Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya, saya akan menceritakan tentang kisah nabi yusuf ditimpa fitnah.

1. Ketika berada di dasar perigi, Allah mewahyukan kepada Nabi Yusuf: "Sesungguhnya kamu
akan menceritakan kepada mereka perbuatan mereka ini, sedang mereka tiada ingat lagi." (QS
Yusuf : 15)
2. Kemudian, datang satu kumpulan pedagang, mereka menghulurkan baldi dengan tali ke dalam
perigi tersebut, tetapi tiada air. Jadi, apabila Nabi Yusuf tengok ada org hulur baldi, baginda
pun masuk ke dalam baldi tersebut.
3. Mereka mengangkat baldi tersebut dan baldi tersebut sedikit berat. Jadi, mereka merasakan
bahawa ia adalah berita baik dan boleh dijadikan barang dagangan. Lalu mereka membawa nabi
Yusuf ke pekan dan menjualnya dengan harga yang murah.
4. Nabi yusuf kemudiannya dibeli oleh raja Mesir dan raja berkata “"Berikanlah kepadanya
tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia
sebagai anak." (QS Yusuf: 21).
5. Jadi, Allah selamatkan Nabi Yusuf dengan meletakkan baginda dirumah pembesar ketika itu.
6. Nabi Yusuf membesar dirumah pemerintah dan menjadi seorang pemuda yang tampan
sehingga menyebabkan isteri raja jatuh cinta kepada beliau dan mengoda beliau. Nabi yusuf
menolak dengan baik dengan berkata “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah
memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan
beruntung.” (QS Yusuf : 23)
7. Kemudian, Nabi Yusuf berlari ke arah pintu untuk melepaskan diri, tetapi dikejar dan ditarik
baju nabi yusuf sehingga koyak dibahagian belakangnya.
8. Dan waktu yg sama, raja juga sudah berada di depan pintu. Apabila isteri raja menyedari
tindakannya itu, isteri raja tersebut terus menangis dan menuduh bahawa Nabi Yusuf
menggodanya. Dan dalam waktu yg sama Nabi Yusuf menafikannya.
9. Setelah itu, masalah tersebut cuba dibuktikan oleh seorang saksi dari kalangan keluarga raja
dengan berkata "Jika baju gamisnya koyak di hadapan, maka wanita itu benar dan Yusuf
termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita
itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar." (QS Yusuf : 26-27).
10. Jadi, berita tentang isteri raja cuba mengoda nabi yusuf semakin tersebar ke serata tempat.
11. Isteri raja cuba buktikan bahawa Nabi Yusuf bukanlah seperti pemuda lain. Lalu, isteri raja
tersebut mengumpulkan para wanita dan disediakan bersama buah dan pisau seperti yang
diceritakan dalam al-Quran. Mereka yang melihat Nabi Yusuf melintas di hadapan mereka,
kemudiannya mencederakan jari mereka sendiri tanpa sedar.
12. Disebabkan itu, Nabi Yusuf lebih rela masuk penjara daripada bermaksiat kepada Allah dan
memenuhi ajakan para wanita itu. Maka, Allah pun mengabulkan permohonan Yusuf dan
menghindarkannya dari tipu daya mereka.

Anda mungkin juga menyukai