Anda di halaman 1dari 1

PERLEMBAGAAN KELAB

SJKC KEAT HWA (H)


JALAN KAMPONG PERAK,
05100 ALOR STAR, KEDAH.

PERLEMBAGAAN KELAB AKUATIK


1.0       MATLAMAT
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia
sebagai suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi inteleks, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan maka penubuhan Kelab Akuatik sebagai satu platform
terbaik untuk mencapai hasrat tersebut.

2.0       OBJEKTIF
2.1       Menyedarkan ahli terhadap Agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan
rohani, jasmani dan emosi ahli Kelab Akuatik.
2.3       Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan ahli Kelab Akuatik.
2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat ahli Kelab Akuatik dalam
aktiviti yang diceburi.        
2.5       Membina dan meningkatkan disiplin ahli kelab
2.6 Melahirkan ahli Kelab Akuatik yang mampu mengendalikan sesuatu
organisasi dengan baik.

3.0       KEAHLIAN
3.1      Dibuka khusus untuk atlet-atlet Kelab Akuatik dari Tahun 4 hingga Tahun 6.
3.2 Atlet-atlet murid dikehendaki mengisi borang permohonan kelab untuk
menjadi ahli kelab ini.
3.3 Keahlian akan terbatal sekiranya ahli kelab bertukar sekolah/ dibuang sekolah
atas sebab disiplin atau prestasi merosot.

4.0       GURU PENASIHAT


4.1      Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
4.2      Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksanakan
atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.0       AHLI JAWATANKUASA


5.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
5.2       Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat, layak
dicalonkan sebagai AJK.

Anda mungkin juga menyukai