Anda di halaman 1dari 10

116

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH

1. Ahli Jawatankuasa

 Jawatankuasa Kurikulum akan diketuai oleh Pengetua.

 Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum), Penolong Kanan (HEM),


Penolong Kanan Kokurikulum akan menjadi Urusetia.

 Ketua-ketua bidang , guru cemerlang serta guru SPBT , pusat sumber dan
peperiksaan adalah ahli-ahli tetap.

 Ahli Jawatankuasa Kurikulum akan terdiri daripada semua Ketua Panitia


,Penyelaras Panitia serta Penyelaras Menengah Rendah bagi setiap mata
pelajaran dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum akan diadakan empat kali setahun

2. Tarikh mesyuarat akan ditetapkan oleh Takwin sekolah.

3. Minit mesyuarat akan diedarkan melalui Pigeon Hole peribadi.

3 Penilaian & Peperiksaan

1. Untuk semua tingkatan , penilaian kemajuan pelajar secara wajib akan


diadakan sekurang-kurangnya 7 kali setahun.
Pakej ini akan terdiri daripada 2 Ujian pertengahan semester, 2 Ujian
Semester dan sekurang-kurangnya 3 Ujian Bulanan . Bagi Tingkatan
Peralihan, 1, 2 dan 3 pula, PBD dilaksanakan sepanjang tahun dan rekod
PBD dimasukkan dalam sistem secara offline pada akhir tahun.
2. Tarikh Ujian Pertengahan Semester ,Ujian Semester dan Ujian Bulanan
akan ditetapkan dalam Takwin sekolah.
3. Tarikh ujian topikal akan ditetapkan oleh guru mata pelajaran.
4. Instrumen Penilaian /Kertas Ujian serta skema pemarkahan akan
diselaraskan dan penyediaannya akan mengikut giliran yang ditetapkan
dalam mesyuarat panitia.
5. Rekod keputusan setiap ujian topikal akan diserahkan kepada Urusetia
melalui Ketua/ Penyelaras Panitia.
6. Rekod keputusan Ujian Pertengahan semester serta Semester akan
diserahkan kepada Urusetia melalui Guru Tingkatan.
117

7. Rekod keputusan harus dilengkapkan dengan analisis trend turun atau naik
individu , kelemahan kelas ( samada kelemahan dalam penguasaan asas
atau pengetahuan) dan cadangan untuk mengambil tindakan susulan atau
proses penambahbaikan.
8. Kedudukan pelajar dalam Ujian Pertengahan Semester serta semester dari
Peralihan ke tingkatan 3 akan ditentukan oleh kelulusan dengan gred di
dalam semua mata pelajaran dan marakah purata dari semua mata
pelajaran lain.
9. Kedudukan pelajar bagi tingkatan 4 dan 5 akan ditentukan oleh kredit
dalam Bahasa Melayu dan Sejarah serta markah purata dari semua mata
pelajaran lain.
10. Matriks Penggredan Markah Ujian Peralihan ke Tingkatan 5

MENENGAH RENDAH MENENGAH ATAS


GRED MARKAH GRED MARKAH
A 80-100 A+ 90-100
A 75-89
A- 70-74
B 70-79 B+ 65-69
B 60-64
C 60-69 C+ 55-59
C 50-54
D 50-59 D 45-49
E 40-49 E 40-44
F 0-39 G 0-39

4. Intrumen Penilaian (Kertas Ujian )

1. Soalan-soalan yang sedia ada dalam buku rujukan/kerja tidak boleh


diambil secara entotal tanpa pindaan.

2. Segala ujian yang dirancangkan mesti dalam bentuk penilaian. Konsep


penilaian membawa implikasi tindakan susulan secara pembetulan dan
pembaikan akan dilaksanakan. Ujian sumatif “and end in itself” tidak akan
diadakan di peringkat sekolah.

3. Guru yang menyediakan kertas soalan khususnya untuk satu tingkatan


dikehendaki memastikan masa sekurang-kurangnya tiga hari (ujian
bulanan ) 2 minggu (ujian penggal) diberi kepada pencetak kemudian
mesti memastikan kertas-kertas soalan adalah mencukupi, distaple dan
disimpan dalam rak yang betul.
118

4. Instrumen Penilaian / Kertas Ujian (semester) mesti ditapis oleh guru lain
yang berada di panitia yang sama sebelum dihantar untuk percetakan.

