Anda di halaman 1dari 1

Nur Azhari Bin Zainooddin

F-1-15, Aprt Megah Villa,


Jalan Megah Warisan 1/6,
Kota Warisan,
43900 Sepang, Selangor.

Ketua Jabatan Sumber Manusia & Penerbitan,


Pejabat Pengurusan Al Hijrah Media Corporation,
Bahagian Sumber Manusia & Penerbitan,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur. 17 Oktober 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI WARTAWAN PENYIARAN

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan


permohonan jawatan sebagai Wartawan Penyiaran di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan graduan yang baru


menamatkan pengajian saya dalam bidang komunikasi dan telah di anugerahkan Ijazah
Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia dalam upacara
konvokesyen USM Ogos lalu.

3. Selain itu bagi menamatkan pengajian, saya telah menjalankan latihan industri
yang merupakan syarat wajib untuk pengijazahan di Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia (Bernama) selama 8 minggu yang bermula 11 Mei 2009 lalu.

4. Saya percaya saya sesuai untuk menjadi sebahagian dalam organisasi


tuan/puan kerana saya seorang yang sukakan cabaran dalam kerjaya, boleh bekerja
dibawah tekanan dan pemantauan yang kurang serta saya seorang yang suka
mempelajari sesuatu yang baru.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari
pihak tuan dan melalui surat ini juga saya lampirkan bersama resume saya.
Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

..............................................
NUR AZHARI ZAINOODDIN

Anda mungkin juga menyukai