Anda di halaman 1dari 16

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249

1
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 BAGI MATA
PELAJARAN SEJARAH (1249)

BIL PERKARA KERTAS 1 (1249/1) KERTAS 2 (1249/2)


Jenis
1 Ujian Bertulis
Instrumen

Jenis Item Objektif Aneka Pilihan • Subjektif Respons Terhad


2
• Subjektif Respons Terbuka
Bahagian A

4 Soalan Respons Terhad

(40 markah)

(Jawab semua soalan)


Bilangan 40 soalan
3
Soalan (Jawab semua soalan)
Bahagian B

5 Soalan Respons Terbuka

(60 markah)

(Jawab 3 soalan)
Jumlah
4 40 markah 100 markah
Markah
• Mengingat
• Mengingat • Memahami
5 Konstruk • Memahami • Mengaplikasi
• Mengaplikasi • Menganalisis
• Menganalisis • Menilai
• Mencipta
6 Tempoh Ujian 1 jam 2 Jam 30 minit
Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen
Cakupan Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
7
Konteks
(Tingkatan 4 dan 5)

Aras Rendah : Sederhana : Tinggi


8
Kesukaran 5:3:2
9 Kaedah Dikotomus • Analitik
• Holistik
PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
2
Penskoran

KONSTRUK YANG DITAKSIR

1.0. Pengetahuan dan kefahaman tentang fakta sejarah, istilah, konsep dan
teori sejarah negara dan dunia luar

1.0. Menguji kebolehan murid mengingati semula, tahu jawapan


berdasarkan hafalan
1.1 Menyenaraikan, memerihalkan, menamakan, menyatakan
1.2 Menguji kebolehan murid yang melibatkan pengetahuan tanpa situasi
baharu; menerangkan, menjelaskan, menghubungkaitkan

2.0. Kemahiran

2.1. Kemahiran Mengaplikasi

2.1.1. Menguji kebolehan murid menggunakan kemahiran untuk memberi


penjelasan bagi sesuatu atau perkara baharu
2.1.2. Menunjuk cara, menggambarkan, memberi contoh, mengklasifikasi,
membuat kronologi

2.2 Kemahiran Menganalisis

2.2.1. Menguji kebolehan murid mencerakin atau mengumpul maklumat bagi


memberi gambaran tentang peristiwa atau fakta sejarah
2.2.2. Menganalisis, membandingkan, mencerakinkan, menghuraikan

2.3.Kemahiran Menilai

2.3.1. Menguji kebolehan murid membuat pertimbangan dan keputusan


menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan menilai serta
membuat justifikasi
2.3.2. Membahas, mentafsir, membuat kesimpulan, menilai, membuat
justifikasi

2.4. Kemahiran Mencipta / Menjana Idea

2.4.1. Menguji kebolehan murid merancang, mencipta bagi menghasilkan


sesuatu perkara atau idea yang kreatif dengan menggabungkan
pelbagai elemen
2.4.2. Mencipta, meramal, membina, mengimaginasi, mencadangkan,
menjana idea, menghasilkan, merumus

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
3
ISU PERUBAHAN FORMAT BARU DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH SPM MULAI 2021

1. Adakah kajian kes perlu dilaksanakan di peringkat sekolah?

 Kajian kes wajib dilaksanakan


 Markah untuk makluman sekolah sahaja.
 tidak diambil kira dalam peperiksaan SPM sebenar

2. Apakah rasional Kertas 3 dimansuhkan?

 Pentaksiran kurang berlaku/ tidak berlaku pentaksiran yang diharapkan


 Tidak dapat membezakan calon cemerlang dengan lemah. Jawapan disediakan oleh guru.
 Konstruk yang ditanya sudah terdapat dalam Kertas 1 dan Kertas 2
 Kos keseluruhan penghasilan Kertas 3 yang tinggi ( RM 500,000.00)
 Membebankan guru untuk menanda

3. Adakah pemansuhan Kertas 3 boleh membantu pelajar lulus mata pelajaran Sejarah?

 Soalan Kbat dalam Kertas 2 mampu bantu pelajar memperoleh markah.

4. Bahagian manakah dalam kertas sejarah SPM yang dapat membantu calon/ murid lulus soalan?

Soalan Kbat ceraian (c) setiap soalan

Kertas 2 Bil soalan Markah Jumlah


Bahagian A 4 4 16
Bahagian B 3 8 24
JUMLAH KESELURUHAN 40
5. Mengapakah hanya 5 soalan dikemukakan dalam Kertas 2 di Bahagian B berbanding 7 soalan
sebelum ini?

 Tema berkurang dari 6 tema (lama) kepada 2 tema (baru)


 Subtopik juga kurang iaitu 7 subtopik : 3 di Tingkatan 4 dan 4 di Tingkatan 5

TINGKATA Subtopik
N
9 Nasionalisme di Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua
4 10 Perjuangan rakyat kea rah Kemerdekaan Tanah Air
11 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
12 Pengukuhan Kedaulatan Negara
13 Pembentukan Malaysia
5
14 Kemakmuran Negara
15 Malaysia di Persada Dunia

6. Apakah wajaran Kertas Sejarah SPM?


 Tiada wajaran seperti format lama
7. Bagaimanakah pembinaan soalan ditentukan?

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
4
 Merujuk DSKP
8. Adakah penskoran berdasarkan analitikal atau holistiK?
 Analitikal - Respon tertutup
 Holistik – Respon terbuka dan Kbat

CONTOH SOALAN DAN CONTOH JAWAPAN (PANDUAN SAHAJA)

2 Perjanjian Hudaibiyah dimenterai pada tahun ke-6 Hijrah antara Nabi Muhammad SAW
dengan pihak Quraisy Makkah.

(a) Nyatakan dua syarat dalam perjanjian tersebut.

(i) …………………………………………………………………………………………………………………………………..
(ii) …………………………………………………………………………………………………………………………………..
[2 markah]
(b) Jelaskan implikasi perjanjian tersebut.

………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………
[ 4 markah]
(c) Kota Makkah dibuka semula pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah peristiwa tersebut penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW?

………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
[ 4 markah]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
5
CONTOH SOALAN DAN CONTOH JAWAPAN (PANDUAN SAHAJA)

2 Perjanjian Hudaibiyah dimenterai pada tahun ke-6 Hijrah antara Nabi Muhammad SAW
dengan pihak Quraisy Makkah.

(a) Nyatakan dua syarat dalam perjanjian tersebut.

(i) Orang Makkah yang datang ke Madinah tanpa persetujuan wali atau
penjaganya akan dihantar balik
(ii) Orang Madinah yang pergi ke Makkah tidak akan dihantar balik walaupun
penjaga tidak setuju. Selain itu tiada pertumpahan darah
[2 markah]
(b) Jelaskan implikasi perjanjian tersebut.

Implikasi daripada perjanjian tersebut adalah tiada pertumpahan darah yang


berlaku dan tugas menyebarkan Islam menjadi lebih mudah. Selain itu ,ramai hamba
telah memeluk Islam kerana persamaan taraf

[ 4 markah]
(c) Kota Makkah dibuka semula pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah peristiwa tersebut penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW?

Peristiwa tersebut penting adalah umat Islam boleh mengerjakan haji semula
dengan aman.Selain itu ,amalan jahiliah di Makkah seperti penyembahan berhala
telah dihapuskan setelah pembukaan kota Makkah kerana nabi Muhammad telah
membetulkan semula akidah penduduk Makkah
[ 4 markah]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
6
CONTOH JAWAPAN B (PANDUAN SAHAJA)

2 Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun ke-6 Hijrah antara Nabi Muhammad SAW dengan
pihak Quraisy Makkah.

(a) Nyatakan dua syarat dalam perjanjian tersebut.

(i) Gencatan senjata selama 10 tahun.


(ii) Orang Quraisy Makkah yang memihak Madinah tanpa kebenaran penjaga perlu
dipulangkan
[2 markah]
(b) Jelaskanimplikasiperjanjiantersebut.

Orang Islam Madinah dibenarkan memasuki kota Makkah untuk menunaikan haji.
Kegiatan dakwah Islam bebasdijalankan di Kota Makkah. Pengislaman pemimpin
Makkah. Penganut agama Islam semakin bertambah.Islam tersebar secara aman dan
damai.
[ 4 markah]
(c) Kota Makkah dibuka semula pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah peristiwa tersebut penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW?

Kaabah dapat diambi lsemula. Kota Makkah dijadikan kota suci Islam. Amalan
menyembah berhala dihapuskan. Islam tersebar secara aman dan damai .Agama
Islam semakin kukuh. Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam.
[ 4 markah]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
7
CONTOH JAWAPAN C ( PANDUAN SAHAJA)
2 Perjanjian Hudaibiyah dimenterai pada tahun ke-6 Hijrah antara Nabi Muhammad SAW
dengan pihak Quraisy Makkah.

(a) Nyatakan dua syarat dalam perjanjian tersebut.