5. JPU / JSU

1. Jadual Penentuan (Spesifikasi) Ujian mesti disediakan oleh semua guru


bagi setiap mata pelajaran mengikut tingkatan.

2. Soalan-soalan yang terdapat dalam Bank Soalan mesti mempunyai unsur


KBAT sehingga 40%.

3. Analisis prestasi pelajar dalam ujian mesti dilakukan sekurang-kurangnya


bagi salah satu ujian penggal.

6. Kerja Bertulis / Kerja Rumah

1. Latihan bertulis serta latih tubi secara lisan mesti diberi sebagai
pengukuhan dan pengayaan dalam setiap pelajaran.

2. Untuk memenuhi keperluan individu, jumlah kerja bertulis harus melebihi


tahap minima; pelajar yang rajin serta lebih cerdas digalakkan membuat
lebih daripada tahap minima itu.

3. Semua kerja bertulis harus disemak secara teliti, konstruktif dan


pembetulan harus dibuat oleh murid berkenaan.

4. Kerja bertulis bagi setiap mata pelajaran dalam setiap kelas akan dipantau
4 kali oleh badan pengurusan, ketua panitia dan penyelaras menengah
rendah.

5. Senarai semak pemantauan kerja bertulis akan diserahkan kepada Ketua


Bidang pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

6. Kerja bertulis yang dibuat dalam helaian atau lembaran harus difailkan.

7. Setiap guru dikehendaki membuat catatan dalam Rekod Penyemakan


Kerja Bertulis dalam fail untuk tujuan pemantauan.

7. Urusan Panitia

1. Fokus akan ditumpukan kepada masalah-masalah proses pengajaran dan


pembelajaran; kemahiran asas dan pengetahuan.
119

2. Kelemahan-kelemahan umum akan dikenal pasti serta disenaraikan. Di


peringkat Panitia, PS-PT-PO akan mengandungi aktiviti-aktiviti yang
bertujuan mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan serta
pengalaman guru.

3. Segala aktiviti yang dijalankan harus berkesan serta membawa impak dari
segi peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Instrumen Penilaian / Kertas Ujian harus diselaraskan dan penyediaannya


harus mengikut giliran.

5. Fail-fail yang diwujudkan seperti pada masa kini perlu diselenggara. Fail-
fail harus mempunyai rujukan yang selaras dengan sistem fail sekolah.

6. Panitia akan berjumpa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

i. Mesyuarat awal tahun akan menyediakan rancangan tahunan serta


perancangan strategik di samping menetapkan sasaran tahunan.
.Agenda yang wajib dibincang bersama ialah :-
1. Program peningkatan kualiti pengajaran guru
2. Program peningkatkan pencapaian murid.
3. Merancang perbelanjaan

ii. Mesyuarat pertengahan tahun akan membuat analisis terhadap


kemajuan pelajar serta menambahbaikan segala aktiviti/program yang
masih kurang membawa impak yang diharapkan. Keputusan SPM
akan dibincangkan secara mendalam.
iii. Mesyuarat ketiga akan mengkaji semula aktiviti/program dalam pelan
tindakan serta menilai sejauh mana ia telah membolehkan pelajar
mencapai sasaran yang ditetapkan pada awal tahun (Gap Analysis/
Analisis Lompang).
iv. Mesyuarat kekempat pada penghujung tahun akan diadakan untuk
menyediakan laporan tahunan di samping membuat perancangan
untuk tahun akan datang khususnya dari segi :
1. Pemilihan buku pengukuhan
2. Penentuan buku/bahan rujukan
120

3. Pengagihan tingkatan serta kelas kepada ahli-ahli mata


pelajaran ( untuk tujuan menyediakan Jadual Waktu
Mengajar)
4. Merancang aktiviti serta anggaran untuk tahun akan
datang.
5. Kecukupan tenaga pengajar dan;
6. Rekod persediaan mengajar.

