Anda di halaman 1dari 2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN VS KRITERIA KEJAYAAN

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui
transformasi pengajaran abad ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning
Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria) merupakan paparan penting
di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari
dan apa yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk


menggunakannya. Elemen ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan.
Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya,
“Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi
pembelajaran yang hendak disampaikan.

Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya
“bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui
bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan
objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh
dikatakan mereka berjaya?”.

Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan:

 Objektif pembelajaran:
5.2.3 Memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk yang telah mantap
dengan betul.

 Kriteria Kejayaan:
Murid dapat:
– Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah
mantap dengan betul.
– Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk
yang telah mantap dengan betul.
– Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah
dengan betul.

Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi
pembelajaran bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman mengurung objektif
pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama
murid-murid kita!