Anda di halaman 1dari 12

1.0.

Pengenalan

Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan
pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama
( Robbins, 2003). Pencapaian matlamat organisasi pula adalah bergantung kepada dua elemen
kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan. Elemen kemanusiaan adalah seperti akauntabiliti
dan komitmen terhadap organisasi. Manakala elemen bukan kemanusiaan seperti proses, polisi,
struktur dan teknologi. Kedua-dua elemen ini akan mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi
sama ada secara individu atau kumpulan terhadap pencapaian organisasi (Abd Aziz, 2003).

Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalan sistem pendidikan menjadi tunjang


utama untuk membangunkan negara. Sistem pendidikan di Malaysia adalah pada tahap
pembangunan yang berubah mengikut keperluan semasa. Oleh itu bagi memastikan kemajuan
negara, keberkesanan sistem pendidikan perlu dititikberatkan dan kejayaan dalam system
pendidikan pula adalah amat bergantung kepada organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Antara
organisasi penting yang bertujuan untuk memastikan kemajuan dalam bidang pendidikan ialah
organisasi sekolah.

Peranan sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan adalah berbeza daripada


kebanyakan organisasi-organisasi yang biasa. Perkhidmatan pendidikan lebih kepada
menyebarkan ilmu pengetahuan dan cenderung menolong insan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan manakala perniagaan biasa lebih kepada membuat keuntungan kepada organisasi
masing-masing ( Hazman Fitri, 2000).

Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan organisasi pendidikan ialah suasana atau
iklim organisasi sekolah. Menurut Lausser (1993) iklim organisasi adalah merupakan kualiti
persekitaran sesebuah organisasi yang mana kualiti ini secara relatifnya kekal. Iklim organisasi
ini dibentuk melalui persepsi pekerja di dalam organisasi dan menjadi asas kepada pembentukan
sikap seseorang pekerja terhadap organisasinya. Oleh itu iklim organisasi dilihat mempengaruhi
tingkah laku pekerja terhadap organisasi itu sendiri. Selain itu kualiti yang ada pada pekerja
dalam organisasi sekolah juga mempengaruhi pencapaian dan kemajuan sekolah.
2.0. Konsep Iklim Sekolah

Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan
sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta
masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya.

Kajian awal iklim sekolah adalah berasaskan teori klasik, terutama kajian kepimpinan
dan tingkahlaku kumpulan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim
sekolah menyatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu
sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai organisasi iklim sekolah
berkenaan.

Mengikut Moss (1979), beliau mendefinisikan bahawa iklim sekolah sebagai suatu sistem
sosial yang membentuk persekitaraan pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar
dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah
lakunya banyak bergantung kepada bentuk protocol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-
guru.

Menurut Howard (1974), iklim sekolah merupakan sebagai keadaan social dan budaya
sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang yang di dalamnya. Manakala Pusat
Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
kawasan persekitaraannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang
lancar.

Mengikut Tagiuri (1968) menyatakan”Iklim terbentuk daripada tatarajah ciri-ciri kekal


tertentu seperti ekologi,milieu, sistem sosial dan budaya, seperti mana personality seseorang
terbentuk daripada cirri-ciri personalnya”. Iklim sekolah merupakan satu istilah yang merujuk
kepada persepsi guru terhadap persekitaraan kerja di sekolah. Selain itu, iklim dipengaruhi oleh
organisasi secara formal, tidak formal dan personality organisasi yang terlibat serta kepimpinan
organisasi. Secara ringkasnya, iklim sekolah adalah adalah satu set ciri-ciri dalaman yang
membezakan antar sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain.
Striven (1985) pula berpendapat iklim sekolah adalah ‘suasana’ dalaman sekolah dalam
mana kita akan terasa kemesraannya sama ada komuniti dalamnya riang, atau kita akan terasa
ahli-ahlinya tidak peduli antara satu sama lain, dan persekitaraannya tidak menyenangkan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1988), menggunakan istilah budaya sekolah untuk


menerangkan suasana sekolah yang hampir menyerupai iklim sekolah. Mengikutnya, suasana
sekolah yang baik adalah di mana keadaan persekitaraaannya dirasakan selesa, tenteram, mesra,
riang, dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

Sergiovani (1971) melihat iklim sekolah sebagai satu cirri yang member gambaran
mengenai sesebuah sekolah dan yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Ia
mempengaruhi tingkahlaku guru dan murid serta ahli-ahli lain di dalamnya malah juga dapat
‘dirasai’.

Halpin dan Croft (1963) juga mencadangkan enam jenis iklim, iaitu bermula dari iklim
terbuka kepada iklim tertutup secara ‘continuum’ iaitu : (i) iklim terbuka (ii) iklim outonomus
(iii) iklim terkawal (iv) iklim biasa (v) iklim ‘paternal’ dan (vi) iklim tertutup.

Hoy dan Forsyth (1986), menggunakan konsep’Organizational Helth’ yang menyerupai


konsep iklim sekolah. Konsep ini sama dengan Owens (1970) yang telah mengambil pendekatan
Miles (19650 dalam “Planned Changed and Organizational Helth”. Organisasi yang sihat ialah
organisasi yang mempunyai penumpuan matlamat, komunikasi yang tepat, kesamaan kuasa,
penggunaan sumber yang efektif, semangat kesetiaan, moral yang tinggi, berinovatif dan
penyelesaian masalah yang efektif.

Garret (1970) dan Fascetti (1971) mendapati iklim sekolah mempunyai perkaiatan rapat
dengan saiz, iaitu sekolah yang lebih kecil adalah lebih terbuka.

Pengetahuan tentang iklim sekolah dan persepsi guru terhadapnya dapat membentu
pentadbir sekolah merancang dan melaksanakan strategi-strategi untuk memajukan sekolah
(Gonder dan Hymes, 1994). Norman (1989) menyatakan iklim sekolah berfungsi sebagai
penentu sikap guru terhadap pemnangunan peribadi dan professional.
Menurut Wilson dan Mcgrail (1987), maklumat tentang iklim sekolah sangat berguna
untuk keberkesanan sekolah. Maklumat ini dapat ; mementukan kekuatan dan kelemahan system
sekolah, membuka komunikasi dan menentukan kumpulan yang memerlukan tindakan khusus.

Secara keseluruhannya iklim sekolah yang positif adalah factor yang menjadi penentu
kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Ini telah dibuktikan oleh pendapat –pendapat ahli-ahli
terdahulu dan masa kini. Sesebuah sekolah mempunyai iklimnya yang tersendiri dan ia
dipengaruhi oleh cara pentadbiran dan pengurusan, keadaan bangunan, kemudahan, cara
pembelajaran dan sebagainya. Peluang untuk pelajar berjaya dalam bidang pendidikan
dipengaruhi kuat oleh iklim sekolah. Iklim yang positif bukan sahaja dapat memupuk intelek
pelajar bahkan dapat memperkembangkan sahsiah.

3.0 Teori dan Model Iklim Sekolah

Dalam mengkaji iklim sekolah kita perlu melihat sekolah sebagai satu organisasi social
yang mempunyai struktur birokrasinya yang tersendiri. Para pelajar dikumpulkan di dalam kelas
mengikut pencapaian akademik dan guru-guru pula telah menerima latihan mengikut
pengkhususannya. Terdapat beberapa teori dan model berkenaan dengan iklim sekolah.

3.1. Model OHI (Organization Helth Inventory)

Kajian tentang sekolah yang sihat juga merupakan satu rangka kerja yang dapat
member gambaran tentang iklim sekolah. Menurut Hoy dan Miskel (1996), mendefinisikan
bahawa sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh
mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.

Ini bermakna sekolah yang sihat Berjaya mengurus tekanan dari luar dan berkesan
menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan organisasi. Sekolah yang sihat
perlu berjaya dalam menyelesaikan masalah luaran seperti konflik ibu bapa untuk mendapatkan
sumber, dapat mengekalkan kestabilan di dalam system dan berusaha untuk menetap dan
mengekalkan matlamat serta membentuk dan mengekalkan keunikan nilai. Dalam instrument ini
juga mempunyai lima dimensi iaitu integrity institusi, kepimpinan keserakanan, pengaruh
sumber, kesepakatan guru dan penekanan akademik.

3.2. Model Iklim Organisasi

Model Iklim Organisasi ini dipelopori oleh Payne dan Pugh (1976). Model ini
memperlihartkan fakta-fakta asas dalam memperngaruhi struktur dan iklim organisasi. Model ini
mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim
organisasi, individu dan persekitaraan individu. Organisasi ini terletak dalam konteks
persekitaraan kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek ekonomik,politik, sosial
dan ciri-ciri penempatan. Secara tidak langsung, semua aspek dalam persekitaraan kebudayaan
dan ekonomi boleh mempengaruhi kelima-lima komponen tersebut.

Model ini menunjukkan bahawa struktur organisasi dan iklim organisasi saling
mempengaruhi dan merupakan perhubungan dua hala.Iklim organisasi itu akan mempengaruhi
individu dari segi tingksh lsku dsn ciri-ciri perbandingan seperti personality, keinginan,
kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian. Dalam konteks pendidikan, iklim sekolah
sedikit sebanyak mempengaruhi para pelajar.

3.3. Model Organisasi Berkesan ( Organizational Effectiveness Model)

Kajian yang lebih sistematik dijalankan oleh Mott (1972), yang dipetik oleh Hoy
dan Miskel (2001). Model ini digunakan sebagai model kajian. Dalam model ini, beberapas
perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketetapan, kebolehsuaian dan fleksibel.
Maka 5 kriteria ini adalah penting untuk mendifinisikan tentang kebolehan sesuatu organisasi
untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian.
Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan
melahirkan perlakuan pelajar yang positif di mana para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan boleh berhadapan dengan masalah yang timbul. Justeru itu, sekolah yang efektif
adalah sekolah yang berjaya mewujudkan iklim sekolah yang positif dan sihat. Model ini
menekankan tentang hasil yang positif terhadap pelajar. Output atau hasil akhir dalam model
iniadalah lebih komprehensif secara teori untuk mendifinisikan kualiti dan keberkesanan
sekolah.

3.4. Teori Motivasi Pembelajaran Sosial

Menurut Rotter (1975) yang membentasngkan Teori Motivasi Pembelajaran


Sosial, individu yang mengetahui kaitan antara kelakuan mereka dan kesan yang dialami
mempunyai kecenderungan kawalan dalaman yang kuat. Mereka tahu bahawa tindakan yang
mereka ambil akan mempengaruhi apa yang berlaku kepada mereka. Sekiranya setiap warga
sekolah berusaha mewujudkan iklim sekolah yang berkesan, mereka akan mempunyai kawalan
dalaman diri yang kuat. Dengan kawalan dalaman yang kuat, ini akan memotivasikan warga
sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas pada tahap yang terbaik. Sikap sebegini dapat
memastikan mereka mencapai kejayaan dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

3.5. Teori Motivation-Hygiene Herzberg

Teori ini menyatakan bahawa persekitaran bekerja yang positif didominasi oleh
kemahuan untuk peningkatan, pekerjaan yang mencabar, tanggungjawab dan kenaikan pangkat.
Manakala persekitaran yang negative didominasi oleh hubungan interpersonal dengan ketua dan
rakan sekerja, pengawalan teknikal, polisi dan pentadbiran sesuatu organisasi, keadaan tempat
kerja, gaji dan kehidupan peribadi. Secara kesimpulan, kemunculan sesuatu factor di dalam
pekerjaan adalah untuk meningkatkan kepuasan kerja seseorang tetapi ketiadaan factor-faktor
tersebut tidak semestinya memberikan kepuasan kerja.

Terdapat dua factor berlainan yang boleh digunakan untuk menerangkan


kepuasan dan ketidakpuasan kerja, iaitu motivator dan hygiene. Motivator menghasilkan
kepuasan, manakala factor hygiene menghasilkan ketidakpuasan, kepuasan dan ketidakpuasan
kerja bukanlah perkara yang berlawanan, tetapi adalah dari dimensi yang sangat berlainan. Oleh
itu, pihak pengurusan perlu sentiasa mengenal pasti factor-faktor tersebut kerana ia dapat
menjadikan pekerjaan mengajar lebih menarik, di samping mengenepikan aspek-aspek yang
boleh membawa kepada ketidakpuasan kerja. Kedua-dua factor hygiene dan motivator adalah
penting tetapi untuk sebab-sebab yang berlainan. Contoh adalah seperti dalam Rajah 1.

Hygiene Motivator

*Hubungan interpersonal (subordinat) *Pencapaian

*Hubungan interpersonal (rakan sekerja) *Berpuas hati

*Kawalan (teknikal) *Kerja tersebut

*Polisi dan Pentadbiran *Tanggungjawab

*Keadaan tempat kerja *Kemajuan

*Kehidupan peribadi

*Keselamatan kerja dan gaji


4.0 Faktor-Faktor Pembentukan Iklim sekolah

Sesebuah sekolah mempunyai iklimnya yang tersendiri dan ia dipengaruhi oleh cara
pentadbiran dan pengurusan, keadaan bangunan, kemudahan, cara pembelajaran dan
sebagainya.terdapat hasil kajian yang menunjukkan bahawa peluang untuk pelajar berjaya dalam
bidang pendidikan dipengaruhi kuat oleh iklim sekolah. Iklim sekolah yang positif bukan sahaja
dapat memupuk intelek pelajar bahkan dapat memperkembangkan sahsiah. Berikut merupakan
situasi-situasi yang menunjukkan terbentuknya iklim sekolah:

4.1. Perhubungan Interpersonal

Berdasarkan profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan


interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan
bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha
mereka bagi meningkatkan profesionalismenya. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi
pelajar di sekolah tersebut.

4.2. Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga
pelajar.Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian
Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti
aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru yang berkesan adalah mereka
yang berinovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian.

4.3. Kepimpinan Pentadbiran

Pengetua di sekolah mestilah mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru
dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan
keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan pengajaran
mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja sehariannya. Pihak
pentadbiran mempunyai program pembengunan staf untuk menggalakkan perkembangan
professional di kalangan mereka. Pelajar di sekolah digalakkan bekerjasama dalam aktiviti
pembelajaran mereka.

4.4. Kemudahan Fizikal

Pelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.
Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang cemerlang
mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru
berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk
mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.

4.5. Pencapaian Pelajar

Pencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap
pengetua dan guru mengawasi kemajuan berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.
Pelajar digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti
menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan
diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang
tinggi dan pelajar digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang
berjaya akan diberi penghargaan serta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi
pelajar berkenaan.

Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu
memberi keyakinan kepada pelajar bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pelajarannya.

4.6. Disiplin Sekolah

Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan


persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang
teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan byang secara amnya
adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.

Untuk membentuk iklim sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan


perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk peribadi dan sahsiah
pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin dapat diatasi. Ini kerana ada juga
sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.

Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya jika sesebuah sekolah mengalami masalah
disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri.
Kadang kala masalah disiplin yang dialami dan disusuli pula dangan prestasi pencapaian pelajar
yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sijil
Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan
kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan.

5.0. Pembentukan Iklim Sekolah

Iklim sekolah boleh dibentuk dangan cara:

5.1. Menghargai Permuafakatan

Semua guru mesti mengambil berat terhadap ‘kesihatan’ sekolah sebagai organisasi.
Permuafakatan dapat menghindarkan bketerasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga
tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan
permaufakatan guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping
menghargai kesaling bergantungan dan bantu membantu sesame staf.

5.2. Mengamalkan Nilai Kesejawatan

Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan
peranannya, seseorang itu tetap memerlukan orang lain membantunya atau tyerlibat sama.
Kesejawatan atau “collegiality” bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan
perpaduan, kerjasama, bantu- membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-
menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan
mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatan ini di kalangan guru-gurunya,
mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan
mencegah unsure-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat
sebelah, adu- domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki dan iri hati sesama staf dan kakitangan
yang lain.

5.3. Guru-Guru Berkayakinan Tinggi


6.0. Kesan Iklim Sekolah Terhadap Peningkatan Organisasi

7.0. Rumusan

Anda mungkin juga menyukai