Anda di halaman 1dari 9

Fail kadet polis

ARAHAN KAWAD KADET POLIS

MEMBENTUK SKUAD (JADIKAN TIGA BARISAN)


Kata perintah -                                     ”Tiga barisan dihadapan saya......gerak”
Pergerakan:
1. Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-kira 6 langkah dihadapan
jurulatih.

KE KANAN LURUS
Kata perintah -                                     “ Ke kanan…….lurus”
Kata perintah dengan nombor -       
”Ke kanan lurus dengan nombor , skuad......satu ”,” skuad....dua dan seterusnya.
Pergerakan:
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam. Semua anggota lain
dengan pantas sorongkan kaki kirikehadapan sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke
bumi dengan kiraan “satu”. (Sekiranya latihan dengan nombor semua anggota di
dalam platon membuat pergerakan yang pertama termasuk penanda kanan).
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan
hentak disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke
kanan kecuali orang nombor satu dalam setiapbarisan dan anggota barisan hadapan
angkat tangan kanan separas bahu melalui belakang orang dikananya kecuali penanda
kanan dengan kiraan ”dua”. (Sekiranya latihan dengan nombor semua anggota di
dalam platon membuat pergerakan angkat tangan separas bahu).
3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan
hentakkan disebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-
turut mengambil lurus sehingga mendapat kedudukan lurus dengan kiraan ”tiga”.
4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah
seterusnya ”Pandang Depan”.
Fail kadet polis

PANDANG DEPAN
Kata perintah -                                     “ Pandang……..depan “
Pergerakan:
1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan
tangan kanan ke sebelah rusuk balik kedudukan sedia.

PARASKAN SKUAD
Kata perintah 1 -                              
“Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan……….….paras”
Pergerakan.
1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota akan membuat pergerakan keluar baris
dengan kiraan “satu” dan “dua”.
2. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan “satu” terus ke hadapan
tiga langkah dengan kiraan “dua”, “tiga”.
3. Setelah keluar baris semua anggota terus beratur dalam satu barisan.

Kata perintah 2 -                              ”Da....ri Kanan, nombor” atau ”Skuad...nombor”


Pergerakan
1. Semua anggota menyembut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.

Kata perintah 3 -                              


”Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah kebelakang.....gerak”
Pergerakan
1. Bagi anggota nombor ganjil ambil satu langkah dengan kaki kiri ke hadapan dengan
kiraan “satu” dan “dua”.
2. Bagi anggota nombor genap ambil satu langkah dengan kaki kiri ke belakang dengan
kiraan ”satu” dan ”dua”.
Fail kadet polis

Kata perintah 4 -                              


”Orang disebelah kanan diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan, kanan dan
kiri......sing”.
Pergerakan
1. Orang yang disebelah kanan sekali diam (anggota nombor satu bagi barisan ganjil).
2. Anggota barisan nombor ganjil berpusing ke kanan denan kiraan ”satu” dan ”dua”.
3. Anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan ”satu” dan ”dua”.

Kata perintah 5 -                              ’Jadikan tiga barisan, cepat jalan”


Pergerakan
1. Semua anggota berjalan cepat dimulai dengan kaki kiri kecuali orang sebelah kanan
sekali.
2. Orang nombor dua bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti di belakang orang nombor satu
(penanda) sebagai orang nombor satu bagi barisan tengah.
3. Orang nombor tiga barisan ganjil, jalan dan berhenti dibelakang orang nombor dua
sebagai orang nombor satu bagi barisan belakang.
4. Orang nombor empat bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti disebelah kiri orang
nombor satu (penanda) dan diikuti anggota yang lain mengisi tempat kosong.
5. Bagi barisan nombor genap jalan dan membelok ke kanan megikuti barisan nombor
ganjil serta berhenti ditempat kosong.

LURUSKAN BARISAN
Kata perintah -                                     “ Luruskan…….barisan “
Kata perintah dengan nombor -        “Luruskan barisan dengan no skuad…….up”
Pergerakan:
1. Semua anggota di dalam platon dengan pantas angkat kaki kiri separas dengan
pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan sebutan ”up”. Sekiranya membuat
pergerakan terus Penanda Kanan hendaklah diam dan tidak perlu membuat pergerakan
up.
Fail kadet polis

2. Kemudian hentak kaki kiri disebelah kaki kanan pada masa yang sama palingkan


kepala ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang
orang dikanannya dengan kiraan ”satu”.

SENANG DIRI
Kata perintah -                                     “Senang…………………..dri”
Kata perintah dengan nombor -        “Senang diri dengan nombor, skuad….up”,
”skuad…….satu”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) kedudukan
tangan masih lagi rapat dibelakanag penjahitan seluar dengan sebutan ”up”.
2. Bawa keberatan badan ke sebelah kiri dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki supaya
terdapat satu bunyi dengan jarak dari tumit ke tumit 12 inci, masa itu juga bawa kedua-
dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak
tangan kiri dan ibu jari bersilang dengan kiraan ”satu”.

SEDIA
Kata perintah -                                     “Skuad, skuad…..sdia”
Kata perintah dengan nombor -        “Skuad sedia dengan nombor , Skuad……up”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) kedudukan
tangan di belakang punggong dengan sebutan ”up”.
2. Hentakkan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi sahaja serentak
dengan kiraan ”satu”.
Fail kadet polis

REHATKAN DIRI
Kata perintah -                                     “Rehatkan…….dri”
Pergerakan:
1. Lemahkan semua anggota badan dan kepala. Tangan dinaikkan ke atas punggong
serentak dengan kiraan “satu”.

BUKA BARISAN
Kata perintah -                                     “Buka barisan………grak”
Kata perintah dengan nombor -        “ Buka barisan dengan nombor , skuad........…..satu “ dan
seterusnya.
Pergerakan:
Bagi barisan hadapan
1. Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan dengan
kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan “satu”.
2. Kemudian ambil satu langkah lagi dengan kaki kanan sejauh 15 inci dengan
kiraan “dua”.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “tiga”.

Bagi Barisan Tengah


1. Anggota barisan tengah tidak membuat pergerakan hanya diam sahaja.

Bagi Barisan Belakang


1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak
ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan “satu”.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak ke
belakang sejauh 15 inci dengan kiraan ”dua”.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelanggan kaki (angklet) dan hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ”tiga”.
Fail kadet polis

TUTUP BARISAN
Kata perintah -                                     “ Tutup barisan…..grak “
Kata perintah dengan nombor -        “ Tutup barisan dengan nombor
Pergerakan:
Bagi barisan hadapan
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak
ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan “satu”.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak ke
belakang sejauh 15 inci dengan kiraan “dua”.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak
kaki kiri disebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “tiga”.

Bagi Barisan Tengah


1. Anggota barisan tengah tidak membuat pergerakan hanya diam sahaja.

Bagi Barisan Belakang


1. Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan
dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan “satu”.
2. Kemudian ambil satu langkah lagi dengan kaki kanan sejauh 15 inci dengan
kiraan “dua”.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak
kaki kiri disebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “tiga”.
Fail kadet polis

BERPUSING KE KANAN
Kata perintah -                                     “Bergerak ke kanan, kanan……….sing “
Kata perintah dengan nombor -        “ Berpusing dengan nombor, kanan pusing……….satu “
dan seterusnya.
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan dengan menggunakan tumit
kaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet)
dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”.

BERPUSING KE KIRI
Kata perintah -                                     “ Bergerak ke kiri , kiri ……..sing “
Kata perintah dengan nombor -        “ Berpusing dengan nombor , kiri pusing………satu” dan
seterusnya.
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri dengan menggunakan tumit
kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki
(angklet) dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan ”dua”.

BERJALAN : CEPAT MASA


Kata perintah:                                       ”Da......ri kanan / kiri, cepat jalan”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke hadapan
sejauh 30 inci (tumit ke tumit)pacak tumit ke bumi dengan kiraan ”satu”.
2. Setelah itu melangkah kaki kanan kehadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) pacak
tumit ke bumi dengan kiraan ”dua”.
3. Kemudian mengulang langkah kaki kanan dan kiri dengan jarak yang serupa dengan
kiraan ”tiga”, ”empat” dan seterusnya mengikut kehendakh arahan jurulatih.
Fail kadet polis

Penerangan teliti:
1. Semasa melangkah kaki kiri (skuad satu) ke hadapan, lenggangkan tangan kanan ke
hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang boleh. Jari
genggam, ibu jari menghala ke atas dan kedua-dua lengan lurus.
2. Semasa melangkah kaki kanan (skuad dua) ke hadapan, lenggangkan tangan kiri ke
hadapan separas bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh. Jari
genggam, ibu jari menghala ke atas dan kedua-dua lengan lurus.
3. Masa berjalan tegak buka dada, bahu sama rata serta pandangan ke atas sedikit
dengan menuju satu tanda 200 meter ke hadapan.
Ingatan:
1. Yang dimaksudkan lenggang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hingga ke hujung
tangan.
2. Langkah itu ialah dari pangkal paha ke hujung kaki.

BERHENTI: CEPAT MASA


Kata perintah -                                     ”Skuad.....ti”
Kata perintah diberi -                         Ketika kaki kiri pacak tumit ke bumi.
Kata perintah dengan nombor -        “Skuad berhenti dengan nombor, skuad......satu” dan
seterusnya.
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kanan ke
hadapan dan hayun tangan kiri dengan sebutan”check”.
2. Selepas itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak di
sebelah kaki kanan dengan kiraan ”satu”.
3. Kemudian diikuti dengan pantas angkat kaki kanan dengan ketinggian yang sama
dan hentak di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia dengan kiraan ”dua”.
Fail kadet polis

Penerangan teliti:
1. Semasa perbuatan ”check” tangan kiri masih dalam keadaan lenggang separas bahu ke
hadapan dan tangan lenggang ke belakang seberapa yang boleh.
2. Bagi perbuatan skuad ”satu” semasa mengangkat kaki kiri, tangan kanan hayun ke
hadapan separas bahu dan tangan kiri lenggang ke belakang seberapa yang boleh.
Apabila hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan pantas kedua-dua tangan
kiri dan kanan rapat ke belakang penjahitan seluar.
3. Bagi perbuatan skuad ”dua” dengan pantas angkat kaki kanan dan hentak di sebelah
kaki kiri balik kedudukan sedia. (Kedua-dua tangan masih rapat di sebelah kiri dan
kanan)

KELUAR BARIS
Kata perintah -                                     ”Keluar .......... baris”
Pergerakan
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan
kiraan “satu”.
2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak di sebelah
kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”.
3. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan
kiraan “satu” terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan “dua”,”tiga” dan seterusnya
bersurai.

PERINGATAN
Tujuan “Keluar Baris” adalah untuk bersurai sementara waktu sahaja menandakan
latihan/aktiviti belum tamat. Mereka tidak boleh beredar dari kawasan tempat latihan.

Anda mungkin juga menyukai