Anda di halaman 1dari 7

Adakah Belanjawan 2020 lebih kecil daripada tahun lepas?

Perbelanjaan KeseluruhanRM100 bilRM-100 bilRM-50 bilRM0 bilRM50 bilRM100


bilRM150 bilRM200 bilRM250 bilRM300 bilRM350 bilRM400
bilBNPH202020102011201220132014201520162017201820192020

Kali terakhir belanjawan lebih kecil dibentangkan adalah pada 2016 dan 2017, susulan
kemerosotan harga minyak mentah dunia yang merupakan antara sumber utama
pendapatan kerajaan persekutuan. Tahun-tahun itu antara lain menyaksikan kekurangan
ubat-ubatan di hospital awam dan turut menjejaskan peruntukan untuk universiti awam.

Adakah negara sedang menghadapi kesukaran seperti itu sekali lagi? Sebenarnya tidak.
Belanjawan 2020 bukanlah belanjawan yang menyaksikan banyak pemotongan. Ia
nampak seperti itu kerana belanjawan lalu, iaitu Belanjawan 2019, dianggap sangat
besar susulan pemberian one-off yang diperuntukkan untuk membiayai GST dan
pembayaran balik cukai lain. Sebahagian besarnya dibiayai oleh pembayaran dividen
khas sebanyak RM30 bilion dari Petronas.

Bagi Belanjawan 2020, tiada keperluan untuk memperuntukkan pembayaran balik GST
kerana cukai berkenaan sudah dimansuhkan. Maka pada masa sama tidak perlu ada
dividen khas Petronas.

Bagaimana perbandingan jika pembayaran balik cukai tidak diambil kira?


Carta di bawah menunjukkan bahawa tanpa mengambil kira RM37 bilion yang sebelum
ini diperuntukkan untuk GST/bayaran balik cukai pendapatan pada 2019, Belanjawan
2020 adalah 6.99 peratus lebih besar.

202020192020LRM-200 bilRM-100 bilRM0 bilRM100 bilRM200 bilRM300 bilRM400


bilRM500 bilPerbelanjaan biasaGST/Pembayaran balik cukai (ditampung
Petronas)GST/Pembayaran balik cukai (ditampung pendapatan biasa)

Bagaimana belanjawan diagihkan?

%
81.21

Pengurusan
%
18.79

Pembangunan
RM241b
RM56b

Peruntukan pembangunan sebanyak RM1.3 bilion dengan kerajaan merancang untuk


mengukuhkan ekonomi melalui projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo,
MRT2 dan menaik taraf lapangan terbang.

Perbelanjaan operasi adalah 18.83 bilion lebih rendah dengan ketiadaan pembayaran
balik cukai.

Bagaimana ia diagihkan sebelum ini?


100%-20%-10%0%10%20%30%40%50%60%70%80%120%100%-
40%PengurusanPembangunan20202010201120122013201420152016201720182019202
0

Dari mana sumber dana diperoleh?


Pada 2017, kali terakhir GST dikumpul untuk setahun penuh. Ia menyumbang sejumlah
RM44.4 bilion atau 20.1 peratus daripada hasil pendapatan.

Sementara di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan hanya menjangka
mengutip RM28.3 bilion pada 2020 - atau 11.6 peratus daripada hasil pendapatan.

Susulan pemansuhan GST pada 2018, kerajaan berusaha untuk mencari alternatif lain
untuk sumber pendapatan.

Sementara Petronas kekal sebagai penyumbang utama pada 2019 melalui hasil bukan
cukai,cukai pendapatan dan dan cukai tidak langsung dijangka menjadi penyumbang
penting bagi menampung Belanjawan 2020.

100%-20%-10%0%10%20%30%40%50%60%70%80%120%100%-
40%20202014201520162017201820192020Cukai PendapatanCukai Tidak
LangsungPendapatan Bukan CukaiPinjamanCukai Langsung Lain

Adakah ini bererti cukai pendapatan akan meningkat?


Cukai pendapatan hanya akan dinaikkan untuk golongan mewah. Kategori baru cukai
diperkenalkan bagi golongan berpendapatan RM2 juta setahun dengan kadar cukai 30
peratus, iaitu kenaikan dua peratus. Golongan berpendapatan kurang daripada RM2 juta
setahun tidak akan terjejas.

Dalam Laporan Ekonomi, kerajaan juga berkata ia menyasarkan untuk merasionalkan


insentif cukai. Insentif cukai adalah pemotongan atau diskaun daripada cukai untuk
mempengaruhi pola pelaburan, misalnya.
Dengan merasionalkan insentif cukai, kerajaan akan memberikan diskaun yang lebih
rendah, bermakna lebih banyak cukai dikutip.

Unjuran pendapatan cukai tak langsung meningkat. Apa maksudnya?

Cukai tidak langsung meliputi banyak bentuk cukai. Selain cukai minuman bergula dan
levi ke luar negara yang telah dilaksanakan, kerajaan telah mengumumkan bahawa
untuk melaksanakan cukai digital pada 2020.

Jawatankuasa Pembaharuan Cukai juga meneliti cukai berkaitan alam sekitar. Semua ini
menyumbang kepada peningkatan hasil cukai tidak langsung.

Ke mana wang itu diagihkan?


Kebanyakan hasil pendapatan kerajaan diguna untuk membayar perkhidmatan awam,
kebanyakannya guru, doktor dan jururawat. Untuk 2020, kira-kira satu perempat
daripada belanjawan atau sebanyak RM82 bilion digunakan bagi tujuan itu.

Jika digabungkan dengan caj persaraan seperti bayaran wang pencen - yang mewakili
sembilan peratus daripada belanjawan - sejumlah RM109 bilion diperuntukkan untuk
membayar penjawat awam dan bekas penjawat awam pada 2020. Jumlah ini merupakan
36 peratus daripada keseluruhan belanjawan.

Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan - seperti perbelanjaan projek infrastruktur -


hanya mewakili 18 peratus daripada belanjawan.

Perbelanjaan utama lain adalah bekalan, subsidi, kebajikan dan pembayaran hutang.

Carta ini menunjukkan bagaimana emolumen secara konsisten mengambil sebahagian


besar daripada belanjawan, manakala peningkatan belanjawan digunakan untuk
membayar hutang dan caj persaraan.

Caj HutangEmolumenCaj Persaraan% daripada belanjawan10%-


5%0%5%10%15%20%25%30%35%2020201020112012201320142015201620172018201
92020

Carta di bawah menunjukkan pengagihan hasil pendapatan 2020 yang direncana


kerajaan mengikut sektor.

Keselamatan Dlm NegeriLain-lain*KomunikasiPerumahanAlam SekitarTenaga &


UtilitiPerdagangan & IndustriPertanian / LuarLain-lain (Ekonomi)Lain-lain
(Sosial)PertahananPengangkutanKeselamatan Dlm NegeriAdministrasi
AwamKesihatanPendidikan*Lain = Caj persaraan, caj hutangdan bayaran pemindahan
lainL-4%-2%0%2%4%6%8%10%12%14%35%30%20%25%15%5%-5%-10%

Bagaimana keadaan hutang negara?


10%-4%-
2%0%2%4%6%8%10%12%14%2020201020112012201320142015201620172018201920
20

Carta ini menunjukkan peningkatan peruntukan belanjawan yang dibelanjakan untuk


membayar hutang. Selain daripada meneruskan pembayaran hutang seperti biasa,
kerajaan mengatakan bahawa ia memerlukan dana untuk menyusun semula Tabung Haji
dan Felda yang menghadapi masalah kewangan. Kerajaan juga berkata mereka perlu
membayar hutang dari skandal 1MDB.

Hutang negara akan terus meningkat selagi kita beroperasi pada belanjawan defisit -
iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan. Sekiranya pola ini berterusan, semakin kurang
peruntukan untuk perkara lain, seperti emolumen, institusi pendidikan dan
pembangunan.

Bolehkah kita menurunkan defisit?


Defisit4.0%1.5%2.0%2.5%3.0%3.5%4.0%4.5%5.0%5.5%6.0%*Data atau sasaran diguna
pakai jika data akhirbelum tersedia untuk tahun
itu2020*201020112012201320142015201620172018*2019*2020*

Walaupun berdepan cabaran dalam hasil pendapatan, kerajaan berkata mereka komited
untuk memenuhi janji pembangunan dan akan mengambil "langkah-langkah
pencegahan untuk menyediakan sokongan segera dan mengekalkan pertumbuhan"
dalam ekonomi global yang sukar.

Ini bermakna mengorbankan matlamat yang ditetapkan untuk mengurangkan defisit.


Daripada sasaran asal 3.0 peratus, kerajaan mensasarkan penurunan defisit kepada 3.2
peratus pada 2020, turun dari 3.4 peratus pada 2019.

Golongan penerima BSH diperluaskan


Skim BSH yang diteruskan bagi tahun kedua tidak banyak menyaksikan perubahan dari
jumlah yang diagihkan kepada penerima. Bagi 2020, kerajaan meluaskan lagi skim
berkenaan untuk memanfaatkan lebih ramai penerima.
PENDAPATA
N BULANAN BSH 2020 BSH 2019

< RM2,000 (OKU RM300 Tiada


UMUR 18+)

< RM2,000 RM300 Tiada


(BUJANG UMUR
40+)

< RM2000 (ISI RM1,000 + RM120/anak RM1,000 + RM120/anak


RUMAH) * *

RM2,000 - RM3,00 RM750 + RM120/anak* RM750 + RM120/anak*


0 (ISI RUMAH)

RM3,001 - RM4,00 RM500 + RM120/anak* RM500 + RM120/anak*


0 (ISI RUMAH)

*Berdasarkan pendapatan isu rumah. Tambahan insentif BSH sehingga empat orang
anak di bawah umur 18 tahun. Tiada tahap umur untuk kanak-kanak kurang upaya.

Hampir separuh belanjawan diberi kepada 3 kementerian


Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan paling tinggi (RM64.1 bilion), diikuti
Kementerian Kewangan RM37.8 bilion, dan seterusnya Kementerian Kesihatan (RM30.6
billion). Peruntukan untuk ketiga-tiga kementerian ini mewakili 44.6 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan.

PendidikanKewanganKesihatanDalam NegeriLain-lainLL

Jadual di bawah menunjukkan 10 penerima peruntukan paling tinggi. Meskipun


peruntukan Kementerian Kewangan dikurangkan hampir separuh berbanding 2019, ia
masih merupakan kementerian kedua terbanyak menerima peruntukan.
+/- DARIPADA
KEMENTERIAN 2020 BELANJAWAN 2019

6.45%
PENDIDIKAN RM64,122,868,300

KEWANGAN RM37,782,459,500 44.71%

KESIHATAN RM30,602,080,900 6.71%

DALAM NEGERI RM16,928,194,700 8.15%

PEMBANGUNAN LUAR RM8,415,535,400 0.02%


BANDAR

KERJA RAYA RM8,032,831,700 12.12%

JABATAN PERDANA RM7,900,435,900 6.91%


MENTERI

PERTAHANAN RM5,579,892,600 59.91%

PERTANIAN RM4,898,010,400 10.88%

PERUMAHAN RM4,781,888,800 0.93%

Bonus / bantuan khas untuk penjawat awam


Setiap tahun, bantuan untuk penjawat awam diumumkan dua kali, iaitu ketika
pembentangan belanjawan dan sebelum Hari Raya. Bantuan itu biasanya dalam bentuk
bonus gaji atau bayaran pada jumlah yang ditetapkan yang diistilahkan sebagai
'bayaran khas'.
TAHUN BELANJAWAN

2020 RM500*

2019 RM500*

2018 RM1,000

2016-2017 RM500

2013-2015 1/2 bulan

2011-2012 1/2 bulan

* Gred Maksimum 56

Anda mungkin juga menyukai