141
Tindakan
BAB 11
KAJIAN TINDAKAN
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
penyelidikan dan literatur terkini mungkin dapat membantu dalam memahami makna
perkembangan profesionalisme. Mengikut beliau, ‘Profesional development refers to learning
opportunities that engage educators’ creative and reflective capacities in ways that strengthen
their practice’ (ms. 34). Terdapat tiga konsep penting yang terkandung dalam definisi tersebut
iaitu peluang pembelajaran, keterlibatan dalam kebolehan kreatif dan reflektif, dan peningkatan
amalan.
Jelaslah bahawa keprofesionalan sesuatu bidang tugas itu mempunyai dua dimensi utama:
peningkatan status dan peningkatan amalan. Peningkatan status melibatkan usaha sesuatu
profesion untuk memenuhi kriteria yang mencirikan jenis profesion yang unggul/ideal atau, bagi
profesion yang telah mantap, ia melibatkan usaha untuk mengekal dan meningkatkan
kedudukan istimewanya. Dari segi dimensi meningkatkan amalan pula, melibatkan peningkatan
berterusan pengetahuan dan kemahiran pengamal. Dalam pengertian ini, keprofesionalan boleh
disamakan dengan perkembangan profesional.
Kajian
143
Tindakan
Lomax P., (1999) pula mengemukakan konsep profesionalisme berasaskan penyelidikan bagi
membangunkan komuniti kajian tindakan dan pembelajaran kendiri. Beliau berpendapat
mengajar bukan pekerjaan yang homogeneous kerana terdapat banyak golongan lain yang
terlibat sama dalam profesion pendidikan termasuk penyelidik pendidikan yang mungkin
terdapat di sekolah, universiti dan lain-lain institusi. Disebabkan terdapatnya kepelbagaian
dalam pendidikan, ini menyediakan asas kepada pembentukan dialektik yang menyediakan
agenda dailog berterusan di kalangan pengamal untuk peningkatan amalan. Salah satu cara
untuk mencapai peningkatan ini adalah melalui kajian tindakan dan pembelajaran kendiri yang
merupakan aspek penting dalam profesionalisme berasaskan penyelidikan.
Apakah dia penyelidikan guru? Ia merupakan aspek yang luas dan penting dalam
perkembangan bukan sahaja penyelidik guru tetapi juga rakan sekerja dengan siapa dapatan
kajian dikongsi sama ada semasa menulis laporan kajian ataupun dalam konferen atau
perjumpaan. Kesan positif menjalankan penyelidikan dalam bilik darjah adalah banyak, kerana
tanpa kajian kita akan kehilangan sumber yang berharga dalam perkembangan sebagai guru
dan juga pelajar kita.
Guru memilih untuk menjalankan penyelidikan atas beberapa sebab. Pertama, guru bertindak
sebagai penyelidik semasa guru membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi,
inkuiri dan tindakan. Seterusnya guru bertindak sebagai perekabentuk kurikulum berasaskan
dapatan kajian mereka. Guru berperanan sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalan
mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian. Jelasnya ketiga-tiga peranan ini
adalah penting dalam perkembangan guru sebagai penyelidik dan pengamal bilik darjah.
Tanpa menjalankan kajian, mungkin guru boleh menghalang perkembangan mereka sendiri.
Oleh itu melalui penyelidikan yang dijalankan guru boleh membuat keputusan yang termaklum
bagi meningkatkan amalan mereka dengan mengetahui apakah perubahan yang perlu
dilakukan dalam pengajaran dan tahu bagaimanakah untuk menilai impak perubahan yang
Kajian
144
Tindakan
“Teachers often leave a mark on their students, but they seldom leave a mark on their
profession. Through the process and product of action research, teachers will do both”.
Manakala menurut Hitchcock dan Hughes (1989) pula, “..teachers themselves have little
regard for the findings of conventional educational research, seeing it as having limited,
if any, practical value. They are especially critical, it is contended, of the divorce (as
they perceive it) between theory and practice...The obscurity of the language and the
high level of generality implied in much research has often resulted in teachers
perceiving this work as being remote and divorced from their needs and situation.”
(ms. 4)
Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan tradisi penyelidikan yang sesuai
dengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan pengajaran
dan pembelajaran. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam konteks pendidikan.
Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan. Guru
sebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahan
penyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasi
pedagogi mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.
Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama guru.
Dalam konteks yang sama, Donald Schon (1983) menyarankan perubahan amalan guru dari
berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi
sebagai asas perkembangan profesional. Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’
dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan
ilmu profesional dan peningkatan praktis profesional. Elliott (1993) pula menekankan betapa
perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan
tindakan profesional yang dibuat oleh seseorang guru. Refleksi tersebut adalah bercorak
peribadi, refleksif dan kritikal. Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang
merangkumi konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Proses ini melibatkan
penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu
berlandaskan inkuiri yang sistematik.
Carr (1989) pula berhujah bahawa kualiti pengajaran tidak boleh dipertingkatkan melainkan
dengan mempertingkatkan keupayaan guru untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan mereka
menerusi praktis amalan mereka. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa ini mesti melibatkan
proses penyelidikan di mana guru membuat refleksi tentang praktis mereka serta menggunakan
hasil refleksi tersebut untuk membina semula secara sistematik praktis mereka. Proses ini akan
menjadikan guru lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka supaya benar-benar
dapat meningkatkan kualiti amalan mereka.
Gagasan guru sebagai penyelidik ini perlu dikembangkan dengan penglibatan pakar-pakar
penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan yang boleh membentuk
Kajian
145
Tindakan
budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini didapati telah dapat meningkatkan keberkesanan
guru yang seterusnya dapat menyumbang kepada kualiti pendidikan.
Dalam era yang pantas berubah ini, para pendidik perlu sentiasa meneliti peranan mereka
supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Para pendidik
bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini tetapi juga perlu
dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi baru. Dengan itu perlulah seseorang
pendidik itu sentiasa merenung, menyoal dan menyelidik peranan dan tugas mereka. Pendidik
yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik kesan-kesan aktiviti pengajaran-pembelajaran
serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya. Amalan pengajaran perlu dijadikan
sebagai amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri.
Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesional guru mungkin berkembang dalam
ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai
tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut:
Profesional adalah dijangka melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya
secara kreatif.
Profesional adalah dijangka mempertimbangkan pelbagai prespektif semasa membuat
keputusan
Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik
akal yang memacu profesionnya ke hadapan
Profesional adalah dipertanggungjawabkan menggunakan dan mengamal amalan-
amalan yang terbaik (Sagor, 2000)
Bagi guru yang professional, melalui kajian tindakan mereka akan dapat melihat bahawa kerja
mengajar adalah bukan sesuatu yang rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang
digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategi yang sesuai
digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru dapat
melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Ini
menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama sahaja sepanjang masa.
Kajian
146
Tindakan
Sebagai satu pendekatan kajian, terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang
menjadi asas perkembangan kajian tindakan. Terdapat pelbagai asas pemikiran yang
menyumbang kepada pembentukan beberapa jenis kajian tindakan. Bab ini akan cuba
membentangkan latar sejarah perkembangan kajian tindakan dengan memaparkan tokoh-tokoh
dan pemikirannya yang telah memberi sumbangan kepada kajian tindakan dalam pelbagai
bidang disiplin terutama disiplin sains sosial. Kajian tindakan dalam bidang pendidikan juga
memperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan
pengamal reflektif. Asas teori dan konseptual kajian tindakan dibincangkan untuk melihat
apakah andaian dan rasional kajian tindakan dijalankan dan apakah kepentingannya kepada
penyelidikan terutama kepada guru.
Sejarah kajian tindakan telah banyak dibincang dan didokumenkan dengan baik. Penulis-
penulis seperti Adelman (1993) dan Kemmis, (1982) misalnya banyak membicarakan tentang
latar belakang perkembangan kajian tindakan mengikut sudut-sudut pandangan tertentu. Smith
(2001) telah membahagikan perkembangan kajian tindakan mengikut kem-kem tertentu. Beliau
merujuk kepada tradisi British yang khususnya berkait dengan pendidikan, yang lebih melihat
kajian tindakan sebagai kajian yang berorientasi kearah peningkatan amalan secara langsung.
Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Carr dan
Kemmis (1986) seperti berikut:
Namun begitu, asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-
1947) di Amerika Syarikat. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan
perkataan ‘action research’ (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan
tahun-tahun 1940an, Kurt Lewin dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan yang
menjelaskan kajian tindakan sebagai, “….proceeding in a spiral of steps, each of which is
composed of planning, action and the evaluation of the result of action” (Kemmis & McTaggert,
1990:8). Dan seterusnya Lewin menyarankan bahawa untuk memahami dan mengubah
amalan-amalan sosial tertentu, ahli-ahli sains sosial perlu melibatkan pengamal daripada dunia
sosial sebenar dalam semua fasa inkuiri (McKernan 1991:10)
Kajian
147
Tindakan
Kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat dengan ramai peminat dan pengikutnya
sejak awal abad ke 20 (Wallace, 1987). Bagi Bogdan & Biklen (1992) kajian tindakan pada
masa itu difahamkan sebagai, “the systematic collection of information that is designed to bring
about social change”, (ms. 223). Mengikut McKernan (1996), sejak itu kajian tindakan telah
dipengaruhi oleh ramuan sejarah dan falsafah seperti berikut:
i. Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke 19 dan awal abad ke 20 di mana metod
saintifik telah digunakan dalam pendidikan. Bukti nya adalah melalui penulisan buku
tentang penggunaan metod saintifik dalam pendidikan oleh penulis-penulis seperti
Alexander Bain (Bain, 1879), Richard G. Boone, (Boone, 1904); dan yang paling
menonjol adalah buku hasil tulisan Burdette Ross Buckingham yang bertajuk
“Research for Teachers”, (Buckingham, 1926)
iii. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan
kemanusiaan yang bergerak dalam abad ke 19 untuk menangani masalah sosial era
tersebut melalui inkuiri sosial kualitatif. Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam
tahun-tahun 1940an untuk menangani masalah berkait dengan hubungan antara
kelompok, prasangka kaum dan pembangunan semula sosial, yang merupakan
kesan bahang Perang Dunia Ke 2 pada masa itu. Penyelidik yang banyak terlibat
pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947). Asal usul kajian tindakan selalu
dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika Syarikat. Bagi beliau penyelidikan
yang diperlukan untuk mengkaji amalan sosial adalah lebih sesuai dicirikan sebagai
penyelidikan untuk pengurusan sosial atau perekayasaan sosial (social engineering).
Ia adalah merupakan satu jenis kajian tindakan yang meneliti keadaan dan kesan
pelbagai bentuk tindakan sosial. Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan
mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis, pengumpulan fakta,
pengkonseptualan, perancangan, perlaksanaan dan penilaian tindakan.
iv. Dalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam
penyelidikan industri, yang berkembang di kalangan penyelidik di Massachusetts
Institute of Technology di Amerika, dan di Tavistock Institute, di United Kingdom.
v. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikat
yang melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui dan
mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. Stephen Corey
(Corey, 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian
tindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan
sebab pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalan
mereka.
Kajian
148
Tindakan
Kajian tindakan seterusnya berkembang mengikut aliran pemikiran yang berbeza, termasuklah
kumpulan kajian tindakan Amerika Syarikat yang asal-usul pemikiran mereka berasaskan
gerakan pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-kerja Dewey. Di United
Kingdom pula kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan-pembaharuan kurikulum serta
perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991), dan di Australia, kajian
tindakan berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara
kolaboratif (Kemmis, 1990).
Kajian tindakan telah mendapat tempat yang baik di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali
dalam konteks perkembangan profesional dan pembuatan keputusan berasaskan data. Asas
teoretikal kajian tindakan dalam pendidikan adalah banyak berkisar kepada kepentingan yang
diberi oleh John Dewey kepada pengalaman manusia dalam penjanaan pengetahuan. Di
samping itu, Schon dengan konsep pengamal reflektif nya juga telah menggunakan
pengalaman guru dan lain-lain pengamal sebagai sumber pengetahuan tentang pengajaran.
Idea pengamal pendidikan menjalankan penyelidikan di sekolah telah berjalan seawal akhir
abad ke sembilan belas dan awal abad ke dua puluh bersama gerakan kajian saintifik dalam
pendidikan. Guru telah dilihat sebagai barisan hadapan dalam pengumpulan data yang bekerja
secara saintifik dalam bilik darjah mereka. Selaras dengan gerakan saintifik dalam pendidikan
ini adalah gerakan progresif yang dipelopori oleh Dewey.
Pada awal tahun 1950an, kajian tindakan telah dikembangkan dalam bidang pendidikan
terutamanya oleh Corey (1949, 1953, 1954) di Columbia Teachers College yang percaya
bahawa guru akan mendapati dapatan kajian mereka adalah lebih berguna daripada yang
dijalankan oleh orang luar. Corey yang pada masa itu menjadi pegawai eksekutif Horace Mann-
Lincoln Institute for School Experimentation, menggalakkan stafnya berkolaborasi dengan guru-
guru dalam menjalankan penyelidikan.
Kerja-kerja Lawrence Stenhouse tersebut telah dikembangkan oleh beberapa penyelidik melalui
projek-projek penyelidikan seperti Ford Teaching Project, yang diarahkan oleh John Elliott dan
Clem Adelman, kerja-kerja oleh Nixon (1981), Hopkins (1985), Carr dan Kemmis (1986), Walker
(1985) dan Winter (1989). Selain daripada itu, peranan yang dimainkan oleh persatuan seperti
Classroom Action Research Network (CARN) dan the National Association for Race Relations,
Teaching and Action Research (NARTAR) yang banyak menyebarluaskan hasil-hasil kajian
tindakan. Pada tahun 1990, Kongres Dunia Pertama Kajian Tindakan telah diadakan di
Australia.
Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak terdapat variasi dalam tradisi kajian tindakan
seperti juga variasi di antara kajian tindakan dengan pendekatan penyelidikan konvensional.
Sesetengah kajian tindakan berasaskan kumpulan dan sesetengahnya berasaskan individu;
sesetengahnya dijalankan oleh penyelidik dalam konteksnya sendiri, dan sesetengahnya pula
dijalankan oleh agen perubahan daripada luar organisasi dengan kerjasama dengan orang
dalam; sesetengahnya menekankan penyertaan dan sesetengahnya pula tidak. Begitu juga
dengan matlamat kajian tindakan yang bagi sesetengah orang melihatnya sebagai
meningkatkan amalan atau membina individu-individu, manakala yang lain melihatnya sebagai
mengubah amalan dan partisipan. Biasanya debat berkaitan kajian tindakan berkisar di sekitar
isu-isu ini.
Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan
seperti berikut:
Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance;
(2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.
(Kurt Lewin, 1947)
Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems
scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.
(Stephen Corey, 1953)
Kajian
150
Tindakan
Dalam perkembangan kajian tindakan seterusnya, beberapa pandangan serta definisi yang
lebih terkini telah dikemukakan. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa kajian
tindakan sebagai
“a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and
solve pressing problems in social settings” (ms.6)
‘action research aims to contribute both to the practical concerns of people in an immediate
problematic situation and to the goals of social science by joint collaboration within a mutually
acceptable ethical framework’ (ms. 499).
“…concerned with the everyday practical problems experienced by teachers, rather than the
‘theoretical problems’ defined by pure researchers within a discipline of knowledge”
Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan,
namun kebanyakannya bersetuju bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan
oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak
kepada atau ke atas mereka. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara
bertujuan dan sistematik, oleh individu atau kumpulan, yang biasa nya memerlukan satu bentuk
bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk mengubah atau
meningkatkan amalan. Daripada definisi-definisi di atas terdapat empat tema asas yang timbul
iaitu:
pengupayaan partisipan;
kolaborasi melalui penyertaan;
pemerolehan pengetahuan; dan
perubahan sosial.
Untuk lebih jelas lagi, langkah-langkah di atas boleh dilihat melalui beberapa model yang telah
dikemukakan seperti rajah 11.1.
Kajian
151
Tindakan
Perancangan
Mereflek Bertindak
Memerhati
Dalam perkembangan seterusnya, didapati beberapa model atau skema muncul yang
dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt Jack
Whitehead dan lain-lain. Kemmis, Elliott dan Ebbutt dikatakan mengemukakan model yang
lebih formal, preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh
Lewin (McNiff, 2001). Bagi Kemmis, idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep
asal Lewin, tetapi beliau telah mengembangkannya dengan membuat tambahan. Beliau
mengembangkan modelnya dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah ‘educational
action research’. Dalam buku beliau yang bertajuk “Action Research Planner’, beliau telah
memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Rajah 11.2 dapat
menjelaskan sedikit sebanyak tentang model atau skema yang dikemukakan beliau.
Elliott pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berurutan yang
dikemukakan oleh Kemmis. Elliott telah mengembangkan lagi model Kemmis bagi
membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses
kajian tindakan. Model yang dikemukakan oleh Elliott seperti yang terdapat dalam Rajah 11.3.
Kajian
152
Tindakan
Reconnaissance: mencari
fakta dan analisis
Pelan Umum
Kajian
153
Tindakan
Langkah tindakan 1
Langkah tindakan 2
Reconnaissance: jelaskan
Langkah tindakan 1
sebarang kegagalan
pelaksanaan dan kesan
Langkah tindakan 2 Laksana langkah seterusnya
Langkah tindakan 3
Reconnaissance: jelaskan
sebarang kegagalan
pelaksanaan dan kesan
Dalam perkembangan kajian tindakan selanjutnya, terdapat beberapa model kajian tindakan
yang telah dikemukakan oleh beberapa penyelidik kajian tindakan yang lain yang lebih
terkemudian yang berkembang di UK, Amerika Syarikat dan Australia. Di UK misalnya, Bridget
Somekh (1989) telah mengembangkan lagi langkah-langkah kajian tindakan ini dengan lebih
terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 11.4.
Kajian
154
Tindakan
6. Mengumpul data
untuk mengesahkan
perubahan
Di Australia juga, Stringer (2004) telah mencadangkan prosedur dan proses kajian tindakan
seperti berikut:
Merekabentuk
Jack Whitehead pula mengemukakan konsep ‘a living educational theory’ (McNiff, 2001).
Untuk menjalankan kajian tindakan yang lebih bermakna, beliau telah mengubah proses
gelungan tindakan-refleksi kepada pola-pola pernyataan yang bertindak sebagai formula umum
untuk mengurus masalah pendidikan yang praktikal secara sistematik. Cara nya adalah seperti
berikut:
Kajian
155
Tindakan
Berdasarkan beberapa model yang telah dibincangkan di atas, jelaslah bahawa prosedur dan
proses kajian tindakan adalah mengikut proses satu gelungan langkah-langkah, dijalankan oleh
satu kumpulan yang berusaha bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan
amalan dalam situasi kerja sendiri. Sebagai rekabentuk yang menggunakan prosedur yang
sistematik, kajian tindakan boleh dijalankan dengan langkah-langkah berikut:
i. Tinjauan (Reconnaissance)
ii. Perancangan
Dalam bentuk dan proses yang paling ringkas, di bawah ini dikemukakan ilustrasi sinopsis
proses kajian tindakan:
Sinopsis I
audio)
Keputusan:
Mengesahkan
“..meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada
andaian
hal ini merupakan amalan pengajaran saya atau
Kajian
157
Tindakan
saya itu.”
Membuat rujukan
murid.
soalan.
Sinopsis II
Guru A : “…saya menghadapi masalah dengan salah sebuah kelas yang saya ajar.
Kelas tersebut nampaknya tidak berminat terhadap pelajaran yang saya ajar…..”
Guru A & B : “..kami memutusakan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat tentang
apa yang berlaku di kelas tersebut ketika guru A mengajar…”
Guru B : Saya mencerap beberapa pengajaran Guru A, serta membuat rakaman (audio)
pengajaran tersebut. Kemudiannya kami berdua sama-sama meneliti catatan
saya dan rakaman pengajaran serta berbincang.
Guru A : Saya mencari idea dan berusaha menggunakan isi pelajaran yang ada kaitan
dengan minat atau pengalaman murid. Saya mengubahsuai jenis soalan,
Kajian
159
Tindakan
khususnya saya perbanyakkan soalan terbuka serta soalan yang saya sendiri
tidak tahu jawapannya..
Guru A : Semasa saya mencuba perubahan-perubahan yang saya rancangkan itu, saya
meminta Guru B memantau pengajaran saya selama satu minggu…
Guru A : Kami menonton rakaman tersebut dan berbincang. Kami dapati rakaman video
menunjukkan interaksi yang lebih kompoloeks berlaku iaitu:
Guru A : “….saya telah diminta dan bersetuju untuk membuat pelaporan tentang apa
yang telah saya buat kepada guru-guru lain….”