(i) Gencatan senjata 10 tahun


(ii) Orang Arab Quraisy Makkah jika berpihak kepada orang Islam Madinah tanpa
kebenaran penjaganya akan dipulangkan semula.
[2 markah]
(b) Jelaskan implikasi perjanjian tersebut.

Kesannya ialah orang Islam bebas keluar masuk Makkah dan dibenarkan
melakukan ibadah umrah pada tahun berikutnya. Selain itu ,rancangan dakwah Nabi
Muhammad saw berjalan dengan lancar dan keselamatan orang Islam terjamin
[ 4 markah]
(c) Kota Makkah dibuka semula pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah peristiwa tersebut penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW?

Peristiwa tersebut penting dalam perjuangan baginda kerana dapat meluaskan


dakwah untuk menyebarkan agama Islam dan orang Islam dapat menunaikan haji
dan umrah dengan sempurna. Selain itu dapat meluaskan wilayah orang Islam dan
penganut agama Islam semakin bertambah
[ 4 markah]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
8
CONTOH PERATURAN PERMARKAHAN (PANDUAN SAHAJA)

2 Perjanjian Hudaibiyah dimenterai pada tahun ke-6 Hijrah antara Nabi Muhammad SAW
dengan pihak Quraisy Makkah.

(a) Nyatakan dua syarat dalam perjanjian tersebut.


F1 Gencatan senjata selama 10 tahun
F2 kabilah Arab lain bebas memihak orang Islam Madinah atau Quraisy Makkah
F3 Orang Islam Madinah yang memihak orang Islam tanpa kebenaran penjaganya tidak
perlu dipulangkan
F4 Orang Quraisy Makkah yang memihak Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu
dipulangkan semula
F5 Umat islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
Mana-mana 2 F x 1 m [2 markah]
(b) Jelaskan implikasi perjanjian tersebut.

F1 Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya


F2 Orang Islam bebas memasuki Makkah
F3 Nabi Muhammad SAW dapat merangka program dakwah ke seluruh Tanah Arab
F4 Suku Arab bebas menganut agama yang disukai
F5 Islam dapat berkembang dengan meluas
F6 Islam memperoleh keuntungan jangka panjang
F7 Pengislaman tokoh Quraisy seperti Khalid Al Walid / Amru Al As / Uthman bin Talhah
F8 Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
F9 perintis pembukaan semula kota Makkah

( mana-mana jawapan munasabah)

Mana-mana 4F x 1 m [ 4 markah]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
9
(c) Kota Makkah dibuka semula pada tahun 630 Masihi.
Mengapakah peristiwa tersebut penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW?

F1 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah


F2 Agama menyembah berhala diganti dengan agama Islam
F3 Makkah dijadikan kota suci umat Islam
F4 Kaabah menjadi tumpuan umat Islam
F5 Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat
F6 Pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
F7 Dakwah Islam tersebar secara aman dan sukarela
F8 Wujud sebuah lagi pusat pemerintahan Islam yang kuat selain Madinah
F9 Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam

( mana-mana jawapan munasabah)


Mana-mana 4F x 1 m [ 4markah]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
10
CONTOH SOALAN DAN PANDUAN PENULISAN JAWAPAN

Orang Melayu menentang Malayan Union tetapi menerima


pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

a. Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union ?

(4m)
b. Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
menyebabkan orang Melayu menerimanya dengan mudah.

(8m)
c. Sejauh manakah prinsip-prinsip yang terdapat dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 kekal sehingga kini ?
(8m)
Skrip CONTOH A

a. Orang Melayu menentang Malayan Union kerana tidak bersetuju dengan sistem
kewarganegaraan yang diperkenalkan oleh British iaitu jus soli di mana kaum-
kaum lain akan menjadi warganegara setaraf dengan orang Melayu. Selain itu,
orang Melayu menentang Malayan Union kerana Raja-raja akan kehilangan
kuasa mereka dan bimbang hak keistimewaan atau ketuanan Melayu akan
hilang.

b. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menyebabkan orang Melayu


menerimanya dengan mudah adalah kerana hak keistimewaan orang Melayu
akan dipelihara oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Selain itu, raja-raja Melayu
diberikan kuasa untuk mentadbir negeri masing-masing dan konsep raja
berpelembagaan diperkenalkan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri.
Majlis Raja-Raja Melayu turut ditubuhkan dan turut terlibat dalam membuat
keputusan diperingkat persekutuan.
Seterusnya sistem kerakyatan terbahagi kepada dua iaitu Rakyat Raja Melayu
dan Rakyat British. Rakyat Raja Melayu adalah individu yang lahir di negeri-
negeri Melayu manakala Rakyat British diberikan kepada individu yang lahir di
Pulau Pinang dan Melaka. Raja Melayu berhak menentukan kerakyatan.
PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
11
Agama Islam turut dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu bidang
kuasa negeri dan bidang kuasa persekutuan telah diwujudkan.

c. Prinsip-prinsip Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 antara yang kekal


sehingga kini adalah bidang kuasa persekutuan dan bidang kuasa negeri seperti
yang termaktub dalam Jadual kesembilan Senarai I dan Senarai II Perlembagaan
Persektuuan. Fungsi senarai ini adalah melicinkan urusan pentadbiran negara
kerana tidak berlaku pertindihan bidang kuasa.
Selain itu,konsep Raja Berpelembagaan juga turut digunapakai sehingga kini di
mana bidang kuasa Yang DiPertuan Agong adalah termaktub di dalam
perlembagaan persekutuan manakala bidang kuasa sultan dan raja diperingkat
negeri adalah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing.
Seterusnya hak kewarganegaraan turut diberikan kepada individu yang layak
melalui permohonan tetapi individu tersebut mesti mengiktiraf hak keistimewaan
orang Melayu.

CONTOH JAWAPAN B

a. Orang Melayu menentang Malayan Union kerana raja-raja Melayu kehilangan


kuasa dalam hal tertentu. Seterusnya hak kerakyatan dilonggarkan dan ini akan
mengancam status quo orang Melayu.
Prinsip jus soli merugikan orang Melayu dan menguntungkan golongan imigran.
Prinsip ini turut bertentangan dengan Piagam Atlantik yang telah dinyatakan oleh
PBB.

b. Raja atau sultan mengetuai negeri masing-masing. Prinsip orang Melayu yang
taat kepada raja membuatkan mereka mudah menerima Persekutuan Malaysia.
Agama Islam sebagai agama rasmi .Majoriti rakyat Tanah Melayu adalah
beragama Islam. Maka budaya dan kepercayaan berjaya dikekalkan .
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam Persekutuan Malaysia.
Komunikasi bahasa pengantar dijadikan bahasa rasmi.
Hak kerakyatan diperketatkan dan ini bagi menjamin hak pribumi di Tanah
Melayu dijaga dan terjamin. Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif
diperingkat persekutuan.

c. Raja atau sultan masih menjadi ketua negeri masing-masing selain kekal menjadi
ketua agama Islam. Perkara ini masih berterusan dan kekal sehingga kini.

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
12
Agama islam juga adalah kekal sebagai agama rasmi namun penduduk yang
bukan beragama Islam bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-
masing.
Bahasa Melayu turut kekal sebagai bahasa rasmi negara. Ini berterusan
sehingga kini. Rakyat juga turut menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan
seharian.
Hak kerakyatan masih turut diperketatkan dan tidak sewenang-wenangnya
imigran boleh menjadi warganegara.

CONTOH JAWAPAN C

a. Orang Melayu menentang Malayan Union kerana ia menghakis kuasa Raja-Raja


Melayu. Misalnya, Raja-Raja Melayu hanya berkuasa dalam isu agama Islam
dan adat resam Melayu. Selain itu, syarat kerakyatan Malayan Union terlalu
longgar. Ini menyebabkan kemasukan imigran yang akan menggugat peluang
ekonomi dan politik penduduk tempatan. Di samping itu, orang Melayujuga
berasa tidak puas hati dengan Sir Harold Mac Michael .Ini disebabkan dia
mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu melalui desakan dan ugutan.

b. Ciri-ciri persekutuan Tanah Melayu termasuk mengembalikan kuasa Raja-raja


Melayu. Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Raja-Raja Melayu
mempunyai kuasa perundangan. Selain itu, kedudukan istimewa orang-orang
Melayu dan peribumi akan dijaga .Mereka akan diberikan keutamaan dalam
ekonomi dan politik.
Disamping itu syarat kerakyatan juga diketatkan. Misalnya, kerakyatan hanya
diberikan kepada Rakyat Raja dan Rakyat British. Seterusnya ,Gabenor yang
amat berkuasa dalam Malayan Union ditukarkan kepada Pesuruhjaya Tinggi
British.
Lain pada itu, sebuah persekutuan dibentuk melalui gabungan NNS kecuali
Singapura,NNMB dan NNMTB. Jelaslah pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu mementingkan unsurMelayu dengan nama Malayan Union ditukar
kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Simpanan Melayu juga
diperkenalkan.

c. Prinsip-prinsip yang kekal sehingga kini ialah agama Islam sebagai agama rasmi.
Selain itu,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebuah persekutuan
dibentuk sehingga kekal pada hari ini . Disamping itu,muncul Kerajaan
persekutuan dan Kerajaan Negeri. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri juga
dikekalkan pada hari ini. Seterusnya,penduduk peribumi mempunyai kedudukan
istimewa juga dipelihara oleh Raja-Raja Melayu. Tanah Simpanan Melayu juga
dikekalkan. Selain itu, Raja-Raja Melayu juga berkuasa dalam perundangan dan
berperanan sebagai ketua negeri.

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
13
Soalan Perincian Markah
9a F1 Menentang cara MacMichael mendapatkan 1
tandatangan sultan-sultan Melayu
F2 Sultan diugut untuk turun takhta 1
F3 Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding 1
dengan Majlis Mesyuarat Negeri
F4 Sultan menandatangani Malayan Union atas dasar 1
setiakawan dengan British
F5 Raja-raja Melayu diperdaya oleh British 1
F6 Raja-raja Melayu hilang takhta/kredebiliti sebagai 1
ketua orang Melayu
F7 Kedudukan agama Islam tercabar 1
F8 Kutipan zakat fitrah diletakkan di bawah kuasa 1
gabenor 1
F9 Kerakyatan jus soli diberi kepada orang dagang 1
F10 Kedudukan peribumi Tanah Melayu terancam 1
F11 Sejarah Kesultanan Melayu Melaka/Ketuanan
Melayu terhapus 1
F12 Tanah Melayu menjadi jajahan/bukan negeri [4m]
naungan

9b F1 Sebuah persekutuan dibentuk gabungan 11 buah 1


negeri 1
F2 Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan 1
F3 Senarai Persekutuan/negeri dibentuk 1
F4 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga hak dan
kedudukan istimewa orang Melayu 1
F5 Sultan menjadi Ketua Negeri 1
F6 Sultan berkuasa melantik Menteri Besar 1
F7 Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri 1
F8 Syarat kerakyatan diperketat /Jus soli hanya untuk
rakyat Raja Melayu/rakyat British 1
F9 British mengiktiraf semula ketuanan Melayu 1
F10 Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa yang
jelas 1
F11 Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-raja dengan
Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat 1
F12 Pesuruhjaya Tinggi dibantu Majlis Eksekutif dan
Majlis Perundangan Persekutuan 1
F13 Menteri Besar dibantu Majlis Eksekutif Negeri dan
Majlis Perundangan Negeri [8m]

9 (c) Aras 4 7-8m

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
14
Pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas
Bukti / contoh sangat sesuai
Membuat inferens yang tepat
Jawapan sangat mendalam / terperinci
Komunikasi / pengolahan sangat menarik
Menunjukkan kematangan

Contoh:
Konsep persekutuan kekal dengan gabungan empat belas
negeri termasuk Sarawak dan Sabah
Konsep Raja Berperlembagaan masih diguna pakai
Senarai Persekutuan / Negeri dibentuk
Pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan Negeri
Sultan masih menjadi Ketua Negeri
Institusi raja kekal dengan bidang kuasa yang jelas
Kedudukan istimewa orang Melayu / status quo Negeri-negeri
Melayu dilindungi
Prinsip Jus Soli diterima semula

Aras 3 5-6m

Pengetahuan dan pemahaman yang sangat jelas


Bukti / contoh sesuai
Membuat inferens
Jawapan mendalam
Komunikasi / pengolahan menarik

Contoh:
Konsep persekutuan kekal dengan gabungan empat belas
negeri termasuk Sarawak dan Sabah
Konsep Raja Berperlembagaan masih diguna pakai
Senarai Persekutuan / Negeri dibentuk
Pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan Negeri
Sultan masih menjadi Ketua Negeri
Institusi raja kekal dengan bidang kuasa yang jelas

Aras 2 3-4 m

Pengetahuan dan pemahaman yang jelas


Jawapan dihuraikan tetapi terhad
Komunikasi / pengolahan kurang menarik

Contoh:
Konsep persekutuan kekal dengan gabungan empat belas
negeri termasuk Sarawak dan Sabah
Konsep Raja Berperlembagaan masih diguna pakai
Senarai Persekutuan / Negeri dibentuk
Pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan Negeri

Aras 1 1-2m

Pengetahuan dan pemahaman terhad


Jawapan mudah dan umum

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
15
Komunikasi / pengolahan terhad

Contoh:
Konsep persekutuan kekal dengan gabungan empat belas
negeri termasuk Sarawak dan Sabah
Konsep Raja Berperlembagaan masih diguna pakai
Jumlah
[8m]

PENATARAN FORMAT BAHARU SPM MULAI 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH 1249
16

Anda mungkin juga menyukai