Media mempunyai pengaruh yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Alat dan
bahan media ini dapat membantu pendidik atau guru dalam pencapaian sesuatu objektif
pembelajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru pada zaman era
globalisasi ini, kita harus mengetahui satu dua cara untuk menghasilkan video yang berkesan.
Dengan berikut ini, saya akan membincangkan langkah-langkah untuk menghasilkan video
yang berkesan.
Langkah pertama adalah menetapkan tujuan dan objektif, iaitu memastikan matlamat
rancangan untuk menghasilkan bahan video. Kumpulan sasaran yang saya menetapkan adalah
murid-murid kelas Tahun 4 Merah. Saya merancang untuk menghasilkan sebuah video yang
mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di bengkel dan
kecelekaan yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi peraturan di dalam bengkel. Video ini
akan ditayangkan pada permulaan kelas agar murid dapat memahami apa tajuk yang saya
akan mengajar.
Oleh itu, untuk memastikan tujuan dan objektif dapat dicapai, saya akan menambah
subtitle yang sesuai dalam video supaya memudahkan murid untuk mempelajari dan
memahami. Bukan itu saja, saya juga memastikan pengunaan teks, gambar, animasi, muzik
dan bunyi dapat menyampaikan penjelasan dan mesej dengan baik. Dengan ini, dapat menarik
perhatian murid untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan.
Selepas itu, adalah langkah menulis skrip. Terlebih dahaulu saya akan memahami
sepenuhnya terhadap tajuk yang saya akan mengajar. Dengan ini, saya akan dapat merancang
pengenalan, isi kandungan dan kesimpulan yang bersesuaian kepada murid. Saya juga
mempertimbangkan bahan-bahan yang perlu dan memasukkan ke dalam skrip. Dengan ini,
saya dapat menghasilkan video yang mudah dan kaya dengan kandungan. Secara tidak
langsung, dapat memperkayakan ilmu dan menark perhatian murid semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Prinsip kontras menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka perbezaan itu
hendaklah diperlihatkan dengan ketara. Sebagai contoh saya akan mengariskan dan
membesarkan perkataan yang penting, seperti “Mematuhi” dan “Jangan” untuk membantu
murid untuk mengelakkan berlaku kemalangan semasa berada di bengkel. Bukan itu saja, saya
juga akan menggunakan warna yang muda atau sejuk sebagai latar belakang apabila
menggunakan perkataan yang berwarna hitam. Dengan penggunaan kontras, dapat
menambahkan keceriaan kepada rekeaan saya dan dapat membantu karya saya menjadi lebih
menarik untuk pembacaan dengan membuat tajuk dan subtajuk secara menonjol.
Prinsip kedua adalah prinsip seimbang, menyatakan bahawa setiap item diletakkan
dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian kursus supaya kelihatan
tersusun kemas dan rapi. Saya akan menggunakan prinsip ini menerangkan peraturan am dan
peraturan keselamatan diri semasa berada di bengkel dan menyusun gambar yang berkaitan
terhadap tajuk dengan teratur dan seimbang. Dengan ini, penghasilan visual akan menjadi lebih
baik, dinamis dan bermakna.
Seterusnya adalah prinsip simplisiti, menyatakan bahawa bahan grafik yang disediakan
itu hendaklah kelihatan mudah dan ringkas. Oleh hal demikian, saya akan meletakkan gambar-
gambar yang keperluan dan berkaitan terhadap pembelajaran dan pengajaran serta
memasukkan sedikit banyak grafik animasi. Bukan itu saja, saya juga akan meletakkan
perkataan atau ayat yang penting dan pendek saja. Dengan ini, akan menarik perhatian murid
untuk belajar dan akan memudahakan murid untuk belajari dan memahami.
