Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Cara belajar berkesan[dialog]

Keputusan peperiksaan JUEC baru sahaja diumumkan. Sepupu anda, Alice telah
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Anda telah ke
rumahnya untuk bertanya tentang cara-cara belajar dengan berkesan agar anda juga
akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan JUEC tahun ini.

Nancy : Tahniah,Alice! Saya sungguh bangga apabila mendengar berita yang mengatakan
bahawa Alice telah mendapat semua A dalam peperiksaan JUEC yang baru diumumkan.

Alice: Terima kasih.Saya bersyukur mendapat keputusan sebegitu.Seluruh ahli keluarga


saya turut gembira atas kejayaan saya.

Nancy: Bolehkah Alice memberitahu saya cara-cara untuk berjaya dengan cemerlang?

Alice: Boleh. Saya selalu memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas dan
mencatat segala nota penting yang telah diajar oleh guru. Memberi tumpuan yang
sepenuhnya dalam kelas sangat penting kerana guru akan memjelaskan sesuatu perkara
sehingga kita betul-betul memahami topik tersebut. Selain itu, Saya juga mengadakan
kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan untuk bertukar-tukar pendapat dalam
membuat sesuatu tugasan yang telah diberikan oleh guru. Malah, saya juga akan
membuat ulangkaji sekurang-kurangnya tiga jam sehari agar saya dapat mengingat
kembali segala yang telah saya pelajari di sekolah.

Nancy: Adakah Alice juga pergi ke kelas tuisyen?

Alice: Ada. Kelas tuisyen itu boleh membantu kita dalam pelajaran dengan syarat kita
mestilah menggunakan peluang yang ada itu sebaik mungkin. Gunakan kesempatan atau
peluang yang ada itu untuk bertanya kepada guru sekiranya ada mana-mana topik yang
tidak kita fahami. Hal ini demikian kerana jumlah pelajar dalam kelas tuisyen agak sedikit
dan guru lebih dekat dengan kita.

Nancy: Alice, sebenarnya saya malulah hendak bertanya kepada guru. Kawan-kawan selalu
mengejek kita jika kita bertanya kepada guru.

Alice: Nancy, itu tindakan yang salah. Jika kita tidak bertanya,kita tidak akan faham topik
yang diajar oleh guru. Kadangkala topik itu bersangkutan dengan topik yang lain. Kalau
kita malu bertanya, kita akan ketinggalan dan kita juga tidak akan memahami topik yang
diajar termasuklah topik yang lain.

Nancy: Terima kasih Alice. Saya mesti belajar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan JUEC tahun ini.

Alice: Sama-sama.

Nancy pun meninggalkan Alice lalu pulang ke rumahnya dengan semangat dan azam yang
kuat untuk mendapat semua A dalam peperiksaan JUEC yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai