Anda di halaman 1dari 13

KONFLIK ETNIK DAN 

RAS

Pendahuluan

Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban


manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan
fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum.
Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan
manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini,
konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia.

Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa


tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan
budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas
Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara
Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan
baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada
manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada
keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik
etnik dan ras akan berkesudahan?

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang
berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas
dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah
dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan
berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan
lain-lain.

Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana


memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan
ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan
campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan
baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam
mana-mana kumpulan ras.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan


sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna
kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual.
Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka
adalah lebih unggul daripada kaum lain.

Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan
diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun,
pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut
Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan
mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia
yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna
kulit, rupa bentuk dan sebagainya.
Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana
telah berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan
campur. Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian. Contohnya,
Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana ianya
mempunyai empat pengertian utama.

i.
i. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia
atas dasar perbezaan “phenotype” dan “genotype“. Walau bagaimanapun,
tiada sebarang persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan
sosiologi dan kebelakangan ini pengertian ini telah pun ditolak oleh
sebahagian besar pakar sains sosial.

ii) Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang mempunyai
beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan: ras Peranchis
dan ras Yahudi).

iii) Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis
(species). (Misalan: ras manusia).

iv) Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-
kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah.

Namun begitu, Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja
sesuai digunakan dalam konteks sains sosial.

Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada
golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari
etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama.
Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara
fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan
agama. Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada
golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa,
agama dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik kadang-
kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di Malaysia,
di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali sebagai
kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan
tertentu.

Mendalami Konsep Rasisme


Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme.
Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia
lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina
atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi
intelektual dan kekayaan.

Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk


tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka
sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti.
Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak
mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain – Teori Scapegoat
(Dollard, 1939).

Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelama ncian secara membuta-tuli
tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976).
Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes “pembersihan etnik”
(ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler
merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan
Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum
terunggul (Macionis, 1998:223).

Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Beberapa percubaan
telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk
mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kecewaan
atau authoritarian personality (penguasaan individu dominan ke atas yang lemah)
(Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxis pula, rasisme lebih
merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk
mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman
penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220).

Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud. Syarat
yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal
supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-
kelompok tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan
ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).

Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme

Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan
keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan
kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang
pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan
sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasan-
kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit
hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan
secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa
pemerintahan Hitler.

Konflik Etnik Dan Ras Di Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem
perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun
perhambaan telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah
dihapuskan. Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah
pembentukan “American Creed” (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai
kesamaan, demokrasi, kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang bentuk
diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk.

Sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam
pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika Syarikat,
namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan kepada dunia
bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai
kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh.

Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh
dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit hitam
(Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah dilancarkan
secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh bandaraya Los Angeles
menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu. Namun, tidak banyak yang
berubah sejak itu. Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik.

Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih
berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme
(individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai
kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih
diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit
putih dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan
masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak
memanafaatkan kaum kulit hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasan-
kawasan mundur yang dikenali sebagai “ghettoes“.

Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena “Hate crime”
iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta bendanya
(Macionis, 1998: 141). Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James Byrd Jr. di Texas
baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam telah diikat pada trak
dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum
kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).
Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam terhadap
konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir masyarakat
diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman sehinggakan
mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik.

Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan ini
telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220). Keputusan
mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada
kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan
terhadap kaum kulit hitam.

Konflik Etnik Dan Ras Di Asia Tenggara

Di Asia Tenggara, corak diskriminasi yang berlaku berbeza dari keadaan di Amerika
Syarikat, Britain atau Afrika Selatan dalam dua aspek yang berlainan. Masalah ras di
Amerika Syarikat, Britain dan Afrika Selatan kebanyakannya melibatkan hubungan kaum
kulit putih dengan kaum kulit hitam yang lebih, berasaskan kepada perbezaan fizikal,
sedangkan situasi di Asia Tenggara biasanya melibatkan isu perbezaan etnik dan
kebudayaan.

Di Malaysia

Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan
manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum
lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negare kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik.

Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang


dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan
kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan
kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas


mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor
penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila
kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat
mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah
negara.

Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan
penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British
bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia
iaitu golongan Melayu. Cina dan India.

Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan
kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar
imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini.
Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut
etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi
yang berlainan.

Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk


menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah
mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan
yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan
secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu
tidak dipedulikan langsung.

Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka
sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak
terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di
samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan
psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di
kalangan mereka.

Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya
menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi
daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat
banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan
berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan
persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan
perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habis-
habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.

Di Indonesia

Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada
keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami masalah
dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik etnik yang
serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik
boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang melihat masalah
politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah ethik.

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab


konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan yang
tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di
kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalah kepincangan ekonomi
di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan etnik. Boleh
dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada
keamanan sesebuah negara.

Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan


mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan
berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya.
Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di
antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi dalam
tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.

Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan


untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan
rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman di
kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya.

Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu
sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka.
Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan di
kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.

Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan atau
fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga faktor ini
menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan mendorong mereka
membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik. Dengan demikian maka
kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akan bertambah
kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam
kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita.

Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh menyebabkan
berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbeza-
beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka. Penggolongan diri
mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh menimbulkan masalah etnik.

Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara Balkan

Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di negara-
negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah, struktur
etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara Yugoslavia
adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha
pemeliharaan status quo di kalangan etnik.

Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis
bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara sempadan
yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam pembahagian enam
wilayah autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Macedonia dan
Serbia) (Macionis, 1998:44)

Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun 1980.
Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb, Croat dan
Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb merupakan
kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujud sebagai kaum majoriti di
Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di Croatia dan Bosnia.
Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila wilayah Slovenia dan
Croatia mengisytiharkan kemerdekaan.

Walaupun mendapat pengikhtirafan antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia segera


mendapat reaksi dari kaum Serb di Serbia dengan penghantaran tentera bagi menyekat
kemerdekaan di kedua-dua wilayah tersebut. Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan
tidak mendapat tentangan hebat dari pihak Serb kerana tidak mempunyai kaum minoriti
Serb. Croatia sebaliknya terpaksa mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaum
minoriti Serb di bumi mereka dan juga tentera persekutuan Serbia.

Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa Bosnia-Herzegovina


menuntut kemerdekaan pada 7 April, 1992 selepas suatu pungutan suara. Tindakan
parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kira tahap kepekaan di kalangan etniknya.
Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum Muslim, Serb dan
Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti (Fogelquist,
1995).

Selain dari tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut
menyebabkan Bosnia secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah
penubuhan republik Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar Rom,
zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua Perang Dunia,
kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau
bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan
komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).

Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan. Selepas
kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia, Slobodan Miloshevich
yang melaung-laungkan agenda “nartional question“. Agenda tersebut bercita-cita untuk
menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yang bebas dari kaum bukan
Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania di wilayah Kosovo diusir
dari bumi Serbia. Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic cleansing), kaum Bosnia
telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman, wanita-wanita Bosnia dirogol,
manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem tahanan.

Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi. Miloshevich


berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan, ekonomi,
ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga
memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi
keamanan di Yugoslavia.

Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti Amerika
Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi dan memihak kepada Serbia
serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia (Fogelquist, 1995).

Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negara

Konflik Etnik Dan Ras Di Britain

Di Britain juga tidak lepas dari masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di
Britain (yang terdiri dari penduduk yang berasal dari Hindi Barat, India, Pakistan dan
lain-lain) tidak melebihi dari dua peratus dari jumlah penduduknya. Walaupun
diskriminasi ras diharamkan di sisi undang-undang, bentuk-bentuk diskriminasi yang
tidak rasmi masih berlaku, terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan dan
perumahan.

Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika Selatan

Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun 1994 di
Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum pemerintah
melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum bukan kulit
putih (Frederickson, 1981).

Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat lain seperti Amerika Syarikat dan Britain,
di mana diskriminasi dan prasangka diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika Selatan,
diskriminasi adalah disokong oleh pihak pemerintah melalui undang-undangnya.
Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu amalan hidup.

Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau lebih
rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan undang-
undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk memastikan
kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Konflik Etnik Dan Ras Di Rwanda

Konflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum
majoriti Hutu. Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme.
Semasa zaman penjajahan Jerman dan Belgium, kaum minoriti Tutsi telah diberikan
peluang pendidikan dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilan pembahagian sosio
ekonomi yang dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang mendalam
dalam hubungan antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan jauh dari segi
pembangunan dan sentiasa diketepikan oleh penjajah.
Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang
tunggak kepimpinan negara Rwanda. Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak
kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik tercetus dan hampir sejuta rakyat
tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda berada dalam kancak
peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu.

Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-China

Konflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah


disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih
daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer
Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan
pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah meragut
nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara Indo-China lebih
merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak berdosa telah
dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.

Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik
etnik dan ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain.
Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik
dan ras ini :-

1. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek


politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang
mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan
lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau
kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan
masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu.
Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-
bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila
pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan
masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini
boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati
dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau
kelompok-kelompok.Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau
konflik akan bertambah hebat.
2. Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang
utama pendorong berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah
masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang
mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada
status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih
rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan
pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara
dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini.
3. Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau
kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya wujud
apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan,
agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan
taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. Ia
juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak kesamarataan atau
beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud
konflik . Ini dapat dilihat dari perspektif “transcendentalisme” di mana sifat murni
diri perlu wujud agar terhindar konflik etnik dan ras.
4. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya
kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk
melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras, jelas
menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan
masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh
mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras.
5. Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural
diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan
etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional.
6. Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai
tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan
perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau
perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan
menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk
menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.

Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan Ras

Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun
rakyatnya. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang
musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara
yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras.

Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan
strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.

Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan


tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan
semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan
menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal.
Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada
kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam
perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan
negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan
manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik
perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan
sebuah organisasi yang sependapat.

Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin
keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem
pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran
bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.

Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan
persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan
pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan .

Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan


kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang
lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam
proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam
kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari
jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.

Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan


dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk
mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana
dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.

Kesimpulan

Dalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh


menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan Asia
Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik etnik dan
ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara
tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.

Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan
sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial
masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti
dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan
memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama
dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.

Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai


tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah
telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan
membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di
sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini
tidak berlaku.

Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan


perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah
negara itu .

RUJUKAN

Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The
Basics, Prentice-Hall: New Jersey.

Fredrickson, G. M., White Supremacy: A Comparative Study in American and South


African History, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New
Jersey.

Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA.

Katz, Phyllis A., 1976. Towards The Elimination Of Racism, New York: Pergamon
Press.

Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.

Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics, Wayne State
University Press: Detroit.

Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.

Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi.

Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas
Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai