Anda di halaman 1dari 2

Sebagai guru yang sedang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita

perlu melangkah seiring dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi demi menggalas
amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri
gah di persada dunia. Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam
dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa.

Guru-guru perlu memiliki pengetahuan dan pengalaman global bagi membolehkan ilmu dan
kemahiran ini dipindahkan kepada pelajar. Guru-guru juga perlu membangunkan pengetahuan dan
kemahiran

Selain daripada menguasai kemahiran ICT dan celik digital, guru-guru juga perlu lebih fleksibel dalam
merancang proses pengajaran dan pembelajaran dan perlu mengadaptasi dengan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran moden.Sehubungan dengan itu, para guru harus menguasai t eknik
dan pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran perlu agar tidak ketinggalan
dengan keperluan industri . Amalan pengajaran konvensional yang berpusatkan guru sudah tidak
relevan lagi. Gaya pengajaran dan pembelajaran perlu berubah seiring denga zaman untuk
mempersiapkan pelajar bagi menghadapi Revolusi industri 4.0. Pembelajaran berpusatkan murid
akan membentuk pelajar yang lebih berdikari, berketerampilan, mempunyai pemikiran kritis,
kreatif dan pandai menyelesaikan masalah sebagai bekalan menghadapi arus kemajuan
teknologi revolusi Industri 4.0. Para pendidik bertanggungjawab mencipta suasana
pembelajaran yang berkualiti dan bermaklumat serta menentukan bahan pengajaran yang
terkini, mencipta pengetahuan baru, menilai tahap pencapaian dan pengetahuan pelajar serta
menggalakkan murid mengeksplorasi jawapan melalui penemuan kendiri di dalam isi
pelajaran.

Pendidikan pada abad 21 ini adalah bertujuan untuk menyediakan murid bagi menghadapi
gelombang Revolusi Industri 4.0. Oleh yang demikian, b udaya kreativiti dan inovasi di kalangan
murid dan guru amat penting dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0. Pendidikan berasaskan
inovasi ini boleh diterjemahkan

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu keperluan dalam mendepani cabaran
pendidikan dalam era Revolusi Industri 4.0. Menurut Jennifer et al (2017), pembelajaran sepanjang
hayat diperlukan untuk membangunkan konsep kendiri yang positif, penyesuaian diri dan ketahanan
diri mendepani cabaran kehidupan abad 21. Bagi guru pelatih yang akan berkhidmat di sekolah,
pengetahuan dan kemahiran perlu sentiasa di perbaharui agar relevan dengan keperluan pendidikan
dan kehidupan dalam era Revolusi Industri 4.0. Sayidina Umar al-Khattab mungkin dijadikan
panduan. “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zamanmu
Rujukan

http://www.nadinegara.com/uncategorized/revolusi-industri-4-0-dalam-pendidikan/

panduan pelaksanaan STEM  dalam pembelajaran dan pengajaran.  Terbitan Mac 2016 ©


Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek, penyelesaian masalah dan inkuiri penemuan
dan pelbagai kaedah pembelajaran abad ke 21 perlu juga digabungjalin bersama penggunaan
teknologi maklumat sebagai peranti supaya murid terlibat secara autentik dalam konteks masa kini.

Anda mungkin juga menyukai