Anda di halaman 1dari 38

1.

0 Pengenalan

Manusia dianugerahkan Tuhan dengan akal untuk berfikir, maka dengan

menggunakan pemikiran, manusia boleh merubah alam. Sedikit demi sedikit keadaan

dimajukan dari yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Bermula dengan keadaan yang

primitif dengan tenaga fizikal yang terhad digunakan, dunia ditukar kepada wajah yang ada

seperti dilihat sekarang, selari dengan alaf baru, transformasi budaya, persekitaran dan

amalan masyarakat bukan berlaku secara sendiri tetapi dengan sengaja.

Proses berfikir berlaku dalam banyak aspek kehidupan seharian, seperti dalam

menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menakul. Aktiviti dan tingkah laku yang

dianggap rutin dan remeh juga memerlukan manusia berfikir seperti mengikat tali kasut dan

berangan-angan. Kemahiran yang ada pada manusia ini membezakan kita daripada haiwan.

Dari sudut pandangan umum, pemikiran ditakrifkan sabagai perolahan dan pentafsiran

akal untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Dalam erti kata lain, pemikiran boleh dilihat

sebagai satu proses penggunaan akal atau otak untuk mencari penyelesaian kepada suatu

masalah atau mendapatkan jawapan kepada sesuatu persoalan dalam hidup manusia.

Dewey (1993) mentakrifkan pemikiran sebagai perilaku dalam menyelesaikan

masalah, sementara Bochenski (1990) menyatakan bahawa  berfikir adalah setiap

perkembangan idea-idea dan konsep yang difikirkan minda. Mohd Micheal Abdullah (1995)

mentafsirkan pemikiran sebagai membuat keputusan. Sementara itu  Som Hj. Nor dan Mohd

Dahlan  menyatakan pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai kepelbagaian kemungkinan, idea, dan membuat

pertimbangan yang wajar, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta membuat

refleksi dan meta kognitif terhadap proses yang dialami. Sementara itu, Pusat Perkembangan

1
Ko-kurikulum, Kementerian Pendidikan mendefinisikan pemikiran sebagai proses yang

kompleks yang berlaku dalam minda seseorang.

Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (198), pemikiran merupakan proses

luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh

Vincent Ryan Ruggiero(1984): “ Thinking is any mental activity that helps formulate or solve

a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a

reaching for meaning.”

Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai

pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas oleh John Barell

(1991): “… I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the

adventurous generation of options, he attempt to arrive at logical, reasonable jugements, and

reflection in the process.”

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran boleh

dirumus sebagai:

“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan

pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan

munasabah terhadap proses yang dialami.

   

   

2
2.0 Pengkelasan Kemahiran Berfikir

Menurut Wilson (2000) dalam buku Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi

di Malaysia suntingan Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin dan Ravichandran

Vengadasamy, kemahiran berfikir adalah satu istilah yang rambang kerana kepelbagaian

makna yang boleh dikaitkan dengannya. Kebanyakan penyelidik dalam bidang kemahiran

berfikir bersetuju mangaitkan kemahiran berfikir ‘tahap tinggi’ seperti menyelesaikan

masalah, membuat keputusan, berfikir secara kritikal, penaklukan ligikal dan pemikiran

kreatif (Nickerson, 1988).

Definisi kemahiran berfikir menurut George, 1970 (Som Hj.Nor 1998) melihat

pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang

kompleks. Edward de Bono (1997) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral

yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir

untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran

secara kritis dan kreatif.

Berdasarkan konsep Kemahiran Berfikir seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli

fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah

Kemahiran Berfikir, maka Kemahiran Berfikir yang juga boleh ditafsirkan sebagai pemikiran

reflektif, kritis dan kreatif dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang

melibatkan pembentukan konsep , aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang

terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau

komunikasi sebagai landasan kepada keyakinan dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa

yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan Pengarah kepada ‘The Center for
3
Critical Thinking’, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis

di Amerika Syarikat.

Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran

yang dikemukakan oleh ahli-ahli pemikir dan penulis-penulis dalam bidang berkenaan.

Pelbagai jenis kemahiran berfikir telah disenaraikan iaitu kemahiran berfikir analitikal,

logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif,

projektif, kreatif, perspektif, lateral dan emotif. Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran

berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.

Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen

yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen

berikut:

(a) Pemikiran kritis

(b) Pemikiran kreatif

(c) Menyelesaikan masalah

(d) Membuat keputusan

2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis

4
Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. Berfikir secara kritis

adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak. Dipetik daripada buku Teknik Berfikir,

Konsep dan Proses (Ainon & Abdullah), daripada ujian berfikir yang dijalankan, hasil

menunjukkan lebih 75% manusia memiliki pemikiran kritis. Hasil kajian menunjukkan

sebahagian besar daripadaa kita tidak pandai mengenal pasti keistimewaan yang ada pada

sesuatu idea.

Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam

menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran,

pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab.

Menurut Mohd Micheal Abdullah(1969), pemikiran kritis membincangkan bagaimana untuk

menimbangkan iaitu  sama ada baik atau buruk terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan

menggunakan  fakta  samada benar atau salah dan susunan hujah samaada sah atau batal

.Selain itu pemikiran kritis juga  melibatkan proses penganalisaan dan menilai idea atau

maklumat untuk kefahaman yang lebih jelas, kukuh dan bermakna. (Samsu Yaacub,1996).

Menurut buku Dalam Kurikulum Sekolah Bestari,oleh Tengku Zawawi bin Tengku

Zainal, kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda

untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan

dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan

alasan dan bukti yang munasabah.

Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah

membanding dan membeza (compare and contrast), membuat ketegori (categorization),

menerangkan sebab akibat (cause and effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang

5
kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi. Berikut ialah

penjelasan setiap kemahiran berfikir secara kritis.

1. Mencirikan iaitu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu

konsep atau objek. Kemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan

mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Langkah Penggunaan:

a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.

b) Kenal pasti ciri.

2. Membandingkan dan Membezakan iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini

digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan untuk membuat pilihan

atau keputusan.

Langkah penggunaan:

a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.

b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.

c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.

d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

3. Mengumpulkan dan Mengelaskan iaitu mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan

apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun.

Langkah penggunaan:

a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.

b) Beri nama kepada kumpulan item itu.

6
c) Kenal pasti ciri lain.

d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.

e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu

kumpulan.

4. Membuat Urutan iaitu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan

kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini

digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu

mudah dikesan.

Langkah penggunaan:

a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai,

abjad, kronologi, corak atau masa.

b) Ambil satu item sebagai asas.

c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan

yang ditentukan.

d) Semak semula susunan.

5. Menyusun Mengikut Keutamaan iaitu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan

perkara yang mustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

Langkah penggunaan:

a) Tentukan matlamat anda.

b) Ambil satu item sebagai asas.

c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih

jauh kepada matlamat.

d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di

7
bawah.

e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.

6. Menganalisis iaitu mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang

lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara

bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang

kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Langkah penggunaan:

a) Tentukan pendapat atau kenyataan.

b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.

c) Renung semula pendapat atau andaian.

d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

7. Mengesan Kecondongan iaitu mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada

sesuatu atau menentang sesuatu. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat sesuatu

pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang, menimbangkan

ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau mengenal pasti kecondongan

pandangan seseorang.

Langkah penggunaan:

a) Nyatakan matlamat.

b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.

i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.

ii. Pengitlakan yang keterlaluan.

iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan

bermuslihat).

8
iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.

v. Menyatakan pendapat sebagai fakta.

c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.

d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis

petunjuk.

e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.

8. Membuat Kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis

atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk

membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

Langkah penggunaan:

a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).

b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.

c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak

perhubungan.

d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

9
2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Fikiran yang kabur dapat merangsang otak kita supaya menjadi imaginative. Ini benar

apabila kita sedang berusaha mencari tafsiran-tafsiran baru bagi perkara-perkara biasa.

Dr. Edward de Bono mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai " At the simplest

level "creative" means bringing into being something that was not there before. Creative

thinking includes personal processes, as such as new ways of looking at things, new ways of

organizing things ang new ideas about ideas"

Rollo May pula menyatakan " Creativity is the encounter of the intensively conscious

human being with his world ."

Menurut buku Dalam Kurikulum Sekolah Bestari,oleh Tengku Zawawi bin Tengku

Zainal, kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan

minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai

pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat

maujud, abstrak, idea atau gagasan.

Kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan

menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan

yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam

bentuk idea yang nyata ataupun abstrak.

Pemikiran kreatif  membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk

memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu 

untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan dengan menggunakan

pelbagai teknik kreatif. (Samsu Yaacub ; 1993). Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh
10
dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan

mencipta metafora.

Sebagai rumusan bolehlah kita katakan bahawa pemikiran kreatif membawa maksud

kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan,

menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud,

abstrak atau gagasan. Berikut ialah penjelasan setiap kemahiran berfikir secara kreatif.

1. Menjanakan Idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan apabila mencari idea baru dan mencari alternatif.

Langkah penggunaan:

a) Tetapkan tajuk perbincangan.

b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.

c) Renung kembali idea yang dikemukakan.

d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.

e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

2. Membuat Inferens

Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat

daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila hendak merancang langkah-langkah

tindakan atau membuat pilihan, menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

Langkah penggunaan:

a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.

b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.

c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.

11
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi.

Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.

3. Menghubung kaitkan

Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini

digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan

mengitlak.

Langkah penggunaan:

a) Kenal pasti masalah.

b) Buat analisis tentang keadaan.

c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan

d) Buat pernyataan tentang perkaitan.

4. Meramal

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang

lalu atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan,

merancang dan mempertimbangkan pilihan.

Langkah penggunaan :

a) Perhati atau kumpul maklumat.

b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.

c) Buat jangkaan yang paling sesuai.

5. Membuat Hipotesis

Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi

menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan

kesahihannya. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan

sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.

Langkah penggunaan :

12
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.

b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.

c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.

d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

6. Mensintesis

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan

gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran

ini digunakan untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk dan

menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah penggunaan:

a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.

b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.

c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,

perkara atau subjek.

d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

7. Mengitlak

Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan

pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Kemahiran ini digunakan untuk mencari pola,

menyusun maklumat dan meramal.

Langkah penggunaan:

a) Kumpulkan data.

b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.

c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.

d) Buat kenyataan.

8. Menganalogi

13
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara

yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran ini digunakan untuk

memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu

yang maujud yang telah diketahui.

Langkah penggunaan:

a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.

b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.

c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.

Contoh :

Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Untuk menganalogi kita perlu :

a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.

b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.

c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.

9. Membuat Gambaran Mental

Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau

gagasan dalam minda atau fikiran. Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep yang

mujarad dan mengingat konsep yang kompleks.

Langkah penggunaan :

a) Bayangkan matlamat tertentu.

b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.

c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.

d) Lihat keseluruhan gambaran.

10. Mereka Cipta

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu

14
yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.

Langkah penggunaan :

a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.

b) Janakan idea.

c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.

d) Mencuba dan menguji idea.

e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

Contoh 1 : (maujud)

Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.

Contoh 2 : (mujarad)

Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.

Contoh 3 : (mujarad)

Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran

Bahasa Melayu.

3.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif


15
Terdapat banyak kepentingan menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(KBKK) antaranya ialah untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan

berkesan selain untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatif dan kritis.  Ia juga untuk

mengelakkan kesilapan dalam berfikir dan seterusnya meningkatkan kualiti  dalam berfikir.

Harus diingat bahawa kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah

bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.

Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk

warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi

pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk

individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan

mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-dua kemahiran

ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar

mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan

berlaku.

a) Menangani pelbagai permasalahan dalam kehidupan

Pemikiran kritis dan keatif amat penting untuk membolehkan manusia menyelesaikan

pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga penting bagi

mencetuskan kemajuan yang selari dengan keperluan yang semakin bertambah  dan semakin

berbeza di samping membolehkan manusia membuat penyesuaian terbaik dalam kehidupan

harian dan persekitaran.

16
Oleh itu, KBKK perlu diterapkan dalam kehidupan seseorang terutamanya dalam

proses pembelajaran dan pengajaran agar mereka akan dapat menyelesaikan masalah atau

membuat keputusan dengan tepat dan mantap tanpa sebarang kesilapan semasa berfikir serta

dapat membentuk para pelajar akan dapat mengemukakan pendapat atau idea-idea baru hasil

daripada pemikiran mereka secara kritis dan kreatif.

b) Membenteras Masalah Sosial

Mengapakah pemikiran amat penting dalam diri seseorang? Mengapakah  ia amat

penting untuk dipelajari? Hanya satu jawapan umum untuk menjawab soalan-soalan

sedemikian. Pemikiranlah yang membezakan manusia dengan kejadian-kejadian  yang lain

dimuka bumi ini. Namun dalam  jawapan yang ringkas itu tersirat beberapa sebab yang lebih

mendalam, diantaranya ialah  pemikiran adalah penting untuk manusia mendalami alam

keseluruhannya dari semua aspek sama ada aspek fizikal, sosial atau spiritual.

Penerapan KBKK dalam setiap perkara akan merangsang seseorang individu itu untuk

berfikir dengan lebih teliti, terancang dan juga terhindar daripada sebarang kesilapan dalam

membuat dan memilih sesuatu keputusan yang jitu. Oleh itu, para pelajar perlulah berusaha

untuk menerapkan KBKK dalam kehidupan seharian agar dapat melahirkan sebuah bangsa

yang gagah dalam menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan.

c) Menyediakan Generasi Pelapis yang Berkeupayaan .

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang bijak dapat menyediakan

generasi masa kini untuk menghadapi kehidupan yang mencabar dalam keadaan semasa yang

berteknologi tinggi dan berpelbagai budaya. Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran


17
berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat.

Dengan ini, kemahiran berfikir akan mampu memandu pelajar menggunakan bahasa yang

baik dan menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis

dan kreatif.

Di samping itu pelajar-pelajar juga akan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan

dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap dan

norma hidup dalam konteks negara kita.Usaha yang berterusan melalui proses pembelajaran

dan pengajaran yang diterapkan oleh guru-guru dapat memupuk kemahiran berfikir di

kalangan pelajar.

Dalam usaha untuk menyediakan generasi pelapis yang berkupayaan, pembelajaran

yang berkesan, cekap dan bermakna amat diperlukan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara tidak langsung membantu pelajar

mempunyai fikiran terbuka dan minda yang bukan sahaja dapat menjamin kemajuan diri

mereka sendiri, bahkan agama, bangsa dan Negara.

d) Kepesatan Pembangunan Negara

Dengan adanya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga pelajar-pelajar dapat

menghadapi cabaran-cabaran terkini selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat

yang semakin canggih tanpa mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat

Malaysia.

Pelajar-pelajar pada masa sekarang tentunya akan menjadi generasi pada masa akan

datang. Oleh itu dengan menyediakan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,

berketrampilan dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang positif diharapkan tahap

18
pembangunan Negara pada masa kini dan akan datang akan menjadi lebih mantap dan

berkesan.

“ The level of the development of a country is determined, in considerable part,

by the development of it’s people ‘s intelligence….”

- Luis Alberto Machado

e) Merealisasikan Wawasan 2020

“Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah

kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga kita, yakni minda

kita, bukan apa yang berada di antara di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang

berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semula jadi.”

Petikan ucapan YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

6 Feb 1996, Wawasan

2020.

Matlamat pendidikan ternyata tidak boleh dipisahkan dengan matlamat-matlamat

Negara yang lebih luas dan menyeluruh iaitu untuk mencapai tahap Negara maju pada tahun

2020 melalui Wasasan 2020 .

Menurut Tun Mahathir Mohamad (Som Hj.Nor,1998) Malaysia mempunyai sistem

pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai

mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat

yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.

19
Dalam konteks ini, pembangunan sumber manusia bermaksud pembangunan minda

seseorang individu dan juga cara pemikiran yang seharusya lebih kritis dan kreatif.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) memainkan peranan yang amat penting

dan harus diterapkan dalam minda anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Dengan itu,

negara kita pasti mampu melahirkan mayarakat yang mantap dan berguna dalam

mengembleng sumber manusia yang berkualiti. Oleh itu, negara kita akan muncul sebagai

sebuah negara yang maju dari segi sumber manusia dan juga intelek seiring dengan cabaran

Wawasan 2020.

f) Memenuhi Tuntutan FPN

Dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia dan secara

tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam

kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat

perkembangan ilmu. Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat

penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan Negara.

Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia, Kemahiran Berfikir adalah antara unsur

utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.

Matlamat asas bagi setiap sistem pendidikan adalah pendidikan untuk perkembangan

seseorang individu. Dalam sistem pendidikan yang dibentuk, pelbagai aktiviti dilakukan

dengan mempraktikkan KBKK bertujuan untuk memupuk pertumbuhan kanak-kanak dari

segi intelek, moral, sosial dan fizikalnya. Objektif matlamat ini adalah untuk meninggikan

kualiti pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar harus memiliki daya intelek yang tinggi

20
bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, emosi, jasmani, dan

intelek khususnya

Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam Falsafah

Pendidikan Negara ( FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi, dan jasmani.

Selaras dengan saranan ini, maka Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif telah

dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha

meningkatkan perkembangan intelek para pelajar. Bagi memastikan kemahiran berfikir ini

dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan kemahiran berfikir ini telah

didokumentasikan dalam kurikulum sekolah.

Antara pembaikan terbesar yang perlu dilakukan ialah mengubah budaya

persekolahan yang berasaskan ingatan kepada yang berasaskan pembangunan pemikiran,

kretiviti dan keperhatian kepada semua pelajar serta keserasian di antara pengajaran,

pembelajaran, latihan dan pendidikan dengan kehendak pelajar. Contohnya, pelajar tidak

akan terikat dengan huraian dan contoh sesuatu fakta yang telah disediakan dalam buku teks

untuk menjawab soalan peperiksaan, sebaliknya mereka berusaha berfikir secara kreatif

untuk menghasilkan contoh atau huraian yang baru tanpa mengubah maksud asal fakta

tersebut.

Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohamad Noor yang menjawat jawatan

sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, telah mengumumkan bahawa

pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada soalan-soalan peperiksaan yang lebih bercorak

analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran secara kritis dan kreatif. Datuk Amar

Dr. Sulaiman Daud pada masa yang sama pula mengumumkan bahawa Piagam Pelanggan

Kementerian termaktub bahawa menjelang tahun 2000 semua soalan- soalan peperiksaan

perlu ke arah menggalakkan pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif (Som & Mohd

Dahalan, 1998).

21
g) Menjayakan Konsep KBSR,KBSM,Sekolah Bestari

Umpamanya dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR), satu

daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan

mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu sekolah

Menengah ( KBSM ) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah untuk

mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis

dan kreatif.

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan , beberapa perubahan telah

dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya termasuklah Sekolah Bestari.

Sehubungan dengan perkara ini Kemahiran Berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen

yang dilaksanakan dalam Kurikulum Sekolah Bestari. Dengan ini KBKK bukanlah satu mata

pelajaran berasingan , tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara penyebatian yang

merentasi kurikulum.(Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan), Ab. Rahim Selamat)

Semoga dengan penguasaan Kemahiran Berfikir ini diharapkan kualiti pemikiran para pelajar

akan meningkat dan mereka berkeupayaan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran

dengan lebih berkesan.

4.0 CoRT Sebagai Alat Berfikir


22
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono.

Panduan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah

disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Antara 5 teknik asas dan teknik panduan bagi

CoRT 1 ialah PMI, CAF, AGO, APC dan OPV.

4.1 PMI

PMI DISEBUT sebagai ‘P’, ‘M’, ‘I’ iaitu plus, minus dan interesting atau baik, buruk

dan menarik. Tujuan berfikir melalui PMI ialah untuk meluaskan fikiran murid tentang

sesuatu situasi, elakkan reaksi beremosi dan miembincangkan idea yang yang tiada kaitan

dengan tajuk. Dengan melakukan PMI juga kita dapat mengembangkan idea murid tentang

sesuatu situasi. Cara melakukan kaedah ini di dalam kelas ialah pertama ‘P’ senaraikan

semua yang baik mengenai situasi yang diberi. Kedua ‘M’ menyenaraikan semua yang buruk.

Kemudian menyenaraikan semua yang menarik.

Antara isu yang sesuai untuk murid pra-sekolah ialah berkelah di tepi pantai. Dapat

mengisi masa lapang dan dapat menenangkan fikiran ialah isi untuk ‘P’. Untuk ‘M’ pula

perkara buruk iaitu risiko untuk berlaku kecelakaan amat tinggi jika tidak berhati-hati.

Situasi yang sesuai bagi murid pra sekolah ialah aktiviti yang sesuai untuk dijalankan di

pantai. Di sini kita dapat mengimbas kembali apa yang telah mereka lalui dan dapat

meningkat kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan bunyi angin dan bunyi ombak

di pantai. Contohnya mereka selalu bermain bola, tetapi mereka mencadangkan idea yang

baru iaitu bermain kayak dan bot dan membina orang dari pasir yang selalunya mereka

membina istana pasir. Contoh ini menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

telah meningkat mereka namun adakah perkara ini baik, buruk dan menarik bagi mereka

untuk mencapai matlamat PMI.

4.2 CAF
23
CAF disebut ‘ Consider All Factors’ iaitu mengambil kira semua faktor. Tujuan kita

menggunakan teknik CAF di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk

meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Selain itu, kita dapat elakkan

terlupa perkara yang penting. Antara langkah dalam menggunakan reknik ini ialah

senaraikan semua faktor yang berkaitan dengan isu yang diberi. Kemudian, pertimbangkan

setiap faktor yang diberi. Selepas itu, buat keputusan selepas membuat pertimbangan yang

sewajarnya.

Antara isu yang sesuai untuk murid pra sekolah ialah ‘apakah aktiviti yang sesuai

untuk dibuat pada masa lapang?’. Jawapan yang dianggap kreatif ialah bermain layang-

layang di tepi pantai. Membuat origami burung kemudian berfikir cara untuk melayangkn

burung origami tersebut merupakan idea yang kritis yang dapat memenuhi masa lapang.