v. Aktiviti/program yang dicadangkan ialah :

1. Sesi pengayaan / pemulihan bagi kumpulan sasaran


2. Latihan latih tubi bertulis – proses pengukuhan
3. Ulangkaji intensif
4. Penilaian secara berterusan.

8. Program Ulangkaji

Guru mata pelajaran di tingkatan 3 dan 5 serta tingkatan lain dikehendaki


menghabiskan sukatan pelajaran (rancangan mengajar ) pada tarikh yang
ditetapkan dalam takwim sekolah. Sekiranya pada pendapat professional guru
sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan pada tarikh itu, maka kelas
tambahan mesti diadakan.

Ulangkaji “overlapping’ bagi sukatan pelajaran tahun / tahun-tahun lepas


mesti dijalankan secara terancang beransur maju serta berterusan dari bulan
Januari hingga Ujian percubaan kali ke-2. Guru mata pelajaran akan mengenal
pasti topik untuk dinilai dan menetapkan tarikh untuk mengadakan ujian. Murid
akan membuat ulangkaji sendiri. Mengikut konsep “Mastery Learning”, sekiranya
prestasi murid tidak mencapai tahap kelulusan yang ditetapkan oleh guru, topik-
topik berkenaan harus diajar semula. Kemudian penilaian akan diadakan semula
bagi topik-topik yang sama. Usaha ini akan diulang sehingga murid menunjukkan
prestasi yang boleh diterima.

Program ulangkaji intensif tingkatan 3 dan 5 yang berjadual mesti diadakan


pada tarikh yang ditetapkan dalam takwim sekolah. Isi kandungan serta tarikh
program mesti lengkap. Pelaksanaan program akan dipantau oleh Penolong Kanan
Pentadbiran . Program ulangkaji intensif secara bertulis mesti diserahkan PK
Pentadbiran satu minggu sebelum tarikh mulanya.
121

SKOP PEPERIKSAAN SEKOLAH

JENIS PEPERIKSAAN

TINGKATAN PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR


PERTENGAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 1

PERALIHAN Sukatan Pelajaran Tingkatan Sukatan Pelajaran Tingkatan


Peralihan Yang diajar Peralihan Yang diajar

SATU Sukatan Pelajaran T1 Yang Sukatan Pelajaran T1 Yang diajar


diajar
DUA Sukatan Pelajaran T2 Yang Sukatan Pelajaran T2 Yang diajar
diajar + Separuh Pertama + Sukatan Pelajaran T1
Sukatan Pelajaran T1
TIGA Sukatan Pelajaran T3 Yang Sukatan Pelajaran T3 Yang diajar
diajar + Sukatan Pelajaran + Sukatan Pelajaran T1 / T2
T1/T2
EMPAT Sukatan Pelajaran T4 Yang Sukatan Pelajaran T4 Yang diajar
diajar
LIMA Sukatan Pelajaran T5 Yang Sukatan Pelajaran T5 Yang diajar
diajar+ Separuh Pertama + Sukatan Pelajaran T4
Sukatan Pelajaran T4

9. Proses Pencerapan Pengajaran dan Pemudahcaraan

1. Setiap guru mesti dicerap sekurang-kurangnya dua kali dalam satu tahun
akademik.

2. Borang pencerapan yang lengkap diisi mesti diserahkan kepada ketua


bidang melalui Ketua Panitia selepas proses pencerapan.

3. Semua guru digalakkan membuat cadangan untuk sesi perkembangan


staf.

4. Mengamalkan developmental supervision.


( Lampiran Borang Pencerapan PdPc Standard 4 SKPMg2)

10. Perkembangan Staf & Latihan Dalaman “ In-house Training”

 Setiap panitia wajib mengadakan perkembangan staf sekurang-


kurangnya dua kali setahun. Seorang pakar samada dari kalangan
staf sendiri atau dari luar boleh dijemput untuk menjalankan sesi
perkembangan staf itu.
122

 Setiap panitia wajib menubuhkan jawatankuasa PLC dan


melengkapkan sekurang-kurangnya satu kitaran dalam satu tahun
akademik.
 Guru Baharu wajib menghadiri LDP pengurusan bilik darjah dan
bengkel pedagogi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

11. Pusat Sumber

 Pusat sumber sekolah terus terdiri daripada Perpustakaan, Bilik


Tutorial, Bilik ABM, Bilik Arkib serta Learning Corridor.
 Bilik sumber akan digunakan untuk menyimpan serta mengesan
penggunaan alat/bahan bantu mengajar, dokumen-dokumen asas
PdP seperti surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kemajuan
Perkhidmatan Awam, Warta Kerajaan , Sukatan Pelajaran , Huraian
Sukatan Pelajaran, modul-modul seta buku-buku rujukan.
 Bahan-bahan ikhtisas asal yang diterima oleh setiap Ketua Unit
(Kurikulum, Kokurikulum, panitia, pejabat am dan lain ) akan disimpan
dalam bilik Sumber . Salinan fotostat boleh dibuat untuk diedarkan
/gunakan.
 Guru digalakkan menggunakan Bilik sumber. Murid tidak dibenarkan
menggunakan Bilik sumber tanpa pengawasan guru.
 Bilik Tutorial akan digunakan untuk tayangan, kursus, ceramah,
mesyuarat staf serta aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pejabat.
 Bilik Arkib akan diguna untuk menyimpan dokumen-dokumen rasmi
lama seperti buku rekod mengajar, fail, bil, baucer, buku kedatangan
pelajar dan sebagainya.

12. Penetapan Sasaran & Tindakan Susulan

Setiap guru tingkatan mesti menyediakan Fail Program Misi


Tercapai untuk setiap pelajar .

 Sebelum setiap penilaian /ujian/peperiksaan, guru mata pelajaran


dikehendaki menetapkan sasaran bagi setiap orang murid.
 Tujuannya ialah untuk menggalak murid berusaha dengan
bersungguh agar potensinya dapat direalisasikan.
 Sasaran dalam bentuk gred atau markah mestilah munasabah
supaya ia tidak akan jadi tekanan berketerlaluan kepada pelajar.
123

 Guru Tingkatan akan menentukan bilangan sasaran (mata


pelajaran) yang harus dicapai oleh setiap orang pelajar.
 Tindakan susulan harus diambil oleh guru tingkatan selepas setiap
penilaian/ ujian/peperiksaan secara konstruktif terhadap murid
yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan oleh guru.
 Murid yang tidak memperlihatkan perubahan samada dari segi
sikap, prestasi atau minat mesti dirujuk kepada pengetua.
 Tindakan-tindakan yang dicadangkan ialah seperti berikut :-

a. membuat semula penilaian yang serupa


b. ditahan selepas waktu terakhir untuk membuat pembetulan
c. membuat kerja komuniti pada hari Sabtu
d. diberi rotan pada tapak tangan
e. diwajib belajar di perpustakaan pada waktu petang
f. ibu bapa dipanggil untuk berbincang ; dan
g. lain tindakan yang konstruktif.

13. Prestasi dan Sasaran Peperiksaan Awam

Ketua Bidang dan Ketua Panitia mata pelajaran mestilah membuat analisis
tentang prestasi pencapaian peperiksaan awam dan seterusnya menjadikan suatu
perkara perbincangan dalam mesyuarat, mengkaji kekuatan, kelemahan dan
merancang strategi peningkatan keputusan peperiksaan di setiap peringkat.
13.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
124

Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023
125

Bil Pelajar
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Pendidikan Moral
4 Sejarah
5 Matematik
6 Sains
7 Geografi
8 PSV
9 Mat Tambahan
10 Perdagangan
11 Fizik
12 Kimia
13 Biologi
14 Bahasa Cina
GPS

13.3 Pentaksiran Tingkatan 3(PT3)

Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023
Bil Pelajar
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Melayu
Lisan
3 Bahasa Inggeris
4 Bahasa Inggeris
Lisan
5 Sejarah
6 Geografi
7 Matematik
8 Sains
9 Reka Bentuk &
Teknologi
10 Pendidikan Islam
11 Bahasa Cina
GPS

Anda mungkin juga menyukai