Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH 2018

NAMA : PUNGGODI A/P MANIAM

SEKOLAH : SEKOLAH JENIS TAMIL LABIS

DARJAH: 3 HIJAU

BAHAGIAN A (MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR/eBRM)


TARIKH 14.5.2018
WAKTU 9.00-9.30 PAGI
DARJAH 3 HIJAU
TAJUK Bahagian tumbuhan dan saraf daun
OBJEKTIF Meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid-murid Tahun Tiga dalam
topik tumbuhan khususnya untuk mengenali bahagian tumbuhan dan
saraf daun dengan kaedah eksperimen
REFLEKSI 5/17 murid kurang dapat menghubungkait bahagian tumbuhan dan
mengenali tulang daun walaupun telah membuat perhatian.
Oleh itu saya perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu
murid – murid tersebut

BAHAGIAN B (PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN)


LANGKAH 1

i. Murid bersama guru telah menanam beberapa pokok bunga dalam kumpulan
sebelum pengajaran topik berkenan.
ii. Semasa waktu PdPc, video mengenai pertumbuhan tumbuhan di alam sekeliling
dipaparkan..
iii. Murid memerhati setiap jenis tumbuhan dalam video dan memerhati bahagian-
bahagian yang ditunjuk.
LANGKAH 2

i. Murid-murid membawa masuk pokok bunga yang telah ditanam sebelum beberapa
minggu dan memerhati pertumbuhan menggunakan pancaindera, khususnya murid
yang kurang faham.
ii. Murid mencuba untuk meneka semua bahagian tumbuhan dengan sentuh bahagian
tertentu seperti daun, akar, bunga, dahan
LANGKAH 3
i. Digalakkan murid-murid melakar semua bahagian tumbuhan dengan memerhati
pokok yang ditanam supaya dapat memerhati dengan lebih teliti.
LANGKAH 4

i. Selepas mengetahui dan memahami semua bahagian tumbuhan , setiap murid


diberi sehelai daun kelapa dan daun bunga melur untuk diperhati.
ii. Murid-murid memerhati tulang yang terdapat pada daun yang diberi dengan lebih teliti
untuk mengenali tulang sejajar dan tulang melengkung.
Iii. Murid mendapat kemahiran untuk memerhati dan mengkelas daun melalui
pengetahuan dari video yang telah ditayang.

Langkah 5:

i. Murid-murid dapat mengenali bahagian tumbuhan dan mengenali tulang daun


menggunakan pengalaman sendiri .

 PENGHARGAAN
I. Pelajar yang telah berjaya menguasai konsep akan diberikan token tumbuhan yang
ditanam sebagai ganjaran.

BAHAGIAN C (HASIL PELAKSANAAN)

Kelima-lima murid tersebut telah menguasai objektif pembelajaran selepas PdPc. Murid –
murid dapat memerhati, menyebut, melakar dan mengenali bahagian tumbuhan dan
mengenali tulang daun Teknik eksperimen ini sangat sesuai untuk murid tahun 3 untuk
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan. Teknik ini dapat membantu murid-murid
memahami konsep pembelajaran dengan pengalaman sendiri dan dapat menjawab soalan
dengan lebih mudah.

Disediakan oleh,

PUNGGODI A/P MANIAM

SJKT LABIS

Anda mungkin juga menyukai