayat yang mutasyabihah mereka yang mengimaninya dengan menyerahkan
penta’wilannya kepada allah swt sendiri.

kholifah ketiga akibat terjadi kekacauan politik yang diakhiri dengan terbunuhnya kholifah usman. Umat
islam menjadi terpecah menjadi beberapa golongan dan partai, barulah masing-masing partai dan
golongan-golongan itu dengan perkataan dan usaha dan terbukalah pintu ta’wil bagi nas al qur’an dan
hadits. i Zaman Uthman bin Affan mulai timbul bibit-bibit ajaran sesat yang dimulakan olehorang-orang
yahudi yang masuk Islam pada zahir setelah syahidnya Utman aliran akidah mulai terbentuk dengan
terbentuknya aliran siasah setelah Ali menerima keputusan majlis tahkim

Antaranya aliran khawarij yang mengkafirkan mereka yang melakukan dosa besar.


Aliran syiah yang terpecah-pecah sehingga yang paling ekstrim mengatakan Ali adalan jelmaan tuhan

Selain itu lahirlah aliran murjiah yang mengatakan tiada apapun yang boleh menjejaskan keimanan

ZAMAN UMAIYAH

Semua aliran akidah yang sesat ini tidak mendapat tempat yang besar dizaman bani Umaiyyah dan
awwal permulaan zaman khilafah `abbasiyyah kerana ummat Islam sibuk menyampaikan ajaran Islam
yang benar dan sebahagian lain sibuk dengan hal ehwal siasah

Apabila Harun ar Rashid menubuhkan Baitul hikmah dan mengupah para cendikiawan menterjemahkan
semua karya ilmu dari segala peradaban, dunia Islam mulai menghadapi cabaran dari falsafah barat yang
kafir.

ZAMAN BANI ABASIYYAH

Zaman Ibnu Taimiyyah di era penjajahan Mongol

Ibn Taimiyyah R.A (1263-1328) hidup 400 tahun selepas zaman Imam al-Asy’ariy dan Imam al-Maturidi.
Beliau memulakan hidupnya di era ketiadaan Khilafah yang jatuh pada 1258 (al-Abbasiah) dan
seterusnya pada 1299 barulah bangkitnya Uthmaniah. Kehidupan yang rencam itu sedikit sebanyak
mempengaruhi pemikirannya apabila mendapati tabiat kelemahan jiwa di kalangan umat Islam.
Antara yang terjadi di zaman tersebut ialah tersebarnya fahaman Ibn Arabi (1165-1240) yang dibawa
oleh pengikut-pengikutnya beberapa generasi. Fahaman beliau agak kontroversi menyebabkan beliau
dianggap sesat. Walaupun Ibn Taimiyyah tidak sempat dengan Ibn Arabi, namun beliau antara yang
menolak fahaman tersebut. Senario kelemahan jiwa umat Islam ketika itu antaranya didorong oleh sikap
umat Islam yang mengejar zauq, tenggelam dengan fana’ sehingga meninggalkan pemerintahan dan
politik.

Krisis ini merupakan salah satu faktor kepada kejatuhan Abbasiah itu sendiri. Perselisihan dalam
beberapa perkara yang lebih menjurus kepada Siyasah Syariyyah ini menyebabkan beliau dipenjara
beberapa kali. Walau bagaimanapun susunan beliau itu turut berobjektifkan mentauhidkan Allah S.W.T,
dan mempertahankan nama Allah S.W.T daripada disyirikkan. Sesuai dengan pendekatan zaman
tersebut.

Diera anak-anak Harun ar Rashid menjadi Khalifah aliran mu`tazilah mulai mendapat tempat dan
dijadikan sebagai mazhab rasmi khilafah.

Timbullah fitnah yang besar perdebatan tentang al quran makhluq atau qodim

Didalam kekalutan itulah muncul Imam Abul Hasan al Asy`ariyy yang memahami akidah mu`tazilah
dengan sempurna dari bapa tirinya (Abu `Ali al jubbaiyy) dan saudara tirinya (Abu Hashim al Jubaaiyy)
yang dikatakan telah bermimpi berjumpa RasuluLLaah yang Baginda telah menyuruhnya membela
sunnah. Kemuncullan beliau adalah saat kemunduran mazhab Muktazilah.
Berlakulah peristiwa beliau mengisytiharkan membersihkan diri dari fahaman-fahaman muktazilah yang
menyanggahi quran dan sunnah.

Nama Imam al-Ash’ar terus berkembang dandikenali di seluruh pelusuk dunia, dan manhaj yang
dibawa tersebut telah diikuti oleh ramaiulama di Iraq, Khurasan Syam dan Maghrib sehinggalah ke
negara Afrika Ẓal-Buti t,thẓ

ZAMAN SELEPAS BANI ABASIYYAH

Pada permulaan abad ke-7 Hijrah, muncul ulama bernama Ibnu Taimiyah yang membela pendirian Salaf
dan menentang pandangan-pandangan golongan Asya’irah serta golongan2 lain yang dianggap banyak
membuat bid’ah dalam akidah dan ibadah.

- Dilanjutkan oleh anak muridnya, Ibnu Qayyim Jauziyah.

TAUHID SIFAT 20

Asya`irah

Imam Asha’ari muncul ditengah suasanaumat Islam yang terpecah kepada aliran dan mazhab yang
pelbagai

Ilmu Kalam  yang diasaskan oleh mazhab Mu’tazilah yang mengutamakan logik akal telah hilang
pengaruhnya setelah Al-Watsiq  di angkat menjadi khalifah Abbasiyyah (842 M. - 845 M.). Pada
peringkat awal mazhab ini, munculnya tokoh-tokoh hebat  seperti Washil bin Atha’,  Amar bin Ubaid, al-
Nazzham, al-‘Allaf  yang pintar dengan ketajaman idea dan mampu menarik perhatian golongan muda.
Inilah golongan yang terpengaruh dengan falsafah Yunani yang mengagungkan akal dan meyakini
manusia mampu menciptakan sendiri perbuatannya serta memiliki pilihan dan kehendak yang mutlak, di
samping tidak mengimani qadha’ dan qadar. Telah diakui bahawa mazhab Mu’tazilah ini terkenal
dengan ketajaman pandangan, keluasan pemikiran dan penyelidikan. Bahawasanya hujah-hujah mereka
adalah natijah-natijah ilmiah yang lebih hampir kepada logik akal dan para penuntut ilmu lebih tertumpu
kepada mazhab ini.

Wasil memisahkan diri dari pengajian gurunya, al-Hasan al-Basri  kerana beliau tidak lagi bersetuju
dengan gurunya dalam beberapa masalah dan oleh kerana itu dia dan pengikutnya dikenali sebagai al-
Mu’tazillah (kumpulan yang memisahkan diri). Aliran atau mazhab Mu’tazilah ini menjadi mazhab resmi
pemerintahan kerajaaan Islam Bani Abbasiyyah pada masa al-Ma’mun, al-Mu’tashim dan al-Watsiq
menjadi khalifah.

Selain itu muncul kelompok al-Jabariyyah yang dipelopori oleh Juhm bin Shafwan dan oleh kerana itu
kumpulan ini dikenali sebagai al-Juhmiyyah. Kumpulan ini merupakan aliran yang sama sekali
bertentangan dengan mazhab Mu’tazillah. Mereka menafikan sama sekali adanya kehendak dan
kebebasan memilih pada diri manusia seperti bulu ayam yang berterbangan di udara dan ditiup angin ke
sana ke mari tanpa wujud sebarang kebebasan memilh.

Kemudian muncul pula kelompok al-Murji’ah yang dipelopori oleh Yunus bin ‘Aun an-Numairi dan
kumpulan ini dikenali sebagai al-Yunusiyyah. Antara pemuka kumpulan ini ialah Ghassan al-Kufi dan
‘Ubaid al-Mukta’ib. Antara kenyataan mereka bahawa kemaksiatan tidaklah membahayakan selagi
masih ada iman, sebagaimana perbuatan ibadat tidak mendatangkan manfaat selagi masih disertai
kekufuran.

Begitu juga sejarah awal kemunculan perbezaan mazhab Fiqah, seperti mazhab Abu Hanifah, Malik, al-
Syafi’i, Ahmad bin  Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Tsaur, al-Auza’i, al-Laits bin  Sa’ad dan lain-lain. Namun
kemudian umat Islam hanya berpe- gang pada empat mazhab sahaja iaitu Hanafi, Malik, Hanbali dan al-
Syafi’i. Mereka juga bersama berjuang menghadapi kelompok-kelompok yang sesat yang didokong kuat
oleh khalifah Islam sendiri.

Sebailknya, penganut mazhab Hanbali dan Muhaddithin (ahli Hadis) setelah kewafatan Imam Ahmad bin
Hanbal tidak menampakkan tokoh yang hebat dan berwibawa. Oleh itu, mazhab Mu’tazillah lebih
menampakkan keunggulannya dalam majlis-majlis debat dan kajian. Kebanyakan umat Islam terpukau
dengan mazhab Mu’tazilah dan falsafahnya. Orang-orang yang berfalsafah ini  mempermainkan al-
Quran dan Akidah Islam. Mereka telah dikuasai oleh hawa nafsu dan fikiran-fikirannya sehingga
aliran/mazhab baru itu menquduskan (mensucikan) akal dan menggunakannya sehingga dalam masalah-
masalah kenabian dan keimanan dengan yang ghaib. Muhaddithin, al-Hanabilah (pengikut mazhab
Hanbali),  ahli-ahli Zuhud dan Fuqaha tidak dapat membendung aliran ini.

Dalam suasana ini muncul Abu al-Hasan bin Ismail al-Asy’ari muncul dan mampu menyingkap
penyelewengan-penyelewengan dan kecacatan-kecatatan mazhab Mu’tazilah. Dilahir kan di Basra pada
260 H. Beliau membesar dan menerima ilmu-ilmu dari shaikh Mu’tazilah pada zamannya, iaitu Abu Ali
Al-Jaba’i. Beliau menjadi pembantu dan orang kepercayaan Abu Ali selama empat puluh tahun, dan
sentiasa membela mazhab Mu’tazilah.

Abu Al-Hasan Al-Asy’ari menyedari penyelewengan-penyelewengan mazhab Mu’tazillah dan bertindak


meninggalkan mazhab itu dan menjadi pembela ke atas akidah umat Islam. Beliau menegakkan dalil-dalil
akal (ilmu Kalam) ke atas akidah Ahlus Sunnah, berdebat dengan ulama-ulama Mu’tazilah dan orang-
orang yang berfalasafah akidah demi akidah.

Dalam madrasah pemikiran Abu al-Hasan al-Asy’ari telah lahir ulama-ulama pilihan dan mutakallimin
terkemuka. Ilmu dan kefahaman mereka telah menguasai dunia Islam dalam satu tempoh masa dengan
peralihan daripada mazhab Mu'tazilah

Setelah itu, lahir pula golongan Mu'tazilah (al-Syahrastani, 1986: 43). Kumpulan yang muncul di zaman
pemerintahan Bani Umaiyyah ini, mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana memberi kebebasan
kepada akal tanpa terikat dengan nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Di samping itu, golongan ini berusaha
menyatukan antara akal dan nas, sehingga mewujudkan banyak pentakwilan dalam al-Qur'an ('Ali
Arsalan 'Aidin, 1987: 117). Antara tokoh ternama Mu'tazilah ialah Wasil Ibn 'Ata', Abi Huzail al-' Allaf, al-
Nizam, al-Jahiz dan sebagainya (Ahmad Amin, t.t: 50).

Setelah itu, ajaran ketuhanan yang terkandung dalamnya persoalan sifat telah diresapi pula oleh unsur
falsafah yang mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam memahami
konsep ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan situasi tersebut, ulama Islam telah mengambil
inisiatif memurnikan ajaran ketuhanan dengan membersihkannya daripada fahaman ahli falsafah yang
menyeleweng. Antara ulama tersebut ialah Imam al-Sanusi yang berusaha mengharmonikan beberapa
persoalan ketuhanan yang menjadi perdebatan sebelumnya melalui karyanya yang terkenal Umm al-
Barahin(Al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri, 1949: 10; Prof. H.M. Asywadie Syukur LC,1994: v-vi; Ahmad 'Atiyyah
Allah 1970: 531; Abi 'Abd Allah Muhammad bin 'Umar bin Ibrahim al-Malali al-Tilmisani, 2003: 8-10)

Zaman Imam Abu Hassan al-Asy’ariy berbeza dengan zaman Imam Ibn Taimiyyah yang menyusun ilmu
Tauhid kepada tiga bahagian. Perbezaan zaman ini merujuk kepada perkembangan situasi umat Islam.
Contohnya kemunculan kumpulan Qadariah dan Jabariah. Seterusnya fahaman Qadariah menyerap
dalam aliran Muktazilah. Kemudian muncul pula fahaman Khawarij.

Kewujudan kelompok-kelompok tersimpang ini menyebabkan Imam Abu Hassan al-Asy’ariy menyusun
Ilmu Tauhid yang hari ini dikenali dengan Sifat 20. Kita boleh teliti hal ini dalam sejarah awal kemunculan
Aqidah Asya’irah. Imam Abu Hassan al-Asy’ariy (873-935 Masihi) sendiri bermula dengan Muktazilah,
menuntut ilmu daripada Abu Ali al-Juba’i. Kemudian apabila terdapat kepincangan dalam aqidah
Muktazilah, beliau keluar dan mengisytiharkan Tauhid mengikut susunannya.

Matlamat beliau ialah mentauhidkan Allah, setelah mana melihat Muktazilah membuka ruang kepada
pelanggaran prinsip ini. Beliau juga hidup sezaman dengan pengasas Aqidah al-Maturidiah, iaitu di
zaman kemuncak kegemilangan al-Abbasiah, yang menyaksikan kesuburan idealogi dan pemikiran
falsafah yang diimport dari Greece.

Ini mendorong kepada penyusunan Imam Abu Hassan al-Asy’ariy dan Imam Abu Mansur al-Maturidi
terarah kepada menyangkal kepincangan falsafah yang menjadi punca kepada kewujudan firqah-firqah
dalam Islam. Walau bagaimanapun matlamat penyusunan kedua-dua tokoh ini tetap sama, iaitu
mentauhidkan Allah S.W.T dan memelihara daripada bentuk pensyirikan.

Mazhab Asy’ariah-Maturidiah pada mulanya dimulai dengan tujuh  sifat Allah   yang  terhasil dari hujah-
hujah atau perdebatan-perdebatan ilmu Kalam  yang dikemukakan oleh Abu Hassan Asy’ari untuk
menghadapi  golongan Mu’tazilah tentang sifat-sifat Allah. Kemudian dikembangkan  oleh Abu Mansur
Al-Maturidi dengan tiga belas sifat  menjadikan jumlahnya dua puluh sifat. Dalam sifat  dua puluh ini ada
tergolong sifat nafsiah, sifat salbiah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiah. Oleh itu,  ilmu Kalam  merupakan
pengetahuan tentang keesaan Allah  sebagai Pencipta, yang terkandung di dalam sifat-sifat Allah  yang
wajib diketahui.

TAUHID 3

Tauhid tiga serangkai yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada Tawhid al-Rububiyyah yang
ditafsirkan oleh Sayyid Muhammad Rasyid Rida sebagai tauhid kekuasaan. Ia membawa maksud
mengaku dan mengiktiraf bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, pencipta kepada seluruh alam
dan pemiliknya. Allah yang mencipta, memberi rezeki kepada semua makhluk, menghidup dan
mematikan sesuatu yang ada di atas alam maya ini.

Zaman Ibnu Taimiyyah di era penjajahan Mongol

Ibn Taimiyyah R.A (1263-1328) hidup 400 tahun selepas zaman Imam al-Asy’ariy dan Imam al-Maturidi.
Beliau memulakan hidupnya di era ketiadaan Khilafah yang jatuh pada 1258 (al-Abbasiah) dan
seterusnya pada 1299 barulah bangkitnya Uthmaniah. Kehidupan yang rencam itu sedikit sebanyak
mempengaruhi pemikirannya apabila mendapati tabiat kelemahan jiwa di kalangan umat Islam.

Antara yang terjadi di zaman tersebut ialah tersebarnya fahaman Ibn Arabi (1165-1240) yang dibawa
oleh pengikut-pengikutnya beberapa generasi. Fahaman beliau agak kontroversi menyebabkan beliau
dianggap sesat. Walaupun Ibn Taimiyyah tidak sempat dengan Ibn Arabi, namun beliau antara yang
menolak fahaman tersebut. Senario kelemahan jiwa umat Islam ketika itu antaranya didorong oleh sikap
umat Islam yang mengejar zauq, tenggelam dengan fana’ sehingga meninggalkan pemerintahan dan
politik.

Krisis ini merupakan salah satu faktor kepada kejatuhan Abbasiah itu sendiri. Perselisihan dalam
beberapa perkara yang lebih menjurus kepada Siyasah Syariyyah ini menyebabkan beliau dipenjara
beberapa kali. Walau bagaimanapun susunan beliau itu turut berobjektifkan mentauhidkan Allah S.W.T,
dan mempertahankan nama Allah S.W.T daripada disyirikkan. Sesuai dengan pendekatan zaman
tersebut.

ANALISIS

Pendekatan Madrasah al-Asy`ari pula kelihatan lebih ringkas tetapi tidak pula menidakkan al-Asma wa
al-Sifat, kerana menurut Dr Abd al-Rahman Hasan al-Hanbakah beberapa nama Allah (alasma’) yang
dijadikan sifat Allah terangkum dalam kategori sifat dua puloh melalui pembahagian atas kerangka sifat
Nafsiah, Ma`aniah dan Salbiah.

Manakala pendekatan Madrasah al-Asy`ari pula kelihatan lebih ringkas tetapi tidak pula menidakkan al-
Asma wa al-Sifat, kerana beberapa nama Allah yang disebutkan sebagai al-Asma’ telah terangkum dalam
sifat al-Wujud dalam pendekatan al-Sanusi seperti al-Nur, al-Tahir, al-Batin dan lain-lain. Manakala
nama-nama lain pula telah terangkum dalam beberapa sifat alMa`ani dan al-Salbiyyah. 48 Keadaan ini
menggambarkan bahawa pendekatan Ibn Taimiyyah melalui perspektif menginovasi al-Asma’ sebagai
sifat kelihatan lebih terperinci dan luas, tetapi pendekatan al-As`ari, al-Maturidi dan al-Sanusi kelihatan
lebih ringkas dan telah memasukkan al-Asma’ sebagai sifat melalui sifat dua puluhnya. Ia menunjukkan
bahawa penjelasan al-Asma’ sebagai sifat Allah dalam pendekatan al-Sanusi tidak sedikitpun
mengurangkan pengenalan sifat Allah dalam pendekatan Ibn Taimiyyah. Begitu juga pendekatan
Madrasah al-As`ari, al-Maturidi dengan huraian al-Sanusi, tentang sifat Allah telah dikemukakan secara
lengkap dengan rumusan pendalilan bersepadu berasaskan pernyataan al-Quran dan akal seperti dalam
huraian al-Sanusi melalui kitabnya Umm al-Barahin

Pada asasnya al-Sanusi telah memasyhorkan pendidikan akidah melalui pembahagian sifat Nafsiyyah,
Salbiyyah dan Maknawiyyah kerana dikira lebih mantap bagi menggambarkan hakikat Allah dan
penolakan unsur-unsur negatif mengenai Allah (al-Salbiyyah).

Salah seorang daripada dua tunggak dan pentahqiq mazhab Shafie pada era istiqrār (peringkat
keteguhan) mazhab Shafie iaitu al-Imam Shaykh al-Islam Shihab al-Din Ibn Hajar al-Haytami al-Makki
(w.974H) menyebut di dalam al-Zawājir ʿan Iqtirāf al-Kabāʾir (p: 82) berkata: ‫ ما عليه إماما أهل‬:‫املـراد بالسنة‬
‫“ السنة واجلمـاعة الشيخ أبو احلسن األشعري وأبو منصور امالتريدي‬Maksud yang dikehendaki dengan (ahli) Sunnah
(dan Jama’ah) adalah akidah yang dipegang oleh dua orang Imam Ahli Sunnah dan Jama’ah iaitu: (i) (al-
Imam) al-Shaykh Abu al-Hasan al-Ash’ari dan (i) (al-Imam al-Shaykh) Abu Mansur al-Maturidi.” Dan
kemudian beliau menyatakan di dalam kitab yang sama dan di dalam kitabnya yang lain iaitu “al-Ta’arruf
fi al-Aslayn wa al-Tasawwuf”: ‫“ ه ا م خن اخااالفُ ا مخبات ُ هاو م افُ ِ ع ٌد‬Barangsiapa yang menyalahi mereka
berdua (al-Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi), maka dia adalah
seorang ahli bid’ah.

Semua Sifat 20 ini, walaupun terkenal sebagai kaedah makrifah Allah menurut Ilmu Kalam akan tetapi
pembinaan dan pengaturan Sifat 20 telah melalui metode saringan dan pengisian Ilmu Tasawuf.
Metode ini bukanlah suatu yang baru dalam Islam kerana sebagaimana telah diterangkan, akidah
dan tasawuf saling berpadu sama ada di dalam al-Qur’an atau al-Sunnah maka saringan dan
pengisian tasawuf ke dalam akidah adalah metode yang bukan sahaja diajarkan oleh Nabi SAW
malah diwahyukan oleh Allah SWT. (al-Qushayri, 1990, 41). Meskipun juga Sifat 20 tidak dikenali di
zaman salaf al-salih kerana mula diperkenalkan oleh Imam Abu Hasan al-As‘ari RH (m. 324H) pada
awal kurun ke-4 Hijrah dan disempurnakan oleh Imam al-Ghazzali RH (m. 505H) pada kurun ke-6
Hijrah namun para ulama’ salaf tidak seorang pun yang mengingkari pendekatan akidah menurut
tasawuf, pendekatan yang sama diambil di dalam Sifat 20. (al-Qusi, 1998, 22). Ini kerana, pertamanya
ia adalah pendekatan wahyu dan kedua ia memudahkan iman dicerap oleh hati dan akal.

Daripada penjelasan yang diutarakan, difahami bahawa keseluruhan Sifat 20 yang menjelaskan
keagungan dan kesempurnaan Allah SWT, juga bertindak menerapkan pemahaman tasawuf Islami.
Pemahaman yang menumpukan keberhasilan ikhlas, khawf, qana‘ah, tawbah, khunu‘, khudu‘,
mahabbah, tawakkal dan rida yang menjadi asas-asas rohani bagi membina akhlak Islam yang murni.
Asas-asas ini dikenali sebagai ‘umdah (teras) kepada segala cabang sifat mahmudah (mulia) yang
dianjurkan oleh Allah SWT dan nabiNya Muhammad SAW.

Manakala di kalangan ulama moden, Syeikh Hasan Ayyub dalam kitabnya Tabsit al-‘Aqaid al-Islamiyah
menyebut: “Ahli Sunnah ialah Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi dan mereka yang
mengikuti jalan mereka (berdua), yang mana mereka ini mengikuti jalan para salafussoleh dalam
memahami hal berkaitan akidah.”13 9 Muhammad Uthman el-
Muhammady (2011), Ahli Sunnah Wal Jamaah Penyerapan Unsur-Unsur Akidah Yang Mengelirukan
Dalam Masyarakat Di Malaysia, Johor Bahru: Majlis Agama Islam Johor, h. 10 10 Hamad al-Sinan, Fauzi
al-‘Anjari (2010), Ahlu al-Sunnah al-‘Asya’irah Syahadah Ulama’ al-Ummah wa Adillatuhum, Kuwait: Dar
al-Dhiya’, h. 87 11 Ibid, h. 86 12 Ibid, h. 87 13 Ibid, h. 98

6 Sa’id Hawwa pula menyatakan dalam Jaulat fi al-Fiqhain al-Kabir wa al-Akbar: “Sesunggunya umat
Islam sepanjang zaman mereka mempunyai para imam dalam akidah, fiqh dan tasawuf. Maka imam
mereka dalam akidah ialah seperti Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi…”14 Syeikh
Wahbi Sulaiman Ghawiji pula menerusi kitabnya Arkan al-Iman menyebutkan: “Dan orang yang
terawal menulis kitab berkenaan Usuluddin dan menolak syubhat golongan yang menyeleweng
dalam akidah ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah ta’ala menerusi metod nas dan akal. Dan diikuti
(metod beliau) oleh para ulama selepasnya iaitu Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi”15
Mazhab Asya’irah merupakan mazhab utama dalam akidah yang diamalkan oleh majoriti ulama Islam
dalam pelbagai bidang. Ini menjadikan mazhab ini dianggap sebagai kumpulan majoriti yang
disebutkan sebagai sawad al-a’zam iaitu kumpulan majoriti yang berpegang dengan jalan Rasulullah
S.A.W di akhir zaman. Syeikh al-‘Allamah Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad menyebutkan dalam Nail al-
Maram: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya mazhab Asya’irah dalam akidah ialah di atas jumhur ulama
umat Islam, maka yang dinisbahkan kepada mereka yang mengikuti jalan mereka (Asya’irah) merupakan
para ulama ummah sejak zaman berzaman, dan mereka ini merupakan imam-imam ilmu tauhid,
ilmu kalam, ilmu tafsir dan qiraat, ilmu fiqh dan usulnya, ilmu hadis dan disiplinnya, ilmu tasawwuf,
ilmu bahasa dan ilmu sejarah”16

As-Subki mengatakan24: “Dan ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy’ari tidak mengada-adakan
(merekacipta) pendapatnya dan mendirikan sebuah mazhab (yang baru), malahan ianya
merupakan kesinambungan kepada mazhab salaf, dan apa yang dipertahankan oleh para sahabat
Rasulullah S.A.W, dan persandaran kepadanya (mazhab Asya’irah) pada hakikatnya merupakan
persandaran kepada mazhab salaf, (mazhab ini) telah ditegakkan di atas hujah dan dalil, maka
barangsiapa yang mengikuti cara dan manhajnya dalam beristidlal maka mereka inilah yang digelar
sebagai pengikut Asy’ari.” Oleh itu boleh disimpulkan bahawa aliran Asya’irah merupakan
kesinambungan kepada manhaj akidah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang
kemudiannya diteruskan oleh tabi’in, tabi’ tabi’in dan pengikut mereka

Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asy’ari mengambil pendekatan yang terbaik dalam
menangani permasalahan ini. Beliau menerima pendekatan mutaqaddimin dan pendekatan akal dalam
memahami nas agama tetapi tidak sampai kepada tahap kewibawaan akal seperti yang diamalkan oleh
Muktazilah. Beliau menyeimbangkan antara dua aliran iaitu menggunakan akal dalam memahami
perkara akidah namun tetap dalam garis panduan nas al-Quran dan hadis

Al-Qaradhawi dalam membahaskan isu ini memberi satu teguran yang tegas kepada umat Islam52 “Aku
ingin tegaskan di sini bahawa khilaf antara dua manhaj (salaf dan khalaf) tidak mewajibkan takfir
antara satu sama lain, dengan makna menghukumnya sebagai kafir dengan kekufuran yang boleh
mengeluarkannya dari Islam. Maka ini sesuatu yang tidak diterima oleh jiwa seorang muslim dan
tidak boleh diterima oleh akal seorang alim. Bagaimana umat Islam datang dengan mengkafirkan
antara satu sama lain sedangkan mereka semua beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa, rasul yang satu,
kitab yang satu, manhaj yang satu dan solat menghadap kiblat yang satu.. aku melihat khilaf dalam isu
ini tidak menyebabkan ta’thim, tafsiq dan tabdi’, sedangkan paling jauh pun ianya adalah khilaf antara
yang benar (dua pahala) dan yang salah (satu pahala) atau antara yang benar dengan yang lebih benar.
Bagaimana seorang alim yang hebat berani untuk menuduh fasiq, berdosa atau bid’ah kepad tokoh-
tokoh ulama ummah yang telah menjunjung syariat Islam, mempertahankan akidahnya, ditentang
musuh dakwahnya, menghabiskan umurnya sebagai pendakwah dan pengislah, ulama yang beramal
seperti al-Baqillani, al-Isfarayini, al-Maturidi, al-Ghazali, al-Razi, Ibn Abd al-Salam, Ibn Daqiq al-‘Id, al-
Rafi’I, al-Nawawi, Ibn al-Humam, al-Zarkasyi, al-‘Iraqi, Ibn Hajar, al-Sayuti dan lain-lain.. dan ini
adalah pendekatan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim iaitu tidak
menuduh berdosa kepada yang tersilap dalam takwilannya pada permasalahan usuliyyah mahupun
ilmiyyah, yang dimaksud dengannya permasalahan yang berkaitan akidah dan usuluddin.

Menurut Imam Az zabidi al-Murtadha seorang ulama besar yang telah mensyarahkan kitab Ihya‟ „Ulumi
al-Din. Beliau mengatakan “apabila digelarkan sebagai golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‟ah ia adalah
golongan yang berakidah dengan akidah al-Asya‟irah dan al-Maturidiyyah iaitu orang yang belajar
mengenai Sifat 20. Oleh itu, dapatlah difahami bahawa golongan Ahl al-Sunnah wa alJama‟ah
sebagaimana yang diketahui di seluruh dunia daripada zaman dahulu sehingga kini ialah orang yang
belajar Sifat 20.

Abu al- ×asan al-Asy‟arÊ mengimani dan menetapkan semua asmÉ’ Allah  sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Alquran dan sunah

Ibnu KatsÊr (w. 774 H) berkata, „Para ulama menyebutkan bahwa Syaikh Abu al-×asan al-Asy‟arÊ
memiliki tiga fase pemikiran: Pertama, mengikuti pemikiran Mu‟tazilah yang kemudian beliau keluar
darinya, Kedua, menetapkan tujuh ÎifÉt aqliyyah, yaitu; HayÉt, ’Ilmu, Qudrah, IrÉdah, Sama’, BaÎar, dan
KalÉm, dan beliau menakwil ÎifÉt khabariyyah seperti wajah, dua tangan, telapak kaki, betis, dan yang
semisalnya. Ketiga, menetapkan semua Îifat Allah  tanpa takyÊf dan tasybÊh sesuai manhaj para salaf,
inilah jalan yang ia pilih dalam kitabnya yang berjudul al-IbÉnah yang merupakan akhir karangannya‟.
Abu al-×asan al-Asy‟arÊ berkata bahwa, “Pendapat yang kami pegang dan agama yang kami yakini
adalah berpegang kepada kitab Rabb kami  dan sunah Nabi kami  dan apa yang diriwayatkan dari
sahabat, tabi‟in, dan para imam hadis. Kami berpegang kepada semua itu dan kami mengatakan apa
yang diucapkan oleh Abu „Abdillah AÍmad bin MuÍammad bin ×anbal -semoga Allah  mengangkat
derajatnya dan mengagungkan pahalanya-. Kami menyelisihi pendapat yang menyelisihi ucapannya,
karena ia adalah imam yang agung, pemimpin yang mulia, yang dengannya Allah  menjelaskan
kebenaran dan menepis kesesatan orang-orang yang ragu. Semoga Allah  melimpahkan rahmat
atasnya”. Ucapan al-Asy‟arÊ di atas menunjukkan pertaubatannya dari akidah yang sebelumnya ia yakini
dan pernyataannya atas kebenaran mazhab Ahlusunah waljamaah atau AÎhÉb al-HadÊts, yang mana
sosok Imam AÍmad bin ×anbal di kala itu diakui sebagai salah seorang pembawa benderanya

Kesungguhan ulama Ahlusunah dalam membahas dan menerangkan asmÉ’ dan ÎifÉt Allah  dibangun di
atas pengagungan terhadap nas-nas Alquran dan sunah, sehingga mereka mengimaninya sebagaimana
datangnya dengan tanpa melakukan ta’ÏÊl, taÍrÊf, tamtsÊl, takyÊf, tafwÊÌ, atau ilÍÉd. Mereka meyakini
bahwa nas-nas ÎifÉt merupakan wahyu dari Allah  yang tidak dapat diketahui kaifiyat-nya dengan akal
yang lemah serta boleh jadi tersisipi dalam batin-batin mereka suatu keburukan sehingga menyeret
mereka untuk berbicara atas Allah  pada apa yang tidak mereka ilmui.

Ia menetapkan semua ÎifÉt Allah  sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Alquran dan sunah serta
memperlakukannya sesuai makna lahirnya dengan tanpa melakukan takyÊf, tamtsÊl, ta’ÏÊl, dan ta’wÊl.

Mengetahui sifat-sifat Allah SWT yang Qadim seperti sifat ‘Ilm, Qudrah, Iradah, Kalam dan lain-lain. 5.
Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. Sumber ambilan nama-nama Allah SWT tersebut
terbatas kepada al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan ijma’ sahaja.

Madrasah al-Asy`ari pula kelihatan lebih ringkas tetapi tidak pula menidakkan al-Asma wa al-Sifat,
kerana beberapa nama Allah yang disebutkan sebagai al-Asma’ telah terangkum dalam sifat al-Wujud
dalam pendekatan al-Sanusi seperti al-Nur, al-Tahir, al-Batin dan lain-lain. Manakala nama-nama lain
pula telah terangkum dalam beberapa sifat alMa`ani dan al-Salbiyyah. 48 Keadaan ini menggambarkan
bahawa pendekatan Ibn Taimiyyah melalui perspektif menginovasi al-Asma’ sebagai sifat kelihatan lebih
terperinci dan luas, tetapi pendekatan al-As`ari, al-Maturidi dan al-Sanusi kelihatan lebih ringkas dan
telah memasukkan al-Asma’ sebagai sifat melalui sifat dua puluhnya.

Tauhid 3

Setelah hampir empat kurun kematian Ibn Taymiyyah, muncul Muhammad Abd al-Wahab untuk
menghidupkan kembali pemikiran Ibn Taymiyyah termasuk berkaitan Tauhid Tiga dalam bentuk lebih
keras sehingga terbina aliran Wahabiyyah (Salafiyyah) pada kurun ke-12 Hijrah.
Ringkasan pendapat Al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith, Syaikh Yusuf ad-Dijwi, Ahli
Lembaga Majlis Ulama' Besar Al-Azhar tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:
 
1) Pembahagian ini tidak wujud sebelum zaman Syaikh Ibnu Taimiyyah, dan tidak pernah di dengar
dari seorang pun ahli Salaf dan ia tidak logik pada akal.
 
2) Rasulullah saw tidak pernah berkata kepada seorang yang memeluk Islam umpamanya:
"Sesungguhnya terdapat dua tauhid. kamu tidak lagi dikira sebagai seorang Muslim, sehinggalah
kamu bertauhid dengan Tauhid Uluhiyyah."
 
3) Pembahagian ini tidak ada makna kerana Ila yang benar adalah Rabb yang benar juga, begitulah
Ilah yang batil adalah Rabb yang batil juga. Ilah yang disembah mestilah memiliki sifat Rububiyyah.
Tidak ada maknanya menyembah Ilah yang tidak memiliki sifat tersebut. Firman Allah swt:
 
"Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.
Oleh itu sembahlah Dia dan bersabarlah dengan tekun dan tetap dalam beribadat kepadaNya."
[Surah Maryam: 65.]
 
4) Pendapat yang mengatakan bahawa orang Musyrikin bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah tetapi
tidak dengan Tauhid Uluhiyyah ditolak dengan beberapa hujah:
 
a) Firman Allah swt:
"Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan mereka yang
mentakbir (Arbab) selain Allah." [Surah At-Taubah: 31]
 
Ayat ini dengan sangat jelas sekali menunjukkan kaum musyrikin tidak sekali-kali bertauhid dengan
Tauhid rububiyyah kerana mereka mengaku pendeta-pendeta ada ahli agama mereka sebagai
Rabb mereka.
 
b) Firman Allah swt:
"Dan dia tidak pula menyuruh kamu menjadikan Malaikat dan para Nabi sebagai Arbab (tuhan-
tuhan)."
[Surah Ali Imran: 80]
 
Ayat ini menunjukkan bahawa orang Musyrikin mempercayai Arbab (banyak tuhan). Ini
menunjukkan mereka mereka tidak bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah.
 
c) Firman Allah swt:
"Wahai sahabat sepenjaraku berdua, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang
bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha
Berkuasa?"
[Surah Yusuf: 39]
 
ini adalah seruan Nabi Yusuf kepada 2 orang sahabat Baginda di dalam penjara kepada Islam.
Jelas di dalam ayat ini bahawa seruan Nabi Yusuf ialah kepada Tauhid Rububiyyah (dalam ayat
digunakan Arbab bukan Alihah), kerana bagi Baginda tidak ada pembahagian Tauhid Rububiyyah
atau Uluhiyyah.
 
d) Firman Allah swt:
"Sedangkan mereka kufur kepada Ar-Rahman (Allah). Katakanlah: Dia (Allah) adalah Rabbku
(Tuhanku)."
[Surah Ar-Ra'd: 30]
 
Ayat ini menunjukkan mereka kufur kepada Allah swt.
 
e) Firman Allah swt:
"Tetapi aku sendiri percaya dan yakin bahawa Dialah Allah, Rabbku (Tuhanku)."
[Surah Al-Kahfi: 38]
 
Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mengingkari Rububiyyah Allah swt.
 
f) Firman Allah swt:
"Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah dalam kesesatan yang nyata,
kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan (Rabb) sekalian alam."
[Surah Asy-Syu'ara': 97-98]
 
ini adalah perkataan orang Musyrikin pada hari Qiamat yang mengakui bahawa mereka menjadikan
sembahan-sembahan mereka sebagai Arbab (tuhan-tuhan).
 
g) Firman Allah swt:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik): Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman, mereka
bertanya: Siapakah Ar-rahman itu?". Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau
perintahkan kepada kami? Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar."
[Surah Al-Furqan: 60]
 
jika diamati, adakah orang yang bertauhid Rububiyyah mengelurkan perkataan seperti ini?
 
h) Firman Allah swt:
"Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang
berhubung dengan Allah (dan kekuasaanNya), padahal Dia amat keras azab siksaNya."
[Surah Ar-Ra'd: 13]
 
Semua ayat ini menunjukkan bahawa orang Musyrikin atau orang-orang kafir tidak mempunyai
Tauhid Rububiyyah. Terdapat ayat lain yang menunjukkan tidak ada perbezaan di antara Tauhid
Rububiyyah dan Uluhiyyah ini, antaranya:
 
i) Firman Allah swt:
"bukankah Aku Tuhan (Rabb) kamu? Mereka semua menjawab: Benar."
[Surah Al-A'raf: 172]
 
Disini digunakan perkataan Rabb (tuhan), bukan Ilah (tuhan). Ini kerana Rabb adalah Ilah, dan Ilah
adalah Rabb. Tidak ditanya umpamanya:
 
j) Firman Allah swt:
"Fir'aun berkata: Akulah Rabb (tuhan) kamu yang tinggi."
[Surah An-Nazi'at: 24]
 
kemudian Fir'aun berkata lagi:
"Fir'aun berkata: Demia sesungguhnya, jika engkau menyembah Ilah (tuhan) yang lain daripadaku,
sudah tentu aku akan menjadikan engkau termasuk di kalangan orang-orang yang dipenjara."
[Surah Asy-Syu'ara: 29]
 
Fir'aun dalam 2 dialog ini menggunakan perkataan Rabb dan Ilah untuk menisbahkan kepada
dirinya sebagai tuhan, kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Di dalam
hadith disebutkan bahawa Malaikat Mungkar dan Nakir akan bertanya kepada penghuni kubur
dengan: (Siapa Tuhanmu?), Tidak ditanya: (Siapa Tuhanmu?). Ini kerana Rabb bermaksud Ilah
juga.
 
5) Antara hujah digunakan oleh golongan yang mengatakan bahawa orang-orang Musyrikin juga
bertauhid Rububiyyah ialah ayat dibawah:
"Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang syirik)
itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang menjalankan matahari dan bulan, sudah
tentu mereka akan menjawab: Allah Maka, bagaimana mereka sanggup melakukan
permbohongan."
[Surah Al-Ankabut: 61]
 
Sebagai menjawabnya: Mereka hanya berkata dengan lidah tetapi tidak disertai dengan hati kerana
pada ketika itu mereka tidak mampu menjawab dalam ketika berhujah. Buktinya ialah:
a) Di akhir perkataan mereka, dalam ayat yang lain, menunjukkan tipuan dan pembohongan
pengakuan mereka itu iaitu ayat: (Maka, bagaimana mereka sanggup melakukan pembohongan).
[Tafsir Al-Qurthubi dan Intabih! Dinuka fi khathor (Agama Dalam Bahaya), ms 30]
 
b) Mereka mengatakan selain Allah swt (termasuk berhala) boleh juga memberi manfaat dan
mudarat, contohnya:
"Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu
(Nabi Hud) sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu).
[Surah Hud: 54]
 
c) Mereka sebenarnya jahil tentang Allah swt dengan mendahulukan selain Allah swt (termasuk
berhala) sekalipun dalam perkara-perkara yang kecil, contohnya:
"Ini untuk Allah mengikut anggapan mereka dan ini untuk berhala-berhala kami. Kemudian apa yang
telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka
tidak membelanjakannya pada jalan Allah) dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula
kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakan pada jalan itu)."
[Surah Al-An'am: 136]