Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PENG
BIN, PULAU PINANG.
Pada 28 Febuari 2021, saya telah menjalankan satu sesi temu bual dengan. Puan
Tan Guet Hong, Guru Penolong Kanan 1 SJKC Peng Bin, Pulau Pinang. Tujuan sesi temu
bual tersebut adalah untuk membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional, isu-
isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru, dan perundangan yang berkaitan dengan
kerjaya guru. Berdasasrkan pendapat yang dikemukakan oleh guru yang berpengalaman
tersebut, saya dapat membuat analisis dan deduksi tentang peranan guru sebagai pemimpin
profesional dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan perspektif responden, ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru sebagai
seorang profesional termasuklah menguasai ilmu dan pengetahuan yang mendalam
pelbagai aspek seperti mata pelajaran yang diajar, pengetahuan pedagogi, pengetahuan
pedagogi dalam PdP. Seterusnya , seorang guru yang profesional haruslah mempunyai
sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Contohnya, mereka harus berpegang teguh
kepada konsep moral atau pengajaran agama dan menanamkan fikiran yang positif dan
benar dalam jiwa murid. Guru yang profesional juga harus berpengetahuan mengenai
pelajar, terutamanya mereka seharusnya memahami, menerima, dan menghormati
kepelbagaian dalam kalangan murid. Seperkara lagi, seorang guru yang profesional akan
sentiasa mempelajari ilmu dan pengetahuan yang baru supaya meningkatkan kualiti hasil
pengajaran.
Seperti mana temubual dengan responden, seorang guru yang profesionl harus
mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap. Hal
ini dapat membantu untuk meneroka strategi dan kaedah PdP yang sesuai untuk
menyampaikan isi pembelajaran dan mampu menghadapi pelbaga cabaran semasa
mengajar anak murid. Sebagai contoh, guru dapat membantu murid untuk mencapai objektif
pembelajaran dengan menggunakan teknik “Scaffolding” sekiranya guru memahami Teori
Pembelajaran Konstruktivisme dan mengetahui cara untuk mengaplikasikannya dalam
proses PdP.
Di samping itu, responden juga memberi pandangan terhadap isu dan cabaran
semasa yang dihadapi oleh guru, terutamanya menyesuaikan diri dalam perkembangan era
globalisasi ini. Guru harus meningkatkan kemahiran penguasaan Teknologi Maklumat yang
semakin canggih dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh, penularan penyakit Covid-19
telah menyebabkan perubahan yang besar terhadap kaedah PdP, para guru dikehendaki
mengendalikan PdPr secara atas talian. Dengan ini, guru harus menguasai penggunaan
teknologi baru seperti aplikasi dan perisian komputer untuk memastikan proses PdPr dapat
dilaksanakan dengan lancar dan menarik.
Natijahnya, guru sebagai profesional memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.
Hal ini melibatkan proses yang kompleks dan masa yang panjang untuk menjadi seorang
guru yang profesional bagi memenuhi keperluan masyarakat moden yang berubah dari
semasa ke semasa.
2.0 Lampiran
Ooi : Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru sebagai
seorang profesional?
Guru : Pada pandangan saya, guru merupakan sebuah kerjaya yang profesional dan
memerlukan komitmen yang tinggi untuk menunaikan kewajipan dengan
Guru : Hal ini sangat penting kerana kita sebagai profesional dalam pendidikan
harus
mencari strategi dan kaedah PdP yang sesuai supaya kita boleh
menyampaikan isi pembelajaran dan mampu menghadapi pelbagai cabaran
semasa mengajar anak murid kita.
Guru : Berdasarkan pengalaman saya, saya dapat membantu murid untuk mencapai
Ooi : Saya amat bersetuju dengan pandangan puan terhadap ciri-ciri guru sebagai
profesional. Soalan yang seterusnya adalah apakah isu dan cabaran semasa
yang dihadapi oleh puan sebagai seorang guru?
Guru : Dari perspektif saya, dalam meniti arus kemodenan ini, kita harus
meningkatkan kemahiran penguasaan Teknologi Maklumat diri supaya kita
boleh menggunakannya untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesi
pengajaran.
Ooi : Apakah isu yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran teknologi yang
dinyatakan oleh puan?
merupakan cabaran yang amat besar bagi guru kerana kita harus
menguasainya dalam masa yang suntuk.
Guru : Sebagai guru, kita harus sentiasa mematuhi Kod Etika Perguruan Malaysia
dan tatatertib yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ooi : Bolehkah puan menjelaskan kod etika ini dengan lebih teliti?
Ooi : Selain daripada kod etika perguruan, ada lagi ke perundangan yang lain yang
Guru : Ya, kita juga tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi,
menggunakan pengaruh untuk kepentingan diri, berkelakuan mencemarkan
imej diri dan negara serta lain-lain lagi. Ini juga merupakan salah satu
tatatertib
yang harus dipatuhi.
Ooi : Baik puan, itu sahaja semua soalan bagi temu bual ini. Terima kasih puan
kerana sudi bekerjasama untuk menjalankan temu bual pada hari ini.