Kuliah dan perbincangan, persembahan kumpulan menggunakan slaid PowerPoint, video klip
pengajaran dan pembelajaran, dan laporan kajian tindakan.
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
IDEA UTAMA
Menjelaskan tentang prinsip pendekatan kajian tindakan, prosedur dan proses kajian tindakan
yang biasanya digunakan oleh guru. Langkah-langkah umum seperti Tinjauan Awal, Merancang
Tindakan, Menjalankan Tindakan, Memerhati dan Menilai, dan Refleksi akan dijelaskan dengan
memberikan contoh-contoh yang sesuai.
Pada umumnya prosedur dan proses kajian tindakan menggunakan kedua-dua pendekatan dan
metod kuantitatif dan kualitatif. Sama ada menggunakan salah satu pendekatan atau
menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu kajian. Rekabentuk kajian tindakan merupakan
prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya
mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu
tugasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendekatan penyelidikan yang berfokus dan
praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan
tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan
dan penilaian hasil tindakan. Bergantung kepada latar belakang penyelidik, kajian tindakan
boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza.
Mengikut McTaggart (1996) adalah bahaya kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagai
satu prosedur yang mengikut gelung-gelung sahaja. Kajian tindakan bukan sahaja merupakan
metod atau prosedur menjalankan kajian, tetapi yang lebih penting adalah merupakan
komitmen untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah melalui amalan berdasarkan beberapa
prinsip menjalankan inkuiri sosial.
Kajian tindakan seperti yang dijelaskan pada awalnya oleh Lewin, bermula dengan langkah-
langkah yang mengandungi perancangan, tindakan, pemerhatian dan penilaian hasil
tindakan. Proses kajian tindakan bermula dengan idea umum yang menekankan bahawa
peningkatan atau perubahan dalam kerja dan amalan adalah diperlukan. Kumpulan
kemudiannya dibentuk untuk menjelas dan mengkaji keprihatinan bersama yang telah
dikenalpasti. Kumpulan perlu membuat keputusan untuk bekerja bersama dan merancang
strategi peningkatan terhadap keprihatinan yang telah dikenalpasti. (Kemmis & McTaggert,
1988, p.8-9).
ii. menjalankan tindakan melaksanakan perancangan dalam situasi yang sistematik dan
terkawal
iii. tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian
terperinci. Pemerhatian yang terancang perlu dilakukan sama ada secara individu
mahupun secara berkumpulan
iv. refleksi ke atas tindakan yang dijalankan melalui pemerhatian yang telah dibuat
menjadi panduan dalam perbincangan kumpulan. Refleksi kumpulan boleh membawa
kepada pembinaan makna situasi sosial dan menyediakan asas untuk perancangan
tindakan selanjutnya. Dengan itu, proses selanjutnya akan berterusan melalui gelungan
selanjutnya. (Kemmis & McTaggert, 1988, pp.10-14; Zuber-Skerritt, 1992, p.16)
Jelaslah bahawa terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupun
bentuk kajian itu agak berbeza, namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama.
Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i)
mengenalpasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) pelaksanaan tindakan, (iv) melakukan
refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula dan proses kajian
berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan penyelesaiannya
Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang
didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah,
sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi
perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang
hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara
yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas,
jelas dan lengkap.
Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau
tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidik.
Contoh:
a. Adakah pengiraan menggunakan sampoa lebih cepat dan cekap daripada pengiraan
menggunakan mesin kira ? (Penyelidikan Eksperimen)
b. Adakah penerangan tentang sifat-sifat orang Melayu pada masa dahulu dalam buku
penulisan Munshi Abdulah mencerminkan ciri-ciri orang Melayu ketika itu? (Analisis
Kandungan)
c. Apakah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar luar bandar disetiap hujung minggu?
(Kajian Ethnografi)
Kajian
162
Tindakan
d. Adakah perlakuan guru berbeza apabila mengajar di kelas yang berbeza tahap
pencapaiannya? (Kajian Perbandingan Bersebab – causal comparative research)
e. Bolehkah kita ramalkan pelajar yang manakah akan menghadapi masalah apabila
mempelajari sains ? (Kajian Korelasi).
f. Apakah perspektif ibubapa terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam
pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah?
(Penyelidikan Tinjauan)
g. Bagaimanakah pengetua sekolah boleh meningkatkan motivasi guru-guru yang
mengajar matematik? (Penyelidikan Temubual)
Keadaan ini membantu kita untuk mendapatkan data yang bertepatan dengan kajian-kajian
yang hendak dilakukan. Katakan kita memilih tajuk Bahasa Inggeris. Tajuk ini amat luas. Kita
harus memperkecilkan lagi kepada…mungkin penggunaan Bahasa Ingeris di peringkat sekolah.
Mungkin juga diperingkat sekolah rendah atau menengah. Katakan kita berminat untuk
mengkaji penggunaan Bahasa Inggeris di Tingkatan 1 sekolah menengah. Malahan ini juga
boleh diperkecilkan lagi kepada Bahasa Inggeris komunikasi di Tingkatan 1. Ini juga masih
boleh diperkecilkan lagi kalau kita hendak melihat penguasaan Bahasa Inggeris mereka sama
ada dalam isu-isu semasa telah mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris yang ada
sekarang di Tingkatan 1. Kini kita telah memasuki ke satu peringkat di mana tajuk yang kita
minati itu diperkecilkan kepada soalan yang boleh dikaji apabila kita boleh olah semula
(rephrase) soalan kepada pertalian di antara dua pembolehubah, misalnya,
Adakah terdapat perbezaan penggunaan Bahasa Inggeris bagi pelajar bandar dengan pelajar
luar bandar?
Oleh itu, pada umumnya sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah:
Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal serta dapat
merangsang minat pembaca
Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus
Kajian
163
Tindakan
Merancang tindakan bertujuan untuk menangani aspek terperinci dan tidak melibatkan
perubahan kepada keseluruhan perancangan. Kita harus membuat perancangan yang baru
sekiranya perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995) telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam
merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut: (i) tentukan matlamat cadangan
tindakan, (ii) mengapa tindakan itu diambil dan (iii) senaraikan tindakan yang perlu diambil, dan
nyatakan bentuknya seperti: aktiviti, bahan dan tanggung jawab dan tugas.
Setelah mendapat fokus yang jelas tentang perkara yang hendak dikaji melalui sorotan literatur
dan ‘reconnaissance’ serta penyataan tujuan, soalan dan hipotesis kajian maka perancangan
selanjutnya perlu dibuat bagi menjalankan tindakan yang sesuai. Perancangan kajian tindakan
merupakan pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerja-kerja kajian
selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah
berikut:
Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. Di
peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan
merancang kajian tindakan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan ini
adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain.
Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak
diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru
yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah yang
hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar’, sudah tentu
perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut:
Kajian
164
Tindakan
Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji.
Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan
asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang
sesuai berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’.
- aktiviti-aktiviti,
- bahan-bahan,
- struktur organisasi,
- falsafah dan konsep baru tentang perubahan,
- bagaimana aktiviti dijalankan,
- jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan,
- cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan – formatif &
sumatif,
- keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan,
kelengkapan, tenaga, dan masa.
Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan
mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam melaksanakan
rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan
keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi
pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang
memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Terdapat pelbagai
cara boleh digunakan untuk mengumpul data bergantung kepada keperluan kajian. Bahan-
bahan berkenaan boleh didapati daripada:
Kajian
165
Tindakan
bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja
rumah, minit mesyuarat, rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan
peperiksaan dan sebagainya
rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar
kelas, pelaksanaan program kokurikulum
nota yang dibuat hasil dari temubual, misalnya temubual dengan pelajar
foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji.
Catatan buku diari dan nota-nota kerja
Ujian bertulis dan soalselidik kepada pelajar
Penilaian dan refleksi boleh dijalankan oleh pengkaji, atau bersama rakan pengkaji melalui
perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan
analisis, sintesis, interpretasi, menjelas dan membuat kesimpulan. Refleksi merupakan proses
merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki
diri (Hanipah, 2000). Selain refleksi dikatakan sebagai satu proses atau aktiviti kognitif (Boud et
al., 1985; Langer, 1989; Loughran, 1996), refleksi juga melibatkan dimensi emosi (Boud et al.,
1985). Sehubungan itu, Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang
itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha
mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari
jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut. (dalam Nor Hasniza, 2005, ms. 13).
Dengan ertikata lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui
penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons
kepada sesuatu situasi atau tindakan.
Langkah memantau dan menilai juga melibatkan pengambilan keputusan tentang apa yang
berlaku seperti melihat semula fokus kajian, peluang dan kekangan yang terdapat di situasi,
pencapaian dan limitasi langkah tindakan pertama, mempertimbangkan kesannya (termasuk
kesan yang tidak dijangka dan kesan sampingan), dan mula memikirkan implikasi nya untuk
tindakan pada masa depan. Aktiviti pemantauan boleh dijalankan dengan beberapa cara.
Antaranya pemantauan kendiri, pemantauan dengan rakan sejawat, pemantauan dengan
pelajar-pelajar dan pemantauan bersama dengan kelompok-kelompok yang terlibat dalam
kajian.
Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan
disokong oleh data yang diperolehi. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti data berkenaan
dengan cermat. Guru perlu membuat analisis dengan menyemak data untuk mencari perkara-
perkara yang tidak terduga. Ini boleh dibuat melalui:
o temubual pelajar
o perbincangan dengan rakan
Guru juga harus menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Ini boleh dibuat dengan:
Gegelung Kedua
Dalam gegelung kedua, guru perlu membuat perancangan seterusnya berdasarkan penilaian
gelung pertama. Proses ini boleh merupakan membuat perubahan kepada perkara yang telah
kita lakukan atau rancangkan. Ini dibuat dengan mewujudkan rancangan baru untuk
menangani:
Rumusan
Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang
dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan
keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di
samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang
ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya
juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam
kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin,
ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik
kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang
utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan
oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian
tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses
gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi.
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
IDEA UTAMA
Pengumpulan Data
Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah
bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang
dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap
masalah yang dikaji. Oleh itu, sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan
pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu
pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami
masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Bahagian ini akan memberikan penekanan
kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang
sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan.
Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu ditentukan metod pengumpulan
data yang sesuai. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. Pertama, data yang dikumpul
untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang
dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Set data pertama akan
mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan
Kajian
168
Tindakan
pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda, mencadangkan
perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan
menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk
mengubah amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut:
Apakah pelbagai sumber data yang ada yang membolehkan kita memahami dengan
lebih baik tentang topik?
Apakah data masa lalu yang boleh digunakan?
Berapa banyak data yang diperlukan untuk kita dapat betul-betul belajar dan memahami
tentang topik?
Di manakah data akan dikumpul dan berapa lama diperlukan untuk mengumpulnya?
Adakah cara yang sesuai untuk pengumpulan data dalam aktiviti bilik darjah?
Adakah perancangan data berlaku dipelbagai poin dalam tempoh pengumpulan data?
Adakah strategi yang digunakan memudahkan pemerhatian serta merekod data
semasa pengajaran berjalan?
Adakah masa sesuai dan mencukupi untuk mengumpul dan merekod data
menggunakan strategi yang dipilih?
Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data
yang efektif. Oleh itu, perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data
tersebut akan digunakan. Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang
menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta alat analisis data yang sesuai. Perlu
diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Ini sudah tentu berkait dengan saiz
sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul. Data mestilah tepat, berguna, tidak
memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh dipercayai bagi
membolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. Dengan
ertikata lain, data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah
dikendalikan.
Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengutip data bagi mendapatkan maklumat. Jenis-
jenis data yang dikumpul biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu data primer dan data
sekunder ataupun bentuk-bentuk data yang dikumpul boleh berbentuk data kuantitatif atau data
kualitatif. Pendekatan eklektik ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran pengkaji serta
rakan penyelidik yang sesuai. Di antara pendekatan dan teknik yang biasa digunakan adalah
seperti yang dikemukakan oleh Hopkins (1985) melalui taksonomi pengumpulan data
penyelidikan bilik darjah seperti jadual 11.1.
Kajian
170
Tindakan
Kuliah, Praktikal (Pemerhatian dan temubual), Tayangan video dan analisis kandungan
menggunakan video (temu bual) dan persembahan PowerPoint. Penilaian hasil laporan
pemerhatian dan temu bual.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai
terutamanya statistik huraian
ISI KANDUNGAN
IDEA UTAMA
Dalam kajian tindakan, penyelidik harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk
menganalisis data sama ada dalam bentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Pada umumnya,
kajian tindakan akan mengintegrasikan kedua-dua bentuk data berkenaan untuk mendapatkan
keputusan yang boleh dipercayai dan sah pada kajian berkenaan sahaja. Oleh yang demikian
penyelidik kajian tindakan haruslah dapat memahami konsep statistik dengan baik Statistik
boleh dibahagikan kepada statistik huraian, iaitu statistik yang menghuraikan ciri-ciri sampel,
dan statistik inferen iaitu statistik yang membuat rujukan tentang populasi berdasarkan sampel.
Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kebanyakannya menggunakan
Kajian
172
Tindakan
statistik huraian dalam menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian, maka modul ini akan
memberi tumpuan kepada statistik huraian sahaja.
Data Penyelidikan
Bhasah (2007) menjelaskan bahwa data merupakan fakta, maklumat atau angka yang
membolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi
kajian). Ia boleh didapati dari guru sekolah, pelajar, ibubapa dan mereka yang terlibat dengan
kajian yang bakal dibuat. Oleh itu data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu
agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan. Data yang tidak
tersusun tidak akan memberi apa-apa makna hanya setakat maklumat yang terpisah-pisah dari
satu dengan yang lain. Data mempengaruhi jenis statistik yang akan digunakan. Data
parametrik atau data bukan parametrik boleh digunakan untuk sesuatu ujian tertentu sahaja dan
begitu juga dengan data yang bukan parametrik. Sebagai contoh, data parametrik boleh
diugnakan dengan ujian ANOVA atau ujian-t dan data bukan parametrik boleh digunakan
dengan ujian Khi kuasa dua.
Kategori Data
Data boleh dikategorikan kepada data primari dan data sekunder. Data primari didapati hasil
dari soal-jawab atau borang soalselidik yang diedarkan kepada partisipan untuk dijawab.
Prosedur mendapatkan data primari adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. Proses
untuk mendapatkan data primari melibatkan: pertamanya ialah menentukan apakah masalah
penyelidikan yang ingin dikaji diikuti pula dengan pembentukan soalan kajian supaya senang
kita mengetahui apa sebenarnya yang hendak dikaji. Kemudian diikuti pula dengan
pembentukan rekabentuk penyelidikan, pemungutan data, penyediaan data dan analisis dan
akhir sekali penyediaan laporan dan pembentangannya di seminar atau di konferen yang
berkaitan dengan hasil penyelidikan yang perlu dibentangkan. Data sekunder pula merupakan
data yang telah terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh didapati dengan cepat, mudah
dan murah. Data ini boleh didapati dari Jabatan Statistik Negara, Laporan Rancangan Malaysia
atau dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang setiap tahunnya menyediakan laporan
pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran mengikut tahun, jenis peperiksaan, ras, jantina,
kawasan dan sebagainya.
Jenis-jenis Data
Penjenisan data adalah bergantung kepada bagaimana data berkenaan didapati. Jika data
didapati secara pengukuran maka data itu dinamakan sebagai data pengukuran dan seterusnya
Kajian
173
Tindakan
data bilangan, data pangkatan dan data klasifikasi. Data juga boleh diklasifikasikan sebagai
data metrik atau bukan metrik. Data metrik adalah data yang unitnya adalah selanjar atau
berterusan, manakala data bukan metrik adalah data yang berkategori. Contoh data metrik:
markah bagi sesuatu ujian bulanan calon, berat bahan, skor sesuatu pertandingan dan
sebagainya. Data bukan metrik pula seperti bangsa atau dalam bentuk kekerapan. Pelajar
harus dapat membezakan data metrik dari data bukan metrik. Data yang digunakan akan
menentukan jenis statistik yang boleh digunakan. Sebagai contoh: data metrik hanya boleh
digunakan untuk pembolehubah bersandar dalam ujian-t, ANOVA dan Regresi. Manakala data
bukan metrik kerap digunakan dalam ujian Khi kuasa dua. Data boleh didapati daripada
berbagai cara. Data boleh diperoleh secara pemerhatian, temuduga dan secara soalselidik.
Seperti yang dinyatakan tadi, data memainkan peranan dalam menentukan jenis ujian statistik
yang bakal digunakan untuk menjawab sesuatu soalan penyelidikan.
Skala Pengukuran
Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu: (a) Jenis
kuantitatif dan (b) Jenis kategori. Kedua-dua jenis pembolehubah yang dinyatakan ini boleh
diukur menggunakan skala nominal, ordinal, sela atau nisbah. Adalah penting bagi penyelidik
mengetahui pengkelasan data yang mereka gunakan. Tidak semua jenis data boleh digunakan
dengan ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, regresi dan sebagainya. Setiap data itu adalah sesuai
digunakan dengan satu atau lebih jenis ujian statistik yang tertentu sahaja.
Skala Nominal. Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan
bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala nominal
digunakan untuk pengenalan atau membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang
berlainan. Skala nominal boleh digunakan untuk pembolehubah seperti: bangsa, agama, warna,
jenis bangunan, jenis perkerjaan dan sebagainya. Sebagai contoh: Guru ingin membahagikan
ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori. Nombor 1 kategori Melayu, nombor 2
kategori Cina, nombor 3 kategori India dan nombor 4 lain-lain ras. Pemberian nombor 1, 2, 3
atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan pengklasan ras dalam analisis komputer. Ini
tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan 2 pula lebih baik dari 3 dan seterusnya. Ia
hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan
ialah ras.
Skala Ordinal Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang rendah
kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang atau satu susunan yang
melambangkan satu bentuk hiraki.
Contoh
Kajian
174
Tindakan
Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang
tertinggi kepada markah yang terendah sekali. Skala ordinal hanya menyusun mengikut hiraki.
Susunan ini melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu
individu yang lain.
Skala Sela. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan
ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela
memberikan sela sama daripada titik origin yang arbitrari. Ini bermakna skala sela mempunyai
ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas
skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur.
Contoh
Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu
juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya
skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan juga perbezaan 10 poin
mempunyai makna yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi.
Skala Nisbah Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.
Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai nilai mutlak sifar
yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar
yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan
pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang
mendapat markah 40. Dalam keadaan sebenarnya, kedaan ini tidak wujud.
Taburan Kekerapan
Taburan kekerapan menggambarkan bilangan paratisipan bagi sesuatu skor. Kaedah ini amat
berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil tidak melebihi 50 partisipan. Seandainya melebihi
50 partisipan, maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan.
Latarbelakang Kajian:
Berikut diberikan satu contoh penyelidikan tindakan yang telah dijalankan oleh satu jawatan
kuasa kajian Tindakan Sekolah Menengah Solok Pak Rimau (SMSPR). Melaka. Kajian
Tindakan berkenaan adalah untuk mengenalpasti stres dikalangan pelajar Tingkatan 4 Sekolah
berkenaan. SMSPR mengandungi 10 buah kelas Tingkatan 4 yang berjumlah 432 orang
pelajar. Seramai 244 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian berkenaan.
Dalam kajian ini kita hendak tahu pelajar mana yang lebih dalam keadaan stres. Sama ada
pelajar perempuan atau pelajar lelaki. Anda mungkin telah didedahkan dengan konsep variabel.
Di sini, kita perlu tahu bahawa variabel jantina adalah menjadi kajian kita. Dalam variabel
jantina terdapat dua kategori: iaitu lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan ini dipanggil
Kajian
175
Tindakan
sebagai aras atau kategori bagi variabel jantina. Variabel jantina dipanggil sebagai variabel tak
bersandar. Variabel stres dipanggil sebagai variabel bersandar. Ini bermakna, variabel stres
adalah bersandar kepada jantina. Ini bermakna lagi, stres adalah bergantung kepada jantina.
Jantina tidak bergantung kepada stres, tetapi stres bergantung kepada jantina. Jantina yang
mana ? Lelaki ? atau perempuan ? jadi jantina itulah dipanggil sebagai variabel tak bersandar
(independent variable). Stres terletak pada jantina: sama ada lelaki atau perempuan.
Sekarang kita nak tahu, sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres. Sebelum kita
nak tahu sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres kita perlu tahu dahulu bilangan
pelajar lelaki dan perempuan dalam sampel kajian yang kita lakukan itu. Daripada data yang
dikumpulkan kita dapati, bilangan pelajar lelaki adalah seramai 98 orang dan pelajar perempuan
adalah seramai 146 orang. Bilangan pelajar lelaki seramai 98 orang itu juga dipanggil sebagai
kekerapan pelajar lelaki dan begitu juga dengan bilangan pelajar perempuan itu sebagai
kekerapan pelajar perempuan dalam persampelan kita. Dalam ilmu penyelidikan kita juga perlu
menyatakan perkadaran bagi setiap kategori bagi setiap variabel. Ini bermakna kita perlu
nyatakan peratusan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Dalam sampel ini kita dapati pelajar
lelaki adalah seramai 40.2% daripada jumlah sampel dan perempuan adalah seramai 59.8%.
Peratusan menggambari perkadaran kandungan jantina dalam sampel berkenaan. Kalau
bilangan atau perkadaran 98 orang diberikan, kita tidak tahu sama ada 98 iaitu satu angka yang
besar atau kecil, kerana ia bergantung kepada jumlah pelajar dalam satu-satu sampel yang kita
ambil. Bilangan 98 mungkin satu angka yang kecil sekiranya bilangan dalam sesuatu sampel itu
adalah 1000 orang, tetap bilangan 98 itu adalah satu angka yang besar sekiranya bilangan
dalam sampel itu hanya mengandungi 110 orang. Bilangan dalam sampel kerap disebut
sebagai saiz sampel. Dalam kajian stres yang bakal kita lakukan mempunyai saiz sampel 244
partisipan. Ini jelas ditunjukkan seperti dalam jadual 11.2. Partisipan bermakna unit dalam
kajian kita. Pada peringkat awalnya, unit kajian kita dipanggil sebagai subjek kajian, kemudian
ia bertukar kepada responden kajian dan kini dipanggil sebagai partisipan kajian. Ini adalah
selaras dengan kehendak American Education Research Association.(AERA). Begitu juga
dengan penggunaan istilah negro kepada black dan kini dipanggil sebagai African-American.
Lelaki 98 40.2
Dalam kajian kita juga perlu memberikan maklumat tentang beberapa ciri latar belakang kajian
kita: seperti yang telah dinyatakan, jantina, keturunan, tempat bapa bekerja, tempat tinggal
pelajar, mod ke sekolah, bilangan adek beradek dan sebagainya. Maklumat ini disebut juga
sebagai maklumat demografi yang juga sekali gus merupakan variable tak bersandar yang
boleh kita kaitkan atau hubungkan dengan variabel bersandar iaitu stres yang bakal kita kaji
nanti.
Sekarang mari kita lihat maklumat tentang komposisi sampel yang kita pilih terdiri daripada 116
orang partisipan Melayu dan 128 partisipan Bukan Melayu. Selalunya dalam laporan
penyelidikan kita kerap menulis seperti: Sampel kajian terdiri dari 116 (47.5%) partisipan
Melayu dan 128 (52.5%) partisipan Bukan Melayu. Di sini tuliskan sekali peratusannya dalam
kurungan. Ini akan memberi lebih maklumat kepada pembaca bahawa terdapat lebihan 5%
perkadaran Bukan Melayu dalam sampel kajian berkenaan. Kita juga boleh menulis seperti
bilangan Bukan Melayu yang lebih ramai atau peratusan Bukan Melayu (52.5%) yang lebih
tinggi berbanding dengan peratusan Melayu (47.5%)
Begitu juga seterusnya, anda bolehlah menggunakan jadual berikut dalam menjelaskan
latarbelakang bagi sampel kajian anda berdasarkan maklumat (variable) berikut seperti:
pekerjaan bapa, tempat tinggal pelajar, mod ke sekolah, bilangan adik beradik, anak ke berapa
dalam keluarga, keadaan keluarga dan tahap stres.
Kerajaan 99 40.6
Kajian
177
Tindakan
Swasta 50 20.5
Selain mendapatkan maklumat tentang komposisi bagi sesuatu sampel, kita juga perlu
mendapatkan statistik bagi menjelaskan ciri-ciri sampel berkenaan. Ini juga disebut sebagai ciri-
ciri psikometrik bagi sampel berkenaan. Kadang kala ianya disebut sebagai statistik bagi
sampel berkenaan. Statistik bagi sesuatu sampel merujuk kepada: min, julat, sisihan piawai dan
varian bagi sampel berkenaan.
Statistik Huraian
Statistik huraian membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data, merumuskan data
dan menghuraiakan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi.
Min Merupakan satu pengukuran tentang kedudukan. Min pada asalnya disebut sebagai
purata atau pukul rata. Simbol x (x bar). Min bagi satu set skor X1, X2, X3,……Xn ialah jumlah
semua skor Xi dibahagikan dengan bilangan X
Kajian
178
Tindakan
x = ∑ Xi
______
n
Nilai bagi setiap skor akan mempengaruhi min. Satu skor tertinggi atau satu skor terendah
dalam set data akan memberi kesan kepada min, sama ada min akan menjadi lebih tinggi atau
lebih rendah.
Dalam penyelidikan kita di atas, kita dikehendaki membuat kajian tentang stres yang dihadapi
oleh pelajar Tingkatan 4. Stres tadi di ukur menggunakan skala 5 poin seperti dalam Jadual
11.6 bagi setiap item seperti yang terdapat dalam Jadual 11.7.
Maksud
Skala
4 KERAP BERLAKU
1 2 3 4 5
orang lain
Morse, R. Donald and Furst, Lawrence (1982), Stress for success. Van Nost Reinhold, New York.
Item untuk mengukur stres ini menggunakan 25 item yang dibina oleh Morse dan Furst (1982).
Dengan menggunakan instrumen yang ada, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan untuk
mengukur stres. Satu daripadanya ialah dengan mencampurkan semua skor dari setiap item
bagi konstruk stres. Dengan kaedah ini, jumlah skor akan dikategorikan kepada 3 kategori
dengan skor-skor tertentu bagi setiap kategori stres: tinggi, sederhana dan rendah. Keadaan ini
bergantung kepada bilangan item yang digunakan untuk menentukan stres. Kaedah kedua ialah
dengan menggunakan min bagi setiap variable stres. Bagi setiap variabel stres telah diskalakan
kepada 5 poin seperti di atas dan kita hitungkan jumlah skor bagi setiap variabel dan hitungkan
minnya. Min tadi akan menentukan tahap stres bagi setiap partisipan. Skor min bagi konstruk
stres ini kan menentukan tahap stres bagi sampel berkenaan. Di sini bilangan item tidak
memberi kesan kepada tahap stres.
Median Median pula merupakan satu titik di tengah-tengah yang membahagikan semua skor
kepada dua bahagian. Titik pembahagi pada 50% di panggil median. Ia ditentukan dengan
menyusun skor dari tertinggi ke skor terendah. Median ditentukan dengan skor di tengah-
tengah bagi set skor berkenaan. Seandainya set skor itu genap, mediannya ialah di tengah-
tengah antara dua skor tengah. Bila set skor itu ganjil, median ialah skor di tengah-tengah set
skor berkenaan. Skor yang ekstrim (terlalu tinggi atau terlalu rendah) tidak akan mempengaruhi
median berkenaan.
Mod Ialah skor yang mempunyai kekerapan yang tertinggi. Ini boleh dipastikan melalui
proses cerapan (pemerhatian data) sahaja. Mod ialah satu jenis statistik yang kurang boleh
dipercayai tetapi kerap digunakan sebagai anggaran awalan bagi kecondongan memusat. Mod
ialah bilangan partisipan yang teramai sekali mendapat sesuatu skor berkenaan.
Julat Satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk mengukur serakan. Ia adalah
perbezaan antara skor tertinggi dengan skor terendah bagi sesuatu taburan skor. Julat ialah
perbezaan atau jarak antara dua skor yang ekstrim (paling tinggi dengan yang paling rendah)
setelah data dalam set berkenaan disusun secara menaik atau menurun.
Kajian
180
Tindakan
Sisihan Piawai Merupakan indeks serakan bagi sesuatu taburan skor. Merupakan jarak bagi
setiap skor (sisihan) daripada min (x) yang telah dipiawaikan (standardkan); Iaitu setelah ditolak
daripada min bagi setiap unit (Xi).
Skor sisihan = x - x
(Skor sisihan)2 = ( x - x )2
Kemudian dicampurkan semua unit (Xi) dalam sampel berkenaan dan dibahagikan dengan
jumlah unit (N - 1) (tujuannya ialah untuk mencari purata sisihan daripada min bagi setiap unit
dalam sampel). Untuk sampel kita selalunya tolakkan dengan 1. Untuk populasi kita tidak perlu
tolak dengan 1.
(Skor sisihan)2 = Σ ( x - x )2
N-1
Akhirnya cari punca ganda dua (kerana pada awalnya kita telah menggandakan dua semua
unit).
Varian Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Satu indeks pengukuran tentang keberubahan
dalam satu-satu set data.
Pencongan
Merujuk kepada simetri bagi sesuatu taburan. Sesuatu taburan itu boleh menjadi pencong
negatif atau pencong positif. Dalam sesuatu ujian yang senang ramai calon mendapat skor
yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah, ekor bagi taburan berkenaan
akan menghala ke kiri – pencong negatif seperti dalam Rajah 11.2. Seandainya ujian yang
diberikan adalah terlalu sukar, ramai calon mendapat skor rendah dan amat kurang calon
mendapat skor tinggi, maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan – pencong positif
seperti dalam Rajah 11.3.
Kajian
181
Tindakan
Kurtosis
Menjelaskan tentang puncak sesuatu keluk, sama ada lebih tajam, lebih rata atau menghampiri
normal. Taburan yang mendatar – disebut sebagai platikurtosis. Bagi keluk yang tajam
Kajian
182
Tindakan
dinamakan leptokurtosis dan bagi taburan yang normal dinamakan sebagai mesokurtik. Nilai
kurtosis yang menghampiri 0 menunjukkan bentuk yang menghampiri normal. Nilai negatif
menunjukkan satu taburan yang lebih tajam daripada normal. Manakala nilai positif
menunjukkan satu taburan yang lebih mendatar daripada normal (Allyn & Bacon, 1999).
Taburan Normal
Keluk normal merupakan sebuah keluk yang berbentuk seperti loceng yang tertungkup. Antara
ciri-ciri keluk normal dapat dijelaskan dengan melihat Rajah 11.4 berikut:
Kuliah, Tunjuk cara penggunaan SPSS, Praktikal (Analisis Data Ujian dan Soal selidik). Perlu
ada kemudahan komputer dan perisian SPSS. Pelajar dikehendaki menghasilkan laporan
analisis berdasarkan output SPSS.
