Anda di halaman 1dari 11

010703131082

1.0 Pengenalan

Penyakit mata adalah gangguan kesihatan yang sering terjadi dalam masyarakat
seperti mata merah, gatal, gangguan penglihatan, hingga kebutaan. Terdapat beberapa
penyakit mata yang sering terjadi di Malaysia.

Rabun jauh adalah salah satu keadaan seseorang individu itu tidak boleh melihat
sesuatu yang berada pada jarak jauh ataupun pandangannya menjadi kabur apabila melihat
sesuatu yang jauh. Seterusnya, rabun dekat adalah gangguan penglihatan jarak dekat.
Penderita rabun dekat dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi objek yang dekat
tidak dapat dilihat dengan jelas atau kabur.

Rabun silau merupakan salah satu masalah penyakit mata yang disebabkan oleh bentuk
permukaan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Hal ini menyebabkan
penglihatan menjadi kabur disebabkan oleh cahaya yang masuk membias ke arah yang
berlainan.

Di Malaysia, orang yang mempunyai masalah glaukoma dianggarkan seramai 6 juta


orang . Glaukoma  terjadi ketika saraf optik mata rosak sehingga penderitanya mengalami
gangguan penglihatan, malah kebutaan. Kerusakan saraf optik tersebut disebabkan oleh
peningkatan tekanan di dalam bola mata akibat adanya timbunan cairan di dalam mata.

Selain itu, mata kering adalah satu keadaan seseorang individu yang terdapat
kekurangan air mata untuk melembabkan mata. Mereka yang mengalami mata kering adalah
disebabkan oleh pengeluaran air mata yang kurang ataupun mempunyai air mata yang tidak
berkualiti.

Kajian ini bertemakan Sains dan Teknologi: Perubatan. Sains dan Teknologi
merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat(2015), sains membawa maksud ilmu pengetahuan yang
teratur(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Selain itu, sains juga
bermaksud cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-
mata(fizik, kimia, biologi, dan lain-lain). Teknologi pula didefinisikan sebagai aktiviti atau
kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,
perubatan, perniagaan , dan lain-lain.
010703131082
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2015), masalah membawa maksud sesuatu
yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan
kesukaran(kesulitan). Penyakit pula didefinisikan sebagai sesuatu yang menyebabkan badan
menjadi sakit(atau yang mengganggu kesihatan). Mata pula membawa maksud alat untuk
melihat(pada manusia atau binatang), pancaindera untuk melihat.

Menurut Kartini Kartono yang dicapai pada 17 Februari 2020 dari


https://materibelajar.co.id/pengertian-masalah/, perkataan masalah bermaksud kondisi atau
situasi yang memiliki karakteristik yang belum mapan atau belum diketahui untuk selesaikan
atau diketahui secara pasti. Menurut Prajudi Atmosudirjo yang dicapai pada 18 Februari 2020
daripada https://materibelajar.co.id/pengertian-masalah/, masalah didefinisikan sebagai
sesuatu yang menyimpang dari apa yang telah diharapkan, direncanakan dan ditentukan untuk
dicapai sehingga masalah menjadi rintangan atau tantangan menuju tercapainya sebuah tujuan
tersebut.

Menurut Good medical dictionary, penyakit adalah kegagalan dari mekanisme


adaptasi suatu organisme untuk bereaksi secara tepat terhadap rangsangan atau tekanan
sehingga timbul gangguan pada fungsi atau struktur dari bagian, organ atau sistem. Menurut
Richard S. Snell & Michael A. Lemp. (1998), Mata adalah organ yang penting bagi manusia
kerana ia berfungsi mengesan rangsangan cahaya. Manusia mempunyai dua mata berbentuk
sfera dan sedikit menonjol yang terletak dalam soket tengkorak. Diameter bola mata lebih
kurang 24mm.

Oleh hal yang demikian, pengkaji telah memilih tema perubatan. Tajuk kajian ini
ialah Masalah Penyakit Mata dalam Kalangan Penduduk di Pekan Tapah, Serian, Sarawak.
Pengkaji ingin mengenal pasti jenis-jenis penyakit mata dalam kalangan penduduk dan
mengkaji kaedah-kaedah rawatan bagi menangani masalah penyakit mata dalam kalangan
penduduk. Rasional kajian ini adalah kerana ramai penduduk di Pekan Tapah menghadapi
masalah penyakit mata. Masalah penyakit mata telah menimbulkan kerisauan dan
kebimbangan dalam kalangan penduduk tersebut.

Kesimpulannya, masalah penyakit dalam kalangan penduduk di Pekan Tapah


seharusnya diatasi bagi mewujudkan keharmonian dan kesejateraan dalam hidup mereka.
010703131082
2.1 Objektif Kajian

Terdapat dua objektif kajian pengkaji iaitu :

1. Mengenal pasti jenis-jenis penyakit mata dalam kalangan penduduk di Pekan Tapah,
Serian, Sarawak.

2. Mengkaji kaedah-kaedah rawatan bagi menangani masalah penyakit mata dalam kalangan
penduduk di Pekan Tapah, Serian , Sarawak.
010703131082
3.0 Lokasi Kajian

Peta1: Peta Negeri Sarawak


Sumber: http://map.google.com

Peta tersebut menunjukkan negeri Sarawak sebagai lokasi untuk menjalankan kajian
ini. Negeri Sarawak atau lebih dikenali sebagai Bumi Kenyalang (Land of Hornbills )
merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51 kilometer
per segi dan terletak di Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri
Sarawak dan Sungai Rajang di negeri Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di
Malaysia. Terdapat 12 bahagian di Sarawak yang meliputi Kuchinbg, Sri Aman, Sibu, Miri,
Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Samarahan, Mukah, Betong dan Serian.Sarawak terkenal
dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri kira -kira 27 kumpulan. Antara etnik yang
terdapat di Sarawak ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan,
Kelabit, Kedayan, Bisaya, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan , Tagal,
Tabun, Saban, Lisum, Longkiput, dan lain-lain.
010703131082

Peta2: Peta Bahagian Serian


Sumber: http://map.google.com

Bahagian Serian adalah salah satu daripada 12 bahagian di Sarawak, Malaysia dengan
keluasan kira-kira 2,039.9 kilometer per segi.Serian merangkumi daerah serian, Tebedu dan
Daerah kecil Siburan.Diisytiharkan secara rasmi sebagai bahagian ke-12 di Sarawak oleh
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan bin Hj Satem pada 11 April
2015.

Daerah Serian terletak 68 kilometer daripada bandar raya Kuching.Serian merupakan


pekan persinggahan sebelum memulakan perjalanan ke daerah di negeri Sarawak.Terdapat
beberapa tempat menarik di Serian seperti tempat perkelahan Ranchan Pool dan juga Taman
Danu, mereka yang berminat boleh membawa kelaurga berkelah sambal menikmati
kesejukan air gunung yang mengalir di celah batu yang besar.Serian terkenal dengan buah
duriannya.Udang galah juga mudah diperolehi di sini dengan harga yang berpatutan.
010703131082

Peta3: Peta Pekan Tapah

Sumber: http://map.google.com

Peta 3 menunjukkan lokasi kajian Pekan Tapah yang dipilih sebagai tempat menjalankan
kajian. Pekan Tapah terletak di Batu 22, Jalan Kuching-Serian, 94200, Kuching, Sarawak.
Pekan Tapah terletak kira-kira 34 kilometer dari pusat bandar Kuching dan perjalanan ini
mengambil masa 1 jam 5 minit. Seterusnya, jarak antara Pekan Tapah dengan Serian adalah
28 kilometer. Ketua Pekan Tapah ini ialah Encik Bong Joon Thin (kaum Cina). Terdapat 160
orang penduduk tinggal di Pekan Tapah ini. Aktiviti sosial ekonomi penduduk adalah bekerja
dengan sektor swasta, membuka perniagaan sendiri dan lain-lain. Pengangkutan utama ke
Pekan Tapah adalah menggunakan motosikal, bas, kereta ,van dan sebagainya.
010703131082

Foto1: Lokasi Kajian: Pekan Tapah, Serian, Sarawak.


010703131082
4.1 Metodologi Kajian

4.2 Pendahuluan

Menurut Sabitah Marican (2009), metodologi bermaksud satu kaedah yang digunakan
untuk melaksanakan kajian terhadap subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang
teratur. Tujuan metedologi ini dilakukan adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh
hal yang demikian, pengkaji telah bertungkus-lumus memanfaatkan teori penyelidikan
tersebut dalam penghasilan kerja projek ini.

4.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif.Kajian tinjauan merupakan


satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran
dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan
untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal
pasti jenis-jenis penyakit mata dalam kalangan penduduk di Pekan Tapah, Serian, Sarawak
dan mengkaji kaedah-kaedah rawatan bagi menangani masalah penyakit mata dalam kalangan
pemduduk di Pekan Tapah, Serian, Sarawak.

4.4 Inrtrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat atau cara untuk mendapatakan maklumat dan data
kajian. Semasa menjalankan kajian ini, terdapat dua jenis kaedah telah digunakan dalam
proses pengumpulan data kajian iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Berdasarkan
Jadual 1, kaedah kuantitatif diukur dengan alat yang menggunakan borang temu bual, bahan
rujukan dan pemerhatian.

Jadual 1: Kaedah Instrumen Kajian

Kaedah Instrumen
010703131082
Kuantitatif Borang Soal Selidik

Kualitatif Borang temu bual,bahan rujukan,dan pemerhatian

Sumber: Kajian Kerja Kursus Pengajian Am Sesi 2019/20

4.4.1 Cara Mendapatkan Responden

a) Temu Bual

Instrumen temu bual ini melibatkan 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.
Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka dan tidak bersemuka.Pengkaji telah
menggunakan kaedah tidak bersemuka yang melibatkan beberapa warga sekolah yang
mempunyai masalah penyakit mata di Pekan Tapah, Serian, Sarawak.

b) Soal Selidik

Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang
soal selidik ini dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu
mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas (R.Kuberan et, 2013). Borang soal
selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C dengan
menggunakan skala Likert 3 atas.

4.4.2 Cara Mendapatkan Data /Maklumat

a) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini telah dijalakan selama 3 hari di Pekan Tapah, Serian,
Sarawak. Sesi pemerhatian ini telah dijalakan pada 27 Februari 2020, 28 Februari 2020 dan
29 Februari 2020.
010703131082
b) Temu bual

Instrumen temu bual ini melibatkan 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.
Pengkaji telah meggunakan kaedah temu bual secara tidak formal bersama

dengan 3 informen dari Pekan Tapah, Serian, Sarawak. Pengkaji telah


mendapatakn maklumat dengan menemu 3 orang responden iaitu:

1. Puan Chen Cho Chin

2. Encik Chai Jun Ming

3. Encik Liew Jiu Fu

c) Soal Selidik

Borang soal selidik sesuai untuk pengkaji mendapatkan dan mengumpulkan


maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara
rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A ialah demografi responden. Bahagian B pula ialah soalan-soalan yang


berkaitan dengan jenis-jenis penyakit mata dalam kalangan penduduk di Pekan Tapah, Serian,
Sarawak dan Bahagian C ialah soalan-soalan yang berkaitan dengan kaedeh-kaedah rawatan
bagi menangani masalah penyakit mata di Pekan Tapah, Serian, Sarawak. Kajian ini
menggunakan skala Likert 3 aras iaitu 3 = setuju, 2 = kurang setuju , dan 1 = tidak setuju.

d) Kepustakaan

Kaedah kepustakaan ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku
rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan .Pengkaji telah pergi ke
perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak untuk membuat
rujukan.Tambahan pula, pengkaji telah mendapat rujukan daripada pelbagai buku, majalah
,dan risalah di perpustakaan tersebut. Selain itu pengkaji juga pergi ke perpustakaan mini
awam di Kampung Tapah, Serian, Sarawak. Pengkaji juga mendapatkan peta- peta kajian dan
maklumat lain melalui rujukan daripada internet.
010703131082
4.4.3 Cara Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Pada peringkat akhir kajian ini, analisis secara deskriptif telah dijalankan untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian.

Data yang telah diperoleh daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratusan, min
jadual , graf dan carta. Berdasarkan Jadual 2 pengkaji menganalisis data bagi penyataan skala
Likert 3 aras .

Jadual 2: Skala Likert 3 Aras

SKALA TANDA ( / )

Tidak Setuju 1

Kurang Setuju 2

Setuju 3

Sumber: Kajian Kerja Kursus Pengajian Am Sesi 2019/2020

Rumus pengiraan bagi peratusan adalah seperti berikut :

Peratusan (%) = (Jumlah kekerapan bahagi Bilangan Responden) × 100

Rumus pengiraan bagi min adalah seperti berikut :

Min = (Kekerapan setiap skala × Skor setiap skala ) bahagi Bilangan responden

Pengkaji juga menggunakan aplikasi komputer seperti WPS Writer untuk menaip laporan
akhir untuk menganalisis data dan untuk membentangkan hasil kajian.

Anda mungkin juga menyukai