Bagi prinsip jarak antara objek, menyatakan bahawa kumpulan item yang berkaitan
harus berdekatan antara satu sama lain supaya dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak
terpisah. Manakala, kumpulan item yang tidak berkaitan harus dijarak dan dipisahkan agar
dilihatkan sebagai berlainan. Dengan ini, saya akan menjarakan antara teks dengan grafik
supaya tidak akan menganggu kelihatan murid terhadap tek dan dapat meningkatkan kejelasan
visual. Bukan itu saja, juga mengelakkan campur aduk maklumat dan tidak akan mengelirukan
kefahaman murid.
Mengikut prinsip penekanan, ditafsirkan sebagai pusat tumpuan atau fokus utama.
Tajuk pembelajaran saya kepada murid adalah “Peraturan Keselamtan” dan saya akan
memfokuskan kepada mematuhi peraturan dan menjaga keselamatan diri semasa di bengkel.
Oleh itu, saya akan “bold” dan membesarkan saiz perkataaan tentang mematuhi dan menjaga.
Selain itu, saya juga akan menggunakan warna yang berlainan untuk membezakan tajuk dan
subtajuk. Dengan ini, rekaan visual akan menjadi sebagai pusat penumpuan dan ditampil
dengan jelas kepada murid.
Prinsip yang terakhir adalah pergulangan, menyatakan bahawa harus kekalkan sesuatu
aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Saya menggunakan warna latar belakang, bullet, saiz
dan bentuk font yang sama supaya video tersebut kelihatan konsisten. Selain itu, saya juga
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan mesej yang penting secara berulang-
ulang. Sebagai contoh, saya akan menggunakan rakaman video, powerpoint, lembaran kerja
dan lain-lain untuk mengulangi peraturan keselamatan semasa berada di bengkel. Dengan ini,
membolehkan murid yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap media juga dapat
mencapai objektif pada tahap yang sama.
Selepas mengumpulkan maklumat dan menyediakan bahan dan peralatan, saya akan
memulakan sesi pengambaran mengikut jadual yang telah dirancang. Selain itu, saya juga akan
memastikan cuaca yang sesuai dan baik, baru memulakan sesi pengambaran. Sekiranya,
didapati cuaca yang tidak baik untuk menangkap gambar atau membuat sesi pengambaran,
maka sesi pengambaran akan menjalakan di dalam bilik. Selepas itu, saya akan menjalankan
langkah suntingan. Suntingan ini dibuat berpandukan skrip video. Dengan ini, dapat
menghasilkan video yang padat dengan isi dan berkesan kepada murid.
Di samping itu, adalah langkah membuat rakaman audio, iaitu memasukkan narration,
kesan bunyi dan muzik latar dalam video. Semasa membuat rakaman audio, saya akan
memastikan penggunaan bahasa pertuturan yang mudah dan elakkan penyampaian seperti
bersyarah. Bukan itu saja, saya juga akan penggunaan tatabahasa yang betul dan memastikan
rakaman audio tidak lebih 25 minit serta audio bunyinya adalah jelas. Dengan penggunaan ini,
dapat memberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid
yang buta huruf serta menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung,
dapat meningkatkan kemahiran pendengaran pelajar dan sesuai untuk pembelajaran di rumah.
Apabila sudah menyiapkan video tersebut, saya akan menayangkan video kepada
sekumpulan kecil pratonton sahaja. Selepas itu, saya akan mendapatkan komen-komen dan
candangan-cadangan daripada muridnya, Dengan ini, saya akan dapat membaiki kelemahan
video dan karya video saya akan menjadi baik dan bersesuaian kepada murid untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini adalah prebiu.
Di samping itu, saya juga akan meminta murid memberi perhatian terhadap video yang
mengenai peraturan keslamatan semasa di bengkel sebelum memulakan tayangan video.
Dengan hal ini demikia, murid akan mencapai tujuan dan objektif dengan mudah dan dapat
menguasai pengetahuan yang baru. Pada masa yang sama, saya akan berkongsi video
tersebut kepada rakan-rakan sejawat yang lain, apabila video tersebut tiada masalah atau
kelemahan lagi. Dengan ini, akan memudahkan guru yang lain untuk mengajar tajuk yang sama
dan murid akan mendapat pengetahuan yang sama.