Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2017


PERINGKAT IPGK PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sehati Sejiwa dan Salam


1Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah SWT, warga Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
Melayu, Melaka sekali lagi berpeluang melibatkan diri dalam program Bulan Bahasa
Kebangsaan (BBK) peringkat institut ini bagi tahun 2017. Oktober semestinya bulan
yang dinanti-nantikan saban tahun oleh pencinta bahasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana setiap tahun pada bulan Oktober, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut BBK
yang merupakan program tahunan negara.

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen


cintai bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelaksanaan
program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya agar dapat
menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai
aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai
bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Bagi merealisasikan penglibatan institut ini dalam BBK pelbagai aktiviti telah diadakan
untuk guru-guru pelatih dan para pensyarah seperti pertandingan pidato, debat dan
kursus-kursus dalaman seperti Pemantapan Tatabahasa dan Kursus Penulisan Kreatif.
Kemuncaknya, semua warga kampus akan terlibat dalam pelbagai pengisian Majlis
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka dan program Wacana Bahasa Melayu Tinggi yang
diadakan pada 11 hingga 12 Oktober 2017, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan
Pustaka.

dan berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas sokongan dan kerjasama
yang sering diberikan dalam usaha institut ini memartabatkan bahasa Melayu. Terima
kasih juga diucapkan kepada semua warga kampus yang sama-sama menjayakan
program BBK bagi tahun 2017 ini.

Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa.

Salam hormat,

(SITI NORKIAH BINTI IDRIS)


Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

Anda mungkin juga menyukai