Kajian
183
Tindakan
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
IDEA UTAMA
Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik
bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Proses analisis data
adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang
sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut.
Oleh itu proses analisis data merupakan satu proses meringkas, merumus dan
mempersembahkan data yang telah dikumpul dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. Ini
diikuti dengan proses menginterpretasi yang melibatkan cubaan mencari makna dan implikasi
daripada data yang telah dianalisis. Bab ini akan cuba menjelaskan prosedur dan proses
mengurus, menganalisis dan menginterpretasi data yang dikumpul melalui temubual,
pemerhatian, tinjauan dan analisis dokumen yang lebih merupakan data kualitatif.
Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. Pada asasnya kita
cuba untuk menjawab soalan kajian melalui data yang dikumpul dan dianalisis. Sama ada data
berbentuk numerik atau pun perkataan, tugas menganalisisnya adalah sama. Kita cuba untuk
melihat trend, pola dan tema. Bagi Sagor (2000), terdapat dua soalan utama yang penyelidik
kajian tindakan boleh gunakan sebagai panduan. Soalan-soalan tersebut adalah:
Apakah cerita yang terkandung dan tersirat dalam data?
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cerita secara signifikan?
Faktor yang penting dalam analisis data kajian tindakan adalah ‘refleksiviti’ penyelidik iaitu
kebolehan penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan
apa yang masih diperlukan.
Proses analisis data pada asasnya adalah merupakan proses yang berterusan dan non-linear.
Ia merupakan prosedur analitik yang melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan
tindakan manusia. Memberi makna kepada data melibatkan cantuman pelbagai data,
pengkelasan data mengikut kategori atau tema yang sesuai dan tepat, dan interpretasi tentang
apa yang manusia kata dan apa yang penyelidik lihat dan baca. Analisis data merupakan
proses yang kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep
abstrak, antara penaakulan induktif dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi (Merriam,
2001) Dengan ertikata lain, analisis data adalah merupakan proses mengatur, menstruktur dan
menginterpretasi data yang telah dikumpul. Mengikut Strauss & Corbin (1997), ia adalah
merupakan proses yang bercelaru, kabur, memakan masa, kreatif dan menarik. Ia tidak
berlaku dalam keadaan yang linear, tetapi sentiasa berlaku proses meneliti semula, mendefinisi
dan mengkategori semula bagi mendapatkan analisis dan interpretasi yang tepat dan
bermakna.
Terdapat beberapa pendekatan atau tradisi teoretikal yang boleh dipilih dalam menganalisis
data yang sesuai dengan tujuan dan persoalan kajian. Walaupun pelbagai cara boleh
digunakan dalam menganalisis data kualitatif, namun terdapat proses yang umum yang boleh
dijadikan panduan untuk menganalisis data kualitatif. Biasanya, analisis data kualitatif melalui
sebahagian besar ataupun kesemua peringkat-peringkat berikut:
Mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data
yang telah dikumpul
Transkripsi bahan-bahan yang telah dirakam
Menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari
dan mengenalpasti data
Melindungi data-data yang sensitif
Pengkodan
Pengenalpastian tema-tema
Pengkodan semula
Pembentukan kategori-kategori provisional/awalan
Meneroka perhubungan di antara kategori
Pembaikan tema dan kategori
Pembentukan teori dan memasukkan pengetahuan yang ada
Menulis laporan
Kajian
185
Tindakan
(Othman, 2006)
Pengumpulan dan analisis data merupakan proses yang berterusan dan boleh dipanjangkan
dalam jangkamasa yang tidak ada noktahnya. Selagi ada orang yang boleh ditemubual, selagi
ada pemerhatian yang boleh dibuat dan selagi ada dokumen yang boleh diperiksa, maka
pengumpulan dan analisis data akan berterusan.
Apabila semua data telah dikumpul, ini akan diikuti biasanya dengan analisis yang intensif yang
melibatkan dapatan tentatif di teliti semula, diinterpretasi semula bagi mendapatkan
pemahaman yang lebih mendalam. Data yang diperolehi daripada pelbagai sumber perlu
dipindahkan ke dalam bentuk yang boleh dibaca untuk proses analisis dijalankan. Misalnya,
nota kerja lapangan perlu ditaip. Data dalam pita rakaman temubual perlu dijadikan transkrip
temubual. Kerja-kerja mengurus dan menyusunatur data memerlukan prosedur dan proses
yang sistematik dan praktikal supaya data mudah diakses semula untuk analisis selanjutnya.
Pada umumnya, proses mengurus dan menganalisis data berbentuk kualitatif mengikut
langkah-langkah seperti berikut:
a. Transkripsi
Proses mentranskripsi data temubual, rakaman video atau nota lapangan misalnya tidak
memadai dengan menuliskan ringkasan daripada rakaman temubual yang diadakan. Ia boleh
menyebabkan penyelidik bias terhadap perkara-perkara yang dikira relevan dan menarik
sahaja. Perkara-perkara yang berbentuk petunjuk-petunjuk bukan lisan yang mungkin memberi
tanda-tanda seperti tekanan perasaan atau malu; ketawa atau gerak badan mungkin dapat
memberikan makna yang lebih kepada apa yang diperkatakan. Ini semua perlu dimasukkan ke
dalam transkrip. Sekiranya diupah seseorang untuk mentranskripsikan data temubual, adalah
penting diberitahu tentang perlunya dimasukkan petunjuk-petunjuk bukan lisan ini.
Tesch (1990) memberikan panduan umum tentang menganalisis data daripada transkrip
temuduga seperti berikut:
i. Dapatkan gambaran keseluruhan. Baca semua transkrip dengan teliti. Tuliskan idea-
idea yang timbul dari semasa ke semasa
ii. Pilih satu transkrip - mungkin yang paling menarik, yang terpendek atau yang teratas
sekali. Baca keseluruhannya dan cuba dapatkan makna di sebalik apa yang diperkatakan.
Melihat apa yang tersirat. Tuliskan nya di ruangan margin kiri atau kanan
iii. Selepas selesai meneliti beberapa transkrip, sediakan senarai semua topik-topik.
Kelompokkan mengikut topik yang sama. Bentukkan lajur untuk meletakkan topik yang utama,
atau yang unik dan yang selebihnya.
iv. Kemudian, kembali kepada data selanjutnya. Tukarkan topik kepada kod-kod tertentu
dan tuliskan kod kepada segmen yang sesuai dalam transkrip. Cuba cara yang sama kepada
data temubual selanjutnya untuk melihat kategori atau kod baru daripada data
Kajian
186
Tindakan
v. Lihat topik yang mempunyai deskripsi yang jelas dan terbaik dan jadikannya kategori-
kategori. Kurangkan jumlah kategori dengan mengelompokkan topik-topik yang berkaitan
antara satu sama lain. Mungkin boleh dilukiskan garisan antara kategori-kategori untuk
memperlihatkan hubungannya.
vi. Buat keputusan muktamad tentang abbreviasi untuk setiap kategori dan jadikan kod
mengikut huruf-huruf tertentu.
vii. Kumpulkan data mengikut kategori-kategori dan jalankan analisis, jika perlu, buat
pengkodan semula keatas data yang sedia ada (ms. 142 - 145)
Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Tesch di atas merupakan proses sistematik yang
dijalankan oleh penyelidik dalam menganalisis data temubual. Sudah tentu terdapat variasi
dalam proses tersebut. Misalnya, sesetengah penyelidik mungkin merasakan sangat berguna
untuk mewarnakan kod-kod yang berbeza di atas transkrip. Juga menandakan kenyataan-
kenyataan (quotes) yang menarik dan berguna yang boleh dimasukkan dalam naratif
kemudiannya. Setengah penyelidik pula mungkin membentuk senarai kategori-kategori yang
menggambarkan tema-tema major dan tema-tema minor dalam data. Satu senarai mungkin
merupakan maklumat spesifik yang menunjukkan pertentangan dengan tema-tema yang timbul.
Proses menyusunatur maklumat mungkin dijalankan dengan menggunakan fail, kad fail atau
perisian komputer (Merriam, 1988).
Setelah transkrip dibaca dengan teliti, data perlu dibahagi-bahagikan kepada unit-unit analisis
yang bermakna. Apabila sesuatu segmen data yang bermakna dikesan, ianya akan dikodkan.
Proses ini terus dijalankan sehingga semua data telah disegmenkan dan pengkodan awalan
telah lengkap. Semasa pengkodan, perlulah disimpan senarai kod utama yang mengandungi
semua kod yang telah dibentuk dan digunakan dalam kajian. Kemudiannya, kod-kod tersebut
digunakan sekali lagi ke atas segmen data baru setiap kali segmen yang sesuai ditemui. Oleh
kerana kajian kualitatif adalah lebih merupakan proses interpretatif, maka ada kemungkinan
penyelidik yang berlainan akan mendapat keputusan atau pengkodan yang berbeza terhadap
data yang sama. Mengikut Bryman (2001), tidak ada satu cara khusus yang betul untuk
mengkod data. Terdapat pelbagai cara yang berbeza. Misalnya, Strauss (1987) dalam
pendekatan ‘grounded theory’ mempunyai jenis pengkodan yang berbeza jika dibandingkan
dengan Coffey dan Atkinson (1996) yang merujuk kepada tahap-tahap pengkodan yang
berbeza. Secara umumnya, Coffey dan Atkinson menyatakan tiga tahap pengkodan yang
boleh dilakukan. Yang pertama merupakan tahap pengkodan paling asas. Kedua, merupakan
tahap yang menekankan kesedaran tentang kandungan apa yang dicakapkan. Tema yang
dibentuk lebih menggambarkan bahasa yang digunakan oleh partisipan. Manakala tahap ketiga
pula cuba melihat perkaitan apa yang dikatakan oleh partisipan dengan tema-tema analitik yang
lebih luas.
Kajian
187
Tindakan
Bryman (2001) mencadangkan beberapa pertimbangan dan langkah yang perlu diambil
perhatian semasa proses pengkodan. Antara cadangan beliau adalah:
Membentuk kod seberapa segera yang boleh selepas sesuatu data dikumpul. Ini
bertujuan untuk mempertajamkan pemahaman ke atas data dan membantu dalam
persampelan teoretikal. Ia juga boleh mengelakkan daripada perasaan tertekan apabila
terlalu banyak data yang perlu dianalisis sekiranya analisis dilakukan setelah semua
data dikumpul
Membaca transkrip temubual, nota kerja lapangan, dokumen awal yang diperolehi dan
diakhirnya catatkan beberapa nota umum tentang perkara-perkara yang menarik,
penting atau yang signifikan
Membaca data sekali lagi dan buat nota tentang kenyataan-kenyataan yang signifikan.
Buat sebanyak mana yang boleh. Mungkin boleh ditulis perkataan-perkataan yang
digunakan oleh partisipan sendiri, atau nama/label yang dicipta oleh penyelidik sendiri
ke atas kategori atau tema yang dibentuk dari data. Proses ini merupakan proses
pengkodan iaitu menjana indeks istilah yang boleh membantu penyelidik menginterpret
data
Menyemak semula kod-kod yang dibentuk bagi menentukan kesesuaian dan
kerelevanannya dengan data yang dikumpul dan mungkin juga dengan bahan-bahan
literatur yang ada. Perlu dipertimbangkan idea-idea teoretikal umum berkaitan dengan
kod dan data. Telitikan perhubungan antara konsep dan kategori yang dibentuk serta
cuba kaitkan dengan literatur yang berkaitan. Bentuk hipotesis tentang perkaitan yang
dibuat dan rujukkan semula kepada data untuk melihat sama ada ianya boleh disahkan.
Perlu diingat bahawa sebarang item atau cebisan data boleh dan selalu dikodkan lebih
daripada satu cara. Jangan bimbang tentang menjana terlalu banyak kod, terutama di
peringkat awal proses pengkodan. Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk lebih
bersikap seberapa inventif dan imaginatif yang mungkin. Soal kod yang terlalu banyak
boleh diselesaikan kemudian.
Proses pengkodan tidak boleh disamakan dengan analisis. Ianya merupakan
sebahagian daripada analisis. Ia adalah mekanisme untuk berfikir tentang makna yang
terdapat pada data dan untuk mengurangkan jumlah data yang dihadapi oleh penyelidik.
(Huberman dan Miles, 1994, dalam Bryman, ms. 399). Proses menginterpretasi data
masih perlu dilakukan.
Semak sepintas lalu tindakbalas atau respons. Ambil nota terhadap tema-tema, isu-isu dan
faktor-faktor yang muncul yang anda dengar. Lihat pada item yang timbul berulang-ulang atau
yang nampaknya penting.
Pilih 3 atau 4 tema/kategori yang sangat ketara dan bentuk satu matrik. Cuba bentuk satu
visual untuk melakar bukti-bukti yang berkait dengan tema-tema utama. Letakkan
tema/kategori bersama-sama dengan senarai subjek yang ditemubual. Setiap tema mungkin
boleh diwarnakan mengikut kesesuaian.
Kajian
188
Tindakan
Sekiranya perlu, bincang data dengan rakan sekerja. Baca data dan tandakan perkataan atau
frasa utama yang berkait dengan setiap tema atau kategori yang telah dikenalpasti. Akhirnya
rekod dapatan dalam kotak carta matrik yang telah dibentuk.
1. Rekod pemerhatian yang dibuat ke atas pola-pola yang telah muncul semasa
melihat matrik yang dibentuk: sama ada pola konseptual atau pola sikap
2. Rekod pemerhatian selari dengan matrik yang dibentuk di bawah kertas carta.
Contohnya:
Perkataan ‘cemerlang’ telah disebut berulang-ulang
Terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan setiap peringkat subjek
Langkah 5 – Simpulkan
Interpretasi Data
Setelah data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang sesuai, data-data
tersebut perlu diinterpret bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya.
Interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat
sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan
antara data. Proses interpretasi ini melibatkan penyelidik mengambil risiko dan membuat
tekaan/ramalan yang mungkin kadang-kadang terbabas daripada makna atau maksud asalnya.
Namun begitu sebagai penyelidik kita perlu melakukannya bagi menunjukkan kesignifikanan
serta kesan kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan untuk
menjalankan interpretasi data, terutama data berbentuk kualitatif. Mills (2003) telah
menjelaskannya seperti berikut:
i. Melanjutkan analisis
Kajian
189
Tindakan
Teknik yang cuba menimbulkan beberapa soalan tentang kajian. Soalan-soalan yang mungkin
tidak ditanya dalam persoalan kajian awal, yang mungkin boleh menjadi asas dalam kajian
tindakan seterusnya.
Pengalaman yang dilalui oleh penyelidik menjalankan kajian tindakan dalam kelasnya dapat
membantunya memberikan interpretasi ke atas data. Interpretasi yang berasaskan kepada
pemahaman dan pengetahuan penyelidik tentang sekolah, bilik darjah dan pengajaran dan
pembelajaran.
Kadang-kadang kita mungkin mengalami kesukaran untuk memfokuskan interpretasi yang ingin
dilakukan atau kadang-kadang dalam membuat interpretasi kita terlepas pandang perkara-
perkara tertentu yang mungkin penting, maka pandangan alternatif bolehlah didapati daripada
rakan sekerja yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang mungkin berbeza. Rakan
sekerja atau rakan kritikal ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja bersama
dalam kajian, atau rakan sekerja atau mereka-mereka yang tidak pernah kita temui secara
bersemuka tapi merupakan rakan yang kita sering berbual melalui internet. Juga mungkin kita
boleh bertanyakan informan kajian seperti pelajar, ibubapa, guru-guru, pentadbir untuk
mendapatkan pandangan mereka.
Teori dalam definisinya yang mudah adalah “an analytical and interpretive framework that helps
the researcher make sense of what is going on in the social setting being studied” (Mills, 1993,
p.103). Dengan ertikata lain teori berfungsi dalam menyediakan cara untuk penyelidik
mengaitkan kajiannya dengan isu-isu yang lebih luas. Teori juga membolehkan pengkaji
mencari tahap abstraksi yang lebih tinggi, yang bergerak melampaui pernyataan deskriptif. Di
samping itu, teori juga menyediakan rasional atau asas makna kepada kajian yang dilakukan.
Maka adalah lebih bermakna sekiranya data yang dianalisis itu dapat diinterpretasikan dalam
konteks teori yang berkaitan. Sebagai guru, kita sentiasa menggunakan dan dipengaruhi oleh
teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Maka pengkaji bolehlah menggunakan
teori-teori tersebut dalam membuat interpretasi ke atas data yang dikumpul.
Kajian
190
Tindakan
Kesimpulannya, interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba
membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan
perhubungan antara data. Akhirnya kita membina model data kajian dengan cuba mendapatkan
gambaran yang lebih luas dengan menggabungkan pelbagai indikator dan tema yang dapat
melihat pertalian antara tema dengan lebih jelas.
Terdapat beberapa pakej perisian komputer yang digunakan untuk mengurus dan menganalisis
data kualitatif. Biasanya perisian komputer ini akan membantu penyelidik dalam mengenalpasti
segmen teks, meletakkan label-label kategori kepada segmen dan menyusunatur semua
segmen teks yang berkait dengan kategori-kategori spesifik. Pakej data analisis kualitatif yang
popular adalah seperti NUD*IST, AtlasTi, NVivo, Ethnograph, WinMax. Ianya banyak
membantu dalam menyimpan dan mengkod data, membentuk sistem klasifikasi, enumerasi,
mencari perhubungan dan menghasilkan grafik. Pakej-pakej ini berbeza dari segi keupayaan
dalam ‘theoretical modelling’ tetapi semua mempunyai keupayaan meneroka dan memaparkan
perhubungan antara kod. Di samping itu, pakej-pakej perisian ini juga boleh menghasilkan
laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelidik, sama ada keseluruhan set data dalam
satu-satu kod ataupun mengeluarkan se bahagian daripada dokumen.
Namun begitu, adalah baik sekiranya dapat melawat ke laman web ketiga-tiga pakej yang
dinyatakan di atas dan boleh dimuat turun versi demonstrasi secara percuma. Ini akan
memberi peluang untuk mencuba tutorial dan mengenali pakej tersebut. Laman web bagi
NVivo dan NUD*IST adalah www.qsr.com.au/software, dan bagi AtlasTi adalah
www.atlasti.de/atlastineu. Diberikan juga laman web untuk Sage Publication di mana pakej-
pakej tersebut boleh dibeli, www.sagepub.co.uk.
Rumusan
Analisis data sama ada data kuantitatif atau data kualitatif adalah merupakan proses yang
kompleks dan memerlukan masa yang banyak. Soal menguruskan proses analisis data ini
adalah penting diberi perhatian supaya penyelidik tidak lemas dalam lambakan data yang
banyak. Sama ada analisis data dijalankan serentak dengan pengumpulan data atau analisis
data dijalankan selepas semua data yang relevan telah dikumpulkan, kedua-duanya
memerlukan organisasi data yang kemas dan sistematik. Transkrip temubual, nota lapangan,
fotograf, video, dokumen serta lain-lain bahan sumber perlu diberi kod pengenalan yang
memudahkannya diperolehi atau diakses semula. Semua data perlu diberikan tarikh perolehan,
petunjuk tentang konteks, serta punca sumber (yang biasanya dirahsiakan) dengan
menggunakan nama atau label samaran. Satu senarai data yang lengkap kemudiannya boleh
disediakan dan digunakan sebagai rujukan sepanjang proses analisis. Proses pengkodan pula
boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut tahap analisis yang perlu dilakukan. Biasa nya
terdapat dua cara yang dilakukan iaitu cara potong dan tampal dan cara pengkodan warna.
Kajian
191
Tindakan
Dalam banyak hal, kedua-dua cara tersebut boleh digabungkan untuk memudahkan analisis
dijalankan.
Kuliah, Tunjuk cara penggunaan NVivo, Praktikal (Analisis Data Temu bual) menggunakan
persembahan Powerpoint, makmal komputer. Pelajar perlu menghasilkan laporan analisis
berdasarkan output NVivo.
HASIL PEMBELAJARAN
IDEA UTAMA
Pengenalan
Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan.
Kepelbagaian ini banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang
disasarkan, pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa
pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan. Bab ini juga
akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu dibuat semasa menulis laporan kajian serta
format yang biasa digunakan dalam laporan kajian tindakan. Satu contoh laporan kajian
tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian tindakan.
Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan
penyampaian yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan dalam laporan bergantung kepada
tujuan kajian dan audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan
kandungan yang paling sesuai. Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan
yang menjadi minat dan perhatian kepada:
Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai
bagi meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada
penyelidik, partisipan dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu
memberikan penekanan kepada menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan.
Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya untuk mencari masa serta membina
kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka. Kebanyakan guru yang terlibat
dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa yang mereka lakukan
dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada intervensi atau tindakan
yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang mereka telah pelajari
daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain.
Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas
kepentingan dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat
membantu pengkaji lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu
laporan dapat menyediakan rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional
dan personal. Menurut Mills lagi, terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian.
Proses menulis memerlukan pengkaji menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan
pengkaji memilih perkataan-perkataan dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami
atau yang diperhati, serta membuat refleksi terhadap pengalaman yang dilalui semasa
menjalankan kajian. Secara lebih khusus lagi, dalam kerja-kerja menulis kajian, perkara-perkara
berikut perlu diberi pehatian:
Kejelasan – menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang
cuba hendak disampaikan.
Validasi – menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau
pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan
Empowermen – membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya
pengkaji mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada
Generatif – penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk,
iaitu sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien
yang lebih luas
Kajian
193
Tindakan
Pencapaian – menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah
mencapai sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca
hasil kajian kita.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian berkaitan dengan proses menulis
laporan, bergantung kepada pendekatan kajian yang digunakan. Menurut Walcott (1990),
dalam kajian berbentuk kualitatif misalnya, pertamanya, pengumpulan dan analisis data adalah
berterusan dan serentak, oleh itu tidak ada satu masa yang jelas bila pengumpulan dan analisis
data perlu berhenti dan penulisan boleh dimulakan; keduanya berkaitan dengan jumlah data
kualitatif yang banyak yang perlu di susunatur, dipilih dan diadun dalam bentuk naratif yang
koheren; ketiganya, berkaitan dengan tidak adanya satu format yang piawai dalam melaporkan
data kualitatif.
Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang
perlu ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah:
i. menentukan audien
ii. memilih fokus
iii. merangka susun atur laporan
Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu
ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana
kelompok dan jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan
dipaparkan, apa yang perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk
menyampaikan fakta dan idea penting dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang
akan membaca laporan, kita boleh bertanya apakah yang audien hendak tahu tentang kajian
yang dibuat. Jawapan kepada soalan itu akan dapat membantu menstruktur kandungan
laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan.
Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam,
pembuat dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di
tempat kajian. Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan
memerlukan pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat
membantu penyelidik mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.
McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang
disasarkan laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah
kandungan yang akan dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan?
Dalam konteks kajian tindakan partisipatori, biasanya melibatkan penulisan secara kolaboratif.
Mengikut Kemmis dan Wilkinson (1998), kajian tindakan partisipatori adalah merupakan aktiviti
sosial. Oleh itu menulis dapatan kajian untuk dikongsi bersama dengan audien yang lebih luas
adalah merupakan sebahagian daripada komitmen sosial penyelidik yang terlibat. Selain
daripada itu, menulis dapatan kajian secara kolaboratif dapat membantu dalam perkembangan
profesional ahli-ahli pasukan, terutama ahli-ahli yang kurang pengalaman dengan memberi
mereka peluang membina kemahiran dan keyakinan menulis. Di samping itu juga dapat
mempertajam dan memperjelaskan pemikiran dan pemahaman terhadap kajian yang dibuat.
Selalunya proses menulis menyediakan ruang kepada pengkaji kajian tindakan membuat
refleksi ke atas fokus utama projek, andaian-andaian yang mendasari kajian, masalah-masalah
serta pembelajaran yang dilalui. Seterusnya, penulisan kolaboratif membantu dalam
perkembangan visi bersama antara kolaborator, terutama bagi projek yang melibatkan ahli-ahli
pasukan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.
Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan
kajian kes misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan
pengkaji menjalankan kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat
tentang maklumat berkaitan dengan metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain
penyelidik memandang maklumat tersebut sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian
tersebut kepada bidang yang dikaji.
Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan
prosedur kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian
termasuk rujukan kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian
serta soalan kajian. Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih,
bagaimana data dikumpul dan dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan
tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di
mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji.
Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang
mudah diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama
laporan. Menulis draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan
tenaga. Draf pertama laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan
kajian untuk mendapatkan komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat
melalui kerja-kerja mengedit oleh pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan.
Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya
kepada amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang
telah dijalankan. Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik
terhadap pengajaran, dan apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-
langkah di atas merupakan satu kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam
menulis laporan kajian tindakan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta
keindividualan dalam penulisan kajian tindakan. Contoh-contoh laporan kajian tindakan terdapat
dalam Bahagian 6.
Rumusan
Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun
pada umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman
mereka ke atas tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat
lebih mendalami apa yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat
meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan
penyelidik serta pelajar. Dengan ertikata lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji,
menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah masalah yang cuba diselesaikan atau yang
cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain.
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
IDEA UTAMA
Kualiti sesuatu penyelidikan banyak bergantung kepada kualiti perancangan kajian yang
disediakan oleh penyelidik. Cadangan kajian biasanya menjadi panduan dan memandu
perkembangan dan perlaksanaan penyelidikan. Cadangan disediakan untuk penyelidik
mengemukakan pandangan, masalah dan fikiran tentang fokus kajian serta prosedur dan
proses yang sesuai untuk melaksanakannya. Di samping itu, cadangan juga disediakan bagi
tujuan untuk menjelaskan kepada pihak-pihak tertentu, kepada pengetua, misalnya tentang
tujuan kajian serta kepentingan kajian dijalankan. Di peringkat yang lebih makro lagi, cadangan
disediakan untuk mendapatkan sokongan kewangan dan sumber-sumber lain bagi membiayai
perlaksanaan kajian. Bagi pihak yang menilai cdangan kajian, ianya dapat memberikan
penilaian tentang pengetahuan dan kemahiran pengkaji untuk melaksanakan kajian dengan
berkesan.
1. Mulakan dengan menjelaskan isu atau masalah yang anda minat untuk mengkaji.
Tulis satu paragraf yang menyatakan tentang isu atau masalah dalam istilah-istilah yang
spesifik mungkin. Bagaimana isu-isu tersebut berkait dengan anda dan kerja anda?
Bagaimana isu atau masalah tersebut memberi kesan kepada latar kajian (sekolah, bilik
darjah dan lain-lain), pelajar yang terlibat, dan komuniti sekolah keseluruhannya?
Mengapakah isu tesebut penting?
2. Apakah soalan (atau soalan-soalan) yang perlu dijawab untuk memahami masalah
atau isu tersebut?
3. Buat sedikit sorotan literatur. Di manakah boleh diperolehi kajian-kajian lepas yang
telah dijalankan tentang isu yang hendak dikaji? Apakah yang anda perlu baca sebelum
memulakan kajian? (Namakan sekurang-kurangnya tiga sumber spesifik yang dikenalpasti)
4. Apakah instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data yang boleh
membantu dalam menjawab soalan atau isu? (ujian, soalselidik, pita video, pita audio dan
lain-lain). Apakah data sebenar yang anda ingin kumpul? (kerja pelajar, gred, refleksi,
pemerhatian, rubrik dan lain-lain). Terangkan apakah yang anda harap boleh diperolehi
daripada setiap sumber data yang anda kenalpasti.
7. Akhirnya, reflek tentang kemungkinan yang anda akan menjalankan projek kajian
tindakan tersebut. Apakah yang anda lihat sebagai tindakan dalam kajian tindakan anda?
Apakah yang anda lihat sebagai kekangan dan halangan dalam menjalankan projek?
Bagaimanakah anda rasa dan fikir tentang proses kajian tindakan sebagai alat untuk
membentuk perubahan yang bermakna?
Kajian
197
Tindakan
Secara umumnya dipersetujui, kandungan dan organisasi cadangan kajian mengandungi bab-
bab seperti berikut:
Bab 1: Pengenalan
Pengenalan
Keperluan menjalankan kajian
Pernyataan masalah
Tujuan (atau tujuan-tujuan) kajian
Soalan (atau Soalan-soalan) Kajian
Hipotesis (sekiranya sesuai)
Hipotesis Null
Hipotesis Kajian
Definisi Istilah
Kesignifikanan Kajian
Rumusan
Bab 3: Metodologi
Pengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian, sekiranya
tidak begitu panjang)
Rekabentuk kajian
Partisipan
Instrumen
Prosedur pengumpulan data
Prosedur analisis data
1. Tajuk kajian
Kajian
198
Tindakan
1.
2.
3.
Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajara teras yang wajib
dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Tujuan pendidikan sejarah adalah
untuk memupuk semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, para pelajar
akan dibimbing untuk menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.
Merujuk kepada format menjawab soalan Sejarah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
huraian fakta dan tema penting dalam memantapkan jawapan calon. Unutk mencapai
matalamt ini, kemahiran menghurai fakta merupakan satu aspek yang penting. Oleh kitu
melalui Peta Konsep kaedah ini dapat dipraktikkan dengan berkesan.
4. Pernyataan Masalah
Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta.
Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan
perkembangan Sejarah yang lain. Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat
mengembangkan idea-idea walaupun hanya berdasarkan satu idea asas. Keadaan ini
dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk meluaskan lagi idea asas tersebut
supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang untuk diingati. Setiap satu aspek
atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. Peta Konsep ini akan dapat
memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan fakta seterusnya.
Kajian
199
Tindakan
5. Objektif Kajian
6. Metodologi Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti
model berikut:
Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan Masalah
Langkah 2 - Perancangan Tindakan
Langkah 3 - Pelaksanaan Tindakan
Langkah 4 - Pemerhatian dan Menganalisis Data
Langkah 5 - Refleksi dan Penilaian
a. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan
diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik “Struktur Pentabiran Kerajaan
Persekutuan Malaysia”. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat
pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang
dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam
pengajaran Sejarah.
7. Kesignifikanan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM
Seri Tanjong, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru
Sejarah
8. Anggaran Perbelanjaan
Jumlah RM XXXX
Kajian
201
Tindakan
9. Jadual Kerja
Perkara Tarikh
RUJUKAN
Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th
ed.).Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California.
Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur.
Kajian
202
Tindakan
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to
Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon
Carr, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research,
London:Falmer Press
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.). New
York: RoutledgeFalmer.
Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks:Sage
Elliot, J. (1991). Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.
Fontana, A., & Frey, J.H. (2003). The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text,
dalam Denzin & Lincoln, (Eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed.,
Thousand Oaks: Sage
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia:
Deakin University Press.
Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd
ed.) Thousand Oaks, CA.:Sage
Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle
River NJ: Merrill.
Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte, M.D. (1999). Essential Ethnographic Methods,
Ethnographer’s Toolkit, New York:Altamira Press
Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall