Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 1 KULIAH 5

Soalan: Letakkan peta mula kedatangan pengaruh Arab dalam kebudayaan Islam, buat
ulasan terperinci tentang pengaruh tersebut.

Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa pengaruh Arab mempengaruhi dalam
kebudayaan Islam. Kebudayaan Islam dipengaruhi oleh kebudayaan Arab adalah kerana
berlakunya kedatangan pedagang-pedagang Islam ke Nusantara. Bukti pengaruh Arab yang
bertapak di tanah Melayu adalah melalui penemuan batu bersurat Kuala Terengganu yang
merupakan piagam undang-undang bertulis yang menjadi bukti pengamalan sistem
perundangan Islam.

Antara pengaruh Arab dalam kebudayaan Islam dapat dilihat daripada pelbagai
aspek. Antaranya adalah aspek bahasa. Selepas kedatangan Islam, bahasa Arab mula
mengambil alih bahasa Sanskrit iaitu menggantikan huruf Kawi dengan huruf Arab. Secara
tidak langsung, bahasa Melayu telah mengalami perubahan pesat dengan peniruan kata-
kata Arab sehingga menjadi media kepada ilmu pengetahuan.

Seterusnya, dari aspek kepercayaan pula, kedatangan pengaruh Arab telah


menghapuskan amalan syirik yang diamalkan oleh masyarakat. Masyarakat mula
mengamalkan agama Islam. Dari aspek pemerintahan pula, kedatangan Islam daripada
pengaruh Arab telah mewujudkan Hukum Kanun Melaka yang diadakan untuk melindungi
kerajaan, rakyat dan negeri Melaka. Selain itu, sistem kasta tidak diamalkan lagi. Ini kerana
Islam menekankan unsur-unsur persamaan sosial iaitu menyamakan semua darjat manusia.
Oleh itu, berdasarkan aspek-aspek yang dijelaskan di atas, terbuktilah bahawa kedatangan
Islam ke tanah Melayu telah dipengaruhi oleh pengaruh Arab.

Anda mungkin juga menyukai