Tetapi sebagai guru kita harus menggangap semua jawapan yang diberi oleh murid kita

adalah betul dan dalam pada masa yang sama kita harus membimbing mereka dalam mencari

jawapan yang betul. Dengan adanya bimbingan yang berterusan dari guru dapat

meningkatkan lagi daya pemikiran mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

4.3 AGO

AGO juga disebut a-go iaitu aims, goals dan objective atau dalam bahasa Melayu

tujuan, matlamat dan objektif. Tujuan kita menggunakan menggunakan teknik berfikir ini

kepada murid ialah supaya mereka menumpukan perhatian terhadap tujuan asal mereka

supaya matlamat mereka tercapai. Hal ini juuga dapat menggelakkan perkara yang tidak

sepatutnya berlaku dan lari dari matlamat asal mereka. Kaedah melakukan teknik ini didalam

kelas ialah menyatakan apakah rancangan murid untuk AGO ini. Kedua, apakah tindakan

yang terkeluar daripada AGO ini. Kemudian, bagaimanakah kita mahu memastikan AGO kita
24
tercapai. Contoh soalan yang sesuai untuk murid pra sekolah bagi teknik ini ialah ‘

Kenapakah kita harus pergi ke sekolah?’. Dengan soalan ini sebenarnya dapat membantu

mereka meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini terbukti apabila

mereka memberikan jawapan yang logik dan sebab mereka mahukan sedemikian. Peranan

seorang guru disini harus membimbing mereka menetapkan objektif dan matlamat soalan

berikut. Dengan ini kita dapat membentuk pemikiran yang kritis dan kritis dalam kalangan

murid.

4.4 APC

APC disebut ‘A’, ‘P’, ‘C’ iaitu alternatives, possibilities, choices atau alternatif,

kemungkinan dan pilihan. Tujuan berfikir menggunakan teknik ini kepada murid ialah

melatih murid memikirkan beberapa perkara serentak, menentukan pilihan yang terbaik dan

mengelakkan pemikiran sehala sahaja. Kaedah dalam melaksanakan teknik ini ialah guru

boleh menyoal murid tentang cara-cara menyelesaikan masalah yang diberi. Kemudian,

apakah baik buruk setiap cadangan tersebut dan meminta murid memilih cadangan yang

paling bernas tentang isu yang diberi. Masalah yang sesuai diberi untuk murid pra sekolah

ialah ‘ apakah yang akan anda lakukan apabila ternampak seseorang yang mencurigakan

masuk ke dalam rumah jiran anda ketika jiran anda tiada.

Tindakan yang mereka berikan sebenarnya menunjukan daya pemikiran mereka.

Sebagai guru, kita harus merangsang minda mereka dengan menerapkan nilai yang murni

apabila mereka berada dalam situasi yang berkenaan. Sebenarnya dengan memberikan soalan

kepada murid, secara tidak langsung dapat melatih pemikiran mereka berfikir secara kreatif

dan kritis. Hal ini Akan diketahui setelah mereka menyuarakan jawapan mereka.

25
4.5 OPV

OPV ialah other people’s views iaitu pandangan orang lain. Matlamat berfikir tentang

teknik ini dapat melatih murid untuk mengambil kira pandangan orang lain sebelu membuat

keputusan dan dapat elak membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Caranya ialah

mempersoalkan idea murid adakah idea mereka akan mempengaruhi orang lain. Kemudian

bagaimanakah orang lain memandang idea anda dan idea anda bernas dan harus dijadikan

tindakan. Masalah yang sesuai untuk diberi kepada murid pra sekolah ialah esok mereka ada

subjek pendidikan jasmani, apakah permainan yang sesuai untuk dimainkan pada keesokan

harinya. Contohnya di dalam kelas itu terdapat seorang murid yang patah kaki, mereka mesti

memikirkan idea supaya rakan mereka yang sakit itu juga dapat bermain dengan mereka

sekali. Dengan memberikan soalan ini kepada murid, murid dapat mendengar pendapat lain

dari kawan mereka. Seterusnya dapat mencipta idea yang baru yang dapat menjana daya

pemikiran mereka supaya berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dengan idea yang mereka

berikan.

5.0 Penutup

26
Dipetik daripada buku Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia

suntingan Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin dan Ravichandran Vengadasamy,

walaupun individu digalakkan berfikir apabila menyelesaikan sebarang masalah, namun

masih ramai gagal berfikir dengan baik atau logikal kerana ini bukan fitrah otak manusia,

seperti juga seorang individu itu tidak boleh dianggap sebagai ahli statistik yang intuitif

(Cheng Holyoak, Nisbett & Oliver 1986). Oleh itu berlatih berfikir secara logikal adalah

berlatih melakukan apa yang bukan fitrah kita (Maltin, 1983).

Selain kemahiran-kemahiran yang disenaraikan di atas terdapat dua lagi kemahiran

yang penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Meyelesaikan masalah.

Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya boleh berada di dalam kedua-dua domain kemahiran

berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah dapat juga berperanan sebagai proses kepada kemahiran-

kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah Membuat Keputusan atau

menyelesaikan masalah.

“ Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah kemahiran

berfikir . Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi . Kepintaran akal

atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai

kemahiran itu .”

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin , 1993 .

Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian

Konklusinya, kenapa kita perlu menguasai kemahiran berfikir?  Menurut  Dr.  Edward

De Bono, kebijaksanaan dan kecerdasan yang dimiliki  oleh manusia ditentukan oleh faktor
27
genetik. Ia juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipertingkatkan melalui pendidikan,

latihan dan pembelajaran(1997). Pemikiran dan kemahiran berfikir amat penting dalam usaha

untuk memajukan diri sendiri dan untuk membangunkan masyarakat selaras dengan menuju

ke alaf baru serta membuktikan ketamadunan sesebuah  masyarakat itu.

7.0 RUJUKAN

28
Buku

 Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, 2005 ,Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi

Zakariya, Fawziah Yahya, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

 Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia, Norizan Abdul Razak,

Rozainee Khairudin dan Ravichandran Vengadasamy.

 Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan), Ab. Rahim Selamat, Badan

Cemerlang Sdn. Bhd.

 Teknik Berfikir, Konsep dan Proses (Ainon & Abdullah), 1994 , Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.

Internet

 www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.doc

 http://mahirkbkk.tripod.com/

 www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm

 www.teachersrock.net/masteri4.htm

 http://mujahid.tripod.com/kbkk.html

 http://www.geocities.com/gardner02_8/hot.htm

8.0 LAMPIRAN

29
Contoh Soalan.

Bahan rangsangan merupakan unsur yang penting untuk menggalakkan

pemikiran yang kritis dan kreatif.

1. Lihat bahan ini dan kemudian buatlah aktiviti sebagaimana yang

disenaraikan.

a. Cuba rangcangkan bagaimanakah bahan ini dapat digunakan untuk

latihan Matematik. Anda bolehlah, menggunakan soalan-soalan atau

langkah-langkah pengajaran yang sesuai.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

30
b. Mengapakah penjual durian menyatakan RM9.00 sebiji kepada orang

yang bercermin mata itu dan menghisap paip itu?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

c. Mengapakah penjual durian itu meletakkan harga RM3.00 sebiji kepada

orang tua yang bersongkok itu?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

d. Apakah yang sebenarnya dibuat oleh penjual durian tersebut?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

Sumber :www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.doc

31
Modul 5

PEMIKIRAN KREATIF

Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif


 Keberanian; berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko, kritikan dan sedia
bertanggungjawap di atas setiap keputusan.
 Imaginatif; imaginasi manusia yang tidak terbatas dan boleh sampai kemana-mana, tidak
terhad seperti ilmu pengetahuan.
 Perkembangan idea; proses perkembangan dan pengluasan idea yang sedia.
 Reka cipta; hasil pemikiran kreatif dalam bentuk idea yang baru.

Tahap Pemikiran Kreatif


 Persedian; cuba memahami masalah secara sedar, penuh usaha dan bersistem.
 Inkubasi; masalah yang gagal difikirkan penyelesaiannya ditolak ketepi dan dilupakan
sementara.
 Pengilhaman; penyelesai masalah mendapat ilham, itu biasanya memberi jalan yang
akhirnya dapat menghasilkan penyelesaian tersebut.
 Verifikasi, proses-proses berfikir secara sedar dan terarah dilakukan, menguji dan
membuktikan ilham sebelumnya benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

Salah Faham Terhadap Kreativiti


 Untuk menjadi kreatif saya perlu mengimiginasikan atau memikirkan idea yang sama
sekali baru
 Hanya golongan pakar sahaja yang boleh mereka sesuatu yang bermakna dan boleh
mendatangkan faedah, sebenarnya menjadi seseorang yang bukan pakar merupakan satu
aset dalam kreativiti kerana pandangan kita tidak dibutakan dengan cara tradisi melihat
sesuatu masalah.
 Hanya orang yang genius sahaja yang boleh menjadi kreatif, sebenarnya setiap insan
mempunyai kemampuan menjadi kreatif kerana kreativiti ialah sejenis kemahiran.

32
 Idea kreatif akan datang secara tiba-tiba, kita tidak perlu berusaha mendapatkannya,
sebenarnya idea kreatif mengambil waktu untuk muncul dan sesudah ia muncul ia
memerlukan lebih banyak masa untuk menjadi, kunci kepada kreativiti ialah ketekunan
dan komitmen.
 Sekiranya kita benar-benar kreatif, kita akan dikenali dan bakat kita akan diketahui,
sebenarnya kita perlu menunggu untuk dikenali tetapi perlu mempromosikan idea kita.
 Kreativiti sinonim dengan perkara- perkara yang kompleks, sebenarnya di dunia ini
banyak idea-idea yang mudah kita terlepas dari melihatnya.
 Kreativiti ialah ciri kepintaran, makin kita pintar, makin kita kreatif, sebenarnya ia
bukanlah fungsi kepintaran tetapi aadalah fungsi berfikir.
 Kreativiti memerlukan teknik berfikir yang apabila digunakan dapat menerbitkan idea-
idea yang baru. Kreativiti ialah ‘melihat apa yang semua orang sudah nampak dan
memikirkan apa yang belum terfikir oleh orang lain.

Cara Menjadi Lebih Kreatif


 Berikan insentif kepada diri kita, memberikan diri kita sebab untuk melahirkan idea yang
lebih baik.
 Letakkan tekanan ke atas diri kita, tetapkan tarikh atau waktu yang sesuai sebagai tekanan
kepada kita untuk menjanakan idea yang baru.
 Berfikir secara visual, menutup semua pemikiran yang dilakukan dengan suara dan
memberikan fokus ke arah pembentukan gambaran-gambaran mental.
 Terima idea baru kita dengan baik, kita mesti membentuk satu kehendak yang kuat
bahawa idea baru kita itu berguna, mendatangkan faedah dan sah. Idea dapat dilahirkan
dengan banyak sekiranya kita adapat menangguhkan sebarang penilaian (brainstorming).
 Fokus terhadap satu perkara bagi satu masa, fikiran kita akan bercelaru sekiranya kita
cuba memikirkan banyak perkara sekaligus.

Halangan-Halangan Kepada Kreativiti


 Halangan-halangan ini boleh dikelaskan sebagai dalaman dan luaran.
 Halangan dalamam ialah rancangan yang wujud daripada diri sendiri seperti takut dikritik
dan takut gagal.
 Halangan-halangan luaran seperti persekitaran atau kebudayaan seseorang yang tidak
menggalakan individu menyoal. Halangan-halangan itu termasuklah:
33
1. Tidak dapat mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan
2. Memberi perhatian kepada apa yang ingin kita melihat sahaja
3. Takut untuk bermain-main dengan idea
4. Peranan sekolah yang menumpukan daya kreativiti.
5. Takut idea dikritik tanpa belas kasihan.
6. Tidak sukakan kekaburan.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ( KBKK )

DALAM KURIKULUM SEKOLAH BESTARI

  Tengku Zawawi bin Tengku Zainal

1.0 Tujuan KBKK

 mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak
 mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada dalam atau luar sekolah
 menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
 mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
 meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek
mereka
 bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri
untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta
berani memberi pandangan dan kritik.

  2.0 Kesilapan Dalam Berfikir

 i. Berfikir secara terburu-buru

o beri masa untuk berfikir

ii.Fikiran yang sempit

o aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran


o latihan menggunakan penyusun grafik banding beza

iii. Fikiran yang kabur

o latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan


34
o latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara

o membuat kerangka karangan

 iv. Fikiran yang bercelaru

o Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan
penulisan
o menyusun isi-isi penting untuk karangan

o carta aliran

 3.0 Jenis Bahan Yang Digunakan

 - Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir
dikalangan pelajar

- Bahan boleh berbentuk :

i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita

ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu

iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun

- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya


imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai  

" bagaimana jari anda ada 5 "

ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar.
Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.

" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang


motor dengan laju "

iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami
dan gemari.

" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin


tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "

iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan
remaja.

35
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu
menentang. Apa yang patut kamu buat ? "

 - Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang
hendak diajar  

4.0 Bagaimana KBKK Diajar

 - KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas
untuk KBKK )

- Ia diajar secara penyebatian

- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata


pelajaran yang diajar.

- 2 kaedah penyebatian :

i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam


setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :

a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan


KBKK

b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai


serta bahan

ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian


daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai  

- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah


tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian

- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut


penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.

 - Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :

i. apabila minda membuat persepsi

ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal

- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan
mendalamkan daya persepsi

- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat


36
- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka
cipta

- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea,
yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan

- reka cipta :

- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model

- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik

 5.0 Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik

 cekal melaksanakan tugas


 mendengar secara aktif/pendengar yang baik
 bekerjasama dengan orang lain
 jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
 peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang
digunakan
 mahir dalam menyoal
 dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
 sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
 kesediaan mengambil risiko dan cabaran

37
38

Anda mungkin juga